Pages

Selasa, Mei 03, 2011

Kawen Oh Kawen..

Assalamualaikum...

"Orang lelaki kalau Bab Kawen memangla ikut Sunnah,tapi tanggungjawab yang laen berterabur.."
-

"Awak jangan nak menggatal! Diri sendiri tak terjaga, ada hati nak kahwin lagi satu!"tengking si isteri berang "Ah! Jangan nak nafikan hak saya! Mana Islam kata lelaki boleh kahwin satu saja! Saya ada hak dan saya menurut apa yang Al-Quran ajar! Awak tak faham Al-Quran ke? Ini sunnah!" balas si suami. Begitulah dialog sepasang suami isteri.



##################### Jeng,jeng,jeng...

Pernah tak korang dgr ayat nih? Aku rasa mesti pernah.. Ayat ni akan keluar bila isteri meradang tak benarkan suami kawen laen.. Okeit,mari kita teroka dgn jelas isu poligami ni.. Well,aku bukan org yang pakar.. Tapi segala sumber yang aku ambil adalah dari Ustaz dan pihak JAIS..

Allah Ta'ala Telah berfirman :


" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."




Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-


- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.


- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.


- Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.


- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.


Persoalan aku.. Adakah lelaki sekarang berpoligami kerana 4 syarat ni,atau kerana nafsu semata-mata? Ops! Aku bukan nak mengkondemkan lelaki ye.. Tidak sama sekali.. Cuma nak ajak berfikir sejenak.. Wahai lelaki-lelaki berpoligami di luar sana,adakah anda mempunyai salah satu musabab utk berpoligami di atas?

Harus diingat, perkahwinan bukan terarah kepada hawa nafsu saja sebaliknya ia diselangi tanggung jawab yang besar serta amanah Allah yang harus dipikul suami. Tanggungjawab memberi nafkah terletak di bahu suami selain mendidik isteri serta anak ilmu dunia dan akhirat.

Apa itu poligami?
poligami bermaksud 'seseorang yang mempunyai pasangan hidup lebih daripada seorang'. Contohnya apabila seorang lelaki mempunyai tiga isteri atau seorang wanita mempunyai empat suami.Okey,statement yg last selepas atau tu tolak tepi cz of course dalam Islam isteri tidak boleh poligami.. Hehehe...

PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI


* Pemohon memfailkan aduan di Pejabat Agama Islam Daerah (Isi borang aduan).


* Sessi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan mendapatkan panduan.


* Dapatkan borang 2 B permohonan berpoligami di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.


* Pemohon membuat akuan sumpah di hadapan Ketua Pendaftar / Pendaftar / Timbalan Pendaftar / Penolong Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa 2 orang saksi lelaki.


* Mendaftarkan kes permohonan berpoligami di Mahkamah Syariah dengan melampirkan dokumen yang berkaitan.


* Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah (ditetapkan mengikut giliran kes permohonan).


* Keputusan/perbicaraan - dapatkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23).


* Jika mendapat kelulusan, rujuk semula ke Pejabat Agama Islam Daerah. Serahkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23) kepada pihak perempuan untuk dilampirkan dengan permohonan beliau semasa berurusan dengan Penolong Pendaftar Nikah di kariah masjid yang berkenaan.

Agaknye,sebab ni lah kot,lelaki yang nak kawen lagi 1 akan kawen dekat Siam.. Ehehehe.. Sebab tak nak turun naik mahkamah.. Plus,tak nak isteri lagi satu tahu.. Heh! Haip! Aku bukan ckp semua lelaki yee.. Yang terlibat sahaja.. Heeee~~~

Poligami juga,menekankan tentang keadilan.. Adil dari segi apa? Jom kita skodeng..

Disyaratkan pula berlaku adil, sebagaimana yang difirmankan Allah (SWT);

"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)

Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri, cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja.

Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:

a) Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.
Seorang suami yang selalu sakit-sakitan dan mengalami kesukaran untuk bekerja mencari rezeki, sudah tentu tidak akan dapat memelihara beberapa orang isteri. Apabila dia tetap berpoligami, ini bererti dia telah menganiayai dirinya sendiri. Sikap yang demikian adalah tidak adil.

b) Adil di antara para isteri.
Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing dari suaminya, berupa kemesraan hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara yang diwajibkan Allah kepada setiap suami.

Adil di antara isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nisak ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;

"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)

i) Adil memberikan nafkah.
Dalam soal adil memberikan nafkah ini, hendaklah si suami tidak mengurangi nafkah dari salah seorang isterinya dengan alasan bahawa si isteri itu kaya atau ada sumber kewangannya, kecuali kalau si isteri itu rela. Suami memang boleh menganjurkan isterinya untuk membantu dalam soal nafkah tetapi tanpa paksaan. Memberi nafkah yang lebih kepada seorang isteri dari yang lain-lainnya diperbolehkan dengan sebab-sebab tertentu. Misalnya, si isteri tersebut sakit dan memerlukan biaya rawatan sebagai tambahan.
Prinsip adil ini tidak ada perbezaannya antara gadis dan janda, isteri lama atau isteri baru, isteri yang masih muda atau yang sudah tua, yang cantik atau yang tidak cantik, yang berpendidikan tinggi atau yang buta huruf, kaya atau miskin, yang sakit atau yang sihat, yang mandul atau yang dapat melahirkan. Kesemuanya mempunyai hak yang sama sebagai isteri.

ii) Adil dalam menyediakan tempat tinggal.
Selanjutnya, para ulama telah sepakat mengatakan bahawa suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya sesuai dengan kemampuan suami. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga kesejahteraan isteri-isteri, jangan sampai timbul rasa cemburu atau pertengkaran yang tidak diingini.

iii) Adil dalam giliran.
Demikian juga, isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama lamanya dengan waktu menginap di rumah isteri-isteri yang lain. Sekurang-kurangnya si suami mesti menginap di rumah seorang isteri satu malam suntuk tidak boleh kurang. Begitu juga pada isteri-isteri yang lain. Walaupun ada di antara mereka yang dalam keadaan haidh, nifas atau sakit, suami wajib adil dalam soal ini. Sebab, tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah semata-mata untuk mengadakan 'hubungan seks' dengan isteri pada malam giliran itu, tetapi bermaksud untuk menyempumakan kemesraan, kasih sayang dan kerukunan antara suami isteri itu sendiri. Hal ini diterangkan Allah dengan firman-Nya;

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Al-Qur'an, Surah ar-Ruum ayat 21)

Andaikan suami tidak bersikap adil kepada isteri-isterinya, dia berdosa dan akan menerima seksaan dari Allah (SWT) pada hari kiamat dengan tanda-tanda berjalan dalam keadaan pinggangnya miring. Hal ini akan disaksikan oleh seluruh umat manusia sejak Nabi Adam sampai ke anak cucunya.

Firman Allah (SWT) dalam Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8;

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)."

c) Anak-anak juga mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan, pemeliharaan serta kasih sayang yang adil dari seorang ayah.
Oleh itu, disyaratkan agar setiap suami yang berpoligami tidak membeza-bezakan antara anak si anu dengan anak si anu. Berlaku adil dalam soal nafkah anak-anak mestilah diperhatikan bahawa nafkah anak yang masih kecil berbeza dengan anak yang sudah besar. Anak-anak perempuan berbeza pula dengan anak-anak lelaki. Tidak kira dari ibu yang mana, kesemuanya mereka berhak memiliki kasih sayang serta perhatian yang seksama dari bapa mereka. Jangan sampai mereka diterlantarkan kerana kecenderungan si bapa pada salah seorang isteri serta anak-anaknya sahaja.

Keadilan juga sangat dituntut oleh Islam agar dengan demikian si suami terpelihara dari sikap curang yang dapat merosakkan rumahtangganya. Seterusnya, diharapkan pula dapat memelihara dari terjadinya cerai-berai di antara anak-anak serta menghindarkan rasa dendam di antara sesama isteri.

Sesungguhnya kalau diperhatikan tuntutan syarak dalam hal menegakkan keadilan antara para isteri, nyatalah bahawa sukar sekali didapati orang yang sanggup menegakkan keadilan itu dengan sewajarnya.

Bersikap adil dalam hal-hal menzahirkan cinta dan kasih sayang terhadapisteri-isteri, adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Walau bagaimanapun, ia termasuk perkara yang berada dalam kemampuan manusia. Lain halnya dengan berlaku adil dalam soal kasih sayang, kecenderungan hati dan perkara-perkara yang manusia tidak berkesanggupan melakukannya, mengikut tabiat semulajadi manusia.

Hal ini sesuai dengan apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah an-Nisak ayat 129 yang berbunyi;

"Dan kamu tidak sekali-kali akan sanggup berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang)."

Selanjutnya Siti 'Aisyah (r.a.) menerangkan, maksudnya;

Bahawa Rasulullah (s.a.w.) selalu berlaku adil dalam mengadakan pembahagian antara isteri-isterinya. Dan beliau berkata dalam doanya: "Ya Allah, inilah kemampuanku membahagi apa yang ada dalam milikku. Ya Allah, janganlah aku dimarahi dalam membahagi apa yang menjadi milikku dan apa yang bukan milikku."

Menurut Prof. Dr. Syeikh Mahmoud Syaltout; "Keadilan yang dijadikan syarat diperbolehkan poligami berdasarkan ayat 3 Surah an-Nisak. Kemudian pada ayat 129 Surah an-Nisak pula menyatakan bahawa keadilan itu tidak mungkin dapat dipenuhi atau dilakukan. Sebenamya yang dimaksudkan oleh kedua ayat di atas ialah keadilan yang dikehendaki itu bukanlah keadilan yang menyempitkan dada kamu sehingga kamu merasakan keberatan yang sangat terhadap poligami yang dihalalkan oleh Allah. Hanya saja yang dikehendaki ialah jangan sampai kamu cenderung sepenuh-penuhnya kepada salah seorang sahaja di antara para isteri kamu itu, lalu kamu tinggalkan yang lain seperti tergantung-gantung."

Kemudian Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shidieqy pula menerangkan; "Orang yang boleh beristeri dua ialah yang percaya benar akan dirinya dapat berlaku adil, yang sedikit pun tidak akan ada keraguannya. Jika dia ragu, cukuplah seorang sahaja."

"Adil yang dimaksudkan di sini ialah 'kecondongan hati'. Dan ini tentu amat sulit untuk dilakukan, sehingga poligami adalah suatu hal yang sukar untuk dicapai. Jelasnya, poligami itu diperbolehkan secara darurat bagi orang yang benar-benar percaya dapat berlaku adil."

Selanjutnya beliau menegaskan, jangan sampai si suami membiarkan salah seorang isterinya terkatung-katung, digantung tak bertali. Hendaklah disingkirkan sikap condong kepada salah seorang isteri yang menyebabkan seorang lagi kecewa. Adapun condong yang dimaafkan hanyalah condong yang tidak dapat dilepaskan oleh setiap individu darinya, iaitu condong hati kepada salah seorangnya yang tidak membawa kepada mengurangkan hak yang seorang lagi.

Afif Ab. Fattah Tabbarah dalam bukunya Ruhuddinil Islami mengatakan; "Makna adil di dalam ayat tersebut ialah persamaan; yang dikehendaki ialah persamaan dalam hal pergaulan yang bersifat lahir seperti memberi nafkah, tempat tinggal, tempat tidur, dan layanan yang baik, juga dalam hal menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri."


See.. adakah anda menepati syarat wahai lelaki? =)

Kalau tidak.. Lupakan sahaja niat anda.. =p

Ada hikmah dan kesannye mengapa Poligami di benarkan dalam Islam..


HIKMAH POLIGAMI
1. Dapat melahirkan zuriat terhadap pasangan yang tidak dapat melahirkan anak kerana mandul, sakit dan lain-lain

2. Poligami ialah satu cara untuk melindungi kaum wanita yang tidak mempunyai suami atau kehilangan suami seperti meninggal dunia di medan perang.

3. Mengelakkan kaum lelaki daripada terjerumu ke lembah maksiat, kerana nafsu lelaki tidak pernah kurang, sedangkan nafsu perempuan semakin berkurang dengan bertambah usianya.

4. Untuk mengurangkan jumlah kaum wanita yang tidak berkahwin kerana semakin ramai bilangannya daripada kaum lelaki.

5. Mengekalkan kerukunan rumah tangga akibat krisis antara suami dan isteri terutamanya tentang masalah seks. Dengan adanya kebenaran poligami, keadaan suami kembali aman dan pergaduhan dapat dielakkan.

6. Menambahkan zuriat umat manusia di muka bumi Allah melalui cara yang halal

KESAN POLIGAMI YANG TIDAK MENGIKUT SYARIAT
1. Menimbulkan permusuhan dalam keluarga khususnya terhadap isteri-isterinya.

2. Menimbulkan masalah kepada anak-anak yang tidak cukup perbelanjaan dan memaksa mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik.

3. Membawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita.

4. Mewujudkan masyarakat yang tidak aman.


Take note,aku buat entry ni bukan ada niat ape2.. Tak ada motif pun.. Just,bila tengok senario lelaki sekarang yg sering menjadikan Sunnah Nabi sebagai alasan utk berpoligami aku rasa macam kena tarik2 (statement tak boleh bla..) utk dekati isu ni.. Ye,aku perempuan.. Aku bukan menentang poligami,sebab kalo aku menentang samalah macam aku menentang Islam.. It just that aku meluat bila lelaki menggunakan alasan agama sebagai modal utk berpoligami, walhal,mereka sendiri tidak mengikut lunas Islam sepenuhnya.. mcm mana nak memimpin seandainya diri sendiri tidak terpimpin.. Solat 5 waktu,rongak2,puasa tp hisap rokok,kadang2 tak puasa,solat Jumaat jarang2.. Layakkah org2 sebegini utk berpoligami? Seandainya seorang isteri yang ada itu pun tak tertanggung nafkahnye,apa lagi utk beristeri 2? Seandainya isteri yang seorang itu pun tak terpimpin,bagaimana utk dia menjadi nakhoda dalam sebuah lg kapal? layakkah?

Jgn sesekali melakukan sesuatu menurut hawa nafsu,fikirkan kesannya di masa depan.. Apa akan terjadi di akhirat kelak sekiranya kamu gagal utk berlaku adil? Nak ke jalan dgn bahu yg senget sebelah sewaktu di Mahsyar? Ingat kta pepatah,Ikut Hati Mati.. Fikir-fikirkan wahai lelaki...

Well,aku bercakap bukan ikut suka.. Remember my tagline? THIS IS MY JOURNEY,MY LIFE.. Like I said,my Life is tough.. Heeee.. Renung-renungkan dan Selamat Beramal.. Wassalam.. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan