Pages

Jumaat, Mac 25, 2016

Been Long Time.

Assalamualaikum.

Last entry was 30 August 2014. Today 25th March 2016. Gulp!

It's been longggggggggggggggggggggggg time. Kalau ni rumah betul, dah haunted dah aku rasa.. Huhuhu.. Okey, Nur Safwanah Ramli is back yaww.. Lepas ni tak tau berapa lama lagi for next entry.. Ahaks! Sorry.. Nothing much kot..

Last entry aku cakap aku General Clerk.. Right now pun masih GC.. Hahaha.. But, alone here.. Member yang rekemen aku tu dah berhenti.. Well, being a GC here.. Kau kena kuat.. Seriously aku cakap.. Kalau kau tak tahan telinga,tak tahan sabar.. Memang kau tak akan tahan kat sini.. Sebab tu bila ada yang tanya aku ada kerja kosong tak kat sini,aku tak berani nak rekemen.. End up,tercatoklah aku sensorang kat sini.. Bhahaha.. Well, I learn so much thing here.. Almost 2 years.. Aku belajar untuk lebih banyak bersabar.. Yes.. Lady Boss memang mulut bising.. Bos pulak terlebih sporting.. Hahaha.. Bukan bermaksud dia tak pernah marah aku.. Kalau aku buat silap dia marahlah kan.. Tapi ujian tu datang bila kena berhadapan dengan Lady Boss.. Super Fussy,, Super bably.. Dan segala Super la kecuali Super Power.. Hehekk..

So,di sini.. Aku menjadi manusia yang lebih penyabar.. Dengar jelah segala apa yang lady boss bebelkan tu.. Dia nak ape semua buat jelah.. Sebab,kalau ikut baran aku, I will not last long here.. But,thinking that nowadays sangat susah nak dapat kerja.. Aku redha jelah kat sini.. But I enjoy my work.. Seriously.. Hehehe..

Homaii.. I just miss student life.. Rindu Puncak Alam.. Rindu Tangga Batu Cave.. Rindu Classmate.. Rindu semua.. Sejak-sejak kerja ni,aku memang kurang bersosial.. Kerja 6 hari.. Balik dah penat.. Cuti Ahad nak bawa Ma ke sina sini uruskan hal rumah.. Seriously,don't have much time untuk berhula-hula macam zaman study dulu.. Even tengah malam pun boleh escape jap g tengok wayang lepaskan tensen.. Dah kerja ni,tak ada maknanya.. Pukul 10 dah collapse dah.. hahaha.. Jarang sangat keluar jumpa kawan.. Yelah,nak dapat cuti yang sama tu teramatla susahnya.. End up with memang tak keluar ke mana-mana kecuali dengan Mama.. Heeee..

Oh,remember my ex-boss yang FIRED me tu.. Tembelang dia dah pecah.. Heyy,heyy.. Not me hokayyy.. Aku dah cukup busy untuk menyibuk pasal hidup orang lain.. hahaha.. Tembelang dia pecah coz dia g buat onar unpren kawan-kawan FB yang tak beli nvl dia.. Bhahahaha.. What can I say? Penulis sendu yang masih belum sedar diri, dan masih nak menyalahkan orang lain.. Langsung tak mau telek diri sendiri.. Haihhh.. Aku harap dia akan sedarlah one day nanti.. dan mintak maaflah pada orang-orang yang dia dah niaya,dia dah fitnah tu..


Okeylah, nak masuk kerja dah.. Boss and Lady Boss outstation.. Holiday ke Jepun actually.. So,I'm the boss.. Hiks9.. Perasan jap.. Okey, Till We meet again..

Next entry, den post gambar Grade.. JANJI! =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan