Pages

Ahad, Januari 16, 2011

So Many Thing Change...

Assalamualaikum...

Hello guys! Aku tgh kepenatan.. Hari ni ada program Kemahiran Insaniah (KI).. Overall semuanya okey walaupun aku menjalaninya dalam keadaan mengantuk yg amat sgt gara-gara tidut pukul 1 lebih semalam kat Umah Si Badar tu.. Huhuhu..

Semalam baru aku faham erti ayat 'so many thing change..' yg diucapkan oleh seorang teman kepada aku di Facebook.. Ya,terlalu banyak perkara yg berubah sehinggakan perubahan yg aku lihat itu betul-betul membuat aku terkedu.. Terkaku...

Dia yang selama ini aku kenal,begitu menjaga adab antara lelaki dan perempuan,tiba-tiba semalam aku melihat dia mesra memeluk seorang lelaki yang di katakan kekasih dan Bakal suami.. Wajarkah? Di mana nilai-nilai Agama yang dijaga selama ini? Adakah hanya kerana pasti bahawa lelaki itu akan menjadi suami maka boleh menghalalkan apa yg haram? Matlamat tidak menghalalkan cara wahai sahabat.. Dan aku ini.. Sebagai sahabatmu.. Telah bertindak menegur apa yg aku lihat salah pada pandangan umum dan Agama lebih-lebih lagi,namun,hanya ketegangan wajahmu aku saksikan di saat waktu kepulanganmu hampir tiba.. Salah ke tindakan aku menegur tu? Hmm.. Wahai sahabat... Adakah ini yg kau maksudkan sebagai perubahan? Seandainya ya,aku sgt kesal.. Tersgt-sgt kesal.. Ke mana pergi imanmu? Ke mana kau campakkan maruah sebagai wanita yg bertudung? Hmm..

Okei,korang boley ckp kubur masing-masing,dosa masing-masing,so,tak perlulah aku nk sibuk-sibuk.. Tapi sedar tak kita,dgn hanya melihat tanpa menegur secara tidak langsung,kita dah menambah dosa.. Dosa bersubahat... Tolongla yerk,dosa yg ada pun korang belum minta Ampun,nak menambah lagi dosa lain pulak.. Dan aku.. Aku malu kerana aku juga seorang wanita bertudung.. Ya,tak semestinya wanita bertudung tu baik,ada jugak yg pakai tudung labuhsampai ke punggung tapi bila bukak,rambut warna-warni,silap2 ada Salib lagi.. Tapi sekurang-kurangnya jgnla menambah burukkan imej wanita bertudung yg dah sedia buruk.. Tak terfikir ke benda ni semua? Tak malu ke bila kita bertudung tapi berpelukan di khalayak ramai,berpegang tgn,bercumbuan? Hello! Org yg dah kahwin pun takkan bercumbuan di Khalayak ramai okey.. Diorang tau malu.. Habis kuat pun cuma peluk pinggang je.. Ni,yg belum kawen lagi ligat dari yg dah kawen.. Confuse aku.. (+_+)""

Okelah,aku tak naklah bagi kuliah maghrib pulak kt korang.. karang ada yg bosan plak.. Apa-apa pun.. Aku nasihatkan korang sahabat-sahabat sekalian,jagala maruah korang sebagai seorang wanita Islam yg di ketahui dunia,wanita Islam adalah Makhluk yg di Muliakan oleh Allah kerana Syurga itu Terletak di Bawak Telapak Kaki Seorang Ibu..

Miss my Mama.. Mama love U so much.. Muaahh!!! (~_~) Oke,nk tido.. Until then.. Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan