Pages

Jumaat, Ogos 26, 2011

BSS? Tersentap Sikit..

Assalamualaikum..

26 Ramadhan 1432 Hijrah..

Hello! Hurmm.. Terpanggil nak buat entry di pagi hari.. Sebab? Aku ada dpt mesej dekat Fb.. Someone said that blog aku blog BSS.. BSS stands for BLOG SYOK SENDIRI.. Whoa!! Seyes memang aku tersentap masa baca mesej budak nihh..

Kenapa BSS sebab blog aku ni tak ada cerita laen.. Semua pasal diri aku,dan apa yang aku buat,mcmla aku ni artis sampai semua orang nak tau apa yang aku buat.. Again,WHOA!! Tersentap lagi aku.. Huhuhu.. Agaknya dia tak baca kot,aku dah tulis kt tepi tuhh..

Whatever I write In here,is just my thought.. So,think whatever you want because I cannot satisfy all people.. =) Enjoy Reading!!


Aku tak boleh nak puaskan hati semua orang yang tak puas hati bila asyik baca pasal diri aku je.. Takkanla aku nk cerita pasal kucing jiran aku beranak semalam pulak.. Logik ke?

Aku rasa,ada blog yang lagi teruk dari blog aku.. Setiap entry cerita pasal pakwe,bergayut dgn pakwe 3 jam pun nak cerita dekat blog.. Aku rasa tu baru betul BSS.. AKu bukan nak kuis salah dekat orang laen.. Tak ada niat pun.. Cuma aku agak terpinga-pingala.. Apa yang aku tulis sampai dia cop blog BSS.. Whoa! Manusia! Aku tau dia budak agama.. Sekolah Agama kan.. Dia ckp kenapa tidak aku tulis tentang ilmu agama yang aku belajar daripada asyik bercerita tentang diri sendiri.. Dan aku balas,ilmu agama aku tak setinggi mana yang membolehkan aku utk menulis entry-entry yang beragama.. Setakat copy paste bolehlah..

Dan dia ckp lagi apa guna aku belajar syariah kalau aku tak share ilmu aku tu pada org laen.. Whoa!!! Maaf tuan.. Saya belajar Syariah hanya setakat 1 thn 6 bulan sahaja dan tempoh itu adalah tempoh yang terlalu singkat ukt saya.. Aku yakin aku masih belum mampu berbahas jika ada yang pertikaikan apa yang aku tulis.. Aku tak nak menanggung dosa seandainya apa yang aku tulis tidak benar dan bertentangan dgn agama..

Dia ckp lagi,blog aku tak ilmiah dan melalaikan.. Aduhai!! Beratnya tuduhanmu itu wahai Hamba Allah yang 'SANGAT' budiman.. Part mana yang melalaikan tu? boleh tunjuk sikit? Dia kata CERPEN yg aku tulis tajuk 'Cinta 10 Sen' tu contoh entry melalaikan.. CERPEN yang panjang tak sampai 10 muka surat tu.. Dan 1-1nya CERPEN yang ada dalam blog aku ni dia kata mcm tu.. terbantut aku nk masukkan CERPEN yang aku tgh buat sekarang ni.. Lagi,entry2 psl cerita yang aku tgk dkt panggung,review novel.. What the...!!! Seriously,aku tak tau apa yang dia fikir masa baca blog aku yang termasuk kategori cikai ni sampai dia boleh ckp benda-benda mcm nihh..

Kenapa aku tak nak menulis dan berkongsi entry-entry beragama?? Sbb utama,aku tak pandai nak berbahas menggunakan Hadis-hadis dan ayat Al-Quran.. Sirius aku tak reti! Dan Ke2,sbb aku tak nak org ckp aku ni alim,silap2 karang ada plak yg panggil aku ustazah sedangkan hakikatnya aku bukanlah manusia begitu.. Aku dah banyak kali ckpkan,aku bukan org baek.. Tapi aku cuba utk jadi baek.. Sedangkan aku memaki seorang teman yang melakukan kesalahan yg pada org laen mungkin tak seberapa,tp cukup membuat aku marah pun aku dah kena sindir 'ustazah kan'.. Whoa!! Aku tak nak begitu..

Lps,bertekak dengan dia dekat FB,aku tgkla profile dia.. Ada blog tak.. Ada.. Canggeh nyah!! Siap lagu lagik.. Westlife nyah lagu.. Tak tahan mak di buatnya.. Err.. lagu tu tak melalaikan ke tuan? Bukan ke lagu2 yang mempunya alat muzik bertali dan seruling di haramkan.. Tuan tau tak tu tuan? Memanglah blog dia berilmiah,bercerita soal agama.. Tapi lagu Westlife.. Org bukak blog dia nak baca post ke nak dgr lagu? Lalai tu.. MANUSIA!!!

Pada aku.. Macam nilah.. Kalau rasa blog aku ni BSS,tak berilmu,just leave it.. Aku tak kesah pun.. Tak perlula nak mengkritik sampai memberi tuduhan yang sebegitu.. Banyak lagi blog org yang lebih teruk dan lebih tak berilmu bahkan berunsur lucah dari blog aku.. Aku boleh terima kritikan orang laen,tp bila orang berckp tanpa fakta dan membabi buta.. Hmm.. Maaflah kalau kena maki free dgn aku.. Dan itula yang aku buat pada Hamba Allah yang sorang tu sampai dia tak balas mesej aku.. Jahat kan aku? Yeap,aku maki dia.. Sebab aku geram.. Aku tak pernah kutuk blog org laen,sekalipun blog mereka tu hanya bercerita tentang lelaki semata-mata sampai aku nak muntah.. Aku tak suka,lps tu aku tak bukak lagi dah blog dia.. Blog dia,dia punya pasal,dia yang bertanggungjawab tentang apa yang dia tulis.. Asalkan aku tak buat sudahh.. Settle! Tapi nak mengkritik secara peribadi begini,bukan cara aku dan aku takkan buat!!

Kepada Hamba Allah yang kenyang dgn makian aku tadi tu,aku minta maaf.. Aku bukan manusia yang baek,tp aku cuba jadi baek.. Tp percubaan aku mungkin gagal utk hari ini kerana wujudnya manusia sarkastik mcm kau yang ingat diri kau tu tinggi ilmu agamanya dan boleh kondem org sesuka hati.. Maaf ye,saya bukan orgnye.. Wassalam..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan