Pages

Isnin, Oktober 24, 2011

Selasa, Oktober 18, 2011

Sharing Something.. =)

Assalamualaikum...

Whao!!! Agak lama meninggalkan dunia blogging sebab aku busy dgn gaming.. Blog pun dh bersawang bagai.. I think soo... @_@

Actually,banyak benda yang nak ditulis tp aku rasa mcm tak patut di tulis.. Di sini specifically.. Hehehe.. Tapi this aku nak share jugak.. Kelmarin ntah buang tebiat ape,aku pegi SMS si dia.. Hahaha.. Maybe sebab masa tu aku di landa kebosanan tahap melampau,aku pun buatla kerja gila.. Sebagai kawan rasanya tak salahkan aku SMS.. Bukan ada niat ape2 pun.. Hehehe.. Tapi,dia ni mmgla.. Sukaaa sgtttt buat aku blurr.. One of his SMS dia tulis mcm nihh 'Sayang' Whoa!! Bulat sekejap mata aku.. Tersengih sekejap.. Then aku balas,'ape ke heinya nihh?' dan dia terus tak balas SMS aku tuhh sampai ke hari ini.. Ahahaha.. Aku pun tak faham kenapa dgn dia tuhh.. Meroyan gaduh dgn makwe agknye.. Ekekeke...

Okeit,lupakan pasal dia tuhh.. Another story.. Aku nak share dgn korang gambar kat bawah ni..

Aku dpt dekat Facebook.. For me,it was Wonderful and
the most Beautiful place that I ever saw.. Seriously..
Sangggggaaaaaatttt cantekkkk kan?

And this one,pemandangan dari atas..
Such a beautiful place in the world and I really hope that
I'll get there soon..
Aku nak sgt tgk Taman Raudah..
Aku nak sgt mengadap Ka'abah..
Aku pasti akan jejaki bumi Mekah ini
jika ada umur.. PASTI!!

p/s: This week is a stress week utk budak2 kls aku.. Tadi baru lps quiz Admin,esok quiz online Mandarin pulak.. Then,hari Kamis ada Quiz Record,Jumaat ada quiz Communication,and Sabtu Ahad ada Kemahiran Insaniah.. Whoa!!! @_@

Ahad, Oktober 09, 2011

Hepi Belated lated Birthday.. =)

Assalamualaikum..

HAppy Birthday To Meeee!!! Hahaha.. Actually haepi belated birthday dah.. Supposed to be aku buat entry ni hari Isnin lepas.. 3 Oktober.. Tapi busy mengalahkan menteri kan.. Hehehe..

Sekarang aku kat JB.. Specifically dekat Felda Sungai Sibol.. Cuti hujung minggu.. Esok baru aku balek Puncak sebab esok tak ada kelas.. Ehehehe..

Ape nih? Okey,ini hadiah yg aku dpt dari Roomate tersayang..
Nasuha Baharun.. Jgn pandang pada harga or rupa.. It's the thought that count,right?

Yang ini pulak,hadiah aku untuk diri sendiri..
Hahaha..
3 novel terbaru dari Alaf 21.. Aku kaut 3-3..

Hari Jumaat,lepas kelas Mandarin aku,Badar,Natrah and Aqilah terus cabut balik JB.. Masa kitorang brhenti dekat Perhentian Kg. Air Bemban.. Kitorang jumpa ni.. Kat bawah nihh.. Menjerit kitorang 1 kereta..

Lotus..
Teramatla jarang dapat jumpa kereta ni dekat Malaysia..
Bila dah nampak depan mata..
Snapla beberapa picture..

No. plate dia Lotus 11 aje..
Mesti org kaya-kaya punya ni..
Huhuhu..
Kagum betul aku masa nihh..

Nak beli entah bila..
Dapat ambil gambar pun jadilahh..
Huhuhu..

Aku sampai pukul 8 lebih.. Sampai lambat sebab hantar Natrah dgn Aqilah dekat Segamat,then masuk highway balek pergi Senai amik kakak aku.. Penat tak payah ckp.. Bangun tidur,1 badan saket..

Then,semalam,aku pergi tengok anak sedara sepupu yang excident 2 weeks ago.. Agak teruk berdasarkan gambar yang aku hantar.. Next entry aku masukkan gambar dia masa tgh tak sedarkan diri kat HSA.. Semalam aku pergi tengok.. Dah okey sikitla..
Paha dia kena balut sbb operate ambil kulit paha dia
nak tampal kat pinggang dia..
Pinggang dia kenapa?
Melecur teruk sampai berlubang..
Maybe terseret dekat jalan kot..

Ni luka kt belakang kepala dia..


Tgk,comel kan dia senyum..
Nampak tak kesan luka kat muka dia tu?
Tu dah baek tu..
Masa baru kena,ngeri aku tgk..

Masa aku datang semalam,dia nampak sihat walaupun,paha,belakang kepala n dari pinggang sampai rusuk kiri masih bertampal.. Budak2 kan.. Tetap aktif.. Moga-moga dia cepat sembuh.. Doakan Muhammad Aidil ni yee.. Wassalam..

Ahad, Oktober 02, 2011

Long Time No See.. =)

Assalamualaikum..

Hai.. Hmm.. Last entry was on 24 Sept 2011.. Today is 2nd October 2011.. Baru seminggu kan.. Berhabuk je baru.. Kuis-kuis sikit hilangla habuk tu.. Jadinya ni entry 'pembersihan' la kan.. Hahaha..

Ingat tak aku janji nak cerita something bila aku dah sihat? Well,walaupun hanya badan yang sihat dan hati aku masih totally sick.. Tak apelah.. Aku cerita jugak..

Masa on the way nak pergi Club House tu,aku lalu depan Sunway Pyramid tu.. Slow jela aku bawak sebab hujan,jalan pun agak licin.. Masa tgh drive,tibe2 aku dgr bunyi tayar bergesel atas tar.. Aku pusing kanan,kereta Gen-2 Putih,bepusing dekat lorong tgh.. Aku dekat lorong kiri masa tu.. Dan Gen-2 tu bepusing dekat je dgn belakang kereta aku.. Mujurla,aku dah lepas dr kereta tu.. Kalau tak aku rasa mesti kena kalau tak banyak pun sikit mesti kena belakang kereta aku.. Tekejut! Takut.. Kaki aku menggigil.. Tgn aku sejuk.. Aduh!! Memang takut abes sbb first time nampak kereta bepusing depan mata.. Naseb baek masa tu semua driver bawak slow je,and Gen-2 tu tak bertembung dgn mana-mana kereta.. Kalau bertembung,lagila aku kecut perut.. Silap2 tak sampai aku kat Club House kakak aku tuhh... Whoa!! Nightmare lahh.. Okey,fine,over.. =..=''

Okey,habis cerita menakutkan diri sendiri tuhh..

Hari ni Second day of October.. Tomorrow is the day.. The day of what?? Esok korang taula.. Ahahaha.. Nothing special.. Next week hari Jumaat aku nk balek kampung.. Mama dah bagi Green light.. Whoa!! Sukanya.. Aku insist nk balek kampung kali.. Nak tenangkan hati.. Few weeks di sini.. Hati aku mcm kena lenyek dgn Bulldozer.. So much thing happened sampai aku dah tak tau mcm mana nk kembangkan balek hati aku yg dah penyek nihh.. Aku tak suka marah sbb kalau aku marah aku akan nangis,kalau aku nanges mata aku saket,bila mata aku saket,aku tak boley tido,bila tak boleh tido aku pening kepala.. Seboleh-bolehnya aku tahan hati supaya tak marah.. Tapi,tak taula.. Mungkin sebab dh banyak sgt tahan hati sampai hati aku pun dah tak boleh di tahan.. Di tambah dgn kepenatan melampau yang aku rasa sekarang ni.. Membuatkan aku terlebih sensitif.. Ahahaha.. Sounds weird for me..

Penat.. Aku sangat,sangat penat.. Sangat penat sampai 2 kali aku demam dalam seminggu ni..

Hmm.. Pernah tak korang rasa korang dah jumpa someone yang korang boleh share everysingle thing with him/her.. But,at the end they the person who betrayed you.. Pernah tak korang rasa dia adalah kawan terbaik pernah korang ada,tapi hakikatnya,dia cuma mengambil kesempatan ke atas korang.. Pernah tak korang rasa,dia adalah sahabat sejati yang amat memahami,tapi hakikatnya dialah manusia bertopeng serigala yang menggigit korang dari belakang.. Pernah tak korang rasa,dia adalah yang terbaik yang pernah korang miliki,tp hakikatnya korang adalah mangsa utk di pergunakan.. Pernah tak?

I'm just sharing what happen to one of my frenz.. Dia kesian kat org,tp org tak kesian pun kat dia.. Dia dipergunakan sebab sifat kasih sayang dia yang terlalu banyak melimpah ruah sampai dgn mudah dia dipergunakan atas tiket 'KAWAN' Inilah namanya 'KAWAN MAKAN KAWAN' Pergi jahanam dpt kawan mcm nih.. Kalau tak boleh jadi manusia yang baek sekalipun,cubala jadi kawan yang baek.. HUH!

Ya,aku admit,aku bukan manusia yang baek,aku juga bukan kawan yang baek.. But,at least,aku cuba.. Aku cuba jadi baek walaupun aku selalu GAGAL.. Ya,aku selalu GAGAL.. Aku GAGAL jadi seorg yg baek kerana wujudnya manusia2 yg hanya tahu menuduh,mendgr dr sebelah pihak dan kemudian meletakkan seluruh kesalahan di bahu org tanpa mahu mendgr penjelasan atau mengkaji apa berlaku,bersikap talam 2 muka,berlagak kononnya dialah manusia suci walhal dialah yang menjadi dalang membawa cerita ke sana sini.. Dgn org ni ckp laen,dgn org tu ckp laen.. DAMN!! Sbb manusia BODOH mcm nila,umat manusia tak pernah hidup aman.. Hidup dalam prasangka dan syak wasangka.. Saling menuduh.. Memfitnah tu dah jadi perkara biasa,seolah-olah itu bukan 1 dosa.. BODOH!!

Marah ke?

Ya,aku marah.. Aku marah sbb aku juga mangsa manusia talam 2 muka.. Dgn aku dia kutuk org tu,dgn org tu dia ngadu yg bukan2 pasal aku.. Dan aku,hanya berdiam diri sebab aku rasa tak guna sekalipun kalau aku bela diri kalau tak ada yg percaya sbb mereka tak kenal aku,dan tak pernah cuba utk kenal aku.. So,berdiam diri adalah cara terbaek.. Aku takkan sesekali tampil utk bela diri.. Nak ckp ape,ckplahh.. Betul @ tidak apa mereka ckp,itu antara mereka dgn Allah.. Aku tak kesah dan pernah ambil tahu sbb aku ada org yg memahami aku,yg tau aku bukan manusia seperti yg mereka ckpkan tu.. Aku ada Hanim,aku ada Zahidah.. Aku jugak ada Azura,Anis,Along,Suhana.. Ramai lagi yg dah kenal aku dari aku kecik,sampai sekarang..

Ya,aku bukan manusia baek.. Tapi aku cuba jadi baek.. Ya,aku bukan ank yg baek,tp aku cuba utk jadi baek.. Ya,aku bukan kawan yg baek,tp aku cuba utk jadi baek.. Ya,aku bukan pelajar yg baek,tp aku cuba jadi baek.. Apa sekalipun,AKU BERUSAHA UTK JADI LEBIH BAIK..

Wassalam..