Pages

Isnin, Mei 23, 2011

Di Sebalik Wajah-Elee Mardiana

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Hallu! Hallu! Fara Safwanah in the house! Ahaks! Trademark biasa.. Hahaha.. Eh,apa gambar ni buat kt atas nih? Kejap-kejap aku fikir.. Hurmm... ?__?

HAH!!!

Ingat dah.. Ehehehe.. Ekceli aku nak cerita-ceriti pasal novel nih.. Cerita pasal ape? Apa2 aje.. Lalalala~~~ Hahaha.. Merepek sudaa..

Okela,straight to the point.. I've gone through this novel.. Aku dah habes baca dari kulit ke kulit! Heeee.. Bukan nak bagi komen,kritikan or pujian.. Tapi perkongsian.. Ngeh9..

What can I say about this novel? So much..

Berbeza dari novel penulis yang pertama Cinta Seorang Kekasih (CSK) yg bertemakan Cinta Remaja,novel Di Sebalik Wajah pula membawa cerita tentang hipokrasi kehidupan manusia sebab tulah tajuk Di Sebalik Wajah dan terselit jugak kisah cinta..

Well,novel ni menceritakan tentang golongan VIP yang mempunyai kehidupan yang hitam sehingga tertubuhnya sebuah kelab utk mereka melakukan aktivit gelap mereka tetapi bersembunyi di sebalik gelaran tokoh agama yang berjaya.. Kehidupan gelap yang hanya orang tertentu sahaja yang tau.. Dan kehidupan hitam mereka mula terbongkar sedikit demi sedikit apabila anak Datuk Ariffin salah seorang daripada ahli kelab ini terlibat dalam kes cubaan rogol dan lelaki yg terlibat juga merupakan anak kepada ahli kelab yg sama iaitu anak kepada Tan Sri Saladdin yang mempunyai pengaruh lebih besar..

Konflik bermula apabila,anak gadis Datuk Ariffin ni diselamatkan oleh seorang wartawan dan detektif.. kalau dah nama pun wartawan dgn detektif kan.. Of courselah benda2 mcm nih akan di siasat sampai ke akar umbi.. Siasatan demi siasatan membawa kepada penemuan demi penemuan yang tidak dijangka lebih2 lagi apabila ada dikalangan anggota polis sendiri yang terlibat.. Semuanya kerana wang.. Macam satu dialog yang di ucapkan oleh watak seorang peguam dalam cerita ni 'every people have their price..' Can you imagine betapa rendahnya maruah manusia sekarang,hanya sebab duit sanggup lakukan apa sahaja termasuk membunuh!

Penemuan demi penemuan ini jugak menjadikan manusia2 VIP yang hidup dalam hipokrasi ni mula panas punggung sehingga terpaksa membubarkan kelab eksklusif mereka sementara waktu utk mengelakkan kegiatan hitam mereka diketahui..

Selebihnya korang kenala baca sendiri ye.. Apa yang berlaku kepada wartawan dan detektif yang menyiasat kes tu,siapa yang terbunuh dan di bunuh,segalanya ada dalam novel ni.. Tapi,once korang dapat novel,baca jgn lompat-lompat.. Sebab kalau baca lompat-lompat sampai ke sudah korang takkan faham sebab ceritanya saling berkait.. Perkaitan antara masa lampau dgn apa yg ada sekarang..

Pada aku,penulis ini berani.. Sangat berani.. Dia membawa kelainan utk novel ke2 dia.. Sebab berdasarkan pemerhatian aku,seseorang penulis biasanya akan membawa tema yang sama dalam penulisan mereka dan jarang mengubah tema penulisan mereka.. Contoh,Dhiya Zhafira dgn tema thriller-romantic dr novel ke2 hingga ke4,Ayu Emelda dgn tema kawen paksa kemudian jatuh cinta dari novel pertama sampai ke3,novel ke4 dia membawa kelainan sikit.. Aisya Sofea dgn watak lelaki bersuara garau tetapi lembut dan romantis,Anis Ayuni yang selalu membawa pembaca bercuti dalam novelnya,Haiza Najwa yang sering membawa pembaca menelusuri jiwa2 manusia dgn pelbagai penyakit .. Dan ramai lagi penulis yang mempunyai trademark mereka sendiri..

Tapi bagi penulis ini dari novel Cinta Remaja bertukar menjadi Thriller-Romance.. Wow! Terkejut.. Ya,aku terkejut.. Dan kesimpulannya,penulis telah menggarap sebuah novel kill2 die2 yang sangat menarik! Huhuhu.. Novel ni penuh dgn unsur-unsur suspen dan kejutan.. Dan jangan terkejut sekiranya apa yg anda baca di sinopsis belakang langsung tidak menggambarkan isi cerita yang sebenar.. Hehehe..Aku ckp mcm ni sebab aku sendiri mula-mula ingat novel ni novel yg tangkap leleh punya cerita cintan-cintun,tapi bila baca.. Whoa!! Thriller kot..

Aku tak sure novel ada sambungan atau tidak sebab ada beberapa part yang pada aku tergantung.. Apa yang berlaku pada kelab eksklusif selepas dibubarkan sementara tidak dinyatakan,apa yang berlaku kepada ahli kelab eksklusif yang lain seperti Dato' Morid danJaafar Sani yang juga sebenarnya terlibat dgn jenayah Tan Sri Saladdin juga tidak dinyatakan.. But,dari sumber2 yang boleh aku percayai,novel ni tidak ada sambungan but mungkin apa yg berlaku terhadap kelab eksklusif tu akan diselitkan dalam novel penulis yang akan datang.. Wah! tak sabar aku nak tau.. hehehe..

So,korang boley grab and buy this novel sebab dah berada di pasaran sekarang.. Semalam melambak aku jumpa kt Plaza Angsana.. Aku dapat awal sebab aku beli post.. Kredit utk Al-Qawwiy Rental Bookstore sbb berjaya dapatkan aku novel ni before release kt pasaran.. Hehehe.. Korang takkan menyesal beli novel ni,SERIOUSLY! Damn Serious! Huhuhu..

Saying Congrats to penulis Elee Mardiana atas kejayaan novel ni and hope for another novel soon.. hahaha.. Ko ingat senang ke jadi penulis nih Wan?? Okey2.. Apa-apa pun tahniah sekali lagi utk penulis.. And Thank You.. Until then.. Wassalam..


3 ulasan:

  1. Wau! Akak tak expect ulasan yang sebegini bagus dan terperinci. Tahniah dan terima kasih akak ucapkan.

    BalasPadam
  2. Lupa nak tanya, berapa bintang? He he he...

    BalasPadam
  3. Heeee.. saya rasa mcm nak edit balek sbb feel like dah bocorkan banyak sgt.. Huhuhu.. x tau nk bg brapa la kak,sbb best sgt2.. kalo ada 10 bg lerr 10 bintang kt akak.. Err.. Sorry eak yg saya komen psl kelab eksklusif tuh.. huhuhu..

    BalasPadam