Pages

Sabtu, Jun 25, 2011

Control or Out Of Control..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Hallu! Hallu! Fara Safwanah in the house! Ahaks! Menyepi seketika sebab tak ada cerita.. Hahaha.. Well,well.. Apa maksud tajuk entry tu eak? Mcm gempak jerk.. Hahaha...

One question,korang ada kwn yg panas baran or org jawa kata hot tempered? In other word,kepala hangen.. Hmm.. I'm part of them.. But,apa yang aku nak cakap kt sini terkawal atau tidak terkawal.. Controllable or out of control.. Sebelum tu baca dulu nih..

Panas baran @ `kepala angin’ @ `naik hantu’ yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain.
Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.
Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah. Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.
Temubual bersama Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof
Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?
Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.
Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?
Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.
Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan?
Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah.
Apakah yang mendorong sifat panas baran?
Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran.
Kesan buruk panas baran?
Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.
Langkah terbaik menangani sifat panas baran?
Kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan.
Nasihat Prof kepada remaja yang mudah memberontak dan mudah marah?
Saya berpendapat, remaja perlu belajar untuk menjadi masyarakat yang bertamadun - mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili tamadun itu sendiri.
Punca Panas Baran
# Perilaku agresif # Gejala sosial # Emosi # Masalah kewangan/ keluarga # Ego # Tekanan perasaan # Faktor didikan # Bebanan kerja # Faktor persekitaran
10 Risiko Individu Panas Baran
# Dipulaukan masyarakat sekeliling # Jiwa kosong (murung) # Hilang pekerjaan/jawatan # Perceraian # Kemalangan # Pergaduhan # Kesalahan jenayah # Melakukan penderaan # Tekanan perasaan # Penyakit kronik (darah tinggi, migrain)
Alkisah panas baran...
Cerita 1:
WASHINGTON: Presiden George W Bush dilaporkan terpaksa mengambil ubat antitekanan yang kuat bagi mengawal tingkah lakunya yang panas baran, masalah kemurungan serta ‘paranoia’ - sejenis gangguan mental yang dialaminya.
Sebuah perkhidmatan media Amerika Syarikat memetik sumber rapat Rumah Putih mendedahkan baru-baru ini, ubat yang diselia pegawai perubatan Bush, Kol Richard J Tubb, sebaliknya boleh menjejaskan keupayaan mental serta kemampuan pemimpin Amerika itu ketika berdepan krisis.
Cerita 2:
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, dia tidak sengaja menceraikan isterinya kerana tidak dapat mengawal perasaan marah selepas dimarahi pegawai atasannya.
Lelaki berusia 42 tahun itu pulang ke rumah selepas dimarahi oleh pegawainya berikutan dia datang lewat.
Dalam keterangannya, dia berkata, pada 4 Januari 2001, kira-kira jam 12 tengah hari, dia melafazkan lafaz cerai yang berbunyi ‘saya ceraikan awak’ kepada isterinya, di rumah mereka.
Senyumlah...
PERCAYA atau tidak dengan senyuman ia mampu meredakan tekanan, sekali gus membantu seseorang yang bermasalah atau dalam keadaan tertekan. Malah, bercakap dan berbual dengan tenang mampu meredakan fikiran yang serabut.
Saintis berpendapat, wujud hubungan antara otot pada wajah yang digunakan untuk senyum dan satu kawasan dalam otak yang membebaskan satu bahan kimia saraf (neurotransmitter) merangsang menenangkan fikiran.
Di samping itu, kajian mendapati individu yang mempunyai daya komunikasi tinggi kurang mengalami tekanan berbanding individu yang kurang kebolehan berkomunikasi.
Dengan mempunyai daya berkomunikasi, anda bukan saja mengurangkan tekanan tetapi juga kekecewaan, kemarahan dan ketidakpuasan diri.
Anda juga harus suka mendengar dan berupaya mendengar serta memahami. Di sini, i-Kon memberikan tips untuk menghilangkan tekanan dan sikap mudah marah.
# Ikuti latihan dan kegiatan sukan
Kajian menunjukkan individu menumpukan kegiatan luar mempunyai tekanan darah yang sempurna dan kurang berisiko mendapat sakit jantung.
# Meningkatkan kekerapan bersenam
Aktiviti bersenam bukan saja mengurangkan paras keresahan, tetapi uga mengurangkan muram dan rasa rendah diri. Bersenam adalah unsur paling perlu dalam mana-mana program antitekanan.
# Ubah gizi (diet) pemakanan
Ramai pakar pemakanan berpendapat, menambahkan berat badan menambahkan beban yang lebih pada sistem biologi badan dan saraf minda anda. Merubah gizi yang lebih menyihatkan membantu anda lebih cergas, lebih bertenaga dan lebih berkeyakinan.
# Kurangkan minum alkohol
Walaupun ramai berpendapat meminum alkohol adalah cara untuk mengurangkan tekanan, kajian mendapati minum alkohol lebih daripada dua auns setiap hari boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, jiwa kurang stabil seperti panas baran, fungsi sel otak kurang cergas dan akhir sekali paras tekanan meningkat.
# Minum satu cawan kopi
Kafein adalah bahan perangsang yang dianggap berbahaya pada kesihatan. Ia boleh menyebabkan seseorang terangsang dan jika berlebihan menimbulkan keresahan, mengganggu ketenangan minda dan mempercepatkan degupan jantung.
# Berhenti merokok
Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru-paru menjadi lebih baik pada masa beberapa hari saja. Anda dapat berasakan ernafasan lebih licin dan selesa kerana udara meresap ke saluran darah lebih berkesan.
# Berfikiran positif
Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elak daripada memekik atau bertindak garang. Kemarahan yang dilihat secara positif boleh menjadikan tekanan bertukar kepada kekuatan.

Source: http://ms.shvoong.com/books/novel-novella/1846122-sifat-panas-baran/#ixzz1QGIcDa7Z

Dah baca?

Okeit.. Last week aku and sorang kwn aku adalah berchatting dekat FB.. Dia kata sem depan dia tak nak buat kerja kumpulan dgn si pulanah binti polan nih sebab budak tu panas baran tak bertempat.. Dia tak suka buat kerja dgn org panas baran.. Then,aku ckp 'aku pun panas baran weh.. ko x nak buat kerja dgn aku jugak ke? Sedey..' And dia balas 'Baran2 ko pun,ko tak adala nak melenting tak tentu pasal,stil contollable lagi.. tp si pulanah tu dah out of control dah.. aku tak suka orang mcm tuh.. susah nak buat kerja..'

Dia kata last sem is the first sem dia jumpa kawan yang marah sampai hempas pintu.. Well,it was first time for me too.. Puncanya,sgt kecil.. Dia marah sebab cadangan dia utk ubah web site yang kami buat pada saat terakhir tidak di terima.. Aku yang bertanggungjawab buat web site tuh and it was a ridiculous thing to do bila hari pembentgn tinggal sehari!! It wasn't easy assignment to do dgn Dreamweaver yang berapa stabil keadaannya,aku yang gila buat sorang-sorang dan dia pulak tiba2 keluar dari bilik terus ckp 'web site kita kena tukar..' What the hell?!!! Aku marah.. Ya,aku marah.. Tapi aku tak adalah terus melenting,aku cuba terangkan baek2,yang it was ridiculous thing to do the changes at the critical time like that.. Dia pulak terus naek hangen,naek bilik,hempas pintu! Arrggghhhhh!!!! Aku memang rasa nak maki orang masa tuh.. But,at the end,aku diam jerk.. Mulut merungutla jugak.. But,it's nothing walaupun dalam aku tersgtlah berbuku..

It not the first time.. Most of the time bila pendapat dia tak diterima dalam sesuatu perbincangan dia akan mula buat perangai.. Diam..It's not that kitorang tak nak terima idea dia,tp,masalahnye,dia tau ckp jerk.. Yg kena buatnye.. Kitorang.. Dia jadi tukang tengok jerk.. Alasannya,dia tak tau nak buat.. Habes tu sampai bila asyik tak tau,x tau.. Tak tau kan boleh belajar,drpd duduk melongo tgk org buat kerja.. Bila di bagi kerja,buatnye tak semenggah,yang kena double check,kitorang jugak.. 2 malam tak tido sebab buat assignment it was a nightmare for me.. Dalam keadaan mengantuk kena check karangan orang.. Kalau korang boleh layan ke tgh2 mengantuk nak baca karangan in english dgn grammar yang berterabur.. It was hard for us and for me nak melayan kerenah dia yang aku boleh letak sebagai kerenah standard budak darjah 1!! Susah kan nak bekerjasama dgn org mcm nih??

Ingatkan bila maken besar perangai jadi maken baek,tapi maken menjadi.. Panas baran tak bertempat.. Come onla,dah besar.. Boleh fikir baek buruk sesuatu benda tu.. Kawalla sikit kemarahan tuh.. Boleh nak marah tapi kena pada tempatnya.. Ini kalau setakat idea kena tolak pun nak mengamuk it's shows that you're not matured enough walaupun umur dah 21 tahun.. Daripada nak mengamuk tak tentu pasal kan elok bermuhasabah,kenapa idea aku di tolak,cari idea laen yang lebih bernas.. Lebih baek begitu drpd mengamuk mcm kena tinggal dgn suami.. Huhuhu..

That its.. itulah,yang aku maksudkan CONTROL OR OUT OF CONTROL.. Can you control your anger or you're out of control?? If out of control,kesan2 sikap panas baran tu dah tertulis dekat article tuh.. So,better muhasabah diri.. Kawal kemarahan anda,supaya syaitan tidak menari gembira kerana seorang lagi anak cucu Adam telah hanyut dgn nafsu amarah.. Marah tu adalah sifat Syaitan kan..

Ya,aku juga seorang yang panas baran.. Tanya kawan2 aku masa sekolah rendah,once aku menjerit marah,semua akan rasa menyampah.. That the truth.. But,bila meningkat dewasa,aku berfikir dan terfikir,sampai bila? Sampai bila aku nak menurut nafsu amarah tu? Kenapa tidak aku berubah?Cari,cari punca yang menyebabkan aku mudah marah.. Cuba,cuba kawal punca tu agar tidak terus-menerus melakukan provokasi dalam hati.. Aku tak suka suasana bising,aku tak suka di asak dgn persoalan,dan aku tak suka didesak.. Aku benci,aku benci bila di asak dgn cerita tntg lelaki itu dan lelaki ni dan aku benci mendgr cerita yang sama berulang kali.. Ya,semua tu aku benci.. Cari,cari cara nak mengatasi semua tu.. Dan aku temui sesuatu.. Berdiam diri adalah langkah terbaik.. Dan bila usia menginjak dewasa,aku mula bertukar personaliti.. Kurang bercakap banyak mendgr dan tersenyum.. Ya,aku lebih senang tersenyum.. Berpewatakan ceria.. Itu kunci sikap panas baran aku jadi kurang menonjol.. Terkawal bukan?

So,readers.. Muhasabah diri sebelum sesuatu menimpa diri.. It's all about your mind (Pinjam adik Zaid punya tagline.. ) Hehehe.. Sikap boleh di ubah,cuma kita perlu bijak berfikir menggunakan akal bukan otak sebab kalau kita berfikir menggunakan otak samala kita seperti haiwan.. Haiwan tiada akal.. Kita manusia.. Manusia yang di kurniakan AKAL oleh Allah S.W.T.. Yang menjadi Khalifah di muka bumi Allah ini.. Fikir-fikirkanlah... Until then,wassalam..



Ahad, Jun 19, 2011

Ubi Bercabang...

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

First of All,Selamat Hari Bapa kepada semua bapa2,bapak2,ayah2,papa2,daddy2,papi2 dia Dunia.. Hehehe...

Pernah nampak tak pokok ubi bercabang-cabang banyak2?? Okey,bagi yang pernah nampak tak apa.. Tapi utk aku.. Ni first time aku nampak ubi bercabang-cabang bagai mcm pokok rambutan.. Dekat tepi rumah aku.. Pokok ubi yang mama aku tanam.. Sebatang ni je yang bercabang mcm pokok rambutan.. Huhuhu..


Ni pokok ubi yang biasa kita tgk..

Yang ini pun biasa..

Yang ini pun biasa je..

Tapi yg ini laen skit..
Nilahh ubi bercabang-cabang tuhh..

Tgk2..
Banyak kan cabang dia?

Naseb baek kecik..
Kalau besar mcm pokok rambutan tuhh..
Dah lama aku panjat.. Huhuhu..

Tengok hah cabang dia..
Bersambung-sambung sampai ke atas..

Mama pun pelik,sebab mama kata ni first time tanam ubi then bercabang-cabang mcm nih punya banyak.. Huhuhu.. Kiranya bukan aku sorangla yang pelik.. Ehehehe..

Korang pernah tak nampak pokok ubi mcm nih?? Pernah??? Okey,fine.. Aku sorang yang jakun.. Lalalalala~~~

Hurmm... Anak teruna bongsu jiran sebelah balek.. Hahaha.. Kawan masa kecik2 tak cukup sifat dolu-dolu.. Tgh interview mama kt luar pasal aku.. Hahaha.. Aku? Duduk diam2 kt dalam rumah.. Tanak keluar.. Malu2.. 'Cett! Malu kunun.. Malam tadi kemain lagi kau skodeng dia masa dia balek..' Haish!! Diamlah,rahsia taww... Hahaha.. Gedik!!! Tak adalah,aku just tgk sapa yang balek.. Sebab rumah jiran sebelah ni kalau anak dia balek rumah mesti terang-benderang,kalau tak gelap jerk dpn tu sbb tinggal dia bedua suami isteri.. Jengah punya jengah,rupa2nya anak dia yang bongsu tu balek.. Tua 3 tahun je mamat tu dari aku.. Tapi aku just panggil dia Hafiz.. Abg2 tarak.. Hahahaha.. Sbb dah biasa dari kecik.. Kecik2 dulu pun mama aku yg jaga dia sbb mak dia kerja.. Kiranya dia pernah jadi babysitter akulah.. Wawawa.. Bila ingat balek,memang bengang giloss!!

Okey,sebelum aku merapu lebih jauh,baek aku blah.. Hihihi... Wassalam...

Jumaat, Jun 17, 2011

Entry Saket Hati...

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Entry kali ni mmg ada kena mengena dgn tajuk.. Korang nampak tak logo kecik warna biru kat tepi blog aku nih? Yg tulis UiTM Puncak Alam blogger tuh.. Yeap,I'm in that.. But aku tak pernah publish link aku kt situ.. Just jadi ahli sahaja.. Cukuplakan.. Blog aku bukan bagus sgt pun.. Okey,that doesn't matter..

The matter is.. Semalam,aku bukak wall FB Puncak Alam Blogger nih and I find a blog yang aku memang tak boley terima statement dia..

dari pengamatan aku...novel melayu semua mengarut...ok sorry...tapi nak cakap jugak...sebab kadang-kadang yang tak logik.... yang penting jadi cerita....

Crap man!!! What the hell she talking about?? Novel Melayu mengarut?? Kalau aku aku dapat budak ni memang aku sekolahkan dia Habes2.. Excuse me miss.. I've read a Malays novel since i was thirteen and I'm already 20 years old now.. That word 'mengarut' tak pernah terlintas pun dalam kepala hotak aku sepanjang aku membaca novel.. I'm keep guessing what kind of novel yg dia baca sampai dia label novel Melayu tu Mengarut?? Yang penting jadi cerita?? Banyk bagus statement kau tu kan.. Cuba kau buat 1 novel lps tu kau hantar utk penerbitan,tgk apa diorang buat dgn manuskrip kau tu? Aku rasa campak kt longkang kot.. Hei! Aku kenal ramai penulis novel dan aku tau hardship diorg nak menggarap 1 cerita tau.. kau ingat lps diorang hantar dekat editor,editor terus cetak ke? Tak bro,manuskrip tu akan diteliti dulu,kalau editor tak approve silap2 kena buat balek manuskrip yang baru tau.. Jgnla ckp kalau kau tak tau effort diorang nak hasilkan sesuatu utk di kongsi dgn semua org..RIDICULOUS!!!

tapi novel nora elena ni aku tak baca, sebab aku stop baca novel cintan cintun ni masa form 3 kot...sebab ? sebab aku rasa bosan...benda sama...kisah sama....ada problem dalam family, aku nak kat ko, ko tamo aku...last-last kawen ngan ko jugak, pastu ada orang ketiga, pastu cinta terhalang....dah memang dapat tahu la, ending dia macam mana....nak-nak, before baca tu, memang aku p baca ending dulu...hahaha.....dah dapat agak dah....

kalau nak baca novel melayu yang logik.....yang best,....yang gempak......aku sarankan kamu bacalah novel dari Ramlee Awang Murshid....ye memang promote pun...sebab sangat suke dia..haha...erk...sorry sorry, kekadang novel dia tak logik gak...tapi kan....novel dia penuh dengan sesuatu.....penuh dengan pengajaran...kalau kamu baca novel bukan sekadar untuk hiburan lah....=p
kekadang tu pandai geram juga bila novel dia sad ending...tapi tu yang bagusnya..sebab ? kehidupan kita ada suka ada duka...tak semestinya apa yang kita nak, itu yang akan kita dapat...macam dalam novel...kalau jalan cerita dia, dia kapel dengan A....jangan la risau, sat g kawin la dia dengan si A tu walaupun apa halangan sekalipun....erm...

Ni lagi statement tak boleh bla dia... Aku tak taula novel zaman bila dia baca sbb aku rasa novel2 yang aku beli semuanya berbeza.. Dia sokong RAM.. Sebelum tu aku mintak maaf pada peminat RAM.. Pada aku RAM punya novel out of my box.. Novel trilogi dia yang tak berkesudahan tu,first novel dia yg 'Bagaikan Puteri' tu aku dah tak boleh ngam dah..

But,aku tak adala nak label semua novel Melayu tu mengarut.. Cut the crap man! Grow up will you? Kalau novel Melayu mengarut,habes tu novel mat salih yang banyak sangat aksi lucah tu kau sukalah,bagus sgtlah??

Tahun berapa last kau baca novel? Sekarang ni dah banyak kot novel-novel Melayu yang berkualiti.. Kau pernah baca Novel Islamik PTS Litera? Pernah baca novel Wasilah Cinta Weera? Pernah kau baca novel-novel Nur Alaf21? Mesti tak pernah kan? Kalau pernah kau takkan keluarkan statement macam nih..

Come onla.. Sekarang ni dah mcm2 jenis novel dan genre ada.. Kalau kau hanya baca novel cinta,cinta,dan cinta memangla kau akan rasa jalan cerita yg sama.. Cuba pelbagaikan pembacaan ko tuh..Open mindedla sikit.. Sokong orang Melayu.. Kalau org Melayu sendiri kata novel Melayu mengarut mcm mana org yg bukan Melayu nak baca novel Melayu? Lagi 1, sebelum kau beli novel tu kau baca sinopsis tak? Mestila bacakan? Kalau dah tau jalan ceritanya sama je,kau tak payahla beli.. Belila yang jalan cerita laen skit.. Hidup ni kena banyak pilihan dan pandai memilih.. Jgn stick dekat benda yg sama jerk!!! Haruslah bosan hidup kau nanti!!

One question utk kau.. kau baca novel utk mengisi masa lapang ke or lepas baca kau berangan bukan2? Kalau lepas baca kau berangan bukan2 memang aku tak heranlah kau keluar statement mcm tuh.. Baca novel hayati isinya,dan jadikan pengajaran.. Bukan berangan bukan-bukan nak pakwe ensem mcm dalam novel tula,apela.. Baek tak payah baca mcm tuhh.. Huh!!

Ya,aku tau tu blog kau,dan kau boleh ckp apa yang kau suka.. Tapi bila kau label semua novel Melayu tu mengarut kau tak rasa ke kau dah menyinggung perasaan para penulis novel kat Malaysia nih.. Aku tak suka novel RAM tapi aku tak pernah ckp novel dia mengarut.. Aku cuma ckp novel dia out of my box.. Aku rasa bahasa mcm tu LEBIH SOPAN utk kau guna rather you used that word MENGARUT! Betterlah utk kau baca blog2 penulis novel dekat Malaysia so that kau tau usaha diorang nak menghasilkan sesuatu karya..

Mungkin sebab hati kami jantan, jadi apabila drama bertajuk ayu-ayu macam Nora Elena ni, kurang sikit nak follow. Namun, fenomena Nora Elena seakan sebati dengan wanita-wanita yang mengimpikan suami romantik seperti Seth Tan (lakonan Aaron Aziz), yang berkemungkinan besar kurang mendapat kasih sayang daripada suami sendiri. LOL!

Seorang blogger, Farihin Jasmi memberikan pendapat yang menarik mengenai Nora Elena yang akan berakhir, hari ini. Menurutnya, ada kejutan yang dilakukan oleh pihak produksi dengan menukar ending cerita Nora Elena untuk memberikan impak yang lebih mendalam kepada rakyat Malaysia! Biar kasi leleh air mata! Pendek kata, Nora Elena akan mati di akhir cerita!

Persoalannya, bagaimanakah Nora Elena akan mati? Farihan Jasmi mengeluarkan beberapa teori yang boleh diterima akal :
  1. Nora Elena dibunuh dengan kejam oleh Yvone yang berkomplot dengan suami si Nilawati, Khairul si kaki pukul.
  2. Eid kembali ke tanah air untuk membalas dendam kesumat dengan menembak Seth Tan. Malangnya, Nora Elena yang terkena peluru tersebut ketika cuba menyelamatkan suaminya, tragis sungguh!
  3. Nora Elena meninggal dunia kerana ketika melahirkan anaknya dan Seth Tan memberikan nama anaknya juga Nora Elena untuk memperingati isterinya yang tercinta. Akhirnya, Seth Tan bahagia dengan Nora Elena, iaitu anaknya buat selamanya.
Yang pasti, ending Nora Elena tidak akan sama dengan jalan cerita di novel untuk memberikan tahap saspen tertinggi kepada penonton setia.

utk bacaan penuh sila ke sini.. Ini blog ke2 yg buat aku naek hangen..

I don't know where did she the idea from.. Kalau dia tak layan cerita Nora Elena tu sudahla.. Aku tak tau mana dia dapat maklumat sebab aku yang ada link dgn penulis novel tu sendiri and link ke media prima pun tak tau pasal nih.. Tapi kalau jalan ceritanya laen pun tak apalah.. Apa masalahnya? Sebab cerita Nora Elena tu ADAPTASI LONGGAR novel Kasih Yang Suci tu.. Highlight di situ ADAPTASI LONGGAR okey.. Maknanya,tak kesahla kalau ending dia tak sama pun.. Bukan dia adaptasi sepenuhnya pun.. Faham tak maksud adaptasi longgar tuhh? Huh!!

Okey,cukup muka aku bekerut hari ni.. Saket hati yang amat.. Huhuhu.. Cepat tua aku mcm nih.. Okeyla,penat dah aku menaip,jumpa lg dalam entry akan datang dgn mood yang lebih ceria.. okey,wassalam..

Khamis, Jun 16, 2011

Si Blurr,Si Muka Tenang dan Si Muka Tegang.. (^_^)

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia...

Hallu! Hallu! Fara Safwanah In the house! Ahaks!

Ekceli,ni entry bayar hutang.. Ingat tak aku pernah ckp nk buat entry pasal Si Muka Dingin? Dah berzaman dah sebenarnya.. Ehehehe.. Sorry,sorry,sorry... Aku dah kumpul gambar nih lama,dah but tak ada masa nak upload.. Then,lately Cik Lappy aku asik buat hal sampai aku rasa nak humban je laptop nih.. Huhuhu.. Okeit,follow the picture guys..


Seigaku Tennis Club

Hah!
Ni si budak blurr.. Dia ni mmg jenis tak ada perasaan..
Perkataan 'kalah' tak pernah ada dalam
kamus hidup dia..

Ni word favourite dia..
Sapa2 yg dgr mmg saket ati..
Especially,pihak lawan..
Dia sgt suka provok org masa dlm tournament..

Comel kan walaupun kdg2 saket ati tgk muka dia..
Ehehehe..

Jugak Kaki Tidoo..
Selalu dtg lambat masa hari pertandingan
sbb overslept..
Poyo! Hahaha..

Tgk2..
Muka Tak Faham dia.. Hampeh!

Yg ini pulak Kaki Senyum..

Mata dia memang sentiasa tetutup..
Kecuali...

Kalau dia terkejut..

Ataupun marah..
Sgt susah nk tgk dia marah..
Tp,kalau dia marah..
Mata dia.. Uih!!
SHINING!!

Senyum sokmo!!

Menang ke kalah,muka dia tetap sama..
Expression tu penting tauuu...
Ehehehe..

Muka ketat..
Hahaha..

Sepanjang aku tgk Prince Of Tennis nih..
Dari episod sampai Intern Tourn..
Cuma sekali dia ada senyum..
Masa SEIGAKU menang Intern Tourn..
Tulah sekali!!
Terukkan?? Hehehe..

Tengok,tengok..
Nampak je muka dia,semua Ahli kelab terus senyap..
Arahan dia tak ada sapa berani bantah..
Takott... Hahaha..

Muka Badi dari Kecik..
Hahaha..
Memang dari kecik tak senyum,senyum..
Huhuhu..

Rabu, Jun 15, 2011

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Kenapa tak pernah ada orang mempertikaikan keterunaan seorang lelaki?

Sebaliknya

Kenapa mesti Mempertikaikan soal Dara seorang wanita sedangkan Dara boleh hilang dgn pelbagai Cara..

Kenapa bila lelaki dgn lelaki berjalan berpegang tgn org pandang serong and ada yg ckp Gay?
(Mcm dlm novel Wasilah Cinta Weera tuhh..)

Sebaliknya

Kenapa tak ada org ckp perempuan dgn perempuan jalan berpimpin tgn itu lesbian?

Kenapa bila janda kahwin bujang orang ckp janda tu gatal?
(Mcm dlm novel Sungguh Aku Cinta tu haa..)

Sebaliknya

Kenapa bila Duda anak 8 sekalipun tak pernah dicop duda gatal bila kawen dgn ank dara sunti?

Kenapa lelaki mesti mempersoalkan dara bakal isteri?
(Mcm cerita Nora Elena Si Eid Hampeh tuhh..)

Sebaliknya

Kenapa wanita tidak pernah bertanya 'Awak ni masih teruna ke?'

Kenapa seorang pelacur tetap di pandang serong walaupun sudah bertaubat?

Sebaliknya

Kenapa lelaki yang bergelar Gigolo or anak ikan tiada siapa yg berkata?

Kenapa apabila seorang wanita bergelar Isteri di katakan derhaka jika tidak memberi izin si suami berkawen laen?

Sebaliknya

Kenapa tidak di tanya soal tanggungjawab lelaki itu terhadap keluarga sudah sempurna @ belum?

Kenapa sepuluh orang anak tidak mampu menjaga seorang ibu sehingga di hantar ke rumah org tua?

Sebaliknya

Kenapa Seorang ibu boleh menjaga 15 org anak?

Dan...

Kenapa perlunya kita mempertikaikan segala benda yang berlaku di sekeliling kita?

Sebaliknya

Kenapa kita tak pernah bertanya apakah silap kita sehingga kita dihadapkan dgn perkara-perkara yang sebegitu oleh Yang Maha Kuasa..


JOM MUHASABAH DIRI!




Isnin, Jun 13, 2011

KL Gangster..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Hallu! Hallu! Ehehehe.. Hari ini aku meluangkan masa utk ke Panggung Wayang.. Menjelajah agak jauh sikit hari ni.. Kalau selalu aku pergi Kluang Mall,but today,aku pergi Jaya Jusco,Tebrau City.. Hahaha.. Walaupun sesat sekejap,tapi still sampai lagilakan.. Biasala first time memang macam tu.. Wawawa.. Ops! Second time sebenonye.. First time dulu bos yang bawak,so that,tak taula jalan mana bos ekot.. Hihihi..

Then,here we are..


Kami tgk cerita ni.. Hehe.. Tgk sbb ada Aaron Aziz.. Ngeh9.. Overall cerita ni sgt best.. Aksi bergaduh diorang yg nampak real tuh.. Huhuhu.. But,for those yg x suka darah jgnla tgk.. Aku pun masa tgk,bedesis-desis mulut aku sbb mcm terasa-rasa sakitnya masa aku tgk diorg kena pukul.. Hadoi!! Mcm aku pulak yg kena.. Hahaha.. Hancus jugakla bekas popcorn tuh aku gigit and ramas.. Hekhekhek.. Thumbs Up for Syamsul Yusuf for this.. Heeee...

Saya pergi dgn mereka..
Anis and Along..
(Rakan-rakan saya dari sekolah rendah lg..)

Kami makan di sini..
(Jhonny's.. Hehehe)

Ini yang kami makan..

Sedap tau..
Nama dia Thai BBQ Chicken Rice..

Yg ini.. Spinach mee with chicken wing kot..
Anis,tolong betolkan kalau salah.. Ehehehe..

Persinggahan terakhir...
Heaven siot buku-buku kt sini..
Teruja gilos aku masuk sini..
hahaha..

Ahad, Jun 12, 2011

Wedding,wedding..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Hallu!!! Ahaks! Agak lama menyepi kerana ke'busy'an yg melampau di tambah Cik Lappy nih buat hal.. Yg tu esok2 aku cerita.. Sekarang aku nak cerita pasal wedding Lecturer aku.. Puan Nor Fazalina Binti Salleh.. Lecturer Admin.. Tengok jela gambar ni eak.. Sbb aku x tau apa nk cakap.. Ada banyak sebenarnye gambar yg kami ambil.. tp nanti upload lagi.. Hahaha.. Sebab aku busy skrg nih.. Busy godeh lappy.. hahaha..


My frenz Badar..

Faza dan Benz.. (~_~)

Comelnyeee lecturer aku nih!!!

Banyak benda dlm nih.. Lilin wangi,keropok n bla,bla,bla..

Hantaran,hantaran.. WOW!!

Tema puteh.. sgt cantek!!
Kalo aku nak buat jugak boley x??
Wawawawa...

Kek sampai 5 tingkat nyah!! Jeles mak..
Ahaks!

Ni tempat makan beradab/beradat
err.. aku x tau yg mana 1.. ehehehe



Hahahaha.. Cukup dulu eak.. ntie aku upload lagik.. BTW,Trima kaseh dekat Pak Cik Google Maps yg tolong tunjukkan jalan,Badar yg jadi tukang baca peta,and Sara yg jadi operator pertanyaan.. Ehehehe..

Khamis, Jun 02, 2011

WOW!!!! T___T

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Hai Guys! Quite busy lately.. So,jarang-jarang dapat update.. Ni pun curi masa sekejap sebab nak share something dgn korang.. Last night,aku dapat link to one blog yang tgh panas sekarang ni.. My frens a.k.a Classmates a.k.a my blogger frens give the link..

BLOG ADINDA

Dengar katanya,blog budak nih tgh jadi bualan hangat sekarang nih dekat Twitter and Facebook.. When I read it.. Then.. I know why it is getting HOT! Pengakuan berani seorang budak berumur 14 tahun.. Tapi rasanya tahun ni dia 15 tahun kot.. PMR pun belum habes.. Hmm.. Masa aku baca entry budak nih malam tadi.. Aku terpaku sejenak.. Entry yg pendek but.. WOW!!! What I can say? Nothing much.. Just berharap budak ni cepat sedar kesilapan dia and kembali ke pangkal jalan..

Warning! Aku bagi link tuh bukan dgn niat nak mengaibkan budak tu.. Tapi hanya utk tatapan kita bersama.. Mengajak korang di luar sana utk berfikir.. Apa jadi pada seorang Wanita atau diri korang sendiri yg bergelar Wanita sekiranya benda yang terlalu berharga bagi setiap wanita (I guess!) itu dah hilang? Ya,it can be gone in many ways.. But this girl it gone by 'that' way.. Lelaki keturunan Mafia sekalipun for sure akan cari perempuan yg baek2 utk jadi isteri.. Just terfikir apa parents dia rasa kalau tau pasal tu or parents dia memang tak kisah.. Wallahualam.. Hmm..

'Eleh! cara kau ckp tu mcmla kau baek sgt!! Ape kau ingat kau tu ahli syurga ke??!!'

Ya,aku akui aku bukan manusia yang terbaik.. Tapi aku berusaha utk jadi baek.. Tak,aku bukan umat Muhammad yang confirm masuk syurga sbb aku juga melakukan dosa.. Tapi aku tidak akan sesekali melakukan dosa terkutuk tu.. Moga Allah melindungi diriku.. Amin..

Pelik budak ni.. Bertambah pelik sebab follower dia ramai yg bertudung.. Ehehehe.. Kwn2 diala tu kot.. Lps baca,korang fikirla.. Perlu ke perkara2 mengaibkan seperti tu ditulis dalam blog yang boley diusha oleh orang2 seluruh dunia? Kita orang Islam dik.. Hmmm....

Aduhai! Dahlah,malas nak cakap.. Aku percaya kat luar sana,dah ramai manusia mcm ni.. Cuma,maybe diorang tak mcm budak ni yang bukak pekung dada sendiri.. Jomlah,kita sama2 doakan moga2 budak ni sedar kesilapan diri dan kembali ke jalan Islam yang lurus.. Amin..

p/s: Komen dah beratus kt post itu sahaja.. Last night aku tengok 762 komen,just now aku tengok dah jadi 962 komen.. Popular betul budak ni.. 200 komen in one night.. Ada yang mengutuk and ada jugak yg menyokong (err.. T__T ) Sokong?? Adeh!!