Pages

Ahad, Januari 23, 2011

Copy Paste dr Blog EleeMardiana.blogspot.com dgn Izin..

Assalamualaikum..

Hai Semua.. This artikel aku copy paste dari blog seorang Novelis (Dgn izin beliau) dgn niat utk mengajak kawan-kawan semua sama-sama membantu mangsa keadaan ini.. So,harap dapat baca sampai habis dan hulurkanlah sedikit bantuan dgn ikhlas krn yg sedikit lebih di hargai jika ikhlas dan yg besar itu belum tentu menjadi sekiranya tiada keikhlasan.. Wassalam..


Mari Beramal Dengan Saya

Penderitaan adik Mohd. Shah dan adik Mohd. Hairuman membuatkan saya tak dapat melelapkan mata sehingga kini. Saya sedih, saya menangis dan batin saya menjerit marah. Tetapi apa yang saya rasa, tidak mungkin dapat menyamai penderitaan yang dialami oleh kedua-dua orang adik ini.

(klik pada nama Adik Mohd. Shah untuk membaca laporan berita)

(klik pada nama Adik Hairuman untuk membaca laporan berita)

Oleh sebab itulah, saya mengambil keputusan untuk menderma seluruh royalti saya daripada 4 buah novel di bawah kepada adik-adik ini. Ini sajalah yang boleh saya lakukan untuk membantu mereka. Untuk menrealisasikan niat ini, saya memerlukan bantuan kawan-kawan. Saya berharap kawan-kawan yang masih belum mendapatkan novel saya, sudi-sudikanlah membeli novel-novel di bawah untuk turut beramal bersama saya. Anda akan dapat novel-novel tersebut di samping beramal. Atau bagi yang tidak menggemari tulisan saya, boleh sedekahkan novel-novel yang anda beli kepada rumah anak-anak yatim atau sekolah-sekolah yang serba kekurangan. Buat pengetahuan, royalti itu akan terus diserahkan kepada kedua-dua orang adik ini oleh penerbit saya, Karangkraf. Jadi, anda tidak perlu risau duit derma anda tidak akan sampai ke tangan mereka.

Jadi, apa kata kawan-kawan semua? Sudi ikut saya beramal untuk meringankan penderitaan adik-adik ini? Minta jasa baik kawan-kawan untuk mengajak kawan-kawan anda yang lain ke blog ini dan beramal.

Terima kasih, sayang-sayang semua. Moga usaha kita ini akan diberkati ALLAH hendaknya. Amin.

Novel-novel tersebut adalah:

Galaktika: Azamaris Muncul Kembali

Galaktika: Bertarung Dengan Akraba

Cinta Seorang Kekasih

Izad Menjejak Buku Sakti

Penghargaan:

1. Jutaan terima kasih kepada Karangkraf, Puan Sri Diah dan Sinar Harian yang sudi membantu. Rayuan saya ada diletakkan dalam akhbar Sinar Harian semalam. Sila klik pada perkataan Sinar Harian untuk membaca artikel tersebut.

2. Jutaan terima kasih kepada My Bookstore, Kuching kerana telah berbesar hati membantu. My Bookstore Kuching telah meletakkan keempat-empat novel di atas di suatu tempat khas, agar mudah bagi mereka mendapatkan novel-novel tersebut. Ayuh, kawan-kawan di Kuching, kita serbu My Bookstore Kuching yang beralamat:

Lot 234, Jalan Haji Taha
93400 Kuching, Sarawak.
Telefon: 082-416606 / 082-429157

3. Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan blogger dan juga Facebook saya yang sudi mempromosi appeal ini di blog dan wall mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan