Pages

Sabtu, September 24, 2011

Kesihatan Yang Memburuk.. =(

Assalamualaikum..

Hai..

Kesihatan aku tak memberangsangkan lately ni.. Demam dh baek.. Tapi kena diarrhea pulak.. Masuk hari ni dah 5 hari dah.. Makan ubat pun tak jalan.. Dah 3 hari aku mkn biskut dgn susu.. tu je yang boleh masuk.. Hurmm.. Dugaan..

Tak apalah.. Saket tu penghapus dosa kan.. Reda jela.. Berkurang jugak dosa aku dgn sakit betimpa-timpa ni.. Esok,kwn2 aku ajak pergi rumah terbuka dekat Meru.. Kalau aku pergi tapi tak makan boleh x? Huhuhu..

Hari Isnin kena pergi Low Yat.. Kwn rumah Badar minta tolong belikan lappy.. Harap2 aku dh sihat Isnin ni.. =(

Kawan-kawan.. Doakan aku cepat sembuh eak.. Wassalam..

Rabu, September 21, 2011

Entah Mengapa...???

Assalamualaikum and Salam Sejahtera..

Currently aku tgh begini sekarang..

Demam sebenarnya.. Tapi tak boleh tidur.. Entah Mengapa? Kenapa demam? Kenapa eak? Penat sgt kot.. Aku ni kan manja,bukan boleh penat2 sgt.. Ehehehe.. Kenapa penat?? Whoa!! It was a very long story..

Dari hari Jumaat sampai hari Isnin aku keluar balek malam.. Sebab? Jumaat aku keluar bawak roommate aku pergi Jusco Bukit Raja,tgk wayang.. Dekat2 maghrib baru sampai rumah..

Hari Sabtu keluar seawal 8 pagi,pergi Low Yatt.. Aku ekot Khaliq sebenarnya.. Dia nak beli Lappy,and aku pulak nak cari external baru.. Kat situ barang lappy murah2.. huhuhu.. Almost 12 jugakla baru aku sampai rumah.. Naek turun Monorel,KTM.. Perghhh!! Sangat,sangat,sangat PENATT!!

Hari Ahad pulak ada Koko,then balek dari koko,aku travel pergi Subang Jaya pulak.. Specificly,Kelab Golf Negara Subang.. Kakak aku buat open house kat kelab and dia suruh datang makan.. Sesat beberapa kali di tgh2 highway,dan melalui pengalaman yg agak menakutkan di depan Sunway Pyramid.. Yg tu aku cerita bila dah sihat nanti.. Pukul 8 lebih mlm smpai rumah,pukul 9 aku kena keluar lagi amik member kat Klang Sentral.. Almost Eleven baru sampai rumah..

Then,semalam aku ingatkan dapat rehat sbb ada 1 kls je pagi,tapi tak berjaya sebab Khaliq ajak aku pergi Low Yatt.. Again!! Ekot plan,kitorang nak pergi hari Selasa,tp memandangkan ada kelas,tukar plan jadi hari Isnin.. Khaliq pun nak amik adapter lappy dia yg tertinggal.. Aku pulak nak upgrade RAM.. Ingatkan nak format and tukar HDD skali,tapi abang kedai tu kata,kalau nk buat semua tu 2 jam++.. Owh.. Lupakan sajalah.. Aku cuma upgrade RAM je.. Then,kami berangkat pulang..

Rasa mcm tak berbaloi pulak.. Lenguh kaki mcm nak tercabut sbb tungu tren delay almost 1 hour.. It was a nightmare for me.. Plus,hari kelas sampai pukul 5.. Balek kelas,aku dah mula menggigil.. Sejuk semcm.. Kena aircond kereta pun aku dh seram sejuk.. Dan hasilnya.. Aku demam bila malam mula melabuhkan tirai.. Saket segala sendi,kena kipas sejuk,berselimut panas.. Plus,tak boleh tido.. Aku kalau penat or demam memang tak boleh tido.. Tak taula kenapa pelik sgt.. Mata tak ngantuk pun.. Entah Mengapa....

Tiba-tiba aku teringat kat dia.. Sekali-sekala teringat tak apa kan? Kan? Aku bukan gila bayanglahh.. Cuma teringat dan susah nak melupakan.. Ehehehe.. Ada sapa2 yg boleh tolong aku? Tolong format balek memory otak aku ni supaya lupa pasal dia.. Jgn format system.. Cuma reset 1 folder je.. Folder pasal dia.. Reset ke delete ke.. Tapi kalau format 1 system lagi bagus agaknya eak.. Hilang semua,aman hidup aku.. Apa aku merepek ni? Okeylah,sebelum aku merapu,baek aku blah.. Badan aku dah maken saket and maken panas.. Gerak sikit pun dh ngilu.. Adusss!!! Nak tido.. Wassalam..


p/s:Bumi dah semakin tenat.. Sama-samalah kita menjaga Bumi tercinta,Hadiah Teristimewa Allah buat kita manusia.. Sayangi Alam Sekitar oke.. (Pesanan Penaja =p)

Sabtu, September 17, 2011

Nah Duit Rayee.. (^_^)v

Assalamualaikum..

Agak lama menyepi.. I'm sorry.. Mood nak menulis or menaip tak ada.. Kerja aku lately ni cuma tgk anime.. Currently watching Sailormoon.. Yeap!! Seriuosly! Anime yang wujud masa aku sekolah rendah dulu.. Ada 200 episod plus 3 movie.. Aku tgh marathon disk ke-4.. Huhuhu..

Entah kenapa kegilaan aku terhadap anime tak hilang dari kecik.. Tadi pun aku sempat sambar Tsubasa Chronicles.. Nanti entry laen aku cerita.. Ahaha.. Actually,ni bayar hutang sebenarnya.. Masa first day kuliah.. One of my little sister (err.. little ke? Besar gajah dah kau Dak Kecit!) Eh,kau bukan anak bongsu ke? Haish! Memangla.. Classmate akulahh.. Dia ni budak matrik,kira belum ckup umurla tu.. Bawah aku.. Aku dh anggap dia mcm adiklahh.. So,my little.. Err.. my younger sister.. Hahaha.. Dia mintak duit rayalahh.. Aku ckp aku bagi kat blog je.. So,Dak Kecit a.k.a Sleypo Shimizu a.k.a Solehah Binti Zainuddin (err.. tolong betulkan kalau aku salah eja nama ayh kau nihh.. Huhuhu..) ni duit raya utk kamu wahai adikku sayang...

Cukup tak?
Kalau tak,aku tambah yg bawah nihh..
Ambikk..

Tak cukup lagi?

Ni maksimum aku boleh bagi..
Tak ada lagi dah..
Habes sudaa..

Wassalam..

Ahad, September 04, 2011

Raya Dan KFC..

Assalamualaikum..

Hallu!! Hari ni 6 Syawal 1432 Hijrah..

Mama tak sihat.. Selesema and batuk.. Esok ada marhaban dekat rumah.. Whoa!! Akula yang jadi tukang masak.. Menu marhaban esok,sandwich sardin dgn getok ubi.. Huhuhu.. Menu yang ringan je sbb tahun2 lps mama dah buat menu berat-berat.. Mee rebus,lemang cicah kari,mee kari n etc.. Jadinya tahun ni cuba menu simpla plak.. Huhuhu..

Well,well.. Tadi aku pergi KFC.. Mama teringin nak makan kentang putar,and cheezy wedges.. masuk dekat pintu je.. mak Aih!! Panjangnye que!! Bulat sekejap biji mata aku.. Adala dalam 20 minit aku beratur baru sampai turn aku.. Lepas je aku dpt pesanan aku,aku pusing je belakang.. Mak Aih!! Quenya dah sampai keluar dekat pintu!!! Huhuhuhu.. Rekod,rekod KFC kat Taman Anggerik panjang mcm nihh.. Selalu tak ramai orang pun..


Panjangkan?? Naseb baek aku dah lepas..
Kalau tak berjanggut aku beratur.. huhuhu..

Masuk je kereta mama dah sengih2.. Aku cakap ramai betul org.. Mama kata,raya2 ni ramai org dtg rumah diorg bagi makan KFC jela kot.. Ekekeke.. Teringat aku iklan KFC yg atuk dia tangkap ayam,lps tu cucu dia lpskan ayam tu.. Hahaha.. Macam-macam ragam time2 raya nih.. Busy sikit minggu ni,jarang dapat update blog.. Banyak cerita nak di shate tapi kekangan masa tak mengizinkan nak berlama-lama mengadap Cik Lappy nihh.. Wassalam..

p/s: Al-Fatihah utk wartawan Noramfaizul yang terkorban dalam misi di Somalia,semoga rohnya dicucuri rRahmat dan tergolong dalam golongan orang2 yg soleh dan beriman.. Amin.. Takziah utk keluarga arwah dari aku dan keluarga.. Al-Fatihah...