Pages

Selasa, Mac 29, 2011

Haila Sotong Goreng... (+_+)"""

Assalamualaikum..




Ini sotong goreng!
Aku tau korang tau ini sotong goreng..
Aku tengah marah..
marah pasal sotong goreng nih..
Aku rasa mcm nak menampar sesorang yang dah buat aku marah nih..
Pasal sotong goreng pun boley marah?
Cecite-cecite...

Al-kisah bermula..
Semalam aku and 2 kwn pergi makan
kt fasa 2 lps kelas akaun tuh..
Sorang kawan aku makan nasi Pataya,
sorang lagi makan nasi daging merah..
dan aku pulak,cuma mintak sotong goreng tepung..
Sebab apa?
diet?
Nope..
Sebab aku dah makan before pergi kelas tuh..
Lepas aku ckp aku nak sotong goreng tepng tuh..
Kwn aku yang mkn Nasi Daging Merah tu
dgn bahagianya ckp..
"Yeaaaa,nanti nk skit ea.."
dan aku dgn bahagianya balas..
"beli sendiri.."
Niat aku..
Hanya gurauan semata-mata..
Aku tak expect lansung yg dia akan cerita sana sini
pasal tuh..
Sampaikan ada seorang kawan aku bertanya..
Ko gaduh ke dgn si polan nih?
Aku ni dgn polosnya menjawab,takla kenapa?
Kwn aku tak ckp pun kenapa..
Tp tadi kwn aku yg mkn Nasi Pataya tu cerita..
Pasal sotong goreng tu je sebenarnya..
Ya Karim...
Tersangatla Bangangnye..
Aku Ulang..
TERSANGAT BANGANG!
cari pasal dgn aku hanya sbb sotong goreng..
Jaja cerita sana sini..
Nampak sangat perangai tak matang tuh..
Pergi MAM la dgn kau labu..
Aku ni still boley sabar dgn perangai tak semenggah ko tu..
But,one day jgn tanya kenapa
if tibe2..
Aku melaser dgn kau..
Mulut aku ni dah lama tak melaserkan org..
Kalo ko tak boley trima org bergurau kasar dgn kau..
Kau pun jgnla nak bergurau kasar dgn orang..
Aku ni,org bergurau kasar dgn aku..
Aku balas lagi kasar..
Memang padanla dgn muka kau labu...
One more thing,
if ko tak nak orang ckp kasar dgn kau,
Kau pun jaga2la intonasi suara kau tu eak..
Jgnla nak menipu ckp suara kau memang mcm tu..
Aku ni,hari2 dgr kau bersuara dgn pakwe kau..
Sikit punya lembut,gigit semut pun x mati..
Tapi dgn kawan2,bukan maen kasar lagi kau eak..
Just one questionla utk kau labu..
Pakwe kau boley tolong ke kau buat group project,
kalau kau tak ada kawan??
Fikir2la ye labu..


Wassalam..

Jumaat, Mac 25, 2011

Cerita Melayu yang........... (+_+)"

Assalamualaikum..

Hi guys! Huhuhu.. Tajuk kali ni ada kena mengena dengan isi okey.. heeee~~~

Well,semalam aku pergi Aeon a.k.a Jusco Bukit Tinggi.. Buat apa? Aku pergi tengok wayang.. Cerita Melayu yang aku dengar dekat iklan Hot FM hari-hari macam giler punya best crite tu..

Semalam aku pergi berempat,lepas kelas,aku dengan Badar balek rumah sekejap,then amik Pija dgn Khaliq kt kolej.. Aku,Badar,Pija and Khaliq.. Meredah kesesakan lalu lintas Bandar Klang,dan agak konpius dengan jalan yang bercabang-cabang.. Akhirnya kitorang sampai jugak dekat situ.. First time pergi.. Agak besarla Aeon tu berbanding Aeon Bukit Raja.. Sampai situ,dengan excitednye pergi beli tiket wayang,pukul 3.40.. Baru pukul 2.45,pergi makan dulu,then baru masuk panggung...

Permulaan cerita macam best,sebab ada part macam lari dari rumah.. But,bila tiba part imbas kembali tu memang tak boleh blah.. Ya Karim.. Amatla membosankan.. Pelakon bercakap macam tak nak bercakap.. Dialog punya sikit.. Backround music kalo tak salah aku cuma ada sekali je.. Lepas-lepas tu sunyi sepi.. Cuma ada suara-suara pelakon tu je.. Then,pertukaran,dari 1 plot ke 1 plot skrin jadi gelap.. Banyak kali skrin tu gelap.. Saket mata aku di buatnya.. Ya Allah.. Membazer duit tiket RM11.00.. Cerita macam hampeh!

Cerita yang sepatutnya penuh dengan emosi,jadi cerita lawak pada kitorang sbb lakonan mak nyah tu yang tak menjadi.. Adess!! Bro,amikla pelakon yang lembut jadi mak nyah bro.. Ini tidak,lelaki yang tangan berurat tegang,suara besar jadi mak nyah.. Jadi bahan jela.. Semalam,aku rasa tak sampai 10 orang kt dalam panggung tu.. Bila tiba part couple gay tu bersayang-sayang,semua pakat gelak.. Adess! Si Pija lagila.. Minah tu memang kaki gelak.. Dari awal cerita sampai habes,dia asik gelak je.. Part orang tu nangis beria pun kitorang gelak.. Adoihai! Yang paling tak best,cerita tu macam tak ada kesudahan.. Kitorang punya teruja nak tengok kesudahan dia,tp habes macam tu je.. Lg skali.. Adess!!!

Okey,memangla cerita tu cerita yang di ambil dari dunia sebenar,but apa salahnya kalau di ubah suai sedikit,supaya menjadi lebih menarik.. Supaya penonton dapat tangkap nilai-nilai murni yang terselit dalam cerita tu,supaya penonton dapat hayati mesej cerita tu.. Mulakan cerita dengan macam mana mamat tu boleh jadi gay,ni tiba-tiba terus ada adegan dekat tepi pantai.. Adeh! Ada beberapa part dalam cerita tuh yang buat aku konpius.. Then,part yang gelap-gelap tu ape kes tu bhai? Kalau sekali 2 aku boleh terima.. Banyak kali kot.. Editla betul-betul sebelum release.. Inilah namanya,rumah dah siap pahat bebunyi.. Huhuhu

Aku bukan tak sokong industri tempatan,aku sokong.. Kalau tak takkanla aku pergi tengok Hikayat Merong Mahawangsa tuh.. But,bila aku rasa harga tiket yang aku bayar tu tak berbaloi dengan cerita,tu yang buat aku tak puas hati.. RM11.00 kot.. Aku tengok Merong hari tu baru RM9.00.. Yang buat aku lagi geram.. Dengar dekat iklan kemain hebat lagi cerita tu.. Macam best sgt je.. Tapi,hampeh.. Kesimpulannya aku tersangat tidak puas hati dengan cerita tu.. Huh!

Okeyla,cukup komen aku,karang ada plak yang cakap aku tutup periuk nasi orang.. Ehehehe.. Not my intention oke.. Just wanna share.. Until then.. Wassalam..

p/s : Esok ada kelas ganti akaun,pukul 2-6 petang,kalau aku buat2 lupa boleh tak?? Heee~~~

Rabu, Mac 23, 2011

Tinggal Kenangan..

Assalamualaikum...

Hallu! Hallu!!!! Heee.. Tadi tetibe aku nampak dia online..

"Siapa Dia?"

"Alah dia tulah... Dia,Dia,Dia...... Tak mau sebut nama!"

" Owhh.. Okey,proceed.."

Then aku sapa.. just wanna say Hepi belated,lated besday.. Besday dia yg dah berzaman lepas tu.. Ehehehe.. Bukan ada niat ape2 ea.. Cuma wish sebagai kawan.. Then dia balas "Tq ana =)" and aku balas "no problem =)" then aku trus tutup tetingkap chat YM tu.. Ehehehe.. Bukan apa,dia jugak yg kata jgn msj dia lg lps nih.. Aku pun ikut jela.. Lepas tu,tetibe lagu ni bermain-main kt dalam aku.. Heeee~~~ Wassalam...


Selasa, Mac 22, 2011

Kerna kamu- fabulous cats

Assalamualaikum..

Hi Guys! This is the song that I told before.. Not Muncul Kamu actually,but Kerna Kamu.. This song is OST for Cuti-cuti Cinta movie.. I like this song since I heard it live at DK500 when this movie is publish at UiTM.. Such a great song for me (sbb masa aku dgr lagu ni,bulu roma aku meremang.. Heee~~~) Pada aku,mana-mana lagu yang boley buat bulu roma aku meremang that is the best one.. Sbb bukan senang nk buat aku rasa macam tu.. Ehehehe.. So,enjoy the song.. Wassalam..


Sabtu, Mac 19, 2011

New Look Again!!

Assalamualaikum...

Hi Guys!

Okey fine aku tau template ni tak menarik..

But,lps dapat several comment yang mengatakan
Box ulasan aku tak keluar aku terpaksa tukar template...

Hahahaha... Hampeh!!!!

Takpelah..

Bukan Rezeki aku kot..

Hah!
Tengok gambar besar tu!

Comel tak? Comel tak?

Heeeee...

Okey,korang dah boleh komen..

So,komenla sesuka hati korang..

But,watch your word..

Freedom of Speech has it Limits k..

Wassalam..

Selasa, Mac 15, 2011

New Look!!!

Wow! Whose blog is this? It's magnificent!!!

TEEEEETTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT........

Assalamualaikum...

Heee~~~ Huy guys!

Do you like my new look blog? Ngeh9..

Saja tukar angen.. Cuma lagu je belum tukar..

Still find one called Muncul Kamu.. Ehehehe..

Silalah komen banyak-banyak kalau suka eak..

To my frenz Cik Fafaz please don't delete your blog!

Please,please,please..

Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee......!

Heeee~~~

Wassalam...

Pembetulan Sahaja.. Sekilas..

Assalamualaikum..

Hai guys! Heee.. Abaikan tajuk entry sebab aku tak tau nak bagi tajuk apa kat entry nih.. Ehehe.. Bukan apa cuma nak pembetulan sikit psl entry Review HMM aku tuh..

Ada seorang pengulas Tanpa Nama ckp yang rombongan Orang2 Rom tu bukan pergi Melaka,tapi pergi Kedah.. Dia kata lagi Langkasuka is nama lama for negeri Kedah and Semenanjung Emas tu nama lama utk Malaysia.. Dia bercakap dengan bukti dari Wikipedia lagi.. So,I have no say herela kan.. Err.. Walaupun pada aku Wikipedia is the most untrusted website in the world sebab Isi kandungan dia boleh di edit dan di tambah oleh orang luar.. Ehehe.. But,maybe dia lagi cerdik dari aku kot.. Cz as far as I know the only place in Malaysia ni yang terlindung dari tiupan angin monsun and jadi laluan pedagang is Melaka (Ini sebab aku belajar Sejarah and perkara ni selalu Cikgu Stressout about this matter sampai dah melekat kat otak aku,x mau tanggal-tanggal..Heee~~~) Ayat ni ada disebut Si Merong Mahawangsa dalam cerita tuh.. But,maybe Kedah pun sama kot.. I'm not sure sebab dolu-dolu belajar sejarah banyak pasal Melaka je,pasal Kedah yang aku belajar cuma pasal Kedah Tua,but that one kat Acheh dolu kot.. Hiah! Sudah Wan! Karang maken confuse orang membacanya.. Ehehe.. Sory guys..

So,it my concern lerr nak membetulkan apa yang tak betul tu sebab aku tengok macam ramai pulak yang baca entry HMM aku tuh.. Karang salah fakta marah plak orang2 KRU,diorang penat2 buat cerita tu aku sesedap rasa mengubah.. Ehehehe.. So,minta maaf oke psl kesilapan itu.. Sekian.. Wassalam..

Ahad, Mac 13, 2011

Tiba-tiba...

Assalamualaikum..

Hallu! Okey,aku tau tak sampai 12 jam aku buat entry baru,ni dah datang lagi.. Bukan apa.. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.. Jam laptop aku sekarang pukul 1.29 am 13/3/2011..

"Straight to the point Wan"
"Okey.. Sabarla sikit.. Huh!"
"Apa dia?"
"Apa dia apa?"
"Ko ni nak makan tapak kaki ke ape?"
"Haish! Aku makan nasilahhh.. X nak tapak kaki ko! Busuk!"
"Jgn merepek!!!"
"Ops! Gulp!"

Apakah?

Ehehehe.. Saja buat drama sikit.. Okey,hari ni 13/3 maksudnya dah 2 hari besday si dia berlalu.. Besday dia 11/3.. Tiba-tiba aku teringat pasal ni tadi.. Wawawa.. Aku wish ke x? Of course.. Takkk.. Ngeh9... Ya,aku tidak wish.. Kejam? Nope! Sama sekali tidak.. Aku cuma menghormati permintaan dia yang tak nak aku mesej dia lagi.. Soooo... Not my fault.. Lagipun Sim card Celcom aku ntah ke mana perginya.. Aku baru perasan sim card aku tu hilang hari Rabu.. Cari punya cari tak jumpa pun.. So,aku assume hilang jela.. Maksudnya di sini.. Dengan nombor2 dia sekalilah hilang.. Lagi pun,sepanajng Jumaat tu aku busy + teruha nak tengok HMM tu kan.. Tak teringat langsung.. Ehehehe..

Well,maybe itu yang terbaik utk aku.. Heee~~~ Mungkin Allah nak tolong HambaNya yang satu ini menghadapi realiti hidup.. Menjadi lebih kuat.. Insya-Allah.. Dan aku.. Err.. Tak pernah ingat kat dia pun.. Cuma ada sekali tu,aku YM dgn bekas tunang dia,teringat kat dia masa tu jela.. Ingatan sebagai kawan sebab dulu selalu jugak YM dgn dia.. Ehehehe.. Apa2 pun,kenangan tetap kenangan dan tetap jadi sejarah.. Sekarang adalah masa hadapan yang perlu aku hadapi untuk terus maju ke hadapan.. Ganbatte!!! Okey,until then.. Wassalam..

Sabtu, Mac 12, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa (Review)

Assalamualaikum..



Hallu guys! Okey,this entry is not about Si Muka Dingin.. I'm sorry,aku tau aku dah janji.. But,aku nak share something yang pada aku sangat best! Ya,cerita epik Hikayat Merong Mahawangsa.. Semalam aku pergi tengok cerita ni dengan Kak As.. I'm kind of yang tak berapa minat cerita-cerita epik macam ni especially Hollywood punya epik mcm Narnia tu kan,aku tak pernah teringin pun nak tengok.. But,this story berjaya menarik minat aku nak tengok,sebab apa? Sebab the story plot,the action impact and CGI yang sangat2 bagus.. Thumbs up utk KRU!!!

Cerita ni bermula di tengah lautan semasa pelayaran org2 Rom ke Tanah Melaka tapi di landa badai sehingga mereka kehilangan arah.. Berhenti di Goa utk mencari nakhoda dan berjumpa Merong Mahawangsa yang menjadi tahanan pada ketika itu.. Merong dilepaskan dengan syarat akan membawa Putera Rom ke Semenanjung Emas dengan selamat dan menjaga Putera Rom dari sebarang bahaya.. Konflik bermula apabila Geruda menyerang mereka.. Agak seram cerita ni sebenarnya sebab penuh dengan darah.. Huhuhu.. But,bila tiba part orang2 suku mula bangkit mempertahankan maruah dan tanah mereka bersama-sama Merong it was the interesting part.. Perjuangan mereka terlalu menyentuh hati.. Nak detail lagi,pergila tengok sendiri ye.. Heee~~~

And Mummy,I suggest you go look for this story..

Overall cerita ini sangat2 best.. And this quote.. I really love it..

sampai masa tibanya waktu,
redup hati kau berdua,
bila dua jasad bersatu,
hidup mati jadi bersama.





Ini ada link trailer cerita ni kat Youtube..
Klik sini,klik sini..

So,pergila ke panggung utk tengok cerita ni.. aku pun rasa mcm nak pergi tengok lagi cerita ini.. Epik Melayu terhebat selepas Puteri Gunung Ledang (ini pun aku minat jugak.. Heee~~~)..

P/s :To Sleypo sorry for the inconvenience yesterday.. Ada budak meroyan and aku plak malas nak bising-bising.. But at the end of the day nama aku jugak yang buruk.. Sangatla kurang ajar budak macam tu kan? Sedih betul aku.. =_( Wassalam...

Khamis, Mac 10, 2011

Si Muka Dingin (Tribute)

CAK!!!
Assalamualaikum...
Hai guys! This one is just a tribute for the next entry yang entah bila aku akan buat.. So,wait for it oke(perasan ramai sangat yang baca blog bengong nih..) Heee~~~ Aku kat makmal sekarang nih,ambil kesempatan sekejap.. Ops! Rahsia! Huhuhu... Apa-apa pun nama Si muka Dingin ni is Ryoma Echizen.. Bukan pelakon and bukan juga penyanyi okey.. Byeeeee~~~ Wassalam..

Ahad, Mac 06, 2011

Lawak Antarabangsa Di E-Mailku..

Assalamualaikum..

Hallu! Hallu! Fara Safwanah in the house! Heeee~~~ Oke,entry
kali ni berkisar pasal e-mail aku terima ntah dari malaun mana..
Aku pun tau.. Tetibe keluar nama Mr.Ali Ahmadwaiting for your
reply..

Baca ni,baca ni..

Waiting your reply.
...
From:
Mr.Ali Ahmad
...
Add to Contacts
To:


FROM:MR.ALI AHMAD.
BILL AND EXCHANGE DEPARTMENT.
BANK OF AFRICA (B.O.A)
OUAGADOUGOU BURKINA FASO.
PHONE: +226 75 37 24 35.

Dear Friend,

I am MR.ALI AHMAD, A Staff of BOA Bank in Burkina Faso West Africa. If it may interest you, I have a Business transaction, and I want you to please indicate your interest to receive the transfer of US$10Million Dollars.

Your duty is to stand as the next of kin or business partner to the late customer whose account is presently dormant in the bank.
PERCENTAGE RATIO: Note that 40% being ( $4,000,000.00 ) will be your share in respect of your assistance and account provide for the transfer, 50% ( $5,000,000.00 ) will be my share being the pioneer of the business while the rest 10% ( $1,000,000.00 ) will be used for expenses and to install a joint company in your country which will bear our names in particular and whatever profit made out from this company will be used in helping the less privileges, motherless babies home and charity organization in the world.

If you are willing to do the transaction with me, get back to me with the following below:


1. PERSONAL MOBILE NO................
2. YOUR OCCUPATION...................
3. YOUR PRIVATE EMAIL ADDRESS........
4. YOUR AGE..........................
5. YOUR FULL NAMES...................

Contact me for more details if you are interested, so we can proceed. We have only a week to execute the transfer as soon as you reply and show your interest.

Thanks for your co-operation,

MR.ALI AHMAD.
00226 75 37 24 35.

=====> Habes dah.. Kalo korang jadi aku korang percaya tak? Kalo aku jadi aku,aku takkan percaya.. Wawawa.. Ntah dari mana ntah dia dapat e-mail aku.. Mesej ni yahoo masukkan kat Spam.. Bagus! Kenapa aku baca msj kt spam? Sebab Yahoo Mail ni kadang-kadang biol.. E-mail kawan-kawan aku pun dia masuk kt spam.. Bengong! So,aku akan check setiap e-mail sama ada kt spam or inbox.. Aku ingatkan e-mail sapala yang aku tak balas2 rupanya malaun dari negara asing.. Aiseyman! dpt 4 juta USD kot sapa yang tak nak.. Wawawa.. Sengal tahap Gaban kalah anak Cipan betul.. Okelah,aku nk tengok anime.. Prince Of Tennis.. Nanti aku buat entry pasal Si Muka Dingin.. Tapi tak tau bila aku dapat buat.. Tgh busy dgn assignment sekarang nih.. Hehehe.. Korang tunggu jela eak.. Insya-Allah akan muncul entry tu nanti.. Until then.. Wassalam..

Jumaat, Mac 04, 2011

GERAMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalammualaikum...


Aku tensen!!!!!! Aku rasa macam nak maki orang je hari ni!!! Sangat2 geram.. Moga ko gagal la budak utk reseat quiz tadi,mulut macam longkang!!!

Marah! Aku memang tengah marah! Soalan quiz ISA tadi teramatla susahnye sampai aku rasa macam nak menangis masa jawab.. Kalau tak pasal mulut longkang budak tu report kt lect tak payahla kitorang reseat quiz tuh! Arrggghhh!!! GERAM! GERAM! GERAM! Kalau aku dapat budak tu memang aku carutkan ko budak.. Tersangatla kuang ajaqnye ko tuh.. Mcmla ko tu baek sgt! Hampeh!!!

Huaaaaaa~~~ Hari yang sadis utk aku.. Quiz ISA aku target failed.. The question really unexpected! Aku x jangka soalan akan minta buat Resume segala mak nenek,yg aku hafal step dia je.. Isi2 dalam haram aku tak ingat! Aduss!!! Susah gilos! Part A aku boley senyum lagi,bila part B,senyuman aku di ganti dgn muka blurr and pasrah sbb tak tau nak jawab.. 1 soalan aku tinggal kosong yg laen2 aku jawab merapu ekot kepala aku.. Sadis!

Dah tensen2 tu,tadi aku mencarut kt dalam kereta nak lpskan geram punya pasal.. Habes semua orang aku maki masa OTW nk hantar Badar pergi Klang Central.. Huhuhu.. Lepaskan geram je sebenarnye.. Aku tak dapat budak mulut longkang,aku mencarut sendirilah.. Bawak kereta laju gilos sampai2 aku nyaris nak langgar Storm EVO yg brenti mengejut.. Mujur aku sempat brek.. Bebekasla jugak jalan tu.. Ada kesan tayar kete aku.. Wawawa.. Gila tak aku? Nak marah orang,tak tau nak marah sapa,lastnye aku marah semua orang yg bawak kete lembab sepanjang jalan ke Klang Central.. Huhuhu.. Lps hamtar Badar,aku and Tika g Tesco,Setia Alam.. Tika g shopping,aku g maen game.. RM5 token,aku maen game ketuk2 tu hah.. Nak lepaskan geram punya pasal.. Puas hati aku dapat ketuk benda alah tu 100 kali.. Muahaha..

Tapi sekarang geram lagi.. So,blogla jadi mangsa aku.. Huhuhu.. Wassalam..

Khamis, Mac 03, 2011

Seminggu yang....... ?????

Assalamualaikum..

Hallu! Okey,apa aku buat saat ini di hadapan Cik Lappy di saat sepatutnya aku dah tido?? Jawapannye aku nak meroyan sekejap dekat blog aku neh memandangkan esok kelas aku mula pukul 10.30 pagi.. izinkan aku meroyan sekejap dekat sini eak.. Sapa2 yang tak mau baca and tak mau layan aku meroyan sila jangan baca.. Wah! Gitu.. Ahaks! Tetibe... Hahaha..


Jam Cik Lappy menunjukkan pukul 12.37 pg,Khamis,3 Mac 2011.. Dan aku yang kepenatan tahap cipan neh,tak berjaya nak melelapkan.. Kenapa? Beginilah naseb diri ku yang malang ooohhh.. Stop! Jangan nyanyi nanti ribut taufan pulak kt Puncak Alam nih.. Wawawa.. Stop talking rubbish Safwanah! Ops! Okey! Eh,tak boley,tak boley.. Kan aku dah cakap aku nak meroyan,so,you just shut your mouth up! Ops! ======> Zip!!

Ngeh3,apalah aku merepek nih? Aku pun tak tau.. Heee~~~ Well,seminggu yang membuatkan aku meroyan sekejap.. Tersangat penat.. Hari Isnin ada quiz Software,soalan susah gilos.. Reda.. And semalam aku dapat berita yang membuatkan aku meroyan.. Khamis ada quiz ke2 akaun and quiz Software kena repeat.. Masya Allah.. Sbbnya,ada budak report kt senior lecturer yang soalan bocor.. Memang aku sumpahla sapa2 yang report tu jadi Batu! Chewah! But seriously aku memang geram!! Aku dengar cerita begini,ada lect dapat trace budak yang jawab soalan quiz tu sebijik macam dalam buku.. Kira macam copy paste tak ada yang laen sikit pun,then ada plak yang bgtau soalan quiz tu sebenarnya dah bocor.. Memang Bangang sapa yang cakap tu.. Mulut macam hampeh!! Seriously,kalau even solan bocor pun,mustahil kot budak2 boley hafal jawapan sebijik-sebijik dalam buku EXCEPT kalau budak bawak toyol masa jawab.. Kan? Kan? Kan? Korang setuju tak dgn pendapat aku ni? Kalau setuju angkat kaki.. Wawawa.. Okey2,serius.. Betul tak aku cakap? Lect pun fikirla sikit.. Aduhai! And 1 soalan aku,dia yang kantoi menoyol apsal aku ngn kawan2 skali kena repeat quiz tu? Apsal tak amik tindakan kat budak tu sorang je?

Aku rasa macam nak menangis bila dapat berita ni semalam.. Dahla soalan susah,ni kena repeat mesti lagi susah.. Then,tetibe semalam lect akaun plak ckp nak buat quiz ke2 akaun plak.. padahal kertas quiz 1 baru dapat tu.. Dahla tu,Rabu malam ada kelas ganti akaun pulak tu,masa bilanya aku nak study? Stress!!! Mujur kelas Web Design cancel utk hari khamis.. Selamat.. Then tadi,dapat berita baek lg,quiz akaun cancel and kelas akaun pun cancel.. Alhamdulillah.. Syukur! Aku rasa macam nak nangis masa dgr Raqib si pak Cik Class Rep akubagitau berita tu.. Terharu yang amat.. So,esok aku cuma ada 1 kelas iaitu Software.. Esok malam ada pembentgn Pemikiran Pemimpin Negara plak.. Cuak! Then,Jumaat malam ada pejumpaan GSS.. Huh! Malas nak pergi.. AKu kena siapkan report CTU551.. Then,kena buat modul akaun pulak,lepas tu group project Web Design menanti.. Berserabut kepala aku jadinya.. Semua benda nak kena absorb.. Serabut!!!

Hmm.. Sedar tak sedar next month dah nak abes sem dah.. Sem 2 akan berakhir awal bulan 5 or maybe lebih awal bergantung pada jadual.. tinggal dalam 7-8 minggu lagi aku sini.. Then,cuti 5 bulan and then aku masuk sem baru.. Sem 3.. Cepatnya masa berlalu kan.. Tak terasa pun.. Huhuhu.. Okey,dah mengantuk.. Wassalam..