Pages

Selasa, Mei 31, 2011

Apakah....??? T___T

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Well,well,well... Sekian Lama tak update.. Lama ke? Ehehehe.. Takla lama mana pun.. Just now aku meroyan-royan sekejap dekat Youtube.. Accidently.. Aku jumpa Video nih.. SIRIUS! AKU TAK SUKA LAGU NIH!!! Sgt2 tidak suka.. Kenapa? Korang dengarla.. Aku minta maaf pada sapa2 yg minat lagu nih.. But,for me.. Lagu ni... Err... Ehehehe...

First time dgr lagu ni,dekat Hot FM masa aku OTW balek dari Mid Valley.. Yg masa aku meroyan dgn Badar,Pija and Khaliq tuh.. Nak pergi Sunway tp sesat sampai Tol Jalan Duta! Huhuhu.. Once lagu ni keluar jerk,Aku tengok Badar,Badar tengok aku.. Kami 1 kereta senyap.. Then,aku ckp 'lagu apelah nih...' Badar sambut 'tau tak ape.. Merepek!' Pija kata 'Gelinya! Gedik!' Pak Cik Aleq plak kta 'Bodoh!' Dan Kami 1 kereta pakat gelak sampai begema kereta tuh.. Huhuhu.. Okela,dgrla lagu nih.. Kalau korang sejiwa dgn aku,korang mesti tau sebab aku tak suka lagu nih.. Heeee... Wassalam...

Sabtu, Mei 28, 2011

Saat Terakhir....

Tak pernah terfikir olehku
Tak sedikitpun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit kurasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Di bawah batu nisan kini
Kau telah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja kutelah bisa cintai kamu,kamu,kamu di hatiku
Namun bagiku melupaknmu butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu… di hatiku
Namun bagiku melupaknmu butuh waktuku seumur hidup
di nanti ku……

Isnin, Mei 23, 2011

Di Sebalik Wajah-Elee Mardiana

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Hallu! Hallu! Fara Safwanah in the house! Ahaks! Trademark biasa.. Hahaha.. Eh,apa gambar ni buat kt atas nih? Kejap-kejap aku fikir.. Hurmm... ?__?

HAH!!!

Ingat dah.. Ehehehe.. Ekceli aku nak cerita-ceriti pasal novel nih.. Cerita pasal ape? Apa2 aje.. Lalalala~~~ Hahaha.. Merepek sudaa..

Okela,straight to the point.. I've gone through this novel.. Aku dah habes baca dari kulit ke kulit! Heeee.. Bukan nak bagi komen,kritikan or pujian.. Tapi perkongsian.. Ngeh9..

What can I say about this novel? So much..

Berbeza dari novel penulis yang pertama Cinta Seorang Kekasih (CSK) yg bertemakan Cinta Remaja,novel Di Sebalik Wajah pula membawa cerita tentang hipokrasi kehidupan manusia sebab tulah tajuk Di Sebalik Wajah dan terselit jugak kisah cinta..

Well,novel ni menceritakan tentang golongan VIP yang mempunyai kehidupan yang hitam sehingga tertubuhnya sebuah kelab utk mereka melakukan aktivit gelap mereka tetapi bersembunyi di sebalik gelaran tokoh agama yang berjaya.. Kehidupan gelap yang hanya orang tertentu sahaja yang tau.. Dan kehidupan hitam mereka mula terbongkar sedikit demi sedikit apabila anak Datuk Ariffin salah seorang daripada ahli kelab ini terlibat dalam kes cubaan rogol dan lelaki yg terlibat juga merupakan anak kepada ahli kelab yg sama iaitu anak kepada Tan Sri Saladdin yang mempunyai pengaruh lebih besar..

Konflik bermula apabila,anak gadis Datuk Ariffin ni diselamatkan oleh seorang wartawan dan detektif.. kalau dah nama pun wartawan dgn detektif kan.. Of courselah benda2 mcm nih akan di siasat sampai ke akar umbi.. Siasatan demi siasatan membawa kepada penemuan demi penemuan yang tidak dijangka lebih2 lagi apabila ada dikalangan anggota polis sendiri yang terlibat.. Semuanya kerana wang.. Macam satu dialog yang di ucapkan oleh watak seorang peguam dalam cerita ni 'every people have their price..' Can you imagine betapa rendahnya maruah manusia sekarang,hanya sebab duit sanggup lakukan apa sahaja termasuk membunuh!

Penemuan demi penemuan ini jugak menjadikan manusia2 VIP yang hidup dalam hipokrasi ni mula panas punggung sehingga terpaksa membubarkan kelab eksklusif mereka sementara waktu utk mengelakkan kegiatan hitam mereka diketahui..

Selebihnya korang kenala baca sendiri ye.. Apa yang berlaku kepada wartawan dan detektif yang menyiasat kes tu,siapa yang terbunuh dan di bunuh,segalanya ada dalam novel ni.. Tapi,once korang dapat novel,baca jgn lompat-lompat.. Sebab kalau baca lompat-lompat sampai ke sudah korang takkan faham sebab ceritanya saling berkait.. Perkaitan antara masa lampau dgn apa yg ada sekarang..

Pada aku,penulis ini berani.. Sangat berani.. Dia membawa kelainan utk novel ke2 dia.. Sebab berdasarkan pemerhatian aku,seseorang penulis biasanya akan membawa tema yang sama dalam penulisan mereka dan jarang mengubah tema penulisan mereka.. Contoh,Dhiya Zhafira dgn tema thriller-romantic dr novel ke2 hingga ke4,Ayu Emelda dgn tema kawen paksa kemudian jatuh cinta dari novel pertama sampai ke3,novel ke4 dia membawa kelainan sikit.. Aisya Sofea dgn watak lelaki bersuara garau tetapi lembut dan romantis,Anis Ayuni yang selalu membawa pembaca bercuti dalam novelnya,Haiza Najwa yang sering membawa pembaca menelusuri jiwa2 manusia dgn pelbagai penyakit .. Dan ramai lagi penulis yang mempunyai trademark mereka sendiri..

Tapi bagi penulis ini dari novel Cinta Remaja bertukar menjadi Thriller-Romance.. Wow! Terkejut.. Ya,aku terkejut.. Dan kesimpulannya,penulis telah menggarap sebuah novel kill2 die2 yang sangat menarik! Huhuhu.. Novel ni penuh dgn unsur-unsur suspen dan kejutan.. Dan jangan terkejut sekiranya apa yg anda baca di sinopsis belakang langsung tidak menggambarkan isi cerita yang sebenar.. Hehehe..Aku ckp mcm ni sebab aku sendiri mula-mula ingat novel ni novel yg tangkap leleh punya cerita cintan-cintun,tapi bila baca.. Whoa!! Thriller kot..

Aku tak sure novel ada sambungan atau tidak sebab ada beberapa part yang pada aku tergantung.. Apa yang berlaku pada kelab eksklusif selepas dibubarkan sementara tidak dinyatakan,apa yang berlaku kepada ahli kelab eksklusif yang lain seperti Dato' Morid danJaafar Sani yang juga sebenarnya terlibat dgn jenayah Tan Sri Saladdin juga tidak dinyatakan.. But,dari sumber2 yang boleh aku percayai,novel ni tidak ada sambungan but mungkin apa yg berlaku terhadap kelab eksklusif tu akan diselitkan dalam novel penulis yang akan datang.. Wah! tak sabar aku nak tau.. hehehe..

So,korang boley grab and buy this novel sebab dah berada di pasaran sekarang.. Semalam melambak aku jumpa kt Plaza Angsana.. Aku dapat awal sebab aku beli post.. Kredit utk Al-Qawwiy Rental Bookstore sbb berjaya dapatkan aku novel ni before release kt pasaran.. Hehehe.. Korang takkan menyesal beli novel ni,SERIOUSLY! Damn Serious! Huhuhu..

Saying Congrats to penulis Elee Mardiana atas kejayaan novel ni and hope for another novel soon.. hahaha.. Ko ingat senang ke jadi penulis nih Wan?? Okey2.. Apa-apa pun tahniah sekali lagi utk penulis.. And Thank You.. Until then.. Wassalam..


Ahad, Mei 22, 2011

Tiz Zaqyah Live At Angsana..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Hallu! Hallu! Hehehe.. Okey,cerita utk hari ini.. Aku pergi meredah jalan raya utk pergi ke Plaza Angsana sebab Pelakon2 Nur Kasih The Movie akan berada di situ.. Keterujaan melampau before pukul 12 aku dah tercegat kat situ.. Sekali tengok dekat pentas,tengok2 promo tu mula pukul 2.. Ades! Merayau sampai pukul 2 dah pukul 2 tiba2 pengacara ckp diorg akan sampai pukul 3 sbb ada masalah teknikal.. Aku tetap tunggu sampai pukul 3.. Then,this is what I get..


Berebut benda nih.. Dapat jugak.. Huhu..


Tersgtla comel Si Tiz Zaqyah bila tengok live.. GERAMM!!!

Sporting and Sgt comel..
Rasa nak cubit2 jerk pipi dia kalau dpt.. T__T


Ini ialah Shafee Naswib
(betol ke heja ni?? Minta ampun kalau salah)

Memang ada 2 org ni je tadi.. Fizz Fairuz and Remy Ishak tak ada.. Banyak sebenarnye gambar yg aku amik,tapi,line berok band CELCOM tak berapa elok,so,tak dapat nak upload gambar banyak2 sbb aku upload dari DigiCam,maybe sbb saiz gambarnya besar sgt kot.. Tu yg problem masa upload proses.. Sorry eak sbb gambar tak jelas.. Aku salah bawak Cam.. Wawawa.. Tengok dekat Camera lawa gambarnye,masuk laptop jadi kabur plak.. Hampeh!

Okeit,aku tak sempat nak join sesi autograf sbb dah petang kot.. kalau aku stay kt situ maunye maghrib baru sampai rumah.. Takut kena fire dgn ma'am sbb dah warning awal2 before 7 at home! Ehehehe.. dah base dah.. Memang slalu aku merayap tak pernah sampai malam pun.. Err.. Except masa kt Puncak Alam.. Haip! Ma'am tau oke.. Walaupun panas telinga,tp ma'am tetap aku akan bagitau kalau aku nak keluar tau.. Huhuhu..

Okey,nak sambung aktiviti menyampul novel aku yg melambak-lambak plus menggunug nih.. Huhuhu.. To Kak Elee,saya hutang 1 entry dgn akak.. Heee.. Ntie saya bayar.. Ahahaha.. Okeyla,until then.. Wassalam..

Kira-Kira Biji Getah.. (Entry bayar Hutang)

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Entry desperate utk kali ini.. Kenapa desperate sbb Si Fafaz Adnan tak sabar nak tau apa benda keje yg aku buat sekaran.. So,Cik Fafaz.. This what I'm doing.. Counting biji getah..

Ekceli,nama biji getah tu aku yg bagi.. Sebab aku tak tau apa benda alah ni.. Yg aku tau ini part dr kilang yg buat cartridge (Betol ke tidak aku heja nih?) Sekali dapat sebungkus.. Setiap bungkus ada 20k a.k.a 20000 biji.. Wawawa.. bepinar mata buat benda nih..

Ini biji getah yg aku dah asingkan..

Ini plastik dia..
ce tengok,ce tengok.. Quantity 20000.. Huhuhu..

Dan ini adalah saiz sebenar biji getah tu.. Kecik kan??

Mcm mana aku dapat kerja ni? Ehehehe.. I get this from my Form 5 teachers.. Akak cikgu aku ni kerja kilang dekat mana aku tak tau.. Tp still area Johor.. Dia minta tolong dekat cikgu carikan sesapa yg boley tolong dia buat kerja nih,dia contact member aku Si Along a.k.a Liyana Zainal Abidin tny nk buat x.. Sebungkus dia bg RM50.. Wow!! $__$ Ahahaha.. Jadi mata duitan sekejap aku.. Tny Si Liyana and Si Suhana,diorg kta nak cuba.. So,kitorang cubala..

Dah cuba,rasa okey,then kitorang teruskan.. Sampai hari ni,baru 2 job.. But,sapa nk bagi seminggu kerja RM100.. Ce ckp,ce ckp sapa nk bagi? Cikgu aku je yg bagi.. Hahaha..

Pagi semalam,lps hantar job ke2,aku naik pangkat jadi supervisor.. Wawawa.. Sebijik mcm kerja kt kilang.. Hik9.. Tak adala.. Next week kan cuti sekolah 2 minggu,cikgu nak balek Kedah,jadinya dia mintak tolong aku ambil barang dekat rumah akak dia and tolong agihkan pada budak2 laen then tolong hantar lps dah siap.. Kiranya mcm Supervisorla kan.. Ni cikgu aku yg ckp ye.. Wawawawa..

Okeyla kerja nih.. kerja pun senang.. Duduk and telek.. Tu je.. Agak2 penat duduk,baringla pulak.. Lepas tido.. Kroihh! kroihh!! hahaha.. Sebab tersangatla bosan buat benda nih.. Hahaha.. Okeyla,jam laptop aku sekarang pukul 2.03 pagi.. Ngantok sudaa.. Kepada Cik Fafaz,sila tatap entry ni sampai esok pagi ye.. Ehehehe.. Just joking Faz.. Until then,Wassalam..

Jumaat, Mei 20, 2011

Nur Kasih The Movie...

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Pautan
"Nur.. Selagi Abang masih hidup.. Abang akan sentiasa berada di sisi Nur..
Itu janji Abang pada Adam.. "


Hah! Akhirnya.. Keterujaan aku berakhir tadi pukul 2.30 ptg.. Huhuhu.. Aku telah berjaya memenuhi keterujaan aku utk menengok cerita Nur Kasih The Movie.. Hari ni,aku pergi Kluang Mall dgn Azura Greeny

What i can saya about this story? Hmm.. Best sgt best.. Garapan cerita yg menyentuh hati.. Meleleh aer mata aku masa tengok tadi.. Pada sapa2 yg terlebey emo aku cadangkan bawakla tisu sekotak.. Huhuhu..

Aidil yg kematian isteri.. Nur yg keguguran,Adam yg trauma selepas peristiwa pengeboman di Mumbai,pengorbanan Adam mencari cinicn pernikahan diorang yg tercicir masa letupan berlaku.. Adam yg saket kesan dr pengeboman tu.. Itu adalah sebahagin dari jalan cerita movie nih.. Petra,Jordan,bukit-bukau di Jordan,suasana kampung yg sgt2 indah menjadi latar paling cantek aku pernah tengok.. Kesimpulannya,krew2 cerita ni pandai memanipulasi suasana.. Huhuhu..

Dan.. Aidil sememagnya menunaikan janjinya utk berada di sisi Nur selg dia hidup.. Terus kekal di sisi Nur selepas ketiadaan Adam...

Best memang best.. But,jika nak dibandingkan antara movie dgn drama berepisod Nur Kasih yg tersiar dekat TV3 dulu,pada pendapat aku,drama berepisod dia lg best.. Well,ini cuma pendapat aku.. Bukanlah nk ckp cerita ni kurang best ke apa.. Tidak.. Cerita ni memang best tak rasa rugi beli tiket.. Tak percaya,sila pergi ke panggung sekarang.. =) Aku cadangkan korang tengoklah cerita ni.. Tak menyesal.. CONFIRM!

Cerita yg menanti selepas ini.. 1,2,3 Cinta and KL Gangster.. Wah!! Pokai aku mcm nih.. T___T"

Okelah,got to go.. Kerja masih menanti.. Esok dah kena hantar biji getah ni.. Fafaz Adnan,nanti saya cerita pasal biji getah ni ye.. Until then,wassalam..

Rabu, Mei 18, 2011

Hoping For Ending.. (+_+)"""""""""""""

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Aku tengah marah sekarang nih.. Bengang yg AMAT!!! Aku harap manusia itu tak akan sms or call aku lagi sebab aku tak suka.. Aku rimas.. Aku tak suka orang desak2 aku.. Aku dah ckp jgn sms aku lagi and kalau dia msj jugak lagi,sememangnye dia manusia tak faham bahasa!!!


HOPE ITS END TODAY!!!!!!!!!!!!

Isnin, Mei 16, 2011

Nora Elena a.k.a Kasih yang Suci

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Okey,fine aku tau baru pagi tadi aku buat entry.. Tapi aku nak buat jugak entry baru lagik sebab dah tak kesabaran nak share dgn korang pasal nih..

Aku sekarang tgh gila
tengok cerita nih..


Cerita ni adalah adaptasi dari
novel nih

Novel ni tersgt3la bestnye..
Dulu aku ada novel ni..
Tapi dah hilang..
And dlm proses nk beli baru..
Huhuhu..

Ini hero and heroin dia..

Aku tengok cerita ni..
Sebab ada mamat kt atas nih..

Si dia ni pun sgtla comel and
sesuai bawak watak Elena tu..


Macam loving couple.. Huhuhu..

Salah 1 adegan dalam cerita..

Ini adalah krew yg terlibat dlm ini cerita..

Teraju utama..


HABESS!!!
Tu je aku nak cerita..
Heeee..
Cerita ni mula pukul 7 setiap hari Isnin sampai Khamis..
Hari ni ada..
Tak sabar nak tunggu.. Huhuhu..
Wassalam..

Selamat Hari Guru.. (",)

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam Satu Malaysia..

Hello guys! Heeee.. Doing some changes here.. Nothing much lorr.. Only little bit.. Just a way of appreciation towards all the readers whether Muslim or Non-Muslim (ada ke? Not sure..) Hehehe..

Just wanna wish Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di dunia umumnya dan guru-guru di Malaysia khasnye.. Special wishes to all my teacher at Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Sibol,Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara 2 and Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara.. And not forget to all my lecturer at UiTM Kampus Puncak Alam..


And to all my friends yg dekat UPM,UUM,UPSI.. Lagi kat mana eak? Tak ingat dah.. Yg penting kwn2 yg amik program Pendidikan dan bakal jadi guru,Selamat Hari Guru..

Hmm.. Tak lupa jugak utk Si Dia yg dekat IPG tuh.. Selamat Hari Guru awak.. Tetibe ckp psl dia kan.. Wawawa.. Tak ada bendalah.. Dia kan bakal guru kan.. So,just a wish tak salah rasanya.. Huhuhu.. Tak ada niat laen okey..

Hah! One more.. Utk Ucu a.k.a Nur Zahidah Zakaria yg juga dekat IPG tp di Ipoh,Selamat Hari Guru Ucu.. Long time no news kan..

Wish you all will success in your kerjaya!!! hahaha..

SELAMAT HARI GURU!!!!

Ahad, Mei 15, 2011

Makan,makan,makan..... (~_~)

Assalamualaikum...

Hai guys!!! Well,well,well... Semalam Bos bawak pergi makan.. Ehehehe.. Upah sebab paksa aku kerja.. Jahat punya anak aku nih! Haish!! Bukan aku yg minta yerr.. Bos yg ajak.. Dia kta dia nk makan ketam bangkang a.k.a ketam batu.. kenapa ketam batu? Sebab ketam tu keras mcm batu,nk mkn tak boley gigit tp kena ketuk dgn anak lesung.. Hahaha.. Sapa nak gigit kena sedia dgn risiko patah gigi or berdarah gusi.. Haha.. So,semalam,kami sekeluarga merantau ke Kg. Paser Putih dekat Pasir Gudang.. Kenapa Pasir Puteh? Silakan tanya kepada penduduk di situ sebab aku tak tau.. Lalalala~~~ Okey,merepek je aku ni kan..

Sila Lihat Gambar Di bawah.. =)




Ramainye olang-olang..


habes sudaa.. Heee..

Banyak tak aku makan???

Kami makan di Sini...

Restoran Tepi Pantai tau..

Nampak tak Singapura tu?? Huhu..

Yg lampu terang tu aku rasa kapal cruise kot.. Ehehe..

Eh,mana idung...??? (+_+)

Macam terapung kan???

Ekceli,dah selalu jugakla Bos bawak mkn kt sini.. Kiranya ni memang tempat family gathering kitorangla.. Best makan kat sini.. Angen laut segar.. Burrrrr... Hahaha.. Okeyla,got to go.. Bos ajak survey kete.. Opss!! bukan nak ganti Cik Kenari tuh.. Cik Kenari tu akan di Upgrade and tinggal kt rumah.. And me bawak kete lain balek Puncak Alam.. Ingat nak sebat Exora Bos,sekali Bos tak kata 'tak ada maknanya'.. Adeh! Bos kta,bawak Exora,maintanence bayar sendiri.. Weng3.. Hampeh!! Kete laenla jawabnye.. Wassalam..

p/s: Video nelayan aku x dapat di selamatkan.. Memory Card Blackberry Nana Gemok corrupted and kena format.. Habes semua.. Sadis! Sorry ye kawan2..

Khamis, Mei 12, 2011

Orientasi 6 Bawah...

Assalamualaikum..

Hallu! Hallu! Ahaks! Well,jadual aku penuh ari ni.. 6.30 kena hantar Zura pergi kerja then aku merempit 120 balek bt utk sampai dekat sekolah pukul before 7.45.. Weng,weng,weng.. 7.35 tepat aku sampai.. Huhuhu..

Kumpul and taklimat.. Mula2 aku dapat info kena dtg sekolah utk motivasi jerk.. But,bila taklimat rupa2nya kena jadi Fasi.. Ades!! Nak x nak kenala jadi.. Aku partner dgn Ecun a.k.a Suhana.. Huhuhu.. Aktiviti habes dalam pukul 1.30 lebih kurang..

Penat.. Sgt penat.. Then,lepas aktiviti pergi jumpa Cikgu-cikgu yang ku rindui selalu.. huhuhu.. Jumpa Mama Hafilah,jumpa Cikgu Zahiah,Cikgu Aziah,Cikgu Zulaikha n Cikgu Fadilah.. Yang tak boley bla,masa jumpa Cikgu Aziah,cikgu kt kelas tgh mengajar masa tu.. Kitorang mengacau jerk.. Huhuhu.. Dah mengacau tu,Cikgu suruh ckp pengalaman masa tingkatan 6 and tips2 belajar.. Hua9.. Tips apela yg aku boley bagi.. Pengalaman tu aku kongsila skit,ape yang kitorang lalui masa form 6 dulu.. Cikgu merajuk,kena berdiri tengah2 padang dgn adik2 tengok,turun naek tangga 4 kali.. Wahh! itu semua adalah pengalaman yg aku lalui masa form 6.. Indah! Sgt Indah! Sebab bila aku masuk Universiti,aku sgt3 merindui suasana masa tingkatan 6.. Indahnya masa form 6 takkan aku lupakan sampai bila-bila.. Sebab,aku tak jumpa cikgu2 or lecturer2 yg mcm cikgu2 form 6 aku.. Heeee~~~ Wassalam...

Rabu, Mei 11, 2011

Kerjaya Driver and Self Question..

Assalamualaikum..

Hello allz! Okey,aku tau baru malam tadi aku buat post.. Bukan ape excited dgn kerjaya baru sampai tak sabar nak cerita nih.. Hahaha.. Poyos!! Well,aku mulakan kerja hari ni,lepas dpt approval dr Ma'am Besar a.k.a Mama.. Ngeh9.. Jadi driver kepada seorang kawan si Azura Greeny.. Dia ada Latihan Industri (LI) which I'll do it on Part 6,tapi dia dah buat sekarang,dia kan budak Biotech kan,so,dptla LI dekat MARDI.. Okeyla tu,dekat gak dgn rumah,cuma transport jela problem.. S0,dia offer aku jadi driver dia.. Ehehehe.. Hantar dia and ambil dia balek kerja.. Okeyla tu kan,boley aku praktik drive skill sopan aku yang dah lama berkubur sejak duduk Puncak Alam.. Hahaha.. Gaji bukan isu as long as aku tak bosan dok kat umah jerk.. Weng,weng,weng.. Kerjaya aku bermula jam 6.30 pagi,berakhir jam 6.00 ptg lebih kurang.. hehehe.. Sebijik mcm kerja Office.. Lalalala.. (~_~)

Okeit,habes cerita kerjaya.. Tadi aku baca shoutbox,nampak 1 link.. Si Sleypo Shimizu a.k.a Dak Kecit tag aku dgn self question.. First time dpt nih.. Ngeh9.. So,Dak Kecit,here my answer.. =)

1) Ape benda paling penting dalam hidup korang?
Allah.. My mama..

2)Benda terakhir anda beli dgn duit sendiri?
HP Nokia 3G 3... err,x ingat sbb dh ilang..
Novel Aku Masih Setia..

3) Tempat perkahwinan dan tema perkahwinan..
Ades! tak fikir lagik...
Kat rumah je kot..
Tema putih.. Ehehehe...

4) Adakah korang sedang bercinta?
Nope..
Baru lepas putus cinta yela..
Hahaha...

5) Novel/buku/majalah last yang dibeli..
Ermm..
Novel Durrah Fatiha yg baru tu..
Tak ingat tajuk..

6) Apa nama penuh korang?
Nur Safwanah Binti Ramli
Sedap kan? Hehe..

7) Antara mak dgn ayah mana lagi mesra?
Mama of course..
Ayah jarang ada kat rumah.. Hehe..

8) Namakan org yang nak jumpe sangat3..
macam x ada jerr..
Ehehehe..

9) Di manakah tempat yg betol2 nk pergi?
Mekah..
Masjid Biru,Turki..
Petra.. =)
Aku memang minat kesenian Islam..
Plus Menara Eiffel..

10) Pelok ke ciom??
Dua-dua slalu dapat..
So nak 2-2lah..
Hahaha..

11) Lagu yg korang suka and slalu dengar?
Speak Now-Taylor Swift
Di saat ku mencintaimu-Dadali
(Sebab ni nada sms ngn call aku)
Wawawa..

12) Beritau 3 benda pasal org yg tag anda..
Dia kurus..
Banyak mulut..
Gembeng..
Hahaha..
Jgn marah dak kecit..

13) Benda yg di sayangi..
Jam tgn SEIKO abah bagi..
Bantal peluk Minnie Mama bagi..
Cik Ted Ucu bagi..
HP Nokia 3210 Adik bagi..
All my novel..
Cik Lappy..
Cik Kenari..
And banyak lg.. yg kt atas nih yg tertinggi..
Hehehe..

14) Blogger yg nak di tag..
Err.. Sapa yee???

Azura Greeny my fwens dr kecit..

Farah D. si suara besar nih

Err..Sapa lagi??

2 jela kot.. Ahahaha..

Wassalam...

Selasa, Mei 10, 2011

End of Semester 2!! Yeay!!!

Assalamualaikum...

Hehehe.. I'm here at Johor right now.. Just arrived.. Huhuhu..

I want to announce something...

Get Ready! 1.. 2.. 3..


I HAVE FINISH MY FINAL EXAM!!!

SECOND SEMESTER IS DONE!!!!

YEAYY!!!!

Ehehe.. Menggila sekejap.. I'm not sure ape yg org laen rasa.. but for me,sem ni,aku rasa tersangatla stress.. Rasa mcm singkat sgt sem nih and segala kerja yg dibuat jadi kelam kabut.. Tensen,tensen,tensen.. Hari-hari tensen berbanding sem lps yg kitorang masih boley take time utk buat assignment.. but this sem.. Ya Allah.. 2 malam berturut tak tido sebab buat assignment.. Can you imagine??? Okey,fine salah aku buat kerja last minute,but before that kitorang bukanlah tak buat lansung,ada buat skit2 yg mana sempat cz our time really2 pack.. Oke,alasan... hahaha!!! No lahh.. Seriously.. Huhuhu..

Tak apalah.. ape2 pun benda dah lepas.. Really hope that I've no subject to repeat next semester cz I'm cannot perform during final.. Soalan maut semua!!! Huh!! Rumah Manis Rumah I'm back and lepas ni kau akan jemu tengok muka aku selama 4 bulan wahai Cik Rumah.. Hahaha.. Wassalam..


p/s:Ada org offer kerja jadi driver dia 2 bulan.. Ehehe.. tgh pujuk ma'am supaya bagi.. Doakan eak.. Drpd aku mencangak kat rumah nih,baek jugak org offer kerja,dpt jugak duit.. hihihi.. Chow!


Ahad, Mei 08, 2011

Happy Mother's Day..

Assalamualaikum..

Jam sekarang pukul 12.49 pagi.. Dan aku.. Tengah meroyan dgn nota AOM.. Esok ada paper 2 last.. Tak sabar nak balek Johor.. Nothing much to say right now.. Just Wanna Say happy Mother's Day to My Lovey mama Hajjah Zainun Binti Abu Bakar and Of Course For My Mummy.. Tempat aku bermanja di Facebook.. Mummy Haiza Najwa.. HAPPY MOTHER'S DAY for BOTH OF YOU.. Love you till I die!! This song,dedicated special for you.. Wassalam..


Jumaat, Mei 06, 2011

Hari Bersama PM (kat radio jelahh)

Assalamualaikum..

Murning Guys! Tengok bawah ni..


yee,tepat sekali.. YAB Perdana Menteri Malaysia,Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak ada dekat konti HOT FM pagi ni.. Huhuhu.. Aku sgt teruja utk itu.. Dan sebab tu jugakla,aku bangun awal hari ni walaupun semalam pukul 4 pagi baru aku tido.. Ehehehe..

Mula-mula aku dengar guna Mp4,tapi tetibe Mp4 aku mati.. Bateri habes sudaa.. Poyos! So,aku turunla bawah bukak 8tv.. Waaaa~~~ Terharu aku tengok kemesraan PM dgn DJ HOT FM.. Boleh bergelak ketawa dan bergurau senda.. Huk9.. Touching-touching! Well,well,aku memang peminat HOT FM.. Daripada awal HOT FM mula bersiaran aku tak pernah bukak radio laen kat dalam kete (Minat kat Fara Fauzana sebenarnye.. Ehehehe (",)

Haih! Stop the drama Wan! Baekk!! Ehehehe.. Aku menonton tb bertemankan secawan aer coklat GoodDay and 2 keping roti bersama-sama Cik Ted.. Habes je PM bersiaran aku pun perasan yang idung Cik Ted aku dah hilang! Waaaaa~~~ Mana pergi idung dia??? Dah tak ensem.. Uhuk9.. Sadis! Nanti cari balek idung dia!!!

BTW,sebut pasal drama,aku tak boley trima betol ending cerita Cinta Antara Kita yang dekat slot akasia tu.. Semalam Episod last.. Ending dia tersangatlah hampeh! Macam cerita nak cepat habes.. Tak logik pulak tu.. Manusia boleh hidup dengan hanya 1 buah pinggang kan? Cuma tak boleh buat kerja berat kan? Betulkan aku kalau aku salah.. Kalau korang tengok cerita tu semalamk,orang taula kenapa aku tanya soalan tu.. Udahla begitu,muka hero dia.. Alahai.. Expression tak ada bhai! Sedey ke,hepi ke,muka macam KAYU! Ades! Ckp pun macam org tak makan.. Huh!

Okey,wan stop complaining! Haih! Bukan complain,tp bagi pendapat.. And ini bukan pendapat aku sorang.. Badar and Tika pun ckp benda yg sama.. Huhuhu.. Aku harap pengarah2 drama,telemovie or apa sahaja,take alert benda mcm nih.. What happen to Malay Entertainment Industri right now? Hoh! CONFUSE!!

Okey,dr tajuk PM,pegi dekat Cik Ted,masuk pasal ending cerita hampeh,and nak terjah pasal industri perfileman Malaysia plak.. Memang aku ni kuat mengarut.. So,sebelum aku mengarut dgn lebih panjang,better aku chow.. heeee~~~ Wassalam..

Haih!! Susah,susah.. (+_+)

Assalamualaikum..

Pautan
Well,well.. Hari ini selesai lagi 1 paper.. Office Software Application.. paper yg buat aku x cukup tido.. Huhuhu.. Soalan? Oke kot.. tp di sebabkan aku nih,x ingat ape yg aku baca,jadinye,banyakla yang aku goreng.. ngeh9..

Tadi aku baut blogwalking kat blog Azura Greeny and aku baca entry latest dia.. Wah! I'm shock,cz ada ura2 mengatakan blogger yg guna Account yahoo.blog mereka akan di DELETE! Haih! Kelam kabut aku buat akaun Gmail,ekot arahan yg dia bagi.. But,at the end.. Aku tak berjaya tukar akaun aku.. Huhuhu.. Aku salah step kot.. ada part yg hilang tuh.. Dia kata ada,tapi time aku buat,part tu tak kuar pun.. Ehehehe.. Ampun Zura!!

Disebabkan takut blog kena delete,aku pun carila sumber Si Zura ni dapat cerita tu.. Mana tau kot2la org tu ada cara yg lg mudah utk buat Gmail tuh.. Sumbernya ini lisaafha aku pun baca entry dia.. Sirius aku salute kat dak nih! Tabik toing toing punya aku bagi! Master betol dak nih bab2 web site nih.. Aku tau sikit2 jerk.. tak adala master mana pun.. Ehehehe.. Walaupun aku belajar subject Web design and sofftware application.. Heeee~~~ Malula plak!

Baca punya baca.. At last.. Aku jumpa gak apa yg aku cari.. Rupa2nya itu cuma khabar angen.. Hampeh kan? Aku dah bersusah payah buat akaun Gmail,rupa2nya khabar ange.. Tapi,sebelum aku tryla jugak langkah mudah yang Si Lisa Afha ni bagi utk tukar akaun blog nih.. Aku try tp still tak berjaya.. Haih! Susah betol! Aku pun tak tau kenapa tak jadi.. Lastnye aku dah malas nk fikir,aku DELETE jerk akaun Gmail yg aku baru buat tak sampai 1 jam tu.. Ehehehe.. Malas nak pening2 kepala..

Okeit,tak banyak cerita sebenarnye minggu nih.. Aku pun tak berapa nak aktif sebab mood exam week sedang melanda 1 rumah.. Heee~~~ (Padahal mood nak balek rumah lagi menguasai.. Hehe) Agak busy lately.. Penat yang amat..

Plus,me di ganggu oleh org yang tak ingini.. It's not me tak mau kawan dgn dia.. Bekawan biar seribu.. But,bila me tau dia mengharapkan lebih,aku jadi malas plak nk layan.. Bukan menyombong,TIDAK sama sekali!! Just,aku tak ready utk ke arah itu lagi.. Masih teringatkan dia? Mungkin.. But,itu bukan sebab utama.. Me,just tak bersedia.. Berkawan boley,nak lebih2,minta maaf banyak2.. Me just can accept you as a friend.. Kejam kan? Entahla.. (",) Rasanya tak kot.. Sebab aku dah cakap awal2.. Just frenz.. Tu sebab bila dia call aku tak angkat.. Bukan ape..

1.sebab aku memang x suka ckp dgn lelaki yg tak kenal sgt dekat fon..

2.aku tak pandai nak melayan lelaki bercakap kecuali sedara mara aku,my abah,my abang n my anak sedara yg degil tuh!

3. tak ada benda penting pun nak ckp dgn dia..

Huhuhu.. Mcm jahat jekan alasan aku.. tapi aku tau,once aku melayan panggilan dia,dia akan mengharap pada aku dan dia akan terus menelefon aku utk seterus-terusnya.. And me.. Sama sekali tak nak benda itu berlaku.. So,langkah terbaek,bila dia call aku pass kt kwn aku,dia call aku pass kt kwn aku.. Sampai 1 tahap aku dah geram,aku ckp kt dia tak payah nk gatal2 call,aku tak akan angkt.. Huhuhu.. Kejamnye aku!!!

But,I think,that is the best way.. Sekurang-kurangnye aku dah berterus terang.. Mintak mahapla bebanyak kalo dia terasa.. Tp,aku memang tak suka lelaki call aku (pengecualian utk rakan2 sekelas lelaki yerr..) Maksudnye,lelaki yg aku just kenal pada nama dan mengharap sesuatu dr aku,tanpa kenal aku sapa,hanya kenal aku melalui nama dan dari cerita2 kwn2 dia.. ye,memang aku sepatutnya angkat call dia utk kenal dia kan? But,aku tak nak sejarah berulang.. Enough is enough.. I'm not gonna through that hardship anymore.. Hati ni.. Allah saja yang tau.. Okeit,sebelum aku semakin menjiwang dan bertukar mood sendu,better for me undur diri dulu eak.. Susah kan hidup aku? Hehehe.. Wassalam..

Selasa, Mei 03, 2011

Kawen Oh Kawen..

Assalamualaikum...

"Orang lelaki kalau Bab Kawen memangla ikut Sunnah,tapi tanggungjawab yang laen berterabur.."
-

"Awak jangan nak menggatal! Diri sendiri tak terjaga, ada hati nak kahwin lagi satu!"tengking si isteri berang "Ah! Jangan nak nafikan hak saya! Mana Islam kata lelaki boleh kahwin satu saja! Saya ada hak dan saya menurut apa yang Al-Quran ajar! Awak tak faham Al-Quran ke? Ini sunnah!" balas si suami. Begitulah dialog sepasang suami isteri.



##################### Jeng,jeng,jeng...

Pernah tak korang dgr ayat nih? Aku rasa mesti pernah.. Ayat ni akan keluar bila isteri meradang tak benarkan suami kawen laen.. Okeit,mari kita teroka dgn jelas isu poligami ni.. Well,aku bukan org yang pakar.. Tapi segala sumber yang aku ambil adalah dari Ustaz dan pihak JAIS..

Allah Ta'ala Telah berfirman :


" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."




Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-


- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.


- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.


- Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.


- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.


Persoalan aku.. Adakah lelaki sekarang berpoligami kerana 4 syarat ni,atau kerana nafsu semata-mata? Ops! Aku bukan nak mengkondemkan lelaki ye.. Tidak sama sekali.. Cuma nak ajak berfikir sejenak.. Wahai lelaki-lelaki berpoligami di luar sana,adakah anda mempunyai salah satu musabab utk berpoligami di atas?

Harus diingat, perkahwinan bukan terarah kepada hawa nafsu saja sebaliknya ia diselangi tanggung jawab yang besar serta amanah Allah yang harus dipikul suami. Tanggungjawab memberi nafkah terletak di bahu suami selain mendidik isteri serta anak ilmu dunia dan akhirat.

Apa itu poligami?
poligami bermaksud 'seseorang yang mempunyai pasangan hidup lebih daripada seorang'. Contohnya apabila seorang lelaki mempunyai tiga isteri atau seorang wanita mempunyai empat suami.Okey,statement yg last selepas atau tu tolak tepi cz of course dalam Islam isteri tidak boleh poligami.. Hehehe...

PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI


* Pemohon memfailkan aduan di Pejabat Agama Islam Daerah (Isi borang aduan).


* Sessi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan mendapatkan panduan.


* Dapatkan borang 2 B permohonan berpoligami di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.


* Pemohon membuat akuan sumpah di hadapan Ketua Pendaftar / Pendaftar / Timbalan Pendaftar / Penolong Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa 2 orang saksi lelaki.


* Mendaftarkan kes permohonan berpoligami di Mahkamah Syariah dengan melampirkan dokumen yang berkaitan.


* Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah (ditetapkan mengikut giliran kes permohonan).


* Keputusan/perbicaraan - dapatkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23).


* Jika mendapat kelulusan, rujuk semula ke Pejabat Agama Islam Daerah. Serahkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23) kepada pihak perempuan untuk dilampirkan dengan permohonan beliau semasa berurusan dengan Penolong Pendaftar Nikah di kariah masjid yang berkenaan.

Agaknye,sebab ni lah kot,lelaki yang nak kawen lagi 1 akan kawen dekat Siam.. Ehehehe.. Sebab tak nak turun naik mahkamah.. Plus,tak nak isteri lagi satu tahu.. Heh! Haip! Aku bukan ckp semua lelaki yee.. Yang terlibat sahaja.. Heeee~~~

Poligami juga,menekankan tentang keadilan.. Adil dari segi apa? Jom kita skodeng..

Disyaratkan pula berlaku adil, sebagaimana yang difirmankan Allah (SWT);

"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)

Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri, cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja.

Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:

a) Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.
Seorang suami yang selalu sakit-sakitan dan mengalami kesukaran untuk bekerja mencari rezeki, sudah tentu tidak akan dapat memelihara beberapa orang isteri. Apabila dia tetap berpoligami, ini bererti dia telah menganiayai dirinya sendiri. Sikap yang demikian adalah tidak adil.

b) Adil di antara para isteri.
Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing dari suaminya, berupa kemesraan hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara yang diwajibkan Allah kepada setiap suami.

Adil di antara isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nisak ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;

"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)

i) Adil memberikan nafkah.
Dalam soal adil memberikan nafkah ini, hendaklah si suami tidak mengurangi nafkah dari salah seorang isterinya dengan alasan bahawa si isteri itu kaya atau ada sumber kewangannya, kecuali kalau si isteri itu rela. Suami memang boleh menganjurkan isterinya untuk membantu dalam soal nafkah tetapi tanpa paksaan. Memberi nafkah yang lebih kepada seorang isteri dari yang lain-lainnya diperbolehkan dengan sebab-sebab tertentu. Misalnya, si isteri tersebut sakit dan memerlukan biaya rawatan sebagai tambahan.
Prinsip adil ini tidak ada perbezaannya antara gadis dan janda, isteri lama atau isteri baru, isteri yang masih muda atau yang sudah tua, yang cantik atau yang tidak cantik, yang berpendidikan tinggi atau yang buta huruf, kaya atau miskin, yang sakit atau yang sihat, yang mandul atau yang dapat melahirkan. Kesemuanya mempunyai hak yang sama sebagai isteri.

ii) Adil dalam menyediakan tempat tinggal.
Selanjutnya, para ulama telah sepakat mengatakan bahawa suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya sesuai dengan kemampuan suami. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga kesejahteraan isteri-isteri, jangan sampai timbul rasa cemburu atau pertengkaran yang tidak diingini.

iii) Adil dalam giliran.
Demikian juga, isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama lamanya dengan waktu menginap di rumah isteri-isteri yang lain. Sekurang-kurangnya si suami mesti menginap di rumah seorang isteri satu malam suntuk tidak boleh kurang. Begitu juga pada isteri-isteri yang lain. Walaupun ada di antara mereka yang dalam keadaan haidh, nifas atau sakit, suami wajib adil dalam soal ini. Sebab, tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah semata-mata untuk mengadakan 'hubungan seks' dengan isteri pada malam giliran itu, tetapi bermaksud untuk menyempumakan kemesraan, kasih sayang dan kerukunan antara suami isteri itu sendiri. Hal ini diterangkan Allah dengan firman-Nya;

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Al-Qur'an, Surah ar-Ruum ayat 21)

Andaikan suami tidak bersikap adil kepada isteri-isterinya, dia berdosa dan akan menerima seksaan dari Allah (SWT) pada hari kiamat dengan tanda-tanda berjalan dalam keadaan pinggangnya miring. Hal ini akan disaksikan oleh seluruh umat manusia sejak Nabi Adam sampai ke anak cucunya.

Firman Allah (SWT) dalam Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8;

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)."

c) Anak-anak juga mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan, pemeliharaan serta kasih sayang yang adil dari seorang ayah.
Oleh itu, disyaratkan agar setiap suami yang berpoligami tidak membeza-bezakan antara anak si anu dengan anak si anu. Berlaku adil dalam soal nafkah anak-anak mestilah diperhatikan bahawa nafkah anak yang masih kecil berbeza dengan anak yang sudah besar. Anak-anak perempuan berbeza pula dengan anak-anak lelaki. Tidak kira dari ibu yang mana, kesemuanya mereka berhak memiliki kasih sayang serta perhatian yang seksama dari bapa mereka. Jangan sampai mereka diterlantarkan kerana kecenderungan si bapa pada salah seorang isteri serta anak-anaknya sahaja.

Keadilan juga sangat dituntut oleh Islam agar dengan demikian si suami terpelihara dari sikap curang yang dapat merosakkan rumahtangganya. Seterusnya, diharapkan pula dapat memelihara dari terjadinya cerai-berai di antara anak-anak serta menghindarkan rasa dendam di antara sesama isteri.

Sesungguhnya kalau diperhatikan tuntutan syarak dalam hal menegakkan keadilan antara para isteri, nyatalah bahawa sukar sekali didapati orang yang sanggup menegakkan keadilan itu dengan sewajarnya.

Bersikap adil dalam hal-hal menzahirkan cinta dan kasih sayang terhadapisteri-isteri, adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Walau bagaimanapun, ia termasuk perkara yang berada dalam kemampuan manusia. Lain halnya dengan berlaku adil dalam soal kasih sayang, kecenderungan hati dan perkara-perkara yang manusia tidak berkesanggupan melakukannya, mengikut tabiat semulajadi manusia.

Hal ini sesuai dengan apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah an-Nisak ayat 129 yang berbunyi;

"Dan kamu tidak sekali-kali akan sanggup berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang)."

Selanjutnya Siti 'Aisyah (r.a.) menerangkan, maksudnya;

Bahawa Rasulullah (s.a.w.) selalu berlaku adil dalam mengadakan pembahagian antara isteri-isterinya. Dan beliau berkata dalam doanya: "Ya Allah, inilah kemampuanku membahagi apa yang ada dalam milikku. Ya Allah, janganlah aku dimarahi dalam membahagi apa yang menjadi milikku dan apa yang bukan milikku."

Menurut Prof. Dr. Syeikh Mahmoud Syaltout; "Keadilan yang dijadikan syarat diperbolehkan poligami berdasarkan ayat 3 Surah an-Nisak. Kemudian pada ayat 129 Surah an-Nisak pula menyatakan bahawa keadilan itu tidak mungkin dapat dipenuhi atau dilakukan. Sebenamya yang dimaksudkan oleh kedua ayat di atas ialah keadilan yang dikehendaki itu bukanlah keadilan yang menyempitkan dada kamu sehingga kamu merasakan keberatan yang sangat terhadap poligami yang dihalalkan oleh Allah. Hanya saja yang dikehendaki ialah jangan sampai kamu cenderung sepenuh-penuhnya kepada salah seorang sahaja di antara para isteri kamu itu, lalu kamu tinggalkan yang lain seperti tergantung-gantung."

Kemudian Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shidieqy pula menerangkan; "Orang yang boleh beristeri dua ialah yang percaya benar akan dirinya dapat berlaku adil, yang sedikit pun tidak akan ada keraguannya. Jika dia ragu, cukuplah seorang sahaja."

"Adil yang dimaksudkan di sini ialah 'kecondongan hati'. Dan ini tentu amat sulit untuk dilakukan, sehingga poligami adalah suatu hal yang sukar untuk dicapai. Jelasnya, poligami itu diperbolehkan secara darurat bagi orang yang benar-benar percaya dapat berlaku adil."

Selanjutnya beliau menegaskan, jangan sampai si suami membiarkan salah seorang isterinya terkatung-katung, digantung tak bertali. Hendaklah disingkirkan sikap condong kepada salah seorang isteri yang menyebabkan seorang lagi kecewa. Adapun condong yang dimaafkan hanyalah condong yang tidak dapat dilepaskan oleh setiap individu darinya, iaitu condong hati kepada salah seorangnya yang tidak membawa kepada mengurangkan hak yang seorang lagi.

Afif Ab. Fattah Tabbarah dalam bukunya Ruhuddinil Islami mengatakan; "Makna adil di dalam ayat tersebut ialah persamaan; yang dikehendaki ialah persamaan dalam hal pergaulan yang bersifat lahir seperti memberi nafkah, tempat tinggal, tempat tidur, dan layanan yang baik, juga dalam hal menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri."


See.. adakah anda menepati syarat wahai lelaki? =)

Kalau tidak.. Lupakan sahaja niat anda.. =p

Ada hikmah dan kesannye mengapa Poligami di benarkan dalam Islam..


HIKMAH POLIGAMI
1. Dapat melahirkan zuriat terhadap pasangan yang tidak dapat melahirkan anak kerana mandul, sakit dan lain-lain

2. Poligami ialah satu cara untuk melindungi kaum wanita yang tidak mempunyai suami atau kehilangan suami seperti meninggal dunia di medan perang.

3. Mengelakkan kaum lelaki daripada terjerumu ke lembah maksiat, kerana nafsu lelaki tidak pernah kurang, sedangkan nafsu perempuan semakin berkurang dengan bertambah usianya.

4. Untuk mengurangkan jumlah kaum wanita yang tidak berkahwin kerana semakin ramai bilangannya daripada kaum lelaki.

5. Mengekalkan kerukunan rumah tangga akibat krisis antara suami dan isteri terutamanya tentang masalah seks. Dengan adanya kebenaran poligami, keadaan suami kembali aman dan pergaduhan dapat dielakkan.

6. Menambahkan zuriat umat manusia di muka bumi Allah melalui cara yang halal

KESAN POLIGAMI YANG TIDAK MENGIKUT SYARIAT
1. Menimbulkan permusuhan dalam keluarga khususnya terhadap isteri-isterinya.

2. Menimbulkan masalah kepada anak-anak yang tidak cukup perbelanjaan dan memaksa mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik.

3. Membawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita.

4. Mewujudkan masyarakat yang tidak aman.


Take note,aku buat entry ni bukan ada niat ape2.. Tak ada motif pun.. Just,bila tengok senario lelaki sekarang yg sering menjadikan Sunnah Nabi sebagai alasan utk berpoligami aku rasa macam kena tarik2 (statement tak boleh bla..) utk dekati isu ni.. Ye,aku perempuan.. Aku bukan menentang poligami,sebab kalo aku menentang samalah macam aku menentang Islam.. It just that aku meluat bila lelaki menggunakan alasan agama sebagai modal utk berpoligami, walhal,mereka sendiri tidak mengikut lunas Islam sepenuhnya.. mcm mana nak memimpin seandainya diri sendiri tidak terpimpin.. Solat 5 waktu,rongak2,puasa tp hisap rokok,kadang2 tak puasa,solat Jumaat jarang2.. Layakkah org2 sebegini utk berpoligami? Seandainya seorang isteri yang ada itu pun tak tertanggung nafkahnye,apa lagi utk beristeri 2? Seandainya isteri yang seorang itu pun tak terpimpin,bagaimana utk dia menjadi nakhoda dalam sebuah lg kapal? layakkah?

Jgn sesekali melakukan sesuatu menurut hawa nafsu,fikirkan kesannya di masa depan.. Apa akan terjadi di akhirat kelak sekiranya kamu gagal utk berlaku adil? Nak ke jalan dgn bahu yg senget sebelah sewaktu di Mahsyar? Ingat kta pepatah,Ikut Hati Mati.. Fikir-fikirkan wahai lelaki...

Well,aku bercakap bukan ikut suka.. Remember my tagline? THIS IS MY JOURNEY,MY LIFE.. Like I said,my Life is tough.. Heeee.. Renung-renungkan dan Selamat Beramal.. Wassalam.. =)