Pages

Sabtu, Jun 25, 2011

Control or Out Of Control..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Hallu! Hallu! Fara Safwanah in the house! Ahaks! Menyepi seketika sebab tak ada cerita.. Hahaha.. Well,well.. Apa maksud tajuk entry tu eak? Mcm gempak jerk.. Hahaha...

One question,korang ada kwn yg panas baran or org jawa kata hot tempered? In other word,kepala hangen.. Hmm.. I'm part of them.. But,apa yang aku nak cakap kt sini terkawal atau tidak terkawal.. Controllable or out of control.. Sebelum tu baca dulu nih..

Panas baran @ `kepala angin’ @ `naik hantu’ yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain.
Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.
Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah. Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.
Temubual bersama Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof
Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?
Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.
Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?
Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.
Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan?
Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah.
Apakah yang mendorong sifat panas baran?
Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran.
Kesan buruk panas baran?
Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.
Langkah terbaik menangani sifat panas baran?
Kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan.
Nasihat Prof kepada remaja yang mudah memberontak dan mudah marah?
Saya berpendapat, remaja perlu belajar untuk menjadi masyarakat yang bertamadun - mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili tamadun itu sendiri.
Punca Panas Baran
# Perilaku agresif # Gejala sosial # Emosi # Masalah kewangan/ keluarga # Ego # Tekanan perasaan # Faktor didikan # Bebanan kerja # Faktor persekitaran
10 Risiko Individu Panas Baran
# Dipulaukan masyarakat sekeliling # Jiwa kosong (murung) # Hilang pekerjaan/jawatan # Perceraian # Kemalangan # Pergaduhan # Kesalahan jenayah # Melakukan penderaan # Tekanan perasaan # Penyakit kronik (darah tinggi, migrain)
Alkisah panas baran...
Cerita 1:
WASHINGTON: Presiden George W Bush dilaporkan terpaksa mengambil ubat antitekanan yang kuat bagi mengawal tingkah lakunya yang panas baran, masalah kemurungan serta ‘paranoia’ - sejenis gangguan mental yang dialaminya.
Sebuah perkhidmatan media Amerika Syarikat memetik sumber rapat Rumah Putih mendedahkan baru-baru ini, ubat yang diselia pegawai perubatan Bush, Kol Richard J Tubb, sebaliknya boleh menjejaskan keupayaan mental serta kemampuan pemimpin Amerika itu ketika berdepan krisis.
Cerita 2:
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, dia tidak sengaja menceraikan isterinya kerana tidak dapat mengawal perasaan marah selepas dimarahi pegawai atasannya.
Lelaki berusia 42 tahun itu pulang ke rumah selepas dimarahi oleh pegawainya berikutan dia datang lewat.
Dalam keterangannya, dia berkata, pada 4 Januari 2001, kira-kira jam 12 tengah hari, dia melafazkan lafaz cerai yang berbunyi ‘saya ceraikan awak’ kepada isterinya, di rumah mereka.
Senyumlah...
PERCAYA atau tidak dengan senyuman ia mampu meredakan tekanan, sekali gus membantu seseorang yang bermasalah atau dalam keadaan tertekan. Malah, bercakap dan berbual dengan tenang mampu meredakan fikiran yang serabut.
Saintis berpendapat, wujud hubungan antara otot pada wajah yang digunakan untuk senyum dan satu kawasan dalam otak yang membebaskan satu bahan kimia saraf (neurotransmitter) merangsang menenangkan fikiran.
Di samping itu, kajian mendapati individu yang mempunyai daya komunikasi tinggi kurang mengalami tekanan berbanding individu yang kurang kebolehan berkomunikasi.
Dengan mempunyai daya berkomunikasi, anda bukan saja mengurangkan tekanan tetapi juga kekecewaan, kemarahan dan ketidakpuasan diri.
Anda juga harus suka mendengar dan berupaya mendengar serta memahami. Di sini, i-Kon memberikan tips untuk menghilangkan tekanan dan sikap mudah marah.
# Ikuti latihan dan kegiatan sukan
Kajian menunjukkan individu menumpukan kegiatan luar mempunyai tekanan darah yang sempurna dan kurang berisiko mendapat sakit jantung.
# Meningkatkan kekerapan bersenam
Aktiviti bersenam bukan saja mengurangkan paras keresahan, tetapi uga mengurangkan muram dan rasa rendah diri. Bersenam adalah unsur paling perlu dalam mana-mana program antitekanan.
# Ubah gizi (diet) pemakanan
Ramai pakar pemakanan berpendapat, menambahkan berat badan menambahkan beban yang lebih pada sistem biologi badan dan saraf minda anda. Merubah gizi yang lebih menyihatkan membantu anda lebih cergas, lebih bertenaga dan lebih berkeyakinan.
# Kurangkan minum alkohol
Walaupun ramai berpendapat meminum alkohol adalah cara untuk mengurangkan tekanan, kajian mendapati minum alkohol lebih daripada dua auns setiap hari boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, jiwa kurang stabil seperti panas baran, fungsi sel otak kurang cergas dan akhir sekali paras tekanan meningkat.
# Minum satu cawan kopi
Kafein adalah bahan perangsang yang dianggap berbahaya pada kesihatan. Ia boleh menyebabkan seseorang terangsang dan jika berlebihan menimbulkan keresahan, mengganggu ketenangan minda dan mempercepatkan degupan jantung.
# Berhenti merokok
Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru-paru menjadi lebih baik pada masa beberapa hari saja. Anda dapat berasakan ernafasan lebih licin dan selesa kerana udara meresap ke saluran darah lebih berkesan.
# Berfikiran positif
Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elak daripada memekik atau bertindak garang. Kemarahan yang dilihat secara positif boleh menjadikan tekanan bertukar kepada kekuatan.

Source: http://ms.shvoong.com/books/novel-novella/1846122-sifat-panas-baran/#ixzz1QGIcDa7Z

Dah baca?

Okeit.. Last week aku and sorang kwn aku adalah berchatting dekat FB.. Dia kata sem depan dia tak nak buat kerja kumpulan dgn si pulanah binti polan nih sebab budak tu panas baran tak bertempat.. Dia tak suka buat kerja dgn org panas baran.. Then,aku ckp 'aku pun panas baran weh.. ko x nak buat kerja dgn aku jugak ke? Sedey..' And dia balas 'Baran2 ko pun,ko tak adala nak melenting tak tentu pasal,stil contollable lagi.. tp si pulanah tu dah out of control dah.. aku tak suka orang mcm tuh.. susah nak buat kerja..'

Dia kata last sem is the first sem dia jumpa kawan yang marah sampai hempas pintu.. Well,it was first time for me too.. Puncanya,sgt kecil.. Dia marah sebab cadangan dia utk ubah web site yang kami buat pada saat terakhir tidak di terima.. Aku yang bertanggungjawab buat web site tuh and it was a ridiculous thing to do bila hari pembentgn tinggal sehari!! It wasn't easy assignment to do dgn Dreamweaver yang berapa stabil keadaannya,aku yang gila buat sorang-sorang dan dia pulak tiba2 keluar dari bilik terus ckp 'web site kita kena tukar..' What the hell?!!! Aku marah.. Ya,aku marah.. Tapi aku tak adalah terus melenting,aku cuba terangkan baek2,yang it was ridiculous thing to do the changes at the critical time like that.. Dia pulak terus naek hangen,naek bilik,hempas pintu! Arrggghhhhh!!!! Aku memang rasa nak maki orang masa tuh.. But,at the end,aku diam jerk.. Mulut merungutla jugak.. But,it's nothing walaupun dalam aku tersgtlah berbuku..

It not the first time.. Most of the time bila pendapat dia tak diterima dalam sesuatu perbincangan dia akan mula buat perangai.. Diam..It's not that kitorang tak nak terima idea dia,tp,masalahnye,dia tau ckp jerk.. Yg kena buatnye.. Kitorang.. Dia jadi tukang tengok jerk.. Alasannya,dia tak tau nak buat.. Habes tu sampai bila asyik tak tau,x tau.. Tak tau kan boleh belajar,drpd duduk melongo tgk org buat kerja.. Bila di bagi kerja,buatnye tak semenggah,yang kena double check,kitorang jugak.. 2 malam tak tido sebab buat assignment it was a nightmare for me.. Dalam keadaan mengantuk kena check karangan orang.. Kalau korang boleh layan ke tgh2 mengantuk nak baca karangan in english dgn grammar yang berterabur.. It was hard for us and for me nak melayan kerenah dia yang aku boleh letak sebagai kerenah standard budak darjah 1!! Susah kan nak bekerjasama dgn org mcm nih??

Ingatkan bila maken besar perangai jadi maken baek,tapi maken menjadi.. Panas baran tak bertempat.. Come onla,dah besar.. Boleh fikir baek buruk sesuatu benda tu.. Kawalla sikit kemarahan tuh.. Boleh nak marah tapi kena pada tempatnya.. Ini kalau setakat idea kena tolak pun nak mengamuk it's shows that you're not matured enough walaupun umur dah 21 tahun.. Daripada nak mengamuk tak tentu pasal kan elok bermuhasabah,kenapa idea aku di tolak,cari idea laen yang lebih bernas.. Lebih baek begitu drpd mengamuk mcm kena tinggal dgn suami.. Huhuhu..

That its.. itulah,yang aku maksudkan CONTROL OR OUT OF CONTROL.. Can you control your anger or you're out of control?? If out of control,kesan2 sikap panas baran tu dah tertulis dekat article tuh.. So,better muhasabah diri.. Kawal kemarahan anda,supaya syaitan tidak menari gembira kerana seorang lagi anak cucu Adam telah hanyut dgn nafsu amarah.. Marah tu adalah sifat Syaitan kan..

Ya,aku juga seorang yang panas baran.. Tanya kawan2 aku masa sekolah rendah,once aku menjerit marah,semua akan rasa menyampah.. That the truth.. But,bila meningkat dewasa,aku berfikir dan terfikir,sampai bila? Sampai bila aku nak menurut nafsu amarah tu? Kenapa tidak aku berubah?Cari,cari punca yang menyebabkan aku mudah marah.. Cuba,cuba kawal punca tu agar tidak terus-menerus melakukan provokasi dalam hati.. Aku tak suka suasana bising,aku tak suka di asak dgn persoalan,dan aku tak suka didesak.. Aku benci,aku benci bila di asak dgn cerita tntg lelaki itu dan lelaki ni dan aku benci mendgr cerita yang sama berulang kali.. Ya,semua tu aku benci.. Cari,cari cara nak mengatasi semua tu.. Dan aku temui sesuatu.. Berdiam diri adalah langkah terbaik.. Dan bila usia menginjak dewasa,aku mula bertukar personaliti.. Kurang bercakap banyak mendgr dan tersenyum.. Ya,aku lebih senang tersenyum.. Berpewatakan ceria.. Itu kunci sikap panas baran aku jadi kurang menonjol.. Terkawal bukan?

So,readers.. Muhasabah diri sebelum sesuatu menimpa diri.. It's all about your mind (Pinjam adik Zaid punya tagline.. ) Hehehe.. Sikap boleh di ubah,cuma kita perlu bijak berfikir menggunakan akal bukan otak sebab kalau kita berfikir menggunakan otak samala kita seperti haiwan.. Haiwan tiada akal.. Kita manusia.. Manusia yang di kurniakan AKAL oleh Allah S.W.T.. Yang menjadi Khalifah di muka bumi Allah ini.. Fikir-fikirkanlah... Until then,wassalam..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan