Pages

Sabtu, April 30, 2011

Puncak Alam BANJER!

Assalamulaikum...

Kat sini hujan lebat dari kelmarin sampai pagi semalam.. Akibatnye.. Tengok gambar kat bawah nih semua.. Pergi redah banjer,balek pun harong aer.. Kesian Cik Kenari aku.. Bebunyi tayar.. Mujur enjin x masuk aer.. Syukur!! Tengok,tengok!!!

Bye2.. Wassalam..




Banjer Kat Meru..

Nak Pergi Klang Central Pun tak lepas..



Air Sampai Paras Lutut.. Owh,tidak.. Kesian Cik Kenari Aku..

Kereta2 yg degil nak harong aer..

Aku pusing balek lalu jalan dalam.. =)

Kesian rumah org nih!

Ini banjer dekat Puncak Alam.. Aku redah semcm..

McD pun tenggelam nyah!

Tawakal je aku redah sbb nak balek rumah.. Huk9





Jalan depan tak boley lalu.. Belakang pun sama.. Hampeh!



P/s : Aku sempat jadi nelayan masa nih.. Ehehehe.. Ada si Nana gemok rakam masa aku jadi nelayan.. Nanti kalo ada dia simpan lagi videonye,aku upload eak.. Heeee~~~

Selasa, April 26, 2011

Hari untuk Menyewelkan..

Assalamualaikum..

Hai guys! Huhuhu.. hari ni,hari first exam dan aku hamper sewel jawab soalan akaun tadi..

Kira akaun x balance,isi tempat kosong tak dpt jwb,and bla,bla,bla.... Intipatinya aku merepek.. Adus! 1 je doa aku.. LULUS! Cukuplah kalau dapat lulus je yg penting tak kena repeat.. Aku tak mau repeat paper!!! Huk9 (+_+) Naek sewella jugak aku jawab soalan tadi.. Org tak sewel pun aku rasa akan menyewelkan diri sendiri.. Ekekeke.. Aku mengarut..

Okelah,sebelum aku mengarut lebih banyak,aku nk blah dulu.. Sambung tengok cerita anime CardCaptor Sakura.. Heeee.. Wassalam..

Isnin, April 25, 2011

Perkongsian Maklumat 3

Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

"Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia," jelasnya. Saya tersenyum. Ada kebenarannya.

Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan.

Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran...tidak se'dinamik' dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan.

"Mengapa tiba-tiba?" tanya saya.

"Hidayah bang..." jawabnya si dia pendek.

"Bagaimana dengan segalanya?" Risau saya dengan profesyennya.

"Allah ada. Allah akan membantu segalanya."

"Syukur," kata saya perlahan.

Setahun kemudian.

"Lihat ini.." kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.

"Betul ke ni?"

"Apa kau ingat ini 'super-impose'?"

Saya terdiam. Kaku.

"Mana pergi tudungnya?"

"Itu.." tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.

"Itu tudung?"

"Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat."

"Bertutup tapi terbuka, tahupun..." katanya seakan menyindir.

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.

"Bang saya insaf bang..."

Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa... dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan.

Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu si dia terpilih, sekarang kembali tersisih?

Kini tiba-tiba segalanya semacam 'ditarik' kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan... Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali.

Kata sesetengah yang setuju, biarlah... itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati... Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa.

Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:

"Syaitan terlalu kreatif..." Kreatif? Bisik hati saya.

"Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam... Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah 'grey' – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran."

Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja 'was-was' baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan.Atau peragawati bertudung dengan langkah 'catwalk' dengan dada, 'make-up' galak sambil yang mengundang pesona dan 'aura' dosa. Dan lebih 'daring' lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung... Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah 'grey'? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:

"Tudung wanita itu ada empat... tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati."

Apa ertinya?

"Tudung pada wajah... jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata... jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara... jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati... mengingati Allah... dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar..."

"Jangan terlalu ekstrem," tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang 'penghormatannya' (baca betul-betul... bukan 'kehormatan'). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum."

"Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya... tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah," balas saya perlahan.

"Aku tak faham. Maksud kau?"

"Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan."

"Lantas?"

"Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan... tentu ada yang salah dalam penutupannya."

"Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik."

"Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran..."

"Jadi kebenaran menolak keindahan?"

"Keindahan itu satu kebenaran!" balas saya cepat. Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai 'aksesori' ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai 'fesyen' orang 'baik-baik' dan orang 'cantik-cantik' berbanding syariat wanita yang beriman!

"Hormati, itukan era transisi" kata seorang sahabat seakan memujuk saya.

"Transisi? Apa maksud mu?"

"Sebelum lengkap bertudung... err... maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung."

"Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja... ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?"

Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

"Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita..."

"Kau kata mereka tidak ada ilmu?'"

"Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading – maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri," kata saya.

"Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?."

"Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata."

"Maksud kau?"

"Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang."

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara.

Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua.

Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam... menjadi 'malaikat' yang diam? Oh, tidak...

Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit !

- Artikel iluvislam.com

Info Penulis

Penulis dilahirkan di Ipoh, Perak pada 20 hb. Mei 1961. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang, penulis lirik dan telah menghasilkan beberapa buah buku dari pelbagai genre. Blog Genta Rasa menjadi medium untuk beliau menulis di alam maya.

perkongsian Maklumat 2

Sunnah dalam Hubungan Lelaki dan Wanita

"Kenapa dia naik motor dengan perempuan tu? Ada apa-apa urusan mendesak ke sampai perlu macam itu?" saya bertanya kepada seorang rakan.

"Entah tak pasti pulak kenapa. Tapi ada orang bagi tahu mungkin salah satu cara dakwah kot," jawab dia bersahaja.

"Dakwah apa? Apa yang dia tahu dengan dakwah seperti itu? Mengangkat perempuan itu dari satu lubang neraka dengan meletakkan ke dalam lubang neraka yang lain. Kali ini dengan lelaki itu masuk lubang sekali. Dakwah itu luas, tetapi masih tidak berkompromi dengan bersalut kemaksiatan," saya menjawab. Mengaitkan tindakan itu dengan Islam dan dakwah pula.

Islam itu meraikan fitrah. Jika anda suka kepada perempuan, bersyukurlah kerana anda normal dan bukan gay. Jika si gadis tertawan dengan sang lelaki, itu juga normal dan tidaklah berdosa dalam Islam. Tetapi ada aturannya...

01.Ramai pasangan keluar berdua-duaan tidak kiralah sama ada pergi shopping, dating, atau ke masjid sekalipun. Ketahuilah itu dilarang sama sekali. Bagi yang sudah bertunang sekalipun aturannya tetap ketat. Keluar dibolehkan tetapi dengan syarat ditemani oleh mahram yang (1)tsiqah. Ada yang mengajak teman, sedangkan teman yang diajak itu merapu dan tidak tahu hukum-hakam.

02.Kurangkan komunikasi yang tidak berkenaan. Isi perbincangan seharusnya dikawal. Isi pun dikawal, gantiaan nama seperti ayang itik, abang, ucuk dan segala hal lagilah bersalahan dengan syarak.

03.Tidak boleh bersentuhan sama sekali. Jadi diharap tiadalah dialog: "Saya dan dia cukup menjaga. Kami tidak melakukan larangan. Paling tidak pun hanya sekadar berpegangan tangan saja." Pegang tangan sahaja... hurm.

04.Elakkan fitnah daripaada masyarakat sekeliling. Mahu elakkan fitnah, jangan cipta fitnah. Jangan salahkan masyarakat mengata, sedangkan diri dengan pasangan kelakuan sumbang.

05.Berkaitan gambar. Melihat aurat sudah semestinya sudah salah. Sekarang trend menjadikan gambar pasangan sebagai wallpaper telefon bimbit, laptop bahkan menjadi primary picture di Facebook dan Friendster. Dua kali salah! Dilarang bertukar gambar tanpa sebab yang syarie'.

06.Jika semua ini kita tidak mampu lakukan dan penyelesaian pernikahan itu masih jauh perjalanannya. Putuskanlah hubungan itu dengan serta-merta. Pedih lagi sedih. Memang! Tetapi itulah mujahadah. Rintangan dihadapan lagi besar dan memerlukan lebih tinggi mujahadahnya berbanding putuskan hubungan itu. Percayalah, jika niat semua itu kerana Allah s.w.t., Dia akan gantikan duka lara hati dengan kegembiraan lebih besar daripada itu.

Keluarga Muslim

Selepas melihat semakin rosaknya umat sekarang, bagi saya adalah satu keperluan untuk membina satu keluarga contoh.(2)Sakinah dan (3)mawaddah sudah menjadi kewajipan setiap insan yang mengaku beriman. Melahir dan mendidik generasi baru sebagai penyambung mata rantai perjuangan Baginda sudah menjadi tuntutan yang vital.

Kepada lelaki, hormatilah wanita seperti Baginda menghormati mereka. Kepada wanita, lebihkan menjadi daripada mencari dan kuatlah dalam berprinsip. Tetapi sebelum kita mahu bina keluarga Muslim lagi mukmin, mulakan dengan melihat dan memilih calon ibu kepada anak-anak kita. Dan lihat dan pilihlah calon bapa kepada anak-anak kita. Itu tapaknya, jika mahu kukuh bangunannya! Anda mencari, saya mendoakan...

Glosari

(1) Tsiqah: Terpercaya daripada segi agama dan matang dalam tindakan.

(2) Sakinah: Tenang, tenteram.

(3) Mawaddah: Kasih sayang, terutamanya dalam hubungan antara suami isteri.

Sumber Grafik: testi.iluvislam.com

Perkongsian Maklumat. 1

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?

Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikut trend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena reject saja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.

Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another. Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.

"Merosakkan?"

Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?

Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa 'enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!

Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...

Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?

Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?

Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?

Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh. Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu. Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?" (Hadis riwayat lmam Muslim)

Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halal'kan? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.

Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"

Aku menjawab, "Ya, benar."

Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.

Glosari

1. Ar-rijal: Lelaki, pemuda.
2. Husnul khatimah: Pengakhiran yang baik.

- Artikel iluvislam.com

Ahad, April 24, 2011

Apakah??? (+_+)

Assalamualaikum...

Dah bape hari tak update sebab line berok band kt sini tak berapa nak elok.. Nak buka mukabuku pun susah.. Akibatnye kami beberapa hari kebosanan dirumah.. Ehehehe..

Well,setelah beberapa tak dapat nak jengah blog,semalam,aku jengahlah sekejap.. And I was shock when it end up with I read this comment..


Guest ko x lyk nk aibkn dorg kt cni,x adil bg dorg..dorg wt slh ngn tuhan,bkn ngn ko..klu btl ko nk nsht dorg,jmpe dorg dpn2..bkn cte kt sume org cm ni..2011-04-23 1:23 PM


Aku tak tau ini siapa sebab dia tak tinggalkan link dekat shoutbox tu.. Komen ini,buat aku fikir balek.. Entry aku yang mana yang mengaibkan org tuh? Dan aku pulak dengan bendulnya pergila baca balek semua entry2 aku yg baru berjumlah 101 nih.. At the end,aku tak jumpa pun entry yg Si GUEST tu maksudkan MENGAIBKAN ORANG.. Aku yg tak perasan or GUEST tu YG TERASA dgn entry yg aku buat? Bila aku fikir2 balek maybe dia terasa dgn entry aku yg UNTITLED tu kot.. Huhuhu.. Okey find,aku admit aku memperkatakan tentang seseorg yg dh melakukan kesalahan yg pada aku menyalahi hukum AGAMA ISLAM dan ADAT MELAYU DAN TIMUR sekali.. TAPI AKU TIDAK SESEKALI TULIS NAMA DIA.. ADAKAH AKU DIKIRA MENGAIBKAN ORANG?

As far as I know,aku dikira mengaibkan sekiranya aku MENULIS NAMA PENUH dia di sini dan MEMBERITAHU APA YG DIA BUAT.. Apa yg aku tulis cuma MANUSIA BANGSAT YG MELAKUKAN PERKARA BANGSAT! Is there anyone name BANGSAT here? I don't think so.. Kalaulah AKU JAHAT,AKU DAH TULIS DAH NAMA DIA AND APAYG DIA BUAT.. AKU ADA BUKTI DAN AKU JUGA ADA SAKSI.. But,AKU MENULIS BLOG BUKAN DGN NIAT NAK MENGAIBKAN SESIAPA,AKU MENULIS DI BLOG HANYA UNTUK BEKONGSI CERITA.. Cerita sedih dan juga gembira..

Aku highlight ayat dia dorg wt slh ngn tuhan,bkn ngn ko..klu btl ko nk nsht dorg,jmpe dorg dpn2. Wah! Bravo3! Hebat budak nih.. Diorg tak buat salah dgn aku dia kta.. Tersangatlah bengong budak ini.. Bila diorg minta aku jgn beritahu perkara ini pada sesiapa adakah itu bukan kesalahan mereka terhadap aku sebab mereka minta aku bersubahat dgn kesalahan diorg tu? Dan,adik manis.. Awak tahu apa hukum bersubahat dalam Islam? Well,ladies,apa yg aku tulis lebih kepada peringatan.. Bukan nasehat.. Peringatan kepada diri sendiri,masyarakat or utk ko sendirilah kalo ko terasa yg ko buat benda yg aku tak mention di sini.. Heeeee~~~

Pelik sungguh kau nih,aku tak mention ape2 pun tp kau boley tau salah yg kawan aku buat tu salah diorg dgn Allah eak.. Kau ada Sixth Sense ke adik manis sampai boley trace salah ape org buat hanya dgn tulisan? Ekekekeke... Okelah,aku cakpa lebih2 karang kau kata aku mengaibkan kau pulak.. Ape2 pun,selagi apa yg aku tulis tidak melanggar Freedom Of Speech Rules di Malaysia,aku rasa itu tak menjadi keslahan.. Okey adik manis.. Renung2kan dan selamat beramal.. Jgn kau sekali menambah dosa dgn bersubahat dgn diorg sudaa ye.. Dosa yg sedia ada pun kita masih belum bertaubat,apa lg nk menambah dosa laen pulak.. Cukup2la apa yg di tanggung sekarang nih.. Wassalam..

Rabu, April 20, 2011

UNTITLED

Assalamualaikum...


I don't know what to say.. It just that I'm really3 angry,feelin dissapointed.. Bercampur-baur.. Marah,benci,kecewa,saket hati.. Rasa mcm nak bagi penampar kt 4-4 manusia tu ataupun cucuh wayar letrik kt badan diorg..

Aku tak sangka.. Aku tak sangka dalam pada aku memilih kawan,ternyata,aku tersalah pilih and it was a nightmare for me.. Really a nightmare!

Btol Mama Hafilah kata.. Bila kita masuk Universiti,kita akn jumpa dgn bermacam ragam manusia,but aku tak sangka aku jumpa and berkawan dengan MANUSIA BANGSAT mcm nih.. Sorry it too harsh.. But 4 me there is no other suitable word for them.. If diorang manusia beragama,sedar asal usul,tahu tujuan datang ke sini,diorang takkan buat poerkara BANGSAT yg akan memalukan diri sendiri,keluarga dan kawan2..

Sedarlah manusia! Hidup korang tu,rumah kta pergi,kubur kta mari,mari.. Bertaubat sebelum korang masuk dalam liang lahad.. Bertaubat sebelum aib menimpa diri,bertaubat sebelum korang rebah dipintu neraka,bertaubat sebelum korang jatuh di titian Siratun Mustakim,bertaubatlah sebelum korang dihisab,bertaubat sebelum korang kaku di bungkus kaen putih suci,bertaubat sebelum nikmat dunia yg korang dpt skrg ni di tarik balek dan korang terbujur kaku tanpa sempat mengucap Kalimah Allah.. Bertaubat!!!!

It's really a nightmare!!!!

Ahad, April 17, 2011

Sayangku Merajuk dan Aku Yang Menanti

Assalamualaikum...

Hallu!! Huhuhu.. Okey,hari ni memang aku meroyan.. Penat drive semalam tak abes lagi,hari aku boleh ajak Ibu keluar jenjalan sampai ke Angsana.. But it's really worth you know.. Huhuhu..

The story begin..

Semalam,aku betolak dr Puncak Alam pukul 4 lebey dekat kul 5.. It was a nightmare cz aku telepas simpang susur masuk Johor Bharu.. Sebab? Lori kt depan aku besar sgt smpai aku tak nampak signboard JB tuh.. =.= dan kami terbabas sampai ke KL.. And again Plaza Tol Jalan Duta.. Adeh! Kt tol,dgn muka x malu Badar tny kakak tol kalo nk balek JB mcm mana.. Kakak tu kta ekot signboard Pusat Bandaraya,nanti jumpa signboard JB.. Kitorg terus ekot signboard tu sampai jumpa tol sg. Besi.. Nana kata aku bawak diorang bersiar-siar.. Hahaha.. Sempatla jumpa KLCC,menara KL,Hotel Dato' yang meninggal kena bunuh tuh.. Err,aku lupa nama dia.. (+_+)" Dekat pukul 10 jugakla aku sampai rumah..

Then,pagi tadi aku meroyan,akaj Ibu berjalan.. Misi Utama.. Cari 4 novel yg baru keluar tu.. It's worth cz I got 2 of it.. Sayangku Merajuk by Ayu Emelda and Aku Yang Menanti by Haiza Najwa.. The other 2,Durrah Fatiha.. Err,lupa tajuk and Anis Ayuni Cinta Yang Kurasa,still searching.. Dan sangat tidak puas hati utk itu.. Huhuhu..

Now,reading Sayangku Merajuk.. Aku Yang Menanti dah habes tadi.. What can I said about this novel,it was a thriller novel overall mcm novel Kak Dhiya Zhafira and of course terselit kisah Cinta.. Aku suka novel mcm nih.. Sbb tu aku sanggup collect novel Kak Dhiya.. Ehehehe.. Kiranya Ini adalah kali ke5 ke6 ke ke7 aku tak ingat,aku layan novel thriller-cinta (err,ada ke istilah ni? Belasah jela labu..) Ehehehe.. it's not mean yg aku minat novel thriller okey.. Aku tak suka novel Ramlee Awang Murshid.. Err,kepada peminat2 RAM jgn marah yee.. Ini pendapat peribadi semata..Sebab apa aku tak suka? Sebab his novel is beyond my imagination.. Contoh? Tombiruo and Tombiruo Terakhir.. Aku tak dapat nk bayangkan mcm mana ghope makhluk utan tuh.. Huhuhu.. Dan sgt tidak syok membaca novel apabila kita tak boley membayangkan watak2nya.. Sebab aku bila baca in my mind akan ada watak2 yg melakonkan,maksudnya aku membayangkan apa yg aku baca.. But,when,it's come to RAM.. Okey,I surrender.. Out of my box.. Huhuhu..

Okey,sambung pasal Aku Yang Menanti.. Banyak conflict dalam novel ni,and kalau tak baca betol2 boley konpius.. Pasal suami isteri yang terpisah lama,and bila jumpa balek,suami tak kenal isteri sbb muka isteri dah laen,nama pun tukar.. But the isteri still ingat dekat suami.. Hohoho.. Cara aku tulis ni mcm biasa2 je kan.. But no.. Cross whatever in your mind.. It' not and ordinary story.. Ini bukan semudah yang di sangka.. Nanti lama2 suami kenal isteri,suami pujuk2 isteri,diorang bebaik and live happily ever after.. No,it's not like that.. Haiza Najwa never do a klise novel like that.. Her touched is always different.. Huhuhu.. Tak percaya? Tryla baca novel dia 1.. My suggest Ilusi Hati.. Membuai perasaan.. Okey,back to topic.. This novel is full with conflicts.. Really interesting one.. And the ending.. It can be a nightmare I guest.. Huhuhu..

Cannot say much,kalo nk lebih2 silalah baca sendiri yerr.. Okey,aku nk sambung assignment.. Ketidak adilan telah berlaku dalam assignment ini.. Nanti aku cerita kenapa.. Err,kalo aku rasa nk ceritala yee.. Wawawa.. Until then,adios! Wassalam..

Selasa, April 12, 2011

Bad Day...

Assalamualaikum..

Helloooooo!!!! Hmm... Bad day for me today (Maybe..) Why? Huhuhu....

Masa aku tengah selak2 handout Web design.. Then,I found one number.. My write of course.. 014509........ Berkerut la sekejap dahi aku sebab tak kenal nombor sapa.. As I said,nombor aku pernah hilang sebelum nih.. Then,aku tryla sms tny sapa.. Dlm pukul 2 lebey kot aku msj.. Tiada balasan.. I thought itwas my frenz number,cz there are several of my frenz using 014.. Tp aku tak ingat sapa.. Td pagi,dlm pukul 4 lebey pg sms ku berbalas.. Aku jwb dlm pukul 6 lebey kot.. Balas punya balas.. At the end of the conference.. It was a nightmare for me.. Si Dia.. Ades! Okey,aku memang tak hafal nombor dia.. Bukan setakat nombor dia,nombor kwn2 yg ari2 aku msj pn aku x ingt.. Remembering number is my weakness oke.. Nombor fon sndri pun aku x ingt kot..

Once dia ckp 'saya ridzuan' aku rasa mcm nak off tipon then tukar nombor laen on the spot.. Alahai.. Sadis rasanya.. I'm trying to forget him.. Wawawa.. But,it's end like this.. Lps tau that him.. Tak mau dah sms lama2.. 2,3 ayat,then aku ckp babye.. Perit woo nak layan lama2.. Lukaku masih berdarah.. Chewah!!! I want to keep my promise to his family.. Don't want to disturb him anymore.. Aku doakan dia dapat orang yg lebih baek dr aku.. Amin...

Okey,habes psl dia.. Tadi ada test web design.. 2 jam.. 30 minit pertama aku tersengguk-sengguk kt meja sbb ngantuk.. Sempatla tido 10 minit.. Huhuhu.. Then,aku jawab soalan.. Lagi bnyk kosong drpd bertulis.. Huhuhu.. Sebab,aku study tapi x masuk.. Aku pun x tau kenapa.. Punyala blurr semalam and td pg.. Huhuhu.. Hope x peningla lect tanda kerta aku tuh.. Ehehehe.. Okelah,nk study,esok ada test record plak.. Bye2.. Wassalam...

Gila di Pagi Hari...

Assalamualaikum..

Heeee.. Aku tengah gila sekejap.. Jam laptop aku pukul 1.53 pg skrg neh.. And aku tak boley tido sebab esok aku kena anta home quiz akaun and ada test Web design.. Gila sekejap aku jadinye (+_+)"" kepala aku sekrang dh dekat rumah je.. Tak sabar nak balek Sabtu ni.. Dah 2 bln kot tak balek.. Huk9.. Dek kerana tgh gila,jom layan lagu ni.. Pray by Justin Bieber.. Aku sangaatttttttt suka lagu nih.. Bukan sebab Justin tu hensem dan bukan jugak sebab suara dia sedap.. Tapi sebab lirik lagu is awesome for me and viedo klip dia buat aku terharu.. Sama mcm lagu dak kecit si Declan Galbraith yg Tell Me Why tuh.. Err.. Aku menangis di pagi hari.. Ehehehehe.. Gila kan.. Okey,enjoy.. Aku nk sambung study! xoxo.. Wassalam..


Sabtu, April 09, 2011

Talam 2 Muka or Talam Bermuka-muka?

Assalamualaikum...

Hai Guys! Jam sekarang dah pukul 4.43 pagi.. Dah nak masuk Subuh di Puncak Alam.. Dan aku masih berjaga.. Lepas balek dr shooting (kononnye) drama mandarin yang tak menjadi .. Huhuhu.. Badan rasa penat tapi mata tak nak lelap.. Aku pun x faham..

Attitude and personality are two different things...
My personality stays within me wherever I am.
My attitude depends on the people in front of me.
(quoted from someone)

Hmm.. This quote.. I get it from my cousin.. Faiq Izzat Amir yang rajin layan aku meroyan kat Facebook.. Thanks Ancik.. Aku tertarik dengan quote ni.. Kenapa? Cuba baca betol2.. My attitude depends on the people in front of me.. Meaning to say,karakter kita berubah-ubah mengikut situasi... In other words lebih kurang mcm talam 2 muka jugakla or talam bermuka-muka.. Which one you prefer?

Well,aku sgt bersetuju dengan that phrase.. Sebab for almost 21 years in life,aku banyak kali jumpa orang macam ni.. Dengan orang ni cakap macam ni,nanti dgn org tu ckp laen pulak.. In others words bermuka-muka.. Well,bukanlah nak kata aku ni baek sgt.. Tidak! Aku pun sometime have to be like this in order to find the truth.. Highlight di situ utk mencari kebenaran.. Sebab aku tak suka mendengar cerita dari 1 pihak sahaja.. Aku akan dgr cerita dr 2 belah pihak and buat penilaian.. Bila dah begini,of course lah aku kena buat baek dgn ke2-2 belah pihak kan? So,my attitude depends on the situationslah.. Bila dgn org ni aku dgr and komen.. Bila dgn org tu pulak aku dgr jugak and komen.. Adakah ini di katakan talam 2 muka? If yes,it's okey then.. As long as aku melakukannya bukan dgn tujuan kejahatan..

Kenapa aku ckp mcm ni? Sebab aku jumpa org yang jenis talam 2 muka ni but aku tak tau ape tujuan dia.. Dgn aku dia ckp laen,but bila dgn org laen dia burukkan aku plak.. Hah! yg ini baru betol Talam 2 muka.. Korang nak kata aku jahat? Whatever! But,aku dh banyak kali kena macam ni.. Aku tak pasti ape niat dia,but maybe.. Maybelakan,tujuan dia nak aku bergaduh kot ngn kwn2 laen.. Kalo tak pun,nk buat kwn2 bagi pandangan sinis kt aku.. Cut the crap man!!! Dah besar kot.. Zaman talam2 ni aku rasa masa kecik2 fikiran tak matang je.. Ape kes kau nk jadi talam 2 muka dgn aku.. Dgn budak tu aku ckp mcm ni,mcm ni.. Dgn aku ko ckp plak budak tu mcm ni,mcm ni.. Apa tujuan kau sebenarnye? Apa yg kau nak? Perhatian? Supaya semua pandang kau tu mcm baek sgtla,and aku plak budak jahat yg suka buat hal dgn kau.. What the hell man?!!

Then,bila the truth is unveiled kau tolak plak kesalahan kau tu kt org laen.. Huh! Hebat betul org mcm ni kan? Sgt2 hebat!! Aku memang salute,bagi tabik spring kaw-kaw punyalah kt org mcm nih! Dahla buat salah,lepas tu boleh pulak kuis salah dia tu kt org laen! Gua memang salutela kt lu bhaii!! Dan aku pulak.. Manusia yg dah biasa berhadapan dgn manusia2 sampah begini.. Udah tak kose dah nak melayan.. Lantaq pila kt hang labu.. As long as aku tau apa yg aku buat tu tak salah tu dah cukup.. Kau nak cakap ape cakap la aku tak heran derr dan aku takkan sesekali nk membela diri.. Nak membetulkan fakta yang dah kau pesongkan itu kecuali sekiranya aku rasa cerita talam kau tu boleh buat aku rasa nak melempang kau laju2 kasi lebam muka cantek kau tuh!!!

Pada aku tak salah kalau kita nak jadi talam 2 muka nih.. Ops! Okey,jgn melenting dulu.. Ayat aku belum abes.. Jadi talam 2 muka utk kebaikan.. Contoh.. Nak menjaga keamanan sejagat.. Nak mengelak berlaku perselisihan faham antara rakan,mengelak dr tersebarnya fitnah.. See.. Kadang2 tak semua perkataan yg jahat membawa maksud jahat.. Yang penting adalah intipatinya,ataupun tujuan kita.. Aku juga selalu jadi talam 2 muka,dgn niat tak nak berlaku fitnah and tak nak jugak berlaku pergaduhan sesama rakan.. Aku boleh dgr semua bercerita,tak kira musuh atau kawan.. dan dari situ aku mengutip pengalaman dan pengajaran.. Pernah dgr tak pepatah kata 'Kalau kita nak tahu kelemahan diri kita,bertanyalah kepada musuh kita..' bagi siapa2 yg faham kata2 ni it's done for them then.. But,for those yg masih dlm kegelapan,it's time for you to muhasabah diri..

Ya,sikap kita bergantung dgn siapa kita berhadapan.. Sama ada sahabat, teman, keluarga, suami atau siapa sahaja.. Sikap kita akan berubah-ubah.. Sentiasa berubah-ubah.. So,adakah ini yang dikatakan talam 2 muka? or ini hanya talam bermuka-muka? I don't think this is related.. Huhuhu.. Wassalam..



Sabtu, April 02, 2011

Nothing Much.. =)

Kerja Gila..!!!

Assalamualaikum..

Hallu guys!! First of all,aku nak wish besday pada 2 org teman aku yang sambut besday diorang hari ni.. Sama tarikh? Yeee!!! Selamat Hari Lahir kepada Nurul Badarina Badarul Zaman and Noor Fadzliana Haridan.. Moga Allah merahmati hidup kalian.. =)

Kerja Gila? Ye,kerja gila.. Semalam aku buat.. Nampak 2 tiket kt bawah ni? Inilah kerja gila yang aku buat.. Ce cite, ce cite...


Alkisah pun bermula.. Semalam kami (aku,aleq n pija) pergi Aeon Bukit Raja.. Tujuan? Tengok wayang lorr.. Cerita Cun! yang baru keluar tu target kami.. Beli tiket pukul 3.40 punya tayang,lepas beli terus masuk sebab cerita dah mula.. Best cerita nih.. Thumbs up utk osman ali!! Cerita habes pukul 5.30 lebih kurang.. Then aku shopping barang sikit.. Bukan shopping ape pun,beli kertas printer aku yang dah nak abes,beli deodorant,listerine,sempatla aku capai novel 1.. Ehehehe.. Then,abes shopping,pukul 6,terus balek.. Pija ajak singgah Tesco sbb dia nak cari barang.. Singgah situ,pija cari barang,aku n aleq pergi pet shop.. Wawawa.. Tak ada benda pun,just tengok anak anjing yg kiut,tengok hamster,arnab and tikus mondok yg semuanya comel2 belaka!!! Then,tengok jam dah pukul 7,Aleq nak makan,pilih punya pilih, KFC jugak jadi pilihan.. Habes makan pukul 7.30,kena balek,sebab Aleq ada kelas JPAM..

Sampai kat kolej,Aleq tipon Raqeb,tny pasal kunci bilik.. Ehehehe.. Sekali pintu bilik berkunci daa.. And kunci,Raqib bawak aku rasa.. Huhuhu.. Lepas hantar Pija,aku nak hantarla mamat nih balek A4 pulak.. Tibe2 dia ckp "Kita pergi jenjalan nak wana,aku support duit minyak.." Adeh! Gilala mamat nih.. Aku tanya nak pergi mana? Takkan kita berdua je? And dgn selambanya dia balas kita ajak Pija lps tu baru rancang nak pergi mana.. Tipon Pija suruh dia turun balek.. Pija kalau pasal jalan on saja.. Dekat Petronas,kitorang decide nak pergi tengok midnight movie kat Aeon Bukit Tinggi.. And again kami ke situ.. Sampai dalam pukul 9.25 malam.. Aleq kata sampai terus tengok cerita apa yg ada cz takut nanti lambat2 diorg tak boleh masuk kolej.. Okey,then.. Kali aku dgn Pija pulak pilih cerita.. Just Go With It tiket pukul 9.25 punya tayang.. Terus masukla sebab cerita dah mula.. Cerota ni memang best walaupun ada unsur-unsur 18 ke atas but funny.. Penat aku gelak.. But,pak cik Aleq tu boleh tido plak. Haih! Dia ajak kita keluar,dia boley tido pulak.. Hampeh betol! Abes cerita pukul 11.30 lebih kurang,okey,kali ni terus balek.. Tak ada singgah2 lagi dah.. Aku sampai rumah dalam pukul 12 lebey gitula..

Gila kan? Forst time aku buat macam nih.. But of course sampai rumah aku tipon mama bagitau.. Ehehehe.. And seperti yang di jangkakan.. Panasla jugak telinga aku 1 jam.. Huhuhu.. But,yang penting aku dah bagitau and aku tak buat nyrok2.. Mama pun faham.. Sebab ni la first time aku buat,aku di maafkan.. Yeay!!! You're the best Mama!!! And I love you so much!!! Rindunya.. Huhuhu.. Takpe,takpe.. 2 minggu lagi balek Johor.. Yeay!!!! Wassalam...