Pages

Isnin, Januari 31, 2011

Hati dan Perasaan.. H N P

Assalamualaikum...

Murning Guys! Aku dalam mood agak sedih.. Ada rasa yang berbaur dalam hati aku saat ini..

Malam tadi.. or should I say pagi? Pagila kot.. Dah pukul 2.24 pagi.. Aku dapat sms.. Bunyinya begini..

"Salam,ana,idz minta maaf x balas kol n msj ana,idz sbnarnya nk kumpul kekuatan untk gtau ana, untk pngetahuan ana famili dah tau tntng kita n famili idz x bnarkan idz msj n kol ana dh,sbb diorg da bca msj kta yg ada syang n manja,famili idz x sngka idz bleh msj cm 2,jdi diorng minta idz jngn brhubng dh ngan ana,idz kna ikt ckap famili lg,hrap ana maafkn idz n lpas ni klu bleh x perlu nk kontek idz,mgkn akn blas sikit je,atau x blas lngsung,idz minta maaf ,klu da utang idz minta hlalkan dunia n akhirat,maf sngt,wslm"


So,this is what I get after 1 month waiting and after 5 month aku setia dgn dia.. SMS ni sekaligus mengingatkan aku dgn peristiwa 3 tahun lps.. Perkara yang sama berlaku pada kami.. Tapi masa tu halangan dari Family aku.. Masa tu aku minta dia bagi aku masa untuk bertenang sebab malam raya aku beperang dgn my parents.. It's not that aku melawan.. That never happen and I'll not doing it.. But,aku hanya menerima kemarahan parents dan menurut arahan mandatori "putus" perit,saket Allah je yg tau..putuscinte

Now,it happen againputuscinte.. Buatkan aku berfikir,mungkin antara kami tak ada jodoh.. Mungkin famili dia rasa I'm not good enough for him.. Well,mmg kitorg bhskan diri masing-masing ayg,anje sbbnye aku tak nak panggil dia abang.. Sbbnye,bila pggl dia mcm tu,aku rasa mcm aku panggil abang aku.. Hehehehe... Boley ketawa lagi aku kan? Kalau orang laen mesti dah bengkak2 mata menangis putus cinta (Ye ke?) sengihnampakgigi

Well,siapa yang tak sedih,it just that aku tak rasa nak menangis.. Pagi tadi pun,masa dpt SMS tu aku cuma rasa terkilan.. Terkilan sebab dia tak bagitau aku lebih awal sebaliknya membiarkan aku terkontang-kanting sendiri mencari kawapan.. Tak apalah.. Perlu ke aku menangis? Entahlah.. Ada sesiapa yg boley tolong jawapkan soalan tu?

Hati kering betul aku ni kan? encem So,both of us are officially break off.. Hati dan perasaan aku hanya Allah yang tau.. org laen boley menilai tapi jgn buat spekulasi.. Aku terima ini sebagai takdir.. Jodoh aku Allah dah tetapkan dan mungkin bukan dgn dia.. Aku doakan dia bahagia dgn pilihan dia yg lebih baek dr aku.. Dan aku bahagia bila tengok dia bahagia.. org selalu kata 'Jika kita sayangkan seseorang,lepaskan dia..' So,I let him go.. It's over.. Aku ucapkan bebanyak terima kasih pada dia untuk rasa cinta yang sempat hadir selama 5 bulan ini,walaupun cuma sekejap tapi rasa itu tetap indah.. Cinta Akan Indah kan walaupun hanya dalam novel tp aku berharap yg aku juga akan merasai keindahan itu.. Terima Kasih awak For everything.....

Habes mood sendu.. Ujan kat sini berterusan sejak Kelmarin.. Macam nak banjer lg je.. Pekan Labis dah banjer,tak taula mcm mana aku nak balek Kemelah nanti.. Tak apalah,harap2 ujan akan berhenti ,2,3 hari lg.. Aku nak keluar hari ni,pergi Kluang.. Hehehe.. Jalan-jalan dgn ma.. Okelah,nk mulakan sesi assignment.. Until then,Wassalam...

Sabtu, Januari 29, 2011

Home Sweet Home.. I'm Single.. =)

Assalamualaikum...

hallu! Fara Safwanah in the house! Ahaks! Aku dah kat rumah sekarang nih.. I mean,rumah kt Sibol.. Sampai kira2 3 jam lepas.. Aku,badar and Kak As bertolak dari Puncak Alam,lebih kurang pukul 2,drop Nana kat Klang Central dan kami meneruskan perjalanan...

Penat? Of course.. lebih2 lg aku drive sorang.. Tak ada co pilot.. Hehehe.. Dari PA direct trus ke Johor tanpa henti.. Hehehe.. Tak adala.. Tenet je.. Aku transit sekejap dekat Hentian Sebelah Air bemban.. Ingatkan nak solat asar kat situ tapi tak ada surau pulak.. Lps beli buah2,and snack skit,kami meneruskan perjalanan.. Cari tempat untuk solat Asar.. Then kami berhenti di R&R Pagoh.. Kat sini berhenti lama sikit.. Solat,then rehat2 sekejap.. Dan Kami meneruskan perjalanan sampailah ke Johor.. Makan kat KFC IOI Kulaijaya,drop sekali Kak As kat situ cz akak dia amik kat situ,then aku and Badar terus ke Sibol.. Badar aku hantar sampai Shell Penggeli cz tunang dia amik kat situ..

Aku sampai rumah,Ibu membebel.. Hehehe.. Aku balik tak bagitau Ibu pun.. Ibu ada call masa aku tengah drive,then aku tenet Ibu cakap aku tak jadi balek hari ini,aku balek esok.. Padahal masa tu aku dah sampai Melaka dah.. Ehehehe.. Tak apalah,as long as aku selamat sampai umah.. Penat gilos! Tapi something weird.. Aku langsung tak rasa ngantuk sepanjang 5 jam aku drive.. Huhuhu.. Kenapa eak?

Okeit,cuti seminggu.. But,surely aku takkan dapat menikmati cuti ini.. Sbbnye,assignment aku melambak-lambak.. Lect berlumba-lumbak kot bagi assignment.. Adoihai! Aku ada 8 subjek termasuk Koko.. Cuma 2 subjek je tak ada assignment,Mandarin dgn Web design.. Yg laen2 bersusun.. Koko pun aku ada assignment tau.. Huhuhu.. Tak apalah.. Buat sikit2,yg penting siap and hantar tepat waktu.. Yeah! Ganbatte Wan!!!

Hmm.. Hari ini,last day.. Actually dah expired dah pun cz jam laptop aku dah pukul 12.20 pagi.. It's end today! Idz,mulai hari ini.. Kita hanya kawan.... I'm sorry.. You give me no choice!

Hmm.. Tak tau nak cakap apa aku rasa.. Empty.. Aku tak rasa apa2.. Seriously.. Siapa yang tak sayang ..........? But,aku rasional.. Cinta tak semestinya memiliki kan.. Aku akan bahagia kalau dia bahagia.. Tanpa aku.. That it's! Sekali lagi aku ulang.. Aku bukan kassim Selamat,and aku bukan Juliette.. Aku hanya seorang Nur Safwanah.. Hanya orang yg betul2 mahu kenal aku akan mengetahui siapa aku.. =) i don't wanna cry eventhou i'm sad,it's not that I'm ego but Leftbroken hearted is not mean that all of the world become up side down.. Dunia aku masih penuh warna warni walaupun tanpa Lelaki yg bergelar kekasih.. Aku masih ada kawan2 and paling penting I've my mum.. itu pun dah cukup utk aku..

Hmm.. I find something at Youtube.. Agak2 lagu ni sesuai tak untuk keadaan aku sekarang.. Heee~~~ Wassalam...


Ahad, Januari 23, 2011

Copy Paste dr Blog EleeMardiana.blogspot.com dgn Izin..

Assalamualaikum..

Hai Semua.. This artikel aku copy paste dari blog seorang Novelis (Dgn izin beliau) dgn niat utk mengajak kawan-kawan semua sama-sama membantu mangsa keadaan ini.. So,harap dapat baca sampai habis dan hulurkanlah sedikit bantuan dgn ikhlas krn yg sedikit lebih di hargai jika ikhlas dan yg besar itu belum tentu menjadi sekiranya tiada keikhlasan.. Wassalam..


Mari Beramal Dengan Saya

Penderitaan adik Mohd. Shah dan adik Mohd. Hairuman membuatkan saya tak dapat melelapkan mata sehingga kini. Saya sedih, saya menangis dan batin saya menjerit marah. Tetapi apa yang saya rasa, tidak mungkin dapat menyamai penderitaan yang dialami oleh kedua-dua orang adik ini.

(klik pada nama Adik Mohd. Shah untuk membaca laporan berita)

(klik pada nama Adik Hairuman untuk membaca laporan berita)

Oleh sebab itulah, saya mengambil keputusan untuk menderma seluruh royalti saya daripada 4 buah novel di bawah kepada adik-adik ini. Ini sajalah yang boleh saya lakukan untuk membantu mereka. Untuk menrealisasikan niat ini, saya memerlukan bantuan kawan-kawan. Saya berharap kawan-kawan yang masih belum mendapatkan novel saya, sudi-sudikanlah membeli novel-novel di bawah untuk turut beramal bersama saya. Anda akan dapat novel-novel tersebut di samping beramal. Atau bagi yang tidak menggemari tulisan saya, boleh sedekahkan novel-novel yang anda beli kepada rumah anak-anak yatim atau sekolah-sekolah yang serba kekurangan. Buat pengetahuan, royalti itu akan terus diserahkan kepada kedua-dua orang adik ini oleh penerbit saya, Karangkraf. Jadi, anda tidak perlu risau duit derma anda tidak akan sampai ke tangan mereka.

Jadi, apa kata kawan-kawan semua? Sudi ikut saya beramal untuk meringankan penderitaan adik-adik ini? Minta jasa baik kawan-kawan untuk mengajak kawan-kawan anda yang lain ke blog ini dan beramal.

Terima kasih, sayang-sayang semua. Moga usaha kita ini akan diberkati ALLAH hendaknya. Amin.

Novel-novel tersebut adalah:

Galaktika: Azamaris Muncul Kembali

Galaktika: Bertarung Dengan Akraba

Cinta Seorang Kekasih

Izad Menjejak Buku Sakti

Penghargaan:

1. Jutaan terima kasih kepada Karangkraf, Puan Sri Diah dan Sinar Harian yang sudi membantu. Rayuan saya ada diletakkan dalam akhbar Sinar Harian semalam. Sila klik pada perkataan Sinar Harian untuk membaca artikel tersebut.

2. Jutaan terima kasih kepada My Bookstore, Kuching kerana telah berbesar hati membantu. My Bookstore Kuching telah meletakkan keempat-empat novel di atas di suatu tempat khas, agar mudah bagi mereka mendapatkan novel-novel tersebut. Ayuh, kawan-kawan di Kuching, kita serbu My Bookstore Kuching yang beralamat:

Lot 234, Jalan Haji Taha
93400 Kuching, Sarawak.
Telefon: 082-416606 / 082-429157

3. Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan blogger dan juga Facebook saya yang sudi mempromosi appeal ini di blog dan wall mereka.

What The ............????

Assalamualaikum...

Hai guys! Aku tengah bengang.. Why?? Cz of this...



Huwaaa~~~ Aku tak suka!!! Kenapa Senat UiTM appove?? Why?? Why?? Why?? Huk9.. Sadis.. Aku sangat tidak gembira dengan berita ini.. Okey fine,dapat cuti lama-lama.. Tapi lambatla aku grade macam nih!!! Argghhhhh!!!! Aku nak grade cepat,dapat kerja cepat and bayar hutang pun cepat.. Tapi bila macam ni jadinye,rosak plan aku.. Hampeh btol! marah Marah ni.. Huwaaa~~~ Apakah? Meroyan sekejap aku jadinye..

Sekarang aku tengah fikir.. Apa aku nak buat? Ada 2 perkara dalam kepala otak aku sekarang nih.. First,duduk rumah membesarkan badan yg dah sedia besar and jadi driver tak bergaji Mama or Secong,kerja Kilang.. Kilang? Oh tidak! Not again! Aku tak mau kerja kilang!!! Cukup sekali pengalaman aku tuh.. Huhuhu.. Duduk rumah? Of course ya.. Hahaha.. Well,bergantung pada keadaan..

Aduhai! Kenapalah time aku je banyak sgt dugaan dan cabaran.. Sejak dari Form 1 lagi.. Budak2 batch aku batch First yg belajar Math and Science in English.. Buntang bijik mata masa belajar cz tak faham.. Sampai Form 5 belajar in English,punyala seksa,pulak tu masa Form 5 aku dapat kelas Sains TUlen.. Hamik kau sebijik! Huhuhu.. Keluar keputusan,Cikgu pun tak boley cakap apa dah.. Huhuhu.. Naseb baek cikgu sporting.. =) Masuk Form 6,lgla dahsyatnye dugaan untuk aku dan kawan2 aku.. Everything is miserable for us.. Masa nak dekat STPM tiba2 dapat tau Kertas Pengajian Am 2 ada perubahan format.. Terkebil-kebil kitorang mcm tertelan biji durian.. Mujur dapat A walaupun keputusan tak sebagus mana.. Dapat masuk U,pun ada perubahan dari segi PnP Self learninglah,apalah.. Tekulat-kulat dibuatnye..

Yang aku geram,bila aku dah habes sekolah barulah ada manusia2 yang menentang PnP dlm BI tu,kata keputusan budak merosotla,budak luar bandar susah nk belajarla,apelah..then MP pun buat pengumuman benda tu batal.. Eh,Hello!! Aku pun from Rural area oke.. BI A1 kot.. Tak ada masalah pun.. Alasan je semua tu.. Nak seribu daya,tak nak seribu dalih.. Bukan nak berlagak tapi cuma nak ajak semua berfikir sejenak je.. Nanti masa kat U semua subjek Dalam BI,even aku ni ha,blaja all subjek in English.. Kalau tak terapkan dari sekarang,confirm bila masuk U blurr,tepinga-pinga cz tak faham apa lect ajar.. Tak fikir agaknya diorang nih.. Huh! Then,pasal paper Pengajian Am 2 yg tiba-tiba bertukar format tu,Cikgu Zahiah bagitau rupa2nya sekolah aku je yang dapat kertas lain daripada yang lain.. Kiranya,kitorg nih jadi bahan uji kajila.. Tersgtla hampehnya di situ! Huh!

Okey,dah jauh melalut,back to topic.. Aku memang tak setuju dgn benda nih sejak mula2 kbar hangin ni disebarkan.. Aku bedoa siang malam supaya Senat tak approve benda nih,skali doa aku tak termakbul (Tak cukup kuat agaknye doa aku) Hehehe.. Argghh!!! Aku bengang!!!! Kenapa mesti nak sama ikut org barat? Sedar tak org barat dulu pun maju disebabkan org Islam,kalau tak caya,g kaji sejarah sana.. Butnow,dah terbalik pulak.. Kita pulak yang mengejar dia utk capai kemajuan.. What the ..............?????? Huh! Marah.. Sgt2 marah!!!!!! Wassalam...

Sabtu, Januari 22, 2011

150 Juta by Hana Zatie.. Hehe

Assalamualaikum..

Hai guys.. Hehehe.. Ini ada 1 lagu sing by 2 different person.. Lagu asal by Fynn Jamal.. Sapa Fynn Jamal? Sory,aku pun tak kenal.. But First time aku dgr lagu ni,Hana Zatie tu yg nyanyi.. Then,aku google kt Youtube ada macam2 version.. But ni je yg menarik perhatian aku.. Best lagu ni.. Aku suka.. Hehehe.. Dengar dan hayati.. Okey.. Adios.. Wassalam...

Jumaat, Januari 21, 2011

Hujung Minggu....

Assalamualaikum...

Hye semua! Aku tengah kebosanan.. Sepatutnya aku buat kerja edit mengedit slide utk pembentangan subjek TITAS CTU 551.. But disebabkan orang yang patutnya hantar slide kat aku,tak jadi hantar,so,aku mengambil kesempatan meronggeng di blog aku nih.. Wawawa..

Bosan sebenarnya nih.. Yelah,otak dah set nak buat kerja,tapi tiba2 tak jadi.. mati kutu aku jadinya.. Huhuhu.. Well,esok cuti,masa untuk membayar hutang tertunggak.. Bilik aku dah kemas.. Dah bersih.. Esok tinggal bayar hutang tido,basuh baju and study akaun.. Next week ada test.. Ades! Hope senangla test tu cz aku still blurr belajar akaun nih.. Naseb baik belajar yg asas je.. Huhuhu..

Hmm.. Detik dan waktu semakin cepat berlalu.. Sedar tak sedar tinggal seminggu je nk raya Cina,dan tinggal seminggu lagi peluang yang tinggal utk dia.. Tarikh yg aku tetapkan sendiri..

'Seminggu je tinggal Idz.. Idz nak terus membisu macam ni ke? Hmm.. Terpulangla pada Idz.. Ana tak mengharap.. Seminggu je tinggal,kalau Idz terus diam,maafkan Ana.. Idz tak bagi Ana pilihan.. Ana pernah cakap kan,Ana tak nak kita bercinta macam budak-budak... Kita dah dewasa.. Idz fikirla sama ada betul atau tidak tindakan Idz ni..'

Okey,habes mood jiwang.. hehe.. Next week hari Jumaat aku akan drive balek Johor.. Wah! Sgt bahagia.. Tak sabar nak jumpa Mama.. Huhu.. Lps habes kls mandarin aku akan terus cabut balek.. Sebenarnya bosan dah duduk kat sini.. Mengadap perangai manusia yg ntah ape2.. Aku jemu.. So,nk balek,nk refresh otak.. Huhu..

Okeyla,malas nak taip panjang2.. Hehehe.. Until then,adios.. Wassalam..

Ahad, Januari 16, 2011

So Many Thing Change...

Assalamualaikum...

Hello guys! Aku tgh kepenatan.. Hari ni ada program Kemahiran Insaniah (KI).. Overall semuanya okey walaupun aku menjalaninya dalam keadaan mengantuk yg amat sgt gara-gara tidut pukul 1 lebih semalam kat Umah Si Badar tu.. Huhuhu..

Semalam baru aku faham erti ayat 'so many thing change..' yg diucapkan oleh seorang teman kepada aku di Facebook.. Ya,terlalu banyak perkara yg berubah sehinggakan perubahan yg aku lihat itu betul-betul membuat aku terkedu.. Terkaku...

Dia yang selama ini aku kenal,begitu menjaga adab antara lelaki dan perempuan,tiba-tiba semalam aku melihat dia mesra memeluk seorang lelaki yang di katakan kekasih dan Bakal suami.. Wajarkah? Di mana nilai-nilai Agama yang dijaga selama ini? Adakah hanya kerana pasti bahawa lelaki itu akan menjadi suami maka boleh menghalalkan apa yg haram? Matlamat tidak menghalalkan cara wahai sahabat.. Dan aku ini.. Sebagai sahabatmu.. Telah bertindak menegur apa yg aku lihat salah pada pandangan umum dan Agama lebih-lebih lagi,namun,hanya ketegangan wajahmu aku saksikan di saat waktu kepulanganmu hampir tiba.. Salah ke tindakan aku menegur tu? Hmm.. Wahai sahabat... Adakah ini yg kau maksudkan sebagai perubahan? Seandainya ya,aku sgt kesal.. Tersgt-sgt kesal.. Ke mana pergi imanmu? Ke mana kau campakkan maruah sebagai wanita yg bertudung? Hmm..

Okei,korang boley ckp kubur masing-masing,dosa masing-masing,so,tak perlulah aku nk sibuk-sibuk.. Tapi sedar tak kita,dgn hanya melihat tanpa menegur secara tidak langsung,kita dah menambah dosa.. Dosa bersubahat... Tolongla yerk,dosa yg ada pun korang belum minta Ampun,nak menambah lagi dosa lain pulak.. Dan aku.. Aku malu kerana aku juga seorang wanita bertudung.. Ya,tak semestinya wanita bertudung tu baik,ada jugak yg pakai tudung labuhsampai ke punggung tapi bila bukak,rambut warna-warni,silap2 ada Salib lagi.. Tapi sekurang-kurangnya jgnla menambah burukkan imej wanita bertudung yg dah sedia buruk.. Tak terfikir ke benda ni semua? Tak malu ke bila kita bertudung tapi berpelukan di khalayak ramai,berpegang tgn,bercumbuan? Hello! Org yg dah kahwin pun takkan bercumbuan di Khalayak ramai okey.. Diorang tau malu.. Habis kuat pun cuma peluk pinggang je.. Ni,yg belum kawen lagi ligat dari yg dah kawen.. Confuse aku.. (+_+)""

Okelah,aku tak naklah bagi kuliah maghrib pulak kt korang.. karang ada yg bosan plak.. Apa-apa pun.. Aku nasihatkan korang sahabat-sahabat sekalian,jagala maruah korang sebagai seorang wanita Islam yg di ketahui dunia,wanita Islam adalah Makhluk yg di Muliakan oleh Allah kerana Syurga itu Terletak di Bawak Telapak Kaki Seorang Ibu..

Miss my Mama.. Mama love U so much.. Muaahh!!! (~_~) Oke,nk tido.. Until then.. Wassalam..

Rabu, Januari 12, 2011

Sekian Lama...

Assalamualaikum...

Hallu guys! Huhuhu.. Sudah agak lama aku meningglkan rumahku yg 1 ini.. Let see.. Last entry was on 31st Disember 2010.. Today is 12th January 2011.. Almost 2 weeks.. Bersawang?? Aku rasa takla kot.. Cuma baru nk besemut-semut.. Habuk2 sikit.. Hek9.. Well,boleh dikatakan aku agak busy lately nih.. Busy ke? Wawawa.. Kelas aku still mcm tahun lps walaupun jam kredit 22 jam berbanding tahun lps cuma 18 jam.. Aku pun x faham macam mana boleh sama je.. Huhuhu..

2 minggu ni aku rasa dh bnyk kot duit aku terbang melayang-layang.. Duit aku keluar macam aer.. Syahdu je rasa bila tengok baki duit kat resit pengeluaran (Kawan aku yg tolong cucukan cz aku malas nk beratur pepanjang sengihnampakgigi) I trust her oke.. lg pun dia lagi load dr aku kot.. So,x ada maknanya dia hadap sgt kt wet aku yg seciput tuh.. Lalalala~~~ jelir hahaha..

Banyak sgt guna duit aku rasa sem nih.. Wet rumah sewa dah almost half dr wet ptptn aku.. Nasebla PTPTN dh tolak wet yuran terus.. Tak payahla aku pening-pening kepala psl yuran.. Nk jimat kos aku beli printer cz print kt PSB sgt mahal.. Sekeping 30 sen,kalo 100 keping? RM30.. 2 belum masuk print berwarna lg tuh.. Last sem,diorg charge RM1.50 sekeping,kalo 10 keping? Rm15.. Campur 2-2 jadi RM45.. RM45 tu aku boleh dapat ink printer aku 5 botol @pun wet barang dapur aku utk 2 minggu.. Tu baru 1 assignment.. Dpt 2,3 assignment? Habes sem aku gigit jarila jawabnye.. Huhuhu.. Then,cermin mata aku pulak pecah.. Salah sendiri.. Aku terpijak.. Alahai.. Terbang lagi RM360.. Sadis betol aku rasa.. Huhuhu..

Dan hari ini aku telah di saman oleh pak polisi.. Dapatla sekeping surat cinta yg memerlukan aku membayar RM40 selepas diskaun 50% atas kesalahan tidak memaki tali pinggang keledar.. Hampeh betul! Selama ni time aku pakai dia tak ada,ni time aku lupa nk pakai tiba2 lak dia muncul.. hampeh punya pak polisi.. Tapi takpela,nk buat mcm mana.. Esok tak ada kelas so,aku akan pergi bayar.. Sebelum pergi membayar saman,aku nk membayar utang tido aku yg tetunggak dulu.. Maklum lerr,kls tiap2 ari mula pagi kecuali ari Jumaat.. Tensen.. Penat.. ngantok.. Tula,yg aku lalui.. Huhuhu..

Okeyla,cukup dulu utk kali ni.. Aku dah nantok.. Nantok yg amat cgt.. huhuhu.. Until then,Wassalam...