Pages

Ahad, Februari 27, 2011

Cinta 2 Generasi..

Assalamualaikum..

Hai.. Ops! Sebelum memulakan cerita,aku nak warning awal2,ni bukan entry priview novel or cerita or filem or whatever yang sewaktu dengannya.. Tapi ini.. Adalah satu kisah.. Bukan CERPEN,bukan juga drama.. Tapi sebuah realiti.. Boleh jugak dikatakan sesi mengumpat.. Oopss!! Bukan2!!! Salah tu.. Tapi adalah secebis nasihat dari seorang aku_wan kepada seorang sahabat.. Seorag teman yang selama ini sering aku lihat senyumannya,tawa gembiranya sehingga aku rasa dia tiadak pernah bersedih.. Namun,di sebalik semua itu,tersimpan 1 rasa.. Rasa Cinta yang tak mampu di lupakan.. Sedih,kecewa,hampa,cemburu.. Melingkari segenap hatinya sehingga mengundang airmata.... Sahabat.. Nasihatku untukmu..


Dan sketsa pun bermula...

"Kenapa aku tak boleh lupakan dia??!!" Ayat yang aku dengar dan aku pasti ayat ini pasti diucapkan oleh orang laen.. Kenapa,kenapa,kenapa? Dia putus dengan kekasih hati sem lepas kalau tak salah aku,tetapi sehingga kini dia masih tak dapat melupakan sang arjuna.. Alasan? Tiada alasan.. Pelikkan? Tapi itu kenyataan.. Si Dara sendiri yang meminta perpisahan.. Kalau Si Dara yang meminta kenapa perlu bersedih hati? Ya,itulah juga yang menjadi persoalan aku.. Tapi,setelah aku melihat di wall sang arjuna,dan Si Dara menunujukkan sesuatu,otakku menjana idea.. Mereka putus kerana wujud orang ke3..

Bagaimana,bila dan siapa tak perlulah aku tanya lebih lanjut kerana aku kira perbualan pasangan itu di Facebook sudah cukup membuat hati sahabatku itu rawan.. Tapi,ada sesuatu yang pelik bila aku melihat mereka berbual dengan cara menulis di wall,bukan memberi komen atau mesej.. Tapi di wall? Sengaja nak menunjuk ke ape? Udah le tu,ayat tak boleh blah betol.. Naik segan aku baca.. Ape punya mangangla budak2 itu.. Aiyoo!! Adik2,akak yang dah 20++ ni pun tak pernah komen macam tu tau.. Hampeh sungguhla..

Pertama kali aku tengok orang putus cinta and frust macam tu.. Seriously memang first time.. Selama ni,aku tak pernah tengok and aku tak pernah rasa.. Okei,memang aku baru lepas putus cinta.. Baru sebulan.. Errr.. Baru ke? Barula tu.. Sebulan.. But,aku tak rasa ape2.. Tak rasa nak menangis or whatsoever yang sewaktu dengannya.. Okei again.. Aku admit yang aku speisies hati kering punya orang,so,aku tak dapat and x mampu nak selami hati orang yang kecewa cinta.. But,it not mean yang aku x sayang dia.. Like I said in the old-old entry,siapa yang tak sayang kekasih.. Tapi,aku rasional.. Bila putus bukan bermakna dunia aku akan terbalik or kiamat akan menjelma,but itu mungkin satu petanda,bahawa aku dan dia tak serasi bersama..

Aku ni nak nasihatkan orang tak berapa pandai sangat sebab aku sendiri pun kadang2 mereng.. But,utk kamu,kamu,kamu dan kamu.. Err.. Bukan nak suruh jadi macam aku.. Cuma,belajar menerima sesuatu dengan hati yang terbuka.. Percaya pada Kuasa dan Takdir Allah bahawa setiap 1 perkara yang berlaku dalam hidup kita,akan ada hikmah yang tidak kita ketahui di sebaliknya.. Mungkin akan ada lelaki yang lebih baik menunggu kita di luar sana.. Pernah dengar tak orang kata "Seandainya Kita Sayangkan Seseorang,Lepaskan Dia.. Jika Dia Kembali,Dia Adalah Milikmu.. Abadi" dan pernah dengar tak orang kata "Jangan Sesekali Kita Menyayangi Orang Lain Melebihi Kasih Kita Kepada Allah,Keluarga dan Diri Sendiri Kerana Kelak Kasih Sayang Itu Akan Memakan Diri" Dan pernah dengar tak one quote yang mengatakan "Mencintai Tak Semestinya Memiliki.." Wahai Sahabat.. Berhenti menangis,berhenti menyoal kenapa dan kenapa,berhenti menyebut namanya dan letakkan kenangan itu jauh di sudut hatimu,galikan lubang sedalam mungkin dan timbus ia di situ.. Kejap dan pastikan kenangan itu tidak akan mengusik hati dan menitiskan air mata.. Ingatlah wahai shabat,sesungguhnya hidup ini terlalu singkat untuk kau sia-siakan dengan mengenang perkara yang menyedihkan.. Hadapi Hidup dengan kegembiraan dan senyuman kerana senyuman itu adalah penawar bagi segala duka lara di jiwa.. Tersenyumlah walau kau sedang berduka kerana senyuman itu mampu menghakis rasa resah di jiwa..

Err.. Aku rasa macam tak ada kaetan je tajuk tu dengan entry aku nih.. Ehehehe.. Apa yang aku nak cakap sebenarnya,kematangan tu penting dalam sesuatu perhubungan.. Jika seorang bersikap matang dan seorang lagi macam budak2 tak cukup umur walaupun hakikatnya dah tua bangka,panas baran tak tentu masa,cemburu membabi buta.. Huih! Memang nampakla macam Cinta 2 Generasi yang seumur tapi berbeza dari segi pemikiran dan tahap kematangan.. Lelaki yang manja dan lelaki yang bersifat kebudak-budakan adalah 2 perkara yang sangat2 berbeza.. Ops! Itu pendapat aku okey.. My blog,my word as log as aku tak melanggar Freedom of Speech Rules di Malaysia nih,it's oke then.. Right??? Yeah!!! Heeee~~~ Apalah yang aku merepek nih.. Huhuhu~~~

Wahai Sahabat.. Bingkisan lagu untukmu.. Semoga senyuman sentiasa menghiasi hari2mu kelak.. Senyum.. =) Wassalam....


3 ulasan:

  1. ERRRR,
    mcm kenal itu kisah.
    hmm, its get hard now.
    sedih jgn cakapla. but aku terima.
    try to accept.
    but perlukan masa.
    itu yg sebenarnya.
    sampai bila? tak tau. huhu
    so, thanx.
    (:

    BalasPadam
  2. dah agak dah ni cte fafaz! hahahaha.
    takleh nk kasik nasihat kt mana2 org
    even wana or fafaz for the time being
    sbb kte pn tga mendung dlm percintaan ni.huhu. btw, gudluck u guys! suka yg wana ckp tu
    "Seandainya Kita Sayangkan Seseorang,Lepaskan Dia.. Jika Dia Kembali,Dia Adalah Milikmu.. Abadi"

    BalasPadam
  3. Cik Fafaz-saya x ckp ape2eak.. x siarkan nama.. ko yg kantoikn sndri.. Heee~~~ But,ape2 pun kenangan is kenangan Faz.. Simpan jauh di lubuk hati dan beri peluang pd org laen utk rasa kasih syg n cinta ko tu.. Chewah! dh agak lama crita tu berlalu.. Lpskn je.. kt luar sana ramai yg tunggu.. Chill Dude!! x bestla tengok ipin sedey2 neh.. Heee~~

    Sleypo-mendung x semestinya ribut petir akn turun kan?? Heee~~~ So,cubalah halau awan mendung tu dari trus melitupi awan cerah tu.. But kalo awan mendung trus membawa bencana yg memisahkan anggapla x ada jodoh.. Cinta x semestinya memilki right sleypo?? Just be yourself.. Stay cool Frenz!!! =)

    BalasPadam