Pages

Khamis, November 24, 2011

Abang Technician..

Assalamualaikum..

Hai.. Sebelum meneruskan isi kandungan entry.. Aku nk warning,tajuk entry tidak ada kena mengena dengan aku.. Okeh.. (Sleypo Shimizu saya tahu apa yg anda fikir.. -..-'' )

Jam Cik Lappy dah pukul 1.55 pagi.. Tapi aku and roomate tersayang stay.. Na,na,na.. Bukan stay sebab study.. Roommateku Nasuha tgh layan cerita korea.. My Girlfriend is Gumiho kalau tak silap aku.. Aku tak minat cerita tuhh.. Huhuhu.. Aku pulak stalker profile and blog orang dari tadi.. Hahaha..

Tengah-tengah stalker profile one of my frenz since childhood lagik.. Aku jumpa ini..


Budak Technician

Ahaha.. Another sarkastik blog yang aku jumpa selepas Blog Akim Iqbal and The Famous Abang Zam..

Kenapa aku suka blog-blog mereka ini? Sbb pada aku, mereka berani.. Berani meluahkan ketidakpuasan hati diorang secara terbuka.. Hahaha.. Hoping to be like them one day.. ^__^

Then,dalam Blog Budak Technician tuhh..
I found this..

MLM..

Aku setuju dengan apa yang dia cakap.. Sebab as far as I know, lelaki yang blogger tu sebut is Ustaz yang tidak di tauliah.. Maksudnya, orang-orang sekeliling yang tiba-tiba panggil dia ustaz.. Aku tak tau kenapa dia dipanggil ustaz.. Aku tak suka dia dari dulu sampai sekarang.. Hahaha.. Apa yang aku tau,dia ialah rockers yang kembali ke pangkal jalan.. Apa yang dia buat masa jadi rockers dulu aku tak ambil tau and tak mau ambil taulah sampai kena guna ayat kembali ke pangkal jalan tuhh.. =)

I'm wondering..

If rockers yang kembali ke pangkal jalan ni di panggil ustaz, kenapa tidak Malek Noor seorang ahli bina badan yang dulu hidupnya bergelumang dengan dosa masa dekat luar negara,tapi sekarang dah bertaubat tak di panggil Ustaz? Why? Why? Why? Can anyone give me the answer?

Kenapa?

And I'm wondering again..
Err.. Wondering yang ini tak payahla aku bagitau.. Karang jadi kontroversi..
Susah pulak aku.. Huhuhu..

Err.. Mintak mahapla kepada siapa-siapa yang jadi die-hard-fan ustaz rockers tu yehh.. Aku lagi prefer Malek Noor tuhh dari ustaz itu..

Malek Noor bukan ustaz.. Yeap,I know that.. But,1 question perlu ke dia jadi ustaz baru taubat dia di terima? Sesungguhnya Allah menerima taubat semua HambaNya selagi taubat yang dilakukan itu adalah taubat sebenar-benar taubat.. Dan bagaimana taubat yang sebenar-benar taubat itu? Iaitu Taubat Nasuha.. Taubat dengan sesungguh hati dengan janji tidak akan mengulangi kesilapan lampau..

Betulkan aku kalau aku salah.. Aku bukan pandai sangat nak cakap bab-bab agama ni.. Haip! Aku bukan nak cakap ustaz itu taubat tak bersungguh ke ape eak.. Don't get me wrong.. Taubat tu urusan dia dengan Allah.. Aku cuma nak cakap,aku lagi suka Malek Noor tu.. Sebab.. Dia akan menceritakan kembali kesalahan lampau dia untuk dijadikan iktibar kepada kita semua.. Aku pernah tengok one talk show dia dgn Dr. Fadzillah Kamsah and siapa ntah sorang lagi,aku tak ingat..(hah! dgn Amy Search lahh.. Ingat dah.. =)) Kat Astro,masa raya tahun lps kalau tak silap aku.. Dia menangis bila menceritakn balik segala kesalahan lampau dia.. And the truth,aku nanges masa tu.. Huhuhu..

Panjang kalau nak cerita.. Tak cukup page plak karang.. Hahaha.. Agak sirius topik yang aku bawak kali ni yee.. Hahaha.. Sekali-sekala tak ape kan..

Okelahh.. Mata aku dah saket.. Badan pun dah penat.. Roommate tersayang Si Nasuha Baharun sedang berusaha mengabeskan sekotak tisu yang ada dalam bilik kami.. Tak larat aku nak melayannya haih.. Feeling kamu sorangsorang yee.. Saya nak tido.. Selamat Malam..

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan