Pages

Rabu, Februari 02, 2011

Cinta Sepuluh Sen..


Assalamualaikum..
Heee~~~ This one is my cerpen.. First time publish kt blog.. First try di kala kepala berserabut dgn assignment.. Enjoy reading eak.. Segala komen,pujian or kritikan amat di hargai.. Wassalam..

EPILOG
“Kenapa? Kenapa abang buat Azi macam ni?! Kenapa?”Azam bungkam.Jeritan dan tengkinganku dibiarkan sepi.Resah.
“Abang betul-betul dah tak sayangkan Azi lagikan?” pertanyaan yang tiba-tiba itu membuatkan Azam sedikit tersentak.Diam tanpa jawapan.
“Baiklah,mulai hari ni... hubungan kita tamat.” Ayat itu bagai belati tajam menikam jantungku.Namun demi maruah dan harga diri,aku rela.
Azam terus berlalu berlalu dari situ sebaik saja ayatku habis.Begitu saja? Mudahnya.Bertahun kami menyemai kasih sayang dan sehingga kini,hanya tinggal sebulan saja lagi untuk kami sama-sama melangkah ke alam rumah tangga.Mengikat janji kasih,dan kini ikatan ini terlerai dalam masa tidak sampai seminit.Dan dia terus berlalu begitu saja.Tanpa ada sedikit pun keinginan untuk memujuk hatiku yang sedang terluka.Benarkah?
“Hah!” terbang melayang segala kenangan seminggu yang lalu dari ingatanku.Aku menoleh melihat siapakah gerangan yang berani menyergahku.Wajah Kak Su terpampang di depan mataku bersama sengihan nakal.
“Ya,ada apa Kak Su kusayang?” sindirku.Kak Su tersengih-sengih memandangku.
“Ada memo untuk Azi,dari pengetua.” Balas Kak Su.
Aku mengangguk perlahan dan terus berlalu untuk ke bilik pengetua.Aku tahu,seandainya aku di panggil,pastinya berkenaan pelajar-pelajar tingkatan 6.Sempat aku mencapai sebuah fail yang mengandungi Laporan Prestasi Pelajar Pra-U untuk peperiksaan pertengahan tahun 3 minggu yang lalu.
Hampir 2 jam perbincangan kami barulah segala-galanya selesai.Aku menghela nafas lega.Sebaik aku meletakkan fail di atas meja,loceng tamat waktu persekolahan berbunyi nyaring membuatkan ingatanku serta-merta teringat akan pesanan mama sebelum aku pergi tadi pagi.
“Balik awal hari ni.Ayah nak bawak bakal menantu pilihan dia datang makan tengah hari kat rumah kita.”suara mama juga kedengaran agak tegas.
Bakal menantu pilihan ayah!
Ops! Maaf,aku bukan kahwin paksa.Majlis perkahwinan aku dan Azam bakal berlangsung 3 minggu lagi,tapi entah kenapa tiba-tiba ibu bapa Azam datang ke rumah aku meminta pertunangan diputuskan atas permintaan Azam sendiri dan mereka tidak tahu puncanya.Bukan sahaja mereka,aku juga hilang punca.Pertemuan dengan Azam minggu lepas tidak merubah keadaan lantas aku membuat keputusan untuk menerima sahaja pilihan ayah memandangkan majlis perkahwinanku yang tinggal tak sampai sebulan.
Sedih? Siapa yang tak sedih bila majlis yang idamkan tiadak menjadi.Aku rasa macam nak menyanyi karaoke lagu ‘Pelamin Anganku Musnah’ je.Tapi,apabila melihat wajah ayah dan mama akutahu aku harus kuat menempuh hidup ini.
Selesai segala kerja,aku bergegas pulang ke rumah,tapi aku perlu singgah di Kedai Pak Min untuk membeli beberapa barang yang dipesan mama.Perlahan aku melarikan Myvi SE ku di kawasan jalan yang sempit tu.
Tiba-tiba... Pinnn!!! Grekk!!! Gang!!!
Keretaku sudah mencium bontot sebuah motosikal yang di parking di tepi jalan.Semuanya gara-gara seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di tengah jalan.Hampeh!
Aku keluar,ingin melihat keadaan keretaku.Bercalar di bahagian skirting.Hadoi! Habis kereta aku! Bisikku dalam hati.Kemudian aku memandang lelaki yang sedang terkebil-kebil melihat motosikal yang tumbang di langgar oleh aku kerana nak mengelak dari langgar dia.
“Awak ni dah kenapa? Tiba-tiba lari kata tengah jalan.Nasib baik saya sempat elak,kalau tak awak jalan kat tengah jalan ni tau tak!” Aku bersuara tegas.
Lelaki itu memandangku.Gulpp! Mata dia.
“Saya Cuma nak amik duit seposen saya yang jatuh,” balas lelaki itu.
Beristighfar panjang aku dibuatnye.Hanya kerana duit seposen dia rela melayang nyawa! Gila ke apa?!
“Sebab seposen je awak sanggup bergadai nyawa? Gila ke apa awak ni?” suara aku semakin meninggi.Marah nih.
“Eh,walaupun seposen,tetap berharga tau.Duit 1juta takkan cukup kalau tak ada seposen tau.” Balas lelaki itu.Geram aku dibuatnye.
“Habis tu kalau awak ‘jalan’ kt sini tadi duit seposen tu boleh tolong awak ke? Fikirla sikit!” tengkingku pula.
“Eh,kalau ‘jalan’ pun,yang ‘jalannye’ saya.Bukan awak.Awak nak susah apa!”
“Weh! Kalau kau ‘jalan’ kat sini yang kena aku tau sebab aku yang langgar kau” keluar dah bahasa aku.
“Padanla dengan muka awak.Siapa suruh awak bawak kereta laju-laju?!” tinggi suara lelaki itu.Angin aku dibuatnya.
“Weh,aku bawak laju ke mata kau yang buta? Yang kau tiba-tiba lari kat tengah jalan sebab duit seposen tu sapa yang suruh?”
“Tak ada sapa-sapa yang suruh.Dah-dah,saya malas nak bertekak dengan awak.Sekarang saya nak awak bayar ganti rugi sebab awak langgar motor saya,”
“Ni motor kau ke?” Soalku sambil menunjuk ke arah motor Honda lama dah melepek kat tanah dengan cermin sisi kiri yang pecah dan nombor flat patah. Lelaki itu mengangguk.
“Huh! Tak ingin aku nak bayar ganti rugi.Kau yang buat pasal,patutnya aku yang minta ganti rugi.”
“Saya tak kira,saya nak awak bayar ganti rugi jugak!” Suara lelaki itu sudah meninggi.Cuak pulak aku dengar.Huhuhu...
“Beri saya sebab kenapa saya kena bayar ganti rugi kat awak sedangkan awak yang lari macam orang gila kat jalan tadi?”
“Awak nak sebab? Okey saya bagi,awak langgar motor saya sampai patah nombor flate and pecah cermin,dan disebabkan bunyi hon awak yang macam bunyi semboyan askar nak berperang tu saya jadi macam ni...” Lelaki itu menunjukkan sikunya.
Aku terkedu sebentar melihat darah yang mengalir dari siku lelaki itu.Aiseyman! Macam mana aku boleh tak perasan ni? Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Habis senget agaknya tudung aku.
“Err... Macam nilah,awak ikut saya balik,nanti saya letak ubat kat siku awak and bayar ganti rugi sekali” Aku terpaksa mengaku salah.Aduhai!
“Apa jaminan yang awak boleh bagi pada saya untuk ikut awak balik rumah? Macam mana kalau awak ada niat nak culik saya?”
Wah! Melampau sungguh mamat nih.Ayat tak boleh blah kot.Ingat handsome sangat ke sampai aku nak culik dia? Hampeh!
“Eh,ingat awak tu hensem sangat ke sampai saya nak culik? Tak hadap saya dengan muka awak tu tau!”
“Okey,okey.Saya bergurau je.Janganlah marah.Okey,saya ikut awak.Jomlah.”
Akhirnya... Aduhai! Aku dah tak sanggup nak bertekak dibawah terik matahari macam ni.Habis cair mekap aku.Hehehe.. Sejak bila aku pakai mekap?
Sebaik sampai di rumah,aku melihat Ayah sedang duduk di pangkin di bawah pokok pelam sambil hisap rokok.Hisy! Geram aku dengan ayah nih.Dah bebuih mulut cakap berhenti hisap rokok,tak jugak dengar.Berkerut dahi ayah apabila melihat ada seorang lelaki yang mengiringi kepulanganku.
“Eh,Qadri.. Kenapa dengan siku kamu tu?”Soal ayah kepada lelaki itu.
“Ayah kenal ke dia ni?” Pelik aku.
‘Azi,dia nila lelaki yang ayah pilih untuk jadi suami kamu...” Dum!!! Rasa pekak sekejap telinga aku ni.Salah dengar ke? Terkebil-kebil aku memandang ayah dan lelaki yang ayah panggil Qadri itu silih berganti.
“Qadri,inila Aziah.Anak pak cik yang pak cik cerita dengan kamu tu.” Percakapan ayah itu menyedarkan aku bahawa dialah lelaki itu.Bakal suamiku.Alahai...
“Eh,Azi,apa yang kamu tercegat lagi ni? Bawa Qadri ni naik,ubatkan luka dia tu.” Ujar ayah.
Aku kembali ke alam sedar.Menunduk dan kemudian menjemput Qadri naik.Merah wajahku.Malu,malu,malu.Aduhai! Apalah agaknya yang dia fikir pasal aku yang ditinggalkan tunang pada saat majlis yang semakin hampir tarikhnya.
“Hah! Azi,kamu beli tak barang yang ma pesan tadi?” Mama yang yang pada saat itu sudah tercegat di tangga menyoal.
Aku menepuk dahi.Aduh!
“Alamak! Ma,sorry ma.Azi terlupa.Ampun!” Aku menggabungkan kedua tangan macam nak ucap Gong Xi Fa Chai saja lagaknya.
“Hish! Kamu ni,dahlah,nanti mama suruh ayah beli.Nanti ambil air kat dapur ibu dah buatkan untuk Qadri.”
Terkebil-kebil aku mendengar arahan mama.Aik! Mama pun kenal ke?
Aku termenung didalam bilik.Penerangan abah tentang Qadri petang tadi masih aku ingat.
“Qadri ni,anak Pak Wan kamu,cucu Tok Majid yang duduk kat hujung deret rumah kita tu.Ayah selalu jumpa dia kat masjid.Dia kerja kat Bandar JB nun.Kerja biasa je,tapi tak apalah,yang penting ayah berkenan dengan dia sebab dia memang rajin pergi masjid kalau balik Sibol ni.”
Aku mengeluh perlahan.Cuba memujuk hati untuk menerima jodoh pilihan ayah.Ya Allah,bantulah Hamba-Mu ini.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
“Fakrul Qadri Bin Safwan,aku nikahkan dikau dengan Nurul Aziah Binti Johar dengan berwalikan bapanya Johar Bin Haji Azis dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai.”
“Aku terima nikahnya Nurul Aziah Binti Johar dengan mas kahwin RM22.50 tunai.”
“Sah?” Tanya jurunikah kepada 2 orang saksi di kiri dan kanannya.
“Sah...” Serentak saksi itu mengangguk.
Aku menunduk.Lagu ‘Pelamin Anganku Musnah’ bagaikan terngiang-ngiang di telingaku.Sayu hati kerana impian untuk membina hidup bersama-sama Azam tidak kesampaian.Azam,sampai hati kau! Air mata menitis perlahan membasahi pipiku.Ciuman yang aku terima dari Mama dan Ibu menambah sayuku.Ucapan tahniah silih berganti ditelingaku.Tidak ketinggalan daripada ke2 teman rapatku,Zahidah dan Hanim.
“Azi,walau apa pun yang berlaku,kau dah jadi isteri dia,kau kena terima hakikat.Qadri suami kau,kau kena belajar untuk terima dia.” Bisikan lembut memujuk Hanim membuat aku semakin teresak,lantas aku memeluknya erat.Mama yang memahami hanya mampu memberi pandangan sayunya kepadaku.
“Pengantin lelaki nak masuk..” Kedengaran suara memberitahu di luar bilik.Zahidah mengesat air mata di pipiku.Lembut.Senyumannya seolah-olah memberitahu bahawa mereka sentiasa bersamaku dan aku harus kuat.Aku mengangguk perlahan.Memahami.
Suamiku,Qadri.Melangkah masuk perlahan selepas memberi salam.Aku terus menunduk.Jemariku terasa sejuk apabila Qadri memegangnya untuk menyarungkan cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian di jari manisku.Kemudian,sebuah kucupan singah di ubun-ubunku.Aku terdiam sebentar sebelum dengan teragak-agak menyalami dan mengucup tangan suamiku.
“Maafkan saya.” Bisikan itu mengiringi perbuatanku.Aku terharu seketika.
Sebaik sahaja saudara-maraku pulang,aku terus meluru ke bilik.Hanim dan Zahidah sudah pulang setengah jam tadi.Baru sahaja aku ingin melangkah masuk ke dalam bilik air,pintu bilik dibuka dari luar.Aku memandang.Qadri!
“Hmm... Awak mandi dulu.Lepas solat Isyak kita bincang.” Sapa Qadri.Aku hanya mengangguk dan menutup pintu bilik air,rapat.
Kami solat berjemaah.Sebuah kucupan hinggap di ubun-ubunku selepas aku menyalami tangannya.Aku bangun dan melipat telekung.Qadri sudah duduk di birai katil.Selesai melipat telekung aku menyertainya disitu.
“Nurul...” Suara Qadri menyebut namaku lembut.Pandangan kami berlaga.
“Boleh saya panggil awak Nurul?” Soalnya.
Aku terdiam seketika sebelum mengangguk perlahan.Dia tersenyum.Manis dan nampak bahagia.Bahagiakah dia?
“Saya tau awak tak bersedia untuk jadi isteri saya.Saya terima tu dan saya janji yang saya tak akan paksa awak untuk terima saya dan saya tak akan sentuh awak selagi awak tak bersedia.Selama tempoh itu,awak duduklah di sini.Di rumah ayah,saya tak nak awak tertekan dengan kehadiran saya yang tiba-tiba dalam hidup awak.Tapi,saya mintak awak tinggal dengan saya sepanjang cuti sekolah ni.Nanti bila dah naik sekolah,saya hantar awak balik.Saya cuma nak tunjuk pada awak rumah kita.Dan saya minta awak jaga batas awak kerana walau apa pun awak tetap isteri saya.” Panjang lebar kata-kata Qadri aku dengar dengan teliti.Tak satu pun yang tertinggal.Tetapi perkataan ‘Rumah kita’ terasa syahdu menampar cuping telingaku.
“Terima kasih sebab faham keadaan saya.Saya janji saya akan jaga maruah awak sebagai suami.Bila kita nak pergi rumah awak tu?” Balasku pula.
“Lusa...” sepatah itu balasannya sebelum dia mengambil bantal dan merebahkan diri di atas lantai dengan beralaskan sejadah.Tidak sampai hati aku melihat dia begitu.
“Awak,kenapa tidu dekat bawah?” soalku.Kali ini aku nekad.
“Tak ada sofa,saya tidola kat bawah.”
“Jangan macam tu.Tidola kat atas ni.Kita kan suami isteri,kenapa nak tido asing-asing pulak?” Aku kira ayat itu pasti mampu membuat dia melonjak gembira.
Qadri memandangku,pandangannya menghantar pertanyaan.Aku mengangguk perlahan.Qadri tersenyum,pantas dia bangun dan merebahkan diri di atas katil.Aku juga ikut berbaring dan memejamkan mata.Tiba-tiba terasa sesuatu yang hangat menyentuh dahiku lantas aku membuka mata.Wajah Qadri menyapa.
“Selamat malam.” Ujarnya diiringi senyuman manis.Aku hanya tersenyum nipis.
Aku memenuhi janjiku untuk mengikut Qadri ke rumah kami.Berkerut dahiku apabila dia memberhentikan kereta Kancilnya di hadapan sebuah rumah banglo berwarna Hijau.Cantik.Dihalamannya tersadai 2 buah kereta mewah Audi A4 dan Toyota Wish.
‘Dia ni kerja jadi driver ke tukang kebun?Ni rumah majikan dia ke?’ Hatiku berbisik.
“Awak... Nila rumah kita.” Suara Qadri menjawab segala persoalan.Terkedu aku seketika.Betul ke? Aku memandang Qadri,meminta penjelasan.Qadri hanya mengangguk dengan senyuman.
“Tapi,ayah kata....” Aku keliru.
“Masuk dulu.Kat dalam nanti saya cerita.” Ujar Qadri.
Pintu dibuka dari dalam.Kelihatan seorang wanita berusia mungkin sama umur dengan mama menyambut kami di muka pintu dengan senyuman.
“Qadri,dah balik...” sapa wanita itu.
“Ya Mak Mah.Mak Mah kenalkan ini isteri saya,Nurul Aziah.Panggil Azi je.” Kami diperkenalkan.Aku menghulur tangan untuk bersalaman.
“Mak Mah pembantu saya.” Berkerut lagi dahiku.Ades! Lama-lama cepat tua muka aku ni asyik berkerut je.
Aku dan Qadri duduk di sofa ruang tamu.Mataku memerhatikan sekeliling rumah itu.Ruang tamu agak luas,dilengkapi dengan set Hometheather dan TV plasma 42 inci serta set sofa berangkai.Mak Mah terus menghilang ke dapur selepas menghidangkan air dan sepiring kuih untuk kami.Aku memandang Qadri meminta penjelasan.Qadri tersenyum.
“Saya kerja arkitek kat syarikat multinasional dekat tengah bandaraya sana.Ini,rumah saya hasil usaha selama 4 tahun kerja.” Terangnya.Aku terdiam.Arkitek?
“Tapi ayah kata awak kerja biasa-biasa je.Kenapa awak balik kampung bawak kereta kancil je?Jadinya,awakla anak Pak Wan yang belajar dekat overseas tu?” Soalku bertubi-tubi dan suamiku itu hanya mengangguk perlahan.Aku tersandar lemah.Tak sangka.
“Kereta kancil tu saya biasa bawak bila nak pergi site tengok project.Sebelum balik kampung hari tu saya pergi site,dari site saya terus balik kampung,tu yang bawak Kancil je.”
“Macam mana awak boleh tau pasal kes kahwin saya?”
“Ayah ada datang rumah jumpa tok minta pendapat,masa tu keadaan ayah teruk sangat saya tengok.Muram.Saya sedih tengok keadaan ayah masa tu.Kemudian abah bagi usul,saya gantikan tempat ex awak tu,tapi abah tak paksa.Tok pun cakap macam tu jugak.Lepas istikharah,so,here I am.Your dearest husband.”
“Awak terima saya sebab simpati?” soalku.Suamiku menggeleng.
“Saya terima awak sebab saya yakin awak adalah jodoh yang Allah tetapkan untuk saya.”
Terharu aku mendengar ucapan ikhlas nya.Pantas sahaja air mataku mengalir dipipi dan perlahan-lahan berubah menjadi esakan.Kaget Qadri dengan perubahan mendadakku.
“Syhh.. Hei,kenapa nangis pulak ni? Janganla macam ni.Saya memang failed kalau bab-bab pujuk orang ni.Syhh...’ Kelam kabut suamiku itu.Tubuhku ditarik dan peluk perlahan.Buat pertama kalinya aku merasa damai dalam rangkulan seorang lelaki,suamiku.Esakanku beransur-ansur hilang.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
6 bulan berlalu...
Aku termenung di tingkap bilik.Qadri tidak pulang minggu ini.Sibuk dengan projek yang baru diperoleh syarikat katanya.Sudah sebulan kami tidak berjumpa.Rindu sudah mula mengetuk tingkap hatiku,meminta agar pintu rindu dibuka supaya dia boleh masuk dan memiliki seluruh rasa itu.Chewah! Ayat bunga-bunga.Sejak bila kau menjiwang ni Aziah? Aku berbisik sendiri.
Sudah 6 bulan perkahwinan kami.Rutin kami semenjak habis cuti sekolah yang lalu,Qadri akan pulang bertemuku di sini seminggu sekali sekiranya dia tidak terikat dengan kerja.Dia tidak pernah gagal untuk pulang setiap minggu,dan rutinku pula adalah melayani apa sahaja keinginannya sepanjang 2 hari dia di rumah.Tidak banyak yang suamiku itu mahu.Dia cuma mahu makan masakan dari air tanganku,itu sahaja.Teringat semasa di awal perkahwinan kami dulu,sewaktu aku tinggal di rumah kami.Dia melarang keras aku melakukan kerja rumah.Apa yang dia mahu aku lakukan hanyalah memasak untuk dia 3 kali sehari dan menyediakan pakaian kerjanya.Itu sahaja dan setiap hari dia akan pulang makan tengah hari di rumah sepanjang aku di situ.Terasa kehadiranku di sisinya amat diperlukan.
Teringat pertemuan pertama kami yang diawali pergaduhan.Tidak kusangka seorang arkitek terlalu berkira dengan duit 10 sen.Ingin tergelak rasanya apabila mengingati ayat Qadri waktu itu.
“Eh,walaupun seposen,tetap berharga tau.Duit 1juta takkan cukup kalau tak ada seposen tau.”
Ayat yang membuatkan aku panas hati.Tapi lucu bila di kenang kembali. Kerana 10 sen itu aku bertemu dengan suamiku,dan aku akui,aku adalah wanita bertuah memilikinya walaupun tanpa cinta.
Betapa baiknya suamiku itu kerana sepanjang tempoh 6 bulan perkahwinan kami,dia benar-benar berpegang pada janjinya.Dia tidak pernah menyentuhku dan dia juga tidak pernah mendesakku memenuhi tanggungjawabku yang satu itu.Hanya sekali itu dia memelukku,tidak pernah lebih,dan itulah sekali.Sesekali aku terasa berdosa memperlakukan dia seperti itu namun rasa itu mampu aku tepis,tetapi akhir-akhir ini keinginan untuk mendekati suamiku itu semakin membuak.Mungkin kerana sudah sebulan kami tidak bersua muka maka keinginan itu tiba-tiba timbul.Ah! Hati sentiasa berubah-ubah.Jatuh cintakah aku pada suamiku?Soalku sendiri.Dadaku tiba-tiba berdebar.Skrin telefon aku pandang.Gelap.Rindu semakin menggigit tangkai hati.
“Akak!!!” Kuat suara itu memeranjatkanku sehingga telefon di tangan terpelanting ke lantai.Terburai! Handphone aku!!! Aku mendengus marah memandang wajah adikku Hatta yang sedang tersengih di muka pintu.
“Sorry,sorry.. Adik tak sengaja.Adik dah panggil banyak kali tapi akak macam tak dengar je,tu yang jerit tu.Hehehe...”
“Ada apa? Kacau je.Tak reti bagi salam,ketuk pintu ke?” Marahku.Hatta tersengih lagi.Adikku yang sorang ni memang tak makan saman.
‘Eleh,Ta dah ketuk pintu sampai macam nak pecah pintu bilik akak ni,naik hilang suara bagi salam and panggil akak,tapi macam panggil monyet dekat hutan je gayanya.” Balas Hatta.
Cis! Aku disamakan dengan monyet? Kurang asam keping punya adik! Siap kau nanti! Huh!
“Dah,tak yah nak membebel.Cakap nak apa,then out!”Kataku tegas.Hatta mencebik.
“I know you miss your hubby.Well,sis.. Your hubby is outside there with Ayah and Mama almost 15 minutes.”
“Kau jangan nak kelentong akakla,dia kata dia tak balik minggu ni.Dah,dah.Keluar!”
“Well,see it for yourself then.Bukan dapat apa-apa pun kalau adik tipu akak.” Balas Hatta dan terus keluar sambil menutup pintu.Aku terdiam.
‘Betul ke? Bukan ke dia kata dia tak dapat balik? Tapi takkan adik tipu pulak? Ape dia dapat kalau dia tipu aku? Apa kata aku pergi tengok dulu.Kalau tipu,memang nak kenala si Hatta tu.Aku sekeh-sekeh kepala dia’ Aku bersuara sendirian sebelum melangkah keluar.Handphone di lantai kuabaikan.
Jantungku berdegup laju apabila langkahku semakin hampir ke ruang tamu.Kedengaran suara yang amat aku kenali.Sampai diruang tamu,aku melihat Qadri sedang berbual dengan ayah dan mama.Aku menggosok mata tidak percaya pada pandangan sendiri.Betul ke?
“Hello! Kakakku sayang! You’re not dreaming okey.Here your hubby.” Suara lantang Hatta mengalih perhatian mereka bertiga kepadaku.Sebaik melihat senyuman yang terukir pada ulas bibir itu,barulah aku percaya bahawa aku tidak bermimpi.Suamiku pulang.Aku mendekati mereka.
“Nurul... Come here.” Dia menepuk lembut tempat kosong disebelahnya.Aku menghampiri,namun aku tidak duduk disebelahnya,sebaliknya aku hanya merenung dirinya yang kelihatan tidak terurus dengan jambang dan misai yang berselerak di wajah.
“Kenapa?” soalnya pelik apabila aku hanya merenungnya tanpa suara.Hatta,Mama dan Ayah pula hanya memerhati.
Tanpa suara,aku meraih lengannya dan menarik dia masuk ke bilik kami.Terkebil-kebil Hatta,Mama dan Ayah melihat tingkah tiba-tibaku itu.Terkaku.Terkejut mungkin.Qadri apatah lagi.
Di dalam bilik aku mengunci pintu,mencapai tuala mandi dan menghampiri suami yang tercegat di tengah-tengah ruang bilik kami.Terkebil-kebil juga matanya melihat tingkah pelikku.
“Aww....”
“Jangan cakap apa-apa,ambil tuala ni and pergi mandi sekarang and solat.Don’t say a word.Just go!” Pintasku apabila melihat dia ingin bersuara.
Bagai lembu dicucuk hidung dia hanya menurut arahanku.Aku menyediakan pakaiannya yang sememangnya ditinggalkan di sini.Aku hanya membiarkan apabila melihat dia menyarung pakaian dan bersolat.Selesai solat dia hanya diam.Masih terperanjat mungkin.Apabila melihat dia blurr begitu aku terasa ingin ketawa pula.Tak pernah aku nampak dia blurr begitu.Arkitek blurr.Hmm.. Gelaran yang bagus.
Aku menghampiri dirinya.Perlahan-lahan tubuh itu aku rangkul erat.Qadri tergamam.
“Nurul rindu Abang...” bisikku.Wajahku sembamkan didadanya.
“Awak....”
“I miss you... I miss you so much...” pelukanku berbalas.Terasa hangat kasih sayang kami.
“I miss you too honey.. Syhhh... Jangan nangis.. Abang tak pandai pujuk.” Aku tergelak dalam tangisan.Suamiku tersenyum.Air mataku di kesat lembut.
Aku memejamkan mata apabila kucupan hangat singgah di dahi dan pipiku.Syahdu.Pandangan kami berlaga.Kasih sayangnya terserlah melalui pandangan matanya.
“I love you honey...” bisik Qadri sambil memeluk tubuhku erat dan kemas.
“I love you too...” balasku.
Malam itu aku tenggelam dalam rangkulan Qadri,suamiku.Aku melaksanakan tanggungjawabku sebagai isteri buat pertama kalinya dengan rela hati didorong oleh rasa kasih sayang dan cinta terhadap suamiku yang penyabar.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
“Terima kasih sayang.Terima kasih.” Jari jemariku di kucup hangat.Sejak aku disahkan mengandung 2 bulan oleh doktor pagi tadi,ucapan itu tidak lekang dari bibir suamiku.Aku benar-benar terharu melihat kegembiraannya.
“Nurul yang sepatutnya ucapkan terima kasih pada abang sebab abang terlalu sabar menunggu Nurul selama ni.Nurul Aziah Johar terlalu bertuah bersuamikan Fakrul Qadri Bin Safwan.”
“Kita sama-sama bertuah sayang.” Balas suamiku.
Kami sama-sama tersenyum.Tubuhku dirangkul kemas dan kami sama-sama tidur dengan harapan hari esok menjanjikan kebahagiaan buat kami bertiga.Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan