Pages

Ahad, Februari 27, 2011

Cinta 2 Generasi..

Assalamualaikum..

Hai.. Ops! Sebelum memulakan cerita,aku nak warning awal2,ni bukan entry priview novel or cerita or filem or whatever yang sewaktu dengannya.. Tapi ini.. Adalah satu kisah.. Bukan CERPEN,bukan juga drama.. Tapi sebuah realiti.. Boleh jugak dikatakan sesi mengumpat.. Oopss!! Bukan2!!! Salah tu.. Tapi adalah secebis nasihat dari seorang aku_wan kepada seorang sahabat.. Seorag teman yang selama ini sering aku lihat senyumannya,tawa gembiranya sehingga aku rasa dia tiadak pernah bersedih.. Namun,di sebalik semua itu,tersimpan 1 rasa.. Rasa Cinta yang tak mampu di lupakan.. Sedih,kecewa,hampa,cemburu.. Melingkari segenap hatinya sehingga mengundang airmata.... Sahabat.. Nasihatku untukmu..


Dan sketsa pun bermula...

"Kenapa aku tak boleh lupakan dia??!!" Ayat yang aku dengar dan aku pasti ayat ini pasti diucapkan oleh orang laen.. Kenapa,kenapa,kenapa? Dia putus dengan kekasih hati sem lepas kalau tak salah aku,tetapi sehingga kini dia masih tak dapat melupakan sang arjuna.. Alasan? Tiada alasan.. Pelikkan? Tapi itu kenyataan.. Si Dara sendiri yang meminta perpisahan.. Kalau Si Dara yang meminta kenapa perlu bersedih hati? Ya,itulah juga yang menjadi persoalan aku.. Tapi,setelah aku melihat di wall sang arjuna,dan Si Dara menunujukkan sesuatu,otakku menjana idea.. Mereka putus kerana wujud orang ke3..

Bagaimana,bila dan siapa tak perlulah aku tanya lebih lanjut kerana aku kira perbualan pasangan itu di Facebook sudah cukup membuat hati sahabatku itu rawan.. Tapi,ada sesuatu yang pelik bila aku melihat mereka berbual dengan cara menulis di wall,bukan memberi komen atau mesej.. Tapi di wall? Sengaja nak menunjuk ke ape? Udah le tu,ayat tak boleh blah betol.. Naik segan aku baca.. Ape punya mangangla budak2 itu.. Aiyoo!! Adik2,akak yang dah 20++ ni pun tak pernah komen macam tu tau.. Hampeh sungguhla..

Pertama kali aku tengok orang putus cinta and frust macam tu.. Seriously memang first time.. Selama ni,aku tak pernah tengok and aku tak pernah rasa.. Okei,memang aku baru lepas putus cinta.. Baru sebulan.. Errr.. Baru ke? Barula tu.. Sebulan.. But,aku tak rasa ape2.. Tak rasa nak menangis or whatsoever yang sewaktu dengannya.. Okei again.. Aku admit yang aku speisies hati kering punya orang,so,aku tak dapat and x mampu nak selami hati orang yang kecewa cinta.. But,it not mean yang aku x sayang dia.. Like I said in the old-old entry,siapa yang tak sayang kekasih.. Tapi,aku rasional.. Bila putus bukan bermakna dunia aku akan terbalik or kiamat akan menjelma,but itu mungkin satu petanda,bahawa aku dan dia tak serasi bersama..

Aku ni nak nasihatkan orang tak berapa pandai sangat sebab aku sendiri pun kadang2 mereng.. But,utk kamu,kamu,kamu dan kamu.. Err.. Bukan nak suruh jadi macam aku.. Cuma,belajar menerima sesuatu dengan hati yang terbuka.. Percaya pada Kuasa dan Takdir Allah bahawa setiap 1 perkara yang berlaku dalam hidup kita,akan ada hikmah yang tidak kita ketahui di sebaliknya.. Mungkin akan ada lelaki yang lebih baik menunggu kita di luar sana.. Pernah dengar tak orang kata "Seandainya Kita Sayangkan Seseorang,Lepaskan Dia.. Jika Dia Kembali,Dia Adalah Milikmu.. Abadi" dan pernah dengar tak orang kata "Jangan Sesekali Kita Menyayangi Orang Lain Melebihi Kasih Kita Kepada Allah,Keluarga dan Diri Sendiri Kerana Kelak Kasih Sayang Itu Akan Memakan Diri" Dan pernah dengar tak one quote yang mengatakan "Mencintai Tak Semestinya Memiliki.." Wahai Sahabat.. Berhenti menangis,berhenti menyoal kenapa dan kenapa,berhenti menyebut namanya dan letakkan kenangan itu jauh di sudut hatimu,galikan lubang sedalam mungkin dan timbus ia di situ.. Kejap dan pastikan kenangan itu tidak akan mengusik hati dan menitiskan air mata.. Ingatlah wahai shabat,sesungguhnya hidup ini terlalu singkat untuk kau sia-siakan dengan mengenang perkara yang menyedihkan.. Hadapi Hidup dengan kegembiraan dan senyuman kerana senyuman itu adalah penawar bagi segala duka lara di jiwa.. Tersenyumlah walau kau sedang berduka kerana senyuman itu mampu menghakis rasa resah di jiwa..

Err.. Aku rasa macam tak ada kaetan je tajuk tu dengan entry aku nih.. Ehehehe.. Apa yang aku nak cakap sebenarnya,kematangan tu penting dalam sesuatu perhubungan.. Jika seorang bersikap matang dan seorang lagi macam budak2 tak cukup umur walaupun hakikatnya dah tua bangka,panas baran tak tentu masa,cemburu membabi buta.. Huih! Memang nampakla macam Cinta 2 Generasi yang seumur tapi berbeza dari segi pemikiran dan tahap kematangan.. Lelaki yang manja dan lelaki yang bersifat kebudak-budakan adalah 2 perkara yang sangat2 berbeza.. Ops! Itu pendapat aku okey.. My blog,my word as log as aku tak melanggar Freedom of Speech Rules di Malaysia nih,it's oke then.. Right??? Yeah!!! Heeee~~~ Apalah yang aku merepek nih.. Huhuhu~~~

Wahai Sahabat.. Bingkisan lagu untukmu.. Semoga senyuman sentiasa menghiasi hari2mu kelak.. Senyum.. =) Wassalam....


Jumaat, Februari 25, 2011

Assalamualaikum..

Hallu semua! Heee~~~ Disebabkan laptop aku pun dah do format jadinya,emoticons kt bahagian catatan ni pun dh hilang.. So,no more emoticon.. Ops! Aku akan try download balekla (ntah bila?)

Well,semalam,aku_wan and the geng.. Chewah! Aku dgn rakan Kelab Pemikiran Pemimpin Negara telah pergi ke UiTM Shah Alam untuk sesi bual bicara bersama Yang Berbahagia Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar a.k.a Vice Cansellor for UiTM.. What a day! Rasa bertuah dapat melihat beliau dari jarak dekat.. Tajuk Ucapan Dato', Wacana Cinta Agama,Bangsa dan Negara.. Apakah? Tibe2 aku rasa macam nerd pulak.. Ahahaha...

Okeit,memang rasa bertuah sebab dapat jumpa Dato' VC.. But,it was an exhausted day for us.. One day before kitoang ada test Admin,besengkang mata study (diorangla,aku tak.. Heee~~~) then,yesterday jadual pack sampai pukul 4.. Kelas dari pg.. Balek kuliah pukul 4,sempat buat jemput-jemput,then,aku dah kena siap-siap pergi kampus.. Berkumpul dekat Cafe Rafflesia.. Kata kumpul 7,6.45 kitorang dah terpacak kat situ,tp tak ada orang.. Hampeh! Bas sampai,pukul 7.30 baru gerak,janji Melayula nih.. Sampai sana,pukul 8 lebih,terus cari Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC).. Ada gambar dewan tu.. Tunggu punya tunggu,pukul 9 baru mula.. Dengar Dato' berucap dalam keadaan kitorang yang aku rasa separuh mamai.. memang dah lepak gila dah,dengan perut yang lapar.. Patutnya,masa masuk dapat roti dgn air kotak,tp disebabkan kitorang masuk salah pintu,jadinye kitorang tak dapatla makanan tu.. Huhuhu.. Sadis! Tahan jela.. Pukul 11 lebih kurang,majlis tamat,balek,sampai almost 12.. Lapar!!! Tak kira,cari kedai makan.. Lastnye,transit kt tepi jalan simpang nak masuk Fasa 3 nun.. Makan,makan,makan!!! Servis agak lambat di situ.. Maybe masa tu dah nak tutup kot.. Dah tengah malam kot.. Siap makan,dekat pukul 1.. Nampak tilam,tak ingat ape dah,terus lelap sampai pagi,sampai tak sedar dah pukul 7.. Huhuhu.. Terlajak! Ades! Penat.. Sangat2 penat..

Next week punya jadual,boleh buat aku gila.. Hari Isnin ada Quiz Software.. Rabu ada Quiz Record.. Malamnya,ada kelas ganti Account.. Hari khamis kelas sampai pukul 4,then malam ada kelas Pemikiran Pemimpin Negara, ada pembentangan pulak tu.. Report kitorang tak sentuh ape pun lagi.. Aduhai! Then,malam esoknya pulak,ada perjumpaan GSS.. Kelab Gabungan Pelajar Sabah,Sarawak dan Semenanjumg.. Aku tak tau pasal kelab ni,saje je joint.. Hamik kau!!! 3 hari straight kelas sampai malam.. Aduss!!! Penat,penat,penat!!!! nak tido!!!!!!!!!!!! ZzzzzzZZZzzzzzz... Wassalam...

P/s-Psstt!! Sory eak,gambar berterabur.. Tak tau mcm mana nk susun.. Heee~~~ (^_^)

















Rabu, Februari 23, 2011

Wajah Baru.. Yeay!

Assalamualaikum...

Hallu! Hallu! Fara Safwanah in the house! Ahaks!

Okeit,Cik Lappy aku baru sahaja bertukar wajah.. Dari Windows Vista Home Premium yang lembab nak ...... time start ke Windows 7 Ultimate yang lajuuuuuuuuuuu.... Ahahaha... Wajah Baru.. Sangat suka.. Facebook chat message spam pun dah tak ada dah.. Alhamdulillah,aku dah terlepas dari 1 masalah.. Amin..

Okeit,nothing to story this time.. U aku baru lepas Pilihan Raya MPP semalam.. Poster2 pun bnyk tak turun lagi.. Tengok bawah nih,nih.. But,gambar nih aku curi dari blog Cik Fafaz.. Heee~~~ Sebab aku malas nak amik gambar.. Ampun Faz!!!





Hari nih,ada test.. Admin Office Management.. Naseb baek,ada Kak As and Ira.. Diorang dah amik test dulu,so,kitorang dgn jahatnye minta klu kt diorang.. Wawawa.. Alhamdulillah boley jawab.. Next week ada quiz menanti.. Software and Record.. Gambatte kawan2!!

Okeit,nak pergi pasar malam yerr.. Lapar yang amat.. Huhuhu.. Wassalam..

Ahad, Februari 20, 2011

Muka Bukuku Yang Dicerobohi...

Assalamualaikum...

Hai guys! Huhuhu.. Last entry was on 14 Feb 2011,so,belum lama lagi.. Cuma berhabuk sikit.. Ehehehe..

Well,sekarang ni aku nk lepaskan GERAM! marahmarahmarah Aku sangat geram sekarang ni.. Sebab apa? Sebab Muka Buku a.k.a Facebook aku telah di cerobohi! Memang lakhnat lerr manusia itu..

Ceritanya begini... Aku baca status seorang penulis novel yang mengatakan FB accounnya telah di manipulasi oleh sesorang yang tidak bertanggungjawab dengan menghantar chat box message yang di attach dengan link kepada semua kawan FBnya.. Link tu pulak adalah link ke Web Site Porno! Then aku bagi dia beberapa cadangan.. Tak lama lepas tu,aku pun Mesej tu.. Aku cuma nak tau apa yang ada kat web site tu and aku clickla.. But,It was a Bala for me cz once aku click link tu,trus keluar bepuluh chat box dekat FB aku dengan link yang sama.. Maksudnya,dia spread link tu dari akaun aku pulak.. Damn it! kalau aku tau,memang aku takkan click link tu! Sampai sekarang,benda tu masih aktif and aku tak tau nak macam mana stop kan dia.. Aku try buka new account,but still my friend get the chat box msg.. Aku tanya kat penulis tu,mcm mana dia stop benda tu,dia kata dia format laptop dia and then tukar password Fb.. Adess! Nak format tu.. Bukan murah kalau kt sini.. Aku try tukar password je dulu.. Nak tengok,boleh ke tidak.. Kalau tak jugak,memang aku formatla laptop ni.. But the problem now,aku sendiri dah tak ingat apa password FB aku.. Adoi! Naseb baek,FB tu aku jadikan Homepage kt IE.. kalau tak memang wassalam la jawabnye..

Sebab tu aku letak password yang sama untuk Yahoo mail and Fb sbb aku ni dah macam mak nenek.. Semua benda aku lupa.. Bila dah lupa mulala aku blurr.. Masa tu memang nak mengamuk je rasa.. Huhuhu.. Aku harap Fb aku dah oke.. Sebab aku dah letak password yang susah nk teka sampai aku sendiri tak ingat.. Huhuhu..

Kepada manusia yagn telah melaksanakan misinya mencerobohi FB aku tu,memang tak selamat hidup ko dengan menganaiya orang yang tak kau kenal dan tak pernah buat salah dalam hidup kau!!!!!!!!!!!

Ada gaya orang lepaskan geram tak? Okei,macam tak ada.. Okelah,aku nak study.. Hehehe.. Tak berapa sihat minggu ni sbb dah seminggu demam tak baek2.. 2 kotak tisu dah habes buat sumbat hidung sebab aer hidung aku keep flowing out macam aer.. Huhuhu.. Wassalam..

Isnin, Februari 14, 2011

Salam Maulidur Rasul..

Assalamualaikum...

Hallu semua! Heee~~~ Forst of All Salam Maulidur Rasul untuk semua Umat Islam di Seluruh Dunia.. Alhamdulillah kita masih lagi di panjangkan umur untuk sekali lagi mengingati hari kelahiran Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad S.A.W.. Well,aku try attach gambar yang aku ambil dari I Luv Islam.. But,tibe-tibe mengambil masa yang lama untuk diupload,so,aku cancel jela.. Penat pulak nak menunggu..Wink*

Esok,Sambutan Maulidur Rasul dan esok juga adalah Hari Valentine's.. Ops! Jgn salah sangka.. Valentine's Day tak pernah ada dalam kamus hidup aku.. Ehehehe.. I have my own way to appreciate my love one.. Ehem! Siapalah tu yerk? Wawawa.. Masih mencari.. Lalalala~~~

Hmm.. 1 persoalan.. Agak-agak korangla kan,esok apa yang paling banyak di sambut? Valentine or Maulid? Sila buat undian anda di chatbox.. Wawawa.. Aku rasa Valentine's.. Maybela kot cz kalau tengok gaya masyarakat zaman sekarang ni,gitula adanye.. Huhuhu..

1 lagi persoalan.. Perlu ke di sambut Hari Kekasih tu? Bagi aku 10 sbb.. Pada aku tak perlu.. Takkanla nak tunggu hari kekasih baru nak appreciate org tersayang kot? Habes tu,hari-hari laen,sayang-sayang penampaq melayang,sayang-sayang campak tepi longkang.. Gitu ka? If betul cinta,everyday is a lovers day okey.. Tak perlula nak tunggu hari-hari tertentu baru nak bagi hadiah bagai,ekot sgt cara orang Barat.. We must have our own way to show love,we have our culture,come onla people.. Islam mengharamkan Valentine's,takkanla kita nak jadi bodoh sambut jugak.. Kita ada Nabi Muhammad,ikut sunnah Nabi dalam berkasih sayang.. Tak perlula,hari kekasih bagai.. Rubbishla! But,ini utk suami isteri semata okeit! Bukan utk couple-couple di luar sana yang menghalalkan apa yang haram.. Ops! Pedas sikit.. Wink*

Okeylah.. Karang korang ingat aku bagi ceramah Isyak pulak.. Well,aku bukanlah baek sgt,but I'm trying to be nice.. Heee~~ Remember one thing,everyday is a lovers day if our love is true love.. =) Wassalam..

Sabtu, Februari 12, 2011

Relief For Mesir.. (Kita Berpolitik Seketika)

Assalamualaikum...

Hai guys! Heee~~~ Aku nk berbicara tentang politik dunia dan Malaysia sekejap eak..

Alhamdulillah atas perletakan Si Pemimpin Kuku Besi Hosni Mubarak tuh.. Huhuhu.. Aku dah tension tengok pergolakan demi pergolakan yang berlaku dekat dunia nih.. Dengan perang Israel-Palestin tak berkesudahan,Korea sama Korea pun nak bergaduh.. What the hell man? Tak boleh ke kita duduk bincang baek-baek.. Tak perlu nak tunjuk siapa lagi berkuasa,siapa ada senjata nuklear.. Rubbish la semua neh!

Yang dekat negara kita sendiri ni tak payah cakaplah.. Aku dah cukup serabut dah.. Lagi-lagi kalau time PR and Persidangan dekat Parlimen.. For sure masa tu,aku tak akan tengok berita.. Bosan,bosan,bosan.. That was the most suitable word utk keadaan politik di Malaysia sekarang neh.. Opss! Tak boley cakap lebey2.. Nanti Jadi mcm Raja Petra pulak.. Tak pasal-pasal kena Barn.. Huhuhu.. Memanglah Malaysia neh amalkan Freedom Of Speech but carefull with what you gonna said people! Huhuhu.. Opss! Before that.. Aku tak sokong mana-mana eak.. Aku hanya pemerhati.. Wink*

Satu persoalan.. Kenapa perlu kita bergaduh and berperang hanya utk tunjuk kuasa,mengatasi apa yang ada? Come onlah people... Kalau time Earth Hour kita boleh bersatu sama-sama matikan lampu,kenapa tidak kita bersatu dalam segalanya? This world is a gift okey.. Kita sepatutnya jaga baek-baek,bukan musnahkan Dia dengan segala bentuk kerosakan,bom,nuklear,asid and whatsoever.. Think okey! Think deeply! What did you get by a war? Kemenangan? Hah! Amerika still tak menang-menang pun sampai sekarang beperang dgn Iran.. Israel? Lagilah.. Perang sejak 20,30 tahun yang lampau,until now.. Habuk pun tarak.. What the hell is this? Banyak orang bijak pandai dalam dunia ni,takkan tak boley fikir? Crapp man! This all was rubbish!

And Mesir tuh.. Aku tak faham kenapa Hosni Mubarak tu mengambil masa yang lama utk letak jawatan.. Rakyat dah tak suka,dah memberontak bagai,letak jela jawatan.. Ini tidak still berdegil jugak lagi.. Sampai almost all or all aku tak sure rakyat Malaysia seramai 11000 org disana dah di bawa balek ke Malaysia,dia baru nak letak jawatan.. Huish! Betapa hebatnya orang apabila dah pegang kuasa.. org tak suka pun still dia nak pegang lagi kuasa tu.. Betul pendapat aku dalam soalan HPD 132 National Leadership Thinking(Persatuan Kokurikulum aku kt U ni) Antara pengaruh dan kuasa yang mana jadi pilihan.. Dan aku memilih pengaruh sebab.. Dari pengaruh kita boley generate kuasa.. Sama kes mcm Hosni Mubarak ni.. Dia berjaya memerintah Mesir selama 30 tahun dengan Gaya Kuku Besi dia,sebab ada pengaruh and tak ada yang berani usik dia.. But,once pengaruh dia hilang.. Rakyat pun dah tak suka,mahu atau tidak,rela atau paksa,dia kena letak jawatan sbb dia dah tak ada pengaruh.. See? sengihnampakgigi

Okeit,cukup pasal politik hari ni.. Aku bosan plak bila cakap pasal politik ni.. Cz,dekat FB nun hari-hari aku baca komen-komen or should I said sumpah seranah plus maki hamun,yeah! That is more suitable.. Sumpah seranah plus maki hamun manusia-manusia yang tak reti bersyukur dengan apa yang diorang dapat selama ni,di Bumi bertuah ini.. Masih lagi mempersoalkan segala tindakan pemimpin,malahan ada pulak yang sanggup membuat Fitnah.. Astaghfirullah! Dunia politik boleh buat kita terjerumus ke dalam 'lembah kesesatan plus kegelapan',that the truth.. So,guys.. Aku bukan nak hasut or whatsoever but this is my opinion only.. Korang rajin-rajin baca blog politik (walaupun korang akan boring or nak muntah mcm aku) but korang kena baca.. Perhatikan keadaan sekeliling.. Jgn ambil sesuatu cerita dari 1 sumber sahaja.. That will make terjerumus the so called 'lembah kesesatan plus kegelapan' ambil tahu dunia politik Malaysia atau kalau korang tak ambil peduli,jgn tanya kenapa jika 1 hari nanti.. Hak korang sebagai Bumiputra,orang Melayu,hilang lenyap kerana kuasa bukan lagi di tgn org Melayu.. So,beringat sebelum terlambat.. Kita tak akan sentiasa bertuah di bumi bertuah Malaysia ni.. This song is 4 you guys.. Hayati.. until then.. Wassalam..


Warisan-Anak Kecil Main Api

Jumaat, Februari 11, 2011

Week of Travel...

Assalamualaikum..

Hello rakan-rakan spider.. Sekarang ni spider ada kat rumah di Johor.. Semalam sampai lebih kurang pukul 10 mlm.. Spider naik bas dengan Badar dari Klang Central pukul 2.. Bas gerak dekat pukul 3.. Merempit semalam bas tu.. Pukul 7 dah sampai Larkin.. Opss! Sampai cepat sebab bas tu tak singgah Yong Peng and Ayer Hitam lerr.. Jengah2,panjangkan leher sekejap cari bas Bandar Tenggara,tak ada! Oh tidakk!!! Spider rasa nak meraung! Huhuhu.. Lastnye,Badar heret spider ekot dia naek bas ke Kota Tinggi,sampai dekat Kota,tunang Badar yang jemput dan hantar spider sampai rumah.. Huhuhu... okey,stop it!

Hahaha.. Pelik pulak aku rasa guna spider2 nih.. mcm manala blogger2 dulu boleh guna? Huhuhu.. Well,aku saja nak try guna this word spider cz lecturer Web Design aku cakap dulu2 blogger guna nama spider as kata ganti diri dekat blog.. Sbbnya,web site tu kan Laman Sesawang,sesawang tu kan labah-labah punya sarang a.k.a rumah,so,Laman sesawang dgn spider lah.. Hihihi.. Pelik,aku rasa sungguh pelik pakai KGD mcm tuh.. Weee~~~ Well,tak sesuai untuk aku kot..takboletakboletakbole

Hah! I got a story here.. tanduk Semalam,masa on the way balek tu,tunang si Badar nih merempit bawak kerete.. Punyala laju.. But,tibe2,kerete dia buat 'S' shape sbb nak elak something yang tengah duduk tgh jalan tuh.. Aku pun ternampak benda tuh,but Badar tak nampak.. Huhuhu.. Benda tu agak tinggi,aku ingatkan monyet,but tunang Badar kata bukan.. Besar,and warna hitam(ini yg tunang Badar nampak) yg aku nampak,besar tp warna coklat.. Benda tu macam tengah duduk kt atas aspal tu.. Duduk diam je.. Mustahil monyet or musang cz benda tu statik and tak bergerak.. Badar kata kalau monyet or musang mesti diorang dah lari.. Aku pun rasa macam tu,kalau musang mestila nampak mata lampu hijau dia and kalau monyet biasanya akan lari.. Plus,monyet tu takkan sesaja nak bunuh diri dgn duduk kt tgh2 jalan tuh.. So,what is that thing? Sampai sekarang aku fikir.. But,still tak berjaya nk cerakin.. Hurmm...

Okey,this week,is week for travel utk aku.. Huhuhu.. Baru berapa hari balek ke Puncak Alam,penat driving 10 jam pun tak habis lg,dah balek Johor balek.. Heee~~~ Well,UiTM bagi cuti 4 hari mula semalam.. Sebab,semua lecturer ada Academic Conference di UiTM Induk,so,semua kelas utk hari Khamis dan Jumaat di batalkan.. But,semalam aku ada kelas typing sebab Mr.K lecturer package tak terlibat dengan conference tu.. Huhuhu.. So,lps kelas,balek rumah kemas beg terus cabut pergi Klang cnetral.. Kereta aku tinggal kat rumah sewa Badar,cz Cieka,Nana,Kak As and Fafaz tak balek.. Minta tolong diorang jaga kereta kesayanganku itu.. Huk9.. Hari Ahad lepas,10 jam aku dalam kereta sbb jalan jamm dekat Melaka and Seremban.. Penat gilos! Pukul 10 pg gerak,pukul 8 malam baru sampai Puncak Alam.. Adess! Ni,cuti lagi,balek lagi.. hehehe.. Best3!!!

Hari ahad aku balek Puncak.. Isnin kuliah 2 kelas,then hari Selasa cuti lg.. Wawawa.. Cuti Maulid plak.. Semedang cuti.. Selasa tu aku nak pergi meronggeng.. Ahaks! Ada sapa2 nak ikut aku pergi meronggeng? Hehehe.. Bukan buat ape pun,habes kuat pun tengok wayang kat Aeon a.k.a JJ Bukit Tinggi tu je.. Then,merewang dekat MPH and Popular yang ada kat situ,makan then balek.. Hak9.. Simple je kan meronggeng aku? Heee~~~

Okeylah,aku breakfast dulu.. My mom's cook is the best! Yeah!!!! Heee.. Until then,Wassalam..

Jumaat, Februari 04, 2011

Kesihatan Yang Tak Memberangsangkan..

Assalamualaikum..

Hai semua! Hmm.. Aku baru balek dari klinik.. Bad news,bad health.. Huk9..

Asalnye aku datang untuk check mata,sbb kt mata aku ni ada benjolan mcm people always called tembet or tembel.. macam tulah lebih kurang.. Huhu.. Dah dekat sebulan tak hilang,so,ma suggest pergi klinik.. Pergi klinik Uncle doc. kata tembet or ketumbuhan or its Scientific name Cysts.. Adus! Mujur tak serius.. Doc bagi ubat sapu and antibiotik.. Okeit,but the bad the news is darah aku ada tinggi sikit.. Huwaaaa~~~ Sedey! Doc. suruh diet,oke fine.. Kena diet.. Ma beliak mata tengok.. Err umur aku berapa eak? Hurm.. Baru nk masuk 2++.. Haish! tak boley,tak boley.. Wajib KURUS!!! Adess! Err.. Aku tak adalah gemok mana pun.. Cuma berisi.. Rajen sgt makan.. Pantang stress,menyumbat ajerlah keje aku.. Migrain pun aku makan,makan biskut.. Org migrain tergolek-golek,aku pun tergolek-golek jugak,tp tergolek plus mengunyah.. Dasat nyah! Hehehe.. Kurangkan makan masin2.. Err,aku memang tak suka masin2.. Ngilu gigi smpai ke tulang.. Huhu.. Kicap,aku cuma mkn kicap manis je.. Mknn bergoreng.. Err.. Yg ini susah sikit.. Sot0ng goreng!!! Huk9.. Ayam goreng.. Adoi! Semua ni kena kurangkan doc ckp.. Aduss!! Tensen aku.. mcm2 hal..

lps ambil ubat Ma terus ajak aku pergi farmasi.. Cari Losyen Mustajab.. Wajib pakai!!! Arahan mandatori Mama.. Ngeh9... So,ikut jela.. Untuk kebaikan.. Okey,ni bawah nih,gambar ubat yg aku kena telan.. Isk,isk,isk.. Wassalam...


Khamis, Februari 03, 2011

Aku Yang........????

Assalamualaikum...

Hai guys! Hehehe.. Korang sambungla apa yg korang nk sambung kt tajuk tu.. Asalkan bukan yang bukan-bukan sudah.. Ehehehe..

Paling sesuai,aku yang kepenatan.. Haha.. Aku penat.. Aku penat mengadap buku sepanjang cuti ni sampai aku rasa macam nak busuk muntah.. Hukhukhuk... Tiap2 hari tido pukul 2,3 pagi bertemankan secawan minum kopi yang Ma buat untuk aku siapkan assignment.. Tensen! tensionAku sgt tensen! Org laen cuti relax,aku cuti macam org gila.. Huhuhu.. Haip! Wan! Tak baek merungut! Okey,okey.. Aku cuma penat.. Kuliah tiap2 ari mula pukul 8.30 kecuali ari Jumaat (tulah sehari) kena keluar sebelum pukul 8 sbb takut tak dapat parking,tu pun kdg2 parking dah penuh,terpaksa parking jauh dari Fakulti.. Penat,sgt penat.. Ingatkan cuti seminggu ni dapat berehat tapi assignment pulak melambak-lambak macam aku cuti sebulan.. marah

Ni pun,aku baru siapkan 2 subjek,ada 2 subjek lagi yang menunggu giliran.. cuti tinggal 2 hari.. Hari Sabtu aku kena pergi Kemelah.. Tidak boleh tidak! Adoi! Penatlahhhhhh!!!!!penat Nanti hari Ahad nak drive balek P.Alam lagi.. Hmm.. Student life.. Okey,I admit that.. It just I'm to tired...penat

Dia.. Tak tau.. hahaha.. Boleh anggap lost contact kot.. Biarlah dia bahagia dgn hidup dia.. And me.. Di sini.. Lalalala~~~ Bahagia jugak..kenyit hihihi..

Okeylah,aku dah ngantuk,penat,letih and etc yg sewaktu dgnnya.. Tido lu eak.. Daaa.. Wassalam..

Rabu, Februari 02, 2011

Cinta Sepuluh Sen..


Assalamualaikum..
Heee~~~ This one is my cerpen.. First time publish kt blog.. First try di kala kepala berserabut dgn assignment.. Enjoy reading eak.. Segala komen,pujian or kritikan amat di hargai.. Wassalam..

EPILOG
“Kenapa? Kenapa abang buat Azi macam ni?! Kenapa?”Azam bungkam.Jeritan dan tengkinganku dibiarkan sepi.Resah.
“Abang betul-betul dah tak sayangkan Azi lagikan?” pertanyaan yang tiba-tiba itu membuatkan Azam sedikit tersentak.Diam tanpa jawapan.
“Baiklah,mulai hari ni... hubungan kita tamat.” Ayat itu bagai belati tajam menikam jantungku.Namun demi maruah dan harga diri,aku rela.
Azam terus berlalu berlalu dari situ sebaik saja ayatku habis.Begitu saja? Mudahnya.Bertahun kami menyemai kasih sayang dan sehingga kini,hanya tinggal sebulan saja lagi untuk kami sama-sama melangkah ke alam rumah tangga.Mengikat janji kasih,dan kini ikatan ini terlerai dalam masa tidak sampai seminit.Dan dia terus berlalu begitu saja.Tanpa ada sedikit pun keinginan untuk memujuk hatiku yang sedang terluka.Benarkah?
“Hah!” terbang melayang segala kenangan seminggu yang lalu dari ingatanku.Aku menoleh melihat siapakah gerangan yang berani menyergahku.Wajah Kak Su terpampang di depan mataku bersama sengihan nakal.
“Ya,ada apa Kak Su kusayang?” sindirku.Kak Su tersengih-sengih memandangku.
“Ada memo untuk Azi,dari pengetua.” Balas Kak Su.
Aku mengangguk perlahan dan terus berlalu untuk ke bilik pengetua.Aku tahu,seandainya aku di panggil,pastinya berkenaan pelajar-pelajar tingkatan 6.Sempat aku mencapai sebuah fail yang mengandungi Laporan Prestasi Pelajar Pra-U untuk peperiksaan pertengahan tahun 3 minggu yang lalu.
Hampir 2 jam perbincangan kami barulah segala-galanya selesai.Aku menghela nafas lega.Sebaik aku meletakkan fail di atas meja,loceng tamat waktu persekolahan berbunyi nyaring membuatkan ingatanku serta-merta teringat akan pesanan mama sebelum aku pergi tadi pagi.
“Balik awal hari ni.Ayah nak bawak bakal menantu pilihan dia datang makan tengah hari kat rumah kita.”suara mama juga kedengaran agak tegas.
Bakal menantu pilihan ayah!
Ops! Maaf,aku bukan kahwin paksa.Majlis perkahwinan aku dan Azam bakal berlangsung 3 minggu lagi,tapi entah kenapa tiba-tiba ibu bapa Azam datang ke rumah aku meminta pertunangan diputuskan atas permintaan Azam sendiri dan mereka tidak tahu puncanya.Bukan sahaja mereka,aku juga hilang punca.Pertemuan dengan Azam minggu lepas tidak merubah keadaan lantas aku membuat keputusan untuk menerima sahaja pilihan ayah memandangkan majlis perkahwinanku yang tinggal tak sampai sebulan.
Sedih? Siapa yang tak sedih bila majlis yang idamkan tiadak menjadi.Aku rasa macam nak menyanyi karaoke lagu ‘Pelamin Anganku Musnah’ je.Tapi,apabila melihat wajah ayah dan mama akutahu aku harus kuat menempuh hidup ini.
Selesai segala kerja,aku bergegas pulang ke rumah,tapi aku perlu singgah di Kedai Pak Min untuk membeli beberapa barang yang dipesan mama.Perlahan aku melarikan Myvi SE ku di kawasan jalan yang sempit tu.
Tiba-tiba... Pinnn!!! Grekk!!! Gang!!!
Keretaku sudah mencium bontot sebuah motosikal yang di parking di tepi jalan.Semuanya gara-gara seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di tengah jalan.Hampeh!
Aku keluar,ingin melihat keadaan keretaku.Bercalar di bahagian skirting.Hadoi! Habis kereta aku! Bisikku dalam hati.Kemudian aku memandang lelaki yang sedang terkebil-kebil melihat motosikal yang tumbang di langgar oleh aku kerana nak mengelak dari langgar dia.
“Awak ni dah kenapa? Tiba-tiba lari kata tengah jalan.Nasib baik saya sempat elak,kalau tak awak jalan kat tengah jalan ni tau tak!” Aku bersuara tegas.
Lelaki itu memandangku.Gulpp! Mata dia.
“Saya Cuma nak amik duit seposen saya yang jatuh,” balas lelaki itu.
Beristighfar panjang aku dibuatnye.Hanya kerana duit seposen dia rela melayang nyawa! Gila ke apa?!
“Sebab seposen je awak sanggup bergadai nyawa? Gila ke apa awak ni?” suara aku semakin meninggi.Marah nih.
“Eh,walaupun seposen,tetap berharga tau.Duit 1juta takkan cukup kalau tak ada seposen tau.” Balas lelaki itu.Geram aku dibuatnye.
“Habis tu kalau awak ‘jalan’ kt sini tadi duit seposen tu boleh tolong awak ke? Fikirla sikit!” tengkingku pula.
“Eh,kalau ‘jalan’ pun,yang ‘jalannye’ saya.Bukan awak.Awak nak susah apa!”
“Weh! Kalau kau ‘jalan’ kat sini yang kena aku tau sebab aku yang langgar kau” keluar dah bahasa aku.
“Padanla dengan muka awak.Siapa suruh awak bawak kereta laju-laju?!” tinggi suara lelaki itu.Angin aku dibuatnya.
“Weh,aku bawak laju ke mata kau yang buta? Yang kau tiba-tiba lari kat tengah jalan sebab duit seposen tu sapa yang suruh?”
“Tak ada sapa-sapa yang suruh.Dah-dah,saya malas nak bertekak dengan awak.Sekarang saya nak awak bayar ganti rugi sebab awak langgar motor saya,”
“Ni motor kau ke?” Soalku sambil menunjuk ke arah motor Honda lama dah melepek kat tanah dengan cermin sisi kiri yang pecah dan nombor flat patah. Lelaki itu mengangguk.
“Huh! Tak ingin aku nak bayar ganti rugi.Kau yang buat pasal,patutnya aku yang minta ganti rugi.”
“Saya tak kira,saya nak awak bayar ganti rugi jugak!” Suara lelaki itu sudah meninggi.Cuak pulak aku dengar.Huhuhu...
“Beri saya sebab kenapa saya kena bayar ganti rugi kat awak sedangkan awak yang lari macam orang gila kat jalan tadi?”
“Awak nak sebab? Okey saya bagi,awak langgar motor saya sampai patah nombor flate and pecah cermin,dan disebabkan bunyi hon awak yang macam bunyi semboyan askar nak berperang tu saya jadi macam ni...” Lelaki itu menunjukkan sikunya.
Aku terkedu sebentar melihat darah yang mengalir dari siku lelaki itu.Aiseyman! Macam mana aku boleh tak perasan ni? Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Habis senget agaknya tudung aku.
“Err... Macam nilah,awak ikut saya balik,nanti saya letak ubat kat siku awak and bayar ganti rugi sekali” Aku terpaksa mengaku salah.Aduhai!
“Apa jaminan yang awak boleh bagi pada saya untuk ikut awak balik rumah? Macam mana kalau awak ada niat nak culik saya?”
Wah! Melampau sungguh mamat nih.Ayat tak boleh blah kot.Ingat handsome sangat ke sampai aku nak culik dia? Hampeh!
“Eh,ingat awak tu hensem sangat ke sampai saya nak culik? Tak hadap saya dengan muka awak tu tau!”
“Okey,okey.Saya bergurau je.Janganlah marah.Okey,saya ikut awak.Jomlah.”
Akhirnya... Aduhai! Aku dah tak sanggup nak bertekak dibawah terik matahari macam ni.Habis cair mekap aku.Hehehe.. Sejak bila aku pakai mekap?
Sebaik sampai di rumah,aku melihat Ayah sedang duduk di pangkin di bawah pokok pelam sambil hisap rokok.Hisy! Geram aku dengan ayah nih.Dah bebuih mulut cakap berhenti hisap rokok,tak jugak dengar.Berkerut dahi ayah apabila melihat ada seorang lelaki yang mengiringi kepulanganku.
“Eh,Qadri.. Kenapa dengan siku kamu tu?”Soal ayah kepada lelaki itu.
“Ayah kenal ke dia ni?” Pelik aku.
‘Azi,dia nila lelaki yang ayah pilih untuk jadi suami kamu...” Dum!!! Rasa pekak sekejap telinga aku ni.Salah dengar ke? Terkebil-kebil aku memandang ayah dan lelaki yang ayah panggil Qadri itu silih berganti.
“Qadri,inila Aziah.Anak pak cik yang pak cik cerita dengan kamu tu.” Percakapan ayah itu menyedarkan aku bahawa dialah lelaki itu.Bakal suamiku.Alahai...
“Eh,Azi,apa yang kamu tercegat lagi ni? Bawa Qadri ni naik,ubatkan luka dia tu.” Ujar ayah.
Aku kembali ke alam sedar.Menunduk dan kemudian menjemput Qadri naik.Merah wajahku.Malu,malu,malu.Aduhai! Apalah agaknya yang dia fikir pasal aku yang ditinggalkan tunang pada saat majlis yang semakin hampir tarikhnya.
“Hah! Azi,kamu beli tak barang yang ma pesan tadi?” Mama yang yang pada saat itu sudah tercegat di tangga menyoal.
Aku menepuk dahi.Aduh!
“Alamak! Ma,sorry ma.Azi terlupa.Ampun!” Aku menggabungkan kedua tangan macam nak ucap Gong Xi Fa Chai saja lagaknya.
“Hish! Kamu ni,dahlah,nanti mama suruh ayah beli.Nanti ambil air kat dapur ibu dah buatkan untuk Qadri.”
Terkebil-kebil aku mendengar arahan mama.Aik! Mama pun kenal ke?
Aku termenung didalam bilik.Penerangan abah tentang Qadri petang tadi masih aku ingat.
“Qadri ni,anak Pak Wan kamu,cucu Tok Majid yang duduk kat hujung deret rumah kita tu.Ayah selalu jumpa dia kat masjid.Dia kerja kat Bandar JB nun.Kerja biasa je,tapi tak apalah,yang penting ayah berkenan dengan dia sebab dia memang rajin pergi masjid kalau balik Sibol ni.”
Aku mengeluh perlahan.Cuba memujuk hati untuk menerima jodoh pilihan ayah.Ya Allah,bantulah Hamba-Mu ini.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
“Fakrul Qadri Bin Safwan,aku nikahkan dikau dengan Nurul Aziah Binti Johar dengan berwalikan bapanya Johar Bin Haji Azis dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai.”
“Aku terima nikahnya Nurul Aziah Binti Johar dengan mas kahwin RM22.50 tunai.”
“Sah?” Tanya jurunikah kepada 2 orang saksi di kiri dan kanannya.
“Sah...” Serentak saksi itu mengangguk.
Aku menunduk.Lagu ‘Pelamin Anganku Musnah’ bagaikan terngiang-ngiang di telingaku.Sayu hati kerana impian untuk membina hidup bersama-sama Azam tidak kesampaian.Azam,sampai hati kau! Air mata menitis perlahan membasahi pipiku.Ciuman yang aku terima dari Mama dan Ibu menambah sayuku.Ucapan tahniah silih berganti ditelingaku.Tidak ketinggalan daripada ke2 teman rapatku,Zahidah dan Hanim.
“Azi,walau apa pun yang berlaku,kau dah jadi isteri dia,kau kena terima hakikat.Qadri suami kau,kau kena belajar untuk terima dia.” Bisikan lembut memujuk Hanim membuat aku semakin teresak,lantas aku memeluknya erat.Mama yang memahami hanya mampu memberi pandangan sayunya kepadaku.
“Pengantin lelaki nak masuk..” Kedengaran suara memberitahu di luar bilik.Zahidah mengesat air mata di pipiku.Lembut.Senyumannya seolah-olah memberitahu bahawa mereka sentiasa bersamaku dan aku harus kuat.Aku mengangguk perlahan.Memahami.
Suamiku,Qadri.Melangkah masuk perlahan selepas memberi salam.Aku terus menunduk.Jemariku terasa sejuk apabila Qadri memegangnya untuk menyarungkan cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian di jari manisku.Kemudian,sebuah kucupan singah di ubun-ubunku.Aku terdiam sebentar sebelum dengan teragak-agak menyalami dan mengucup tangan suamiku.
“Maafkan saya.” Bisikan itu mengiringi perbuatanku.Aku terharu seketika.
Sebaik sahaja saudara-maraku pulang,aku terus meluru ke bilik.Hanim dan Zahidah sudah pulang setengah jam tadi.Baru sahaja aku ingin melangkah masuk ke dalam bilik air,pintu bilik dibuka dari luar.Aku memandang.Qadri!
“Hmm... Awak mandi dulu.Lepas solat Isyak kita bincang.” Sapa Qadri.Aku hanya mengangguk dan menutup pintu bilik air,rapat.
Kami solat berjemaah.Sebuah kucupan hinggap di ubun-ubunku selepas aku menyalami tangannya.Aku bangun dan melipat telekung.Qadri sudah duduk di birai katil.Selesai melipat telekung aku menyertainya disitu.
“Nurul...” Suara Qadri menyebut namaku lembut.Pandangan kami berlaga.
“Boleh saya panggil awak Nurul?” Soalnya.
Aku terdiam seketika sebelum mengangguk perlahan.Dia tersenyum.Manis dan nampak bahagia.Bahagiakah dia?
“Saya tau awak tak bersedia untuk jadi isteri saya.Saya terima tu dan saya janji yang saya tak akan paksa awak untuk terima saya dan saya tak akan sentuh awak selagi awak tak bersedia.Selama tempoh itu,awak duduklah di sini.Di rumah ayah,saya tak nak awak tertekan dengan kehadiran saya yang tiba-tiba dalam hidup awak.Tapi,saya mintak awak tinggal dengan saya sepanjang cuti sekolah ni.Nanti bila dah naik sekolah,saya hantar awak balik.Saya cuma nak tunjuk pada awak rumah kita.Dan saya minta awak jaga batas awak kerana walau apa pun awak tetap isteri saya.” Panjang lebar kata-kata Qadri aku dengar dengan teliti.Tak satu pun yang tertinggal.Tetapi perkataan ‘Rumah kita’ terasa syahdu menampar cuping telingaku.
“Terima kasih sebab faham keadaan saya.Saya janji saya akan jaga maruah awak sebagai suami.Bila kita nak pergi rumah awak tu?” Balasku pula.
“Lusa...” sepatah itu balasannya sebelum dia mengambil bantal dan merebahkan diri di atas lantai dengan beralaskan sejadah.Tidak sampai hati aku melihat dia begitu.
“Awak,kenapa tidu dekat bawah?” soalku.Kali ini aku nekad.
“Tak ada sofa,saya tidola kat bawah.”
“Jangan macam tu.Tidola kat atas ni.Kita kan suami isteri,kenapa nak tido asing-asing pulak?” Aku kira ayat itu pasti mampu membuat dia melonjak gembira.
Qadri memandangku,pandangannya menghantar pertanyaan.Aku mengangguk perlahan.Qadri tersenyum,pantas dia bangun dan merebahkan diri di atas katil.Aku juga ikut berbaring dan memejamkan mata.Tiba-tiba terasa sesuatu yang hangat menyentuh dahiku lantas aku membuka mata.Wajah Qadri menyapa.
“Selamat malam.” Ujarnya diiringi senyuman manis.Aku hanya tersenyum nipis.
Aku memenuhi janjiku untuk mengikut Qadri ke rumah kami.Berkerut dahiku apabila dia memberhentikan kereta Kancilnya di hadapan sebuah rumah banglo berwarna Hijau.Cantik.Dihalamannya tersadai 2 buah kereta mewah Audi A4 dan Toyota Wish.
‘Dia ni kerja jadi driver ke tukang kebun?Ni rumah majikan dia ke?’ Hatiku berbisik.
“Awak... Nila rumah kita.” Suara Qadri menjawab segala persoalan.Terkedu aku seketika.Betul ke? Aku memandang Qadri,meminta penjelasan.Qadri hanya mengangguk dengan senyuman.
“Tapi,ayah kata....” Aku keliru.
“Masuk dulu.Kat dalam nanti saya cerita.” Ujar Qadri.
Pintu dibuka dari dalam.Kelihatan seorang wanita berusia mungkin sama umur dengan mama menyambut kami di muka pintu dengan senyuman.
“Qadri,dah balik...” sapa wanita itu.
“Ya Mak Mah.Mak Mah kenalkan ini isteri saya,Nurul Aziah.Panggil Azi je.” Kami diperkenalkan.Aku menghulur tangan untuk bersalaman.
“Mak Mah pembantu saya.” Berkerut lagi dahiku.Ades! Lama-lama cepat tua muka aku ni asyik berkerut je.
Aku dan Qadri duduk di sofa ruang tamu.Mataku memerhatikan sekeliling rumah itu.Ruang tamu agak luas,dilengkapi dengan set Hometheather dan TV plasma 42 inci serta set sofa berangkai.Mak Mah terus menghilang ke dapur selepas menghidangkan air dan sepiring kuih untuk kami.Aku memandang Qadri meminta penjelasan.Qadri tersenyum.
“Saya kerja arkitek kat syarikat multinasional dekat tengah bandaraya sana.Ini,rumah saya hasil usaha selama 4 tahun kerja.” Terangnya.Aku terdiam.Arkitek?
“Tapi ayah kata awak kerja biasa-biasa je.Kenapa awak balik kampung bawak kereta kancil je?Jadinya,awakla anak Pak Wan yang belajar dekat overseas tu?” Soalku bertubi-tubi dan suamiku itu hanya mengangguk perlahan.Aku tersandar lemah.Tak sangka.
“Kereta kancil tu saya biasa bawak bila nak pergi site tengok project.Sebelum balik kampung hari tu saya pergi site,dari site saya terus balik kampung,tu yang bawak Kancil je.”
“Macam mana awak boleh tau pasal kes kahwin saya?”
“Ayah ada datang rumah jumpa tok minta pendapat,masa tu keadaan ayah teruk sangat saya tengok.Muram.Saya sedih tengok keadaan ayah masa tu.Kemudian abah bagi usul,saya gantikan tempat ex awak tu,tapi abah tak paksa.Tok pun cakap macam tu jugak.Lepas istikharah,so,here I am.Your dearest husband.”
“Awak terima saya sebab simpati?” soalku.Suamiku menggeleng.
“Saya terima awak sebab saya yakin awak adalah jodoh yang Allah tetapkan untuk saya.”
Terharu aku mendengar ucapan ikhlas nya.Pantas sahaja air mataku mengalir dipipi dan perlahan-lahan berubah menjadi esakan.Kaget Qadri dengan perubahan mendadakku.
“Syhh.. Hei,kenapa nangis pulak ni? Janganla macam ni.Saya memang failed kalau bab-bab pujuk orang ni.Syhh...’ Kelam kabut suamiku itu.Tubuhku ditarik dan peluk perlahan.Buat pertama kalinya aku merasa damai dalam rangkulan seorang lelaki,suamiku.Esakanku beransur-ansur hilang.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
6 bulan berlalu...
Aku termenung di tingkap bilik.Qadri tidak pulang minggu ini.Sibuk dengan projek yang baru diperoleh syarikat katanya.Sudah sebulan kami tidak berjumpa.Rindu sudah mula mengetuk tingkap hatiku,meminta agar pintu rindu dibuka supaya dia boleh masuk dan memiliki seluruh rasa itu.Chewah! Ayat bunga-bunga.Sejak bila kau menjiwang ni Aziah? Aku berbisik sendiri.
Sudah 6 bulan perkahwinan kami.Rutin kami semenjak habis cuti sekolah yang lalu,Qadri akan pulang bertemuku di sini seminggu sekali sekiranya dia tidak terikat dengan kerja.Dia tidak pernah gagal untuk pulang setiap minggu,dan rutinku pula adalah melayani apa sahaja keinginannya sepanjang 2 hari dia di rumah.Tidak banyak yang suamiku itu mahu.Dia cuma mahu makan masakan dari air tanganku,itu sahaja.Teringat semasa di awal perkahwinan kami dulu,sewaktu aku tinggal di rumah kami.Dia melarang keras aku melakukan kerja rumah.Apa yang dia mahu aku lakukan hanyalah memasak untuk dia 3 kali sehari dan menyediakan pakaian kerjanya.Itu sahaja dan setiap hari dia akan pulang makan tengah hari di rumah sepanjang aku di situ.Terasa kehadiranku di sisinya amat diperlukan.
Teringat pertemuan pertama kami yang diawali pergaduhan.Tidak kusangka seorang arkitek terlalu berkira dengan duit 10 sen.Ingin tergelak rasanya apabila mengingati ayat Qadri waktu itu.
“Eh,walaupun seposen,tetap berharga tau.Duit 1juta takkan cukup kalau tak ada seposen tau.”
Ayat yang membuatkan aku panas hati.Tapi lucu bila di kenang kembali. Kerana 10 sen itu aku bertemu dengan suamiku,dan aku akui,aku adalah wanita bertuah memilikinya walaupun tanpa cinta.
Betapa baiknya suamiku itu kerana sepanjang tempoh 6 bulan perkahwinan kami,dia benar-benar berpegang pada janjinya.Dia tidak pernah menyentuhku dan dia juga tidak pernah mendesakku memenuhi tanggungjawabku yang satu itu.Hanya sekali itu dia memelukku,tidak pernah lebih,dan itulah sekali.Sesekali aku terasa berdosa memperlakukan dia seperti itu namun rasa itu mampu aku tepis,tetapi akhir-akhir ini keinginan untuk mendekati suamiku itu semakin membuak.Mungkin kerana sudah sebulan kami tidak bersua muka maka keinginan itu tiba-tiba timbul.Ah! Hati sentiasa berubah-ubah.Jatuh cintakah aku pada suamiku?Soalku sendiri.Dadaku tiba-tiba berdebar.Skrin telefon aku pandang.Gelap.Rindu semakin menggigit tangkai hati.
“Akak!!!” Kuat suara itu memeranjatkanku sehingga telefon di tangan terpelanting ke lantai.Terburai! Handphone aku!!! Aku mendengus marah memandang wajah adikku Hatta yang sedang tersengih di muka pintu.
“Sorry,sorry.. Adik tak sengaja.Adik dah panggil banyak kali tapi akak macam tak dengar je,tu yang jerit tu.Hehehe...”
“Ada apa? Kacau je.Tak reti bagi salam,ketuk pintu ke?” Marahku.Hatta tersengih lagi.Adikku yang sorang ni memang tak makan saman.
‘Eleh,Ta dah ketuk pintu sampai macam nak pecah pintu bilik akak ni,naik hilang suara bagi salam and panggil akak,tapi macam panggil monyet dekat hutan je gayanya.” Balas Hatta.
Cis! Aku disamakan dengan monyet? Kurang asam keping punya adik! Siap kau nanti! Huh!
“Dah,tak yah nak membebel.Cakap nak apa,then out!”Kataku tegas.Hatta mencebik.
“I know you miss your hubby.Well,sis.. Your hubby is outside there with Ayah and Mama almost 15 minutes.”
“Kau jangan nak kelentong akakla,dia kata dia tak balik minggu ni.Dah,dah.Keluar!”
“Well,see it for yourself then.Bukan dapat apa-apa pun kalau adik tipu akak.” Balas Hatta dan terus keluar sambil menutup pintu.Aku terdiam.
‘Betul ke? Bukan ke dia kata dia tak dapat balik? Tapi takkan adik tipu pulak? Ape dia dapat kalau dia tipu aku? Apa kata aku pergi tengok dulu.Kalau tipu,memang nak kenala si Hatta tu.Aku sekeh-sekeh kepala dia’ Aku bersuara sendirian sebelum melangkah keluar.Handphone di lantai kuabaikan.
Jantungku berdegup laju apabila langkahku semakin hampir ke ruang tamu.Kedengaran suara yang amat aku kenali.Sampai diruang tamu,aku melihat Qadri sedang berbual dengan ayah dan mama.Aku menggosok mata tidak percaya pada pandangan sendiri.Betul ke?
“Hello! Kakakku sayang! You’re not dreaming okey.Here your hubby.” Suara lantang Hatta mengalih perhatian mereka bertiga kepadaku.Sebaik melihat senyuman yang terukir pada ulas bibir itu,barulah aku percaya bahawa aku tidak bermimpi.Suamiku pulang.Aku mendekati mereka.
“Nurul... Come here.” Dia menepuk lembut tempat kosong disebelahnya.Aku menghampiri,namun aku tidak duduk disebelahnya,sebaliknya aku hanya merenung dirinya yang kelihatan tidak terurus dengan jambang dan misai yang berselerak di wajah.
“Kenapa?” soalnya pelik apabila aku hanya merenungnya tanpa suara.Hatta,Mama dan Ayah pula hanya memerhati.
Tanpa suara,aku meraih lengannya dan menarik dia masuk ke bilik kami.Terkebil-kebil Hatta,Mama dan Ayah melihat tingkah tiba-tibaku itu.Terkaku.Terkejut mungkin.Qadri apatah lagi.
Di dalam bilik aku mengunci pintu,mencapai tuala mandi dan menghampiri suami yang tercegat di tengah-tengah ruang bilik kami.Terkebil-kebil juga matanya melihat tingkah pelikku.
“Aww....”
“Jangan cakap apa-apa,ambil tuala ni and pergi mandi sekarang and solat.Don’t say a word.Just go!” Pintasku apabila melihat dia ingin bersuara.
Bagai lembu dicucuk hidung dia hanya menurut arahanku.Aku menyediakan pakaiannya yang sememangnya ditinggalkan di sini.Aku hanya membiarkan apabila melihat dia menyarung pakaian dan bersolat.Selesai solat dia hanya diam.Masih terperanjat mungkin.Apabila melihat dia blurr begitu aku terasa ingin ketawa pula.Tak pernah aku nampak dia blurr begitu.Arkitek blurr.Hmm.. Gelaran yang bagus.
Aku menghampiri dirinya.Perlahan-lahan tubuh itu aku rangkul erat.Qadri tergamam.
“Nurul rindu Abang...” bisikku.Wajahku sembamkan didadanya.
“Awak....”
“I miss you... I miss you so much...” pelukanku berbalas.Terasa hangat kasih sayang kami.
“I miss you too honey.. Syhhh... Jangan nangis.. Abang tak pandai pujuk.” Aku tergelak dalam tangisan.Suamiku tersenyum.Air mataku di kesat lembut.
Aku memejamkan mata apabila kucupan hangat singgah di dahi dan pipiku.Syahdu.Pandangan kami berlaga.Kasih sayangnya terserlah melalui pandangan matanya.
“I love you honey...” bisik Qadri sambil memeluk tubuhku erat dan kemas.
“I love you too...” balasku.
Malam itu aku tenggelam dalam rangkulan Qadri,suamiku.Aku melaksanakan tanggungjawabku sebagai isteri buat pertama kalinya dengan rela hati didorong oleh rasa kasih sayang dan cinta terhadap suamiku yang penyabar.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
“Terima kasih sayang.Terima kasih.” Jari jemariku di kucup hangat.Sejak aku disahkan mengandung 2 bulan oleh doktor pagi tadi,ucapan itu tidak lekang dari bibir suamiku.Aku benar-benar terharu melihat kegembiraannya.
“Nurul yang sepatutnya ucapkan terima kasih pada abang sebab abang terlalu sabar menunggu Nurul selama ni.Nurul Aziah Johar terlalu bertuah bersuamikan Fakrul Qadri Bin Safwan.”
“Kita sama-sama bertuah sayang.” Balas suamiku.
Kami sama-sama tersenyum.Tubuhku dirangkul kemas dan kami sama-sama tidur dengan harapan hari esok menjanjikan kebahagiaan buat kami bertiga.Insya-Allah.