Pages

Selasa, Februari 28, 2012

Counting...

Assalamualaikum..

Hai guys.. Lama tak update.. Sorry.. Quite busy here.. Huhu..

Counting time.. Tinggal berapa hari je lagi aku dah nak balek Puncak Alam.. Hari tu,Ibu tibe2 ckp 'tinggal seminggu je lg adik dekat rumah..' Seriously aku terkejut.. Sbb ibu tak pernah ckp mcm tu bila aku nak balek.. Aku terkedu sekejap.. Dan beberapa ketika lepas tu.. Aku terfikir.. Ibu ckp mcm tu sbb ibu terasa kehilangan.. Mungkin.. Sbb dlm kalangan adik beradik aku,aku yang agak rapat dgn Abah.. Aku yang rajin bercerita psl Abah.. Abah rajin call aku kalau aku balek JB.. Walau ape pun yg berlaku dia tetap org yang menyebabkan kewujudan aku kt dunia ni dan aku sayang abah.. Kesian kat Ibu.. Tp aku tak tau nak buat mcm mana utk kurangkn rasa kehilangan dia tu..

Masuk hari ni dah 20 hari Abah pergi.. Hari tu,aku pergi balai polis utk dptkn lakaran kejadian yang sebenar tentang kemalangan tu.. Dan sesungguhnya kebenaran itu sememangnya pahit.. Abah yang salah.. Abah masuk dekat jalan sebelah,pemandu lori tu terkejut bila Abah tiba2 muncul dekat depan dia,dekat jalan dia.. Dia hon banyak kali tapi Abah tak respon.. Dan dia tak sempat nak brek memandangkan itu jalan berbukit dan kereta Abah pun agak laju dan mereka bertembung.. Lori pasir seberat 30 tan dan Proton Exora seberat 2 tan bertembung,dan lori tu menyeret kereta Abah ke jalan sebelah.. Inspektor yang uruskan kes tu ckp Abah masih bernafas masa dikeluarkan dari kereta tp hanya beberapa minit.. Abah pergi sbb pendarahan dalaman,cedera parah di kepala dan remuk tulang kaki .. Polytrauma Secondary MVA..

Aku redah dgn kejadian ni.. Terkilan sedikit mungkin.. Sbb aku tak berkesempatan utk jumpa dgn Abah utk kali terakhir.. Dan sbb Abah pergi tanpa pesan.. Mengejut.. Terlalu mengejut.. Tapi aku cuba ikhlaskn hati dan anggap ni sebagai ujian utk aku..

Okeit.. Cukup cerita sedih.. Sekarang ni aku tengah berusaha nak masuk ke Student Portal utk sesi daftar course.. Demm sbb sgt susah nak access.. Mengadap lappy 2,3 jam tp nk masuk sekali pun susah.. Memang mcm HRM.. Huhuhu.. Menci,menci,menci!!! Okeyla,nak sambung usaha daftar course.. Bubye! Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan