Pages

Jumaat, Mac 25, 2011

Cerita Melayu yang........... (+_+)"

Assalamualaikum..

Hi guys! Huhuhu.. Tajuk kali ni ada kena mengena dengan isi okey.. heeee~~~

Well,semalam aku pergi Aeon a.k.a Jusco Bukit Tinggi.. Buat apa? Aku pergi tengok wayang.. Cerita Melayu yang aku dengar dekat iklan Hot FM hari-hari macam giler punya best crite tu..

Semalam aku pergi berempat,lepas kelas,aku dengan Badar balek rumah sekejap,then amik Pija dgn Khaliq kt kolej.. Aku,Badar,Pija and Khaliq.. Meredah kesesakan lalu lintas Bandar Klang,dan agak konpius dengan jalan yang bercabang-cabang.. Akhirnya kitorang sampai jugak dekat situ.. First time pergi.. Agak besarla Aeon tu berbanding Aeon Bukit Raja.. Sampai situ,dengan excitednye pergi beli tiket wayang,pukul 3.40.. Baru pukul 2.45,pergi makan dulu,then baru masuk panggung...

Permulaan cerita macam best,sebab ada part macam lari dari rumah.. But,bila tiba part imbas kembali tu memang tak boleh blah.. Ya Karim.. Amatla membosankan.. Pelakon bercakap macam tak nak bercakap.. Dialog punya sikit.. Backround music kalo tak salah aku cuma ada sekali je.. Lepas-lepas tu sunyi sepi.. Cuma ada suara-suara pelakon tu je.. Then,pertukaran,dari 1 plot ke 1 plot skrin jadi gelap.. Banyak kali skrin tu gelap.. Saket mata aku di buatnya.. Ya Allah.. Membazer duit tiket RM11.00.. Cerita macam hampeh!

Cerita yang sepatutnya penuh dengan emosi,jadi cerita lawak pada kitorang sbb lakonan mak nyah tu yang tak menjadi.. Adess!! Bro,amikla pelakon yang lembut jadi mak nyah bro.. Ini tidak,lelaki yang tangan berurat tegang,suara besar jadi mak nyah.. Jadi bahan jela.. Semalam,aku rasa tak sampai 10 orang kt dalam panggung tu.. Bila tiba part couple gay tu bersayang-sayang,semua pakat gelak.. Adess! Si Pija lagila.. Minah tu memang kaki gelak.. Dari awal cerita sampai habes,dia asik gelak je.. Part orang tu nangis beria pun kitorang gelak.. Adoihai! Yang paling tak best,cerita tu macam tak ada kesudahan.. Kitorang punya teruja nak tengok kesudahan dia,tp habes macam tu je.. Lg skali.. Adess!!!

Okey,memangla cerita tu cerita yang di ambil dari dunia sebenar,but apa salahnya kalau di ubah suai sedikit,supaya menjadi lebih menarik.. Supaya penonton dapat tangkap nilai-nilai murni yang terselit dalam cerita tu,supaya penonton dapat hayati mesej cerita tu.. Mulakan cerita dengan macam mana mamat tu boleh jadi gay,ni tiba-tiba terus ada adegan dekat tepi pantai.. Adeh! Ada beberapa part dalam cerita tuh yang buat aku konpius.. Then,part yang gelap-gelap tu ape kes tu bhai? Kalau sekali 2 aku boleh terima.. Banyak kali kot.. Editla betul-betul sebelum release.. Inilah namanya,rumah dah siap pahat bebunyi.. Huhuhu

Aku bukan tak sokong industri tempatan,aku sokong.. Kalau tak takkanla aku pergi tengok Hikayat Merong Mahawangsa tuh.. But,bila aku rasa harga tiket yang aku bayar tu tak berbaloi dengan cerita,tu yang buat aku tak puas hati.. RM11.00 kot.. Aku tengok Merong hari tu baru RM9.00.. Yang buat aku lagi geram.. Dengar dekat iklan kemain hebat lagi cerita tu.. Macam best sgt je.. Tapi,hampeh.. Kesimpulannya aku tersangat tidak puas hati dengan cerita tu.. Huh!

Okeyla,cukup komen aku,karang ada plak yang cakap aku tutup periuk nasi orang.. Ehehehe.. Not my intention oke.. Just wanna share.. Until then.. Wassalam..

p/s : Esok ada kelas ganti akaun,pukul 2-6 petang,kalau aku buat2 lupa boleh tak?? Heee~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan