Pages

Isnin, Mac 27, 2017

Allah Suka.

Allah Suka..

Ya.. Allah suka pada HambaNya yang meminta.. Dengan kata lain Berdoa.. Tapi pernah tak kau rasa yang kau adalah seorang hamba yang tak layak untuk meminta? Sebab apa? Sebab kau rasa kau bukan HambaNya yang baik.. Pahala kurang.. Solat Malam celam belum.. Selalu lengahkan solat.. Banyak buat dosa.. Malas mengaji..Semua tu buat kau rasa kau tak layak untuk meminta waima untuk sekecil kecil permintaan sekalipun.. Kau rasa malu nak meminta..

Yes,orang akan cakap kau yang malas nak berdoa pada Allah.. Itu bukan perkaranya.. Malu.. Malu nak meminta minta sedang kau tahu kau adalah manusia yang teramat jarang memberi.. dan takkan selamanya kau mahu jadi penerima sahaja? Jadinya.. Ya.. Allah Suka.. Allah suka pada HambaNya yang berdoa dan meminta minta.. Tetapi kau sebagai Hamba Allah.. Andai kau ada sedikit rasa malu di jiwa.. kau tidak terus meminta dan meminta.. Tingkatkan amal ibadat.. Rajinkan diri solat malam.. Cuba untuk tidak melengahkan solat.. Upgrade diri kau untuk menjadi pemberi.. walau tak banyak.. sedikit pun jadi.. Memberi apa yang kau mampu sebagai HambaNya.. Buat apa yang di suruh.. tinggal apa yang di larang.. Al-Quran kan ada..

Marilah kita merajinkan diri ngedate dengan Allah disepertiga malam.. Ini bukan entry nak tunjuk baik.. Ini apa yang aku rasa.. Rasa malu nak meminta itu ini sampai buatkan aku jarang berdoa.. Sebab malu nak minta Allah beri sesuatu pada aku.. Sedang aku sesuka hati buat kejahatan di muka bumi Allah yang Maha Luas ini.

Wassalam.