Pages

Selasa, Disember 07, 2010

1 Muharram 1432 Hijrah...

Assalamualaikum...

Hai guys! Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah aku ucapkan pada seluruh umat Islam di dunia umumnya dan di Malaysia khasnya... Tahun baru berhijrahla kita kepada yang lebih baik.. Berazamlah untuk menjadi manusia cemerlang dan Insan yang mulia serta bermaruah..

Bila masuk tahun baru nih,aku teringat 1 peristiwa yang berlaku 2 tahun lepas (ekot kalendar Islam) 1 Muharram 1430 Hijrah.. Aku ingat perkara ni sebab benda nih telah berjaya membuat aku berfikir dan menelusuri kisah hidup masyarakat kita yang sesetengahnya semakin jauh dari Allah.. Aku telah bertemu dengan seorang teman lama biarlah aku namakan dia sebagai D.. Apabila bertemu,dengan senyuman aku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada D.. D sepertinya terpinga-pinga dgn ucapan aku tu.. Then D ajak aku pergi makan,aku katakan aku puasa.. Berkerut dahi D dan kemudian D bertanya,"Puasa sempena apa?" Aku terpana seketika.. "Hari ni kan 1 Muharram,digalakkan umat Islam berpuasa" aku membalas.. Dan jawapan dari D kemudiannya membuat aku terkedu.. " Bukan ke bulan Muharram di haramkan berpuasa?" Astaghfirullah.... Dan untuk mengelak rasa pelik aku semakin menjadi-jadi aku tersenyum dan menggeleng kepala.. "Bulan Muharram bukan diharamkan berpuasa,tetapi Allah melarang Umatnya dari berperang,melakukan keganasan dan pertumpahan darah" dan D terdiam tanpa kata.. Dalam hati aku terdetik untuk bertanya dan tanpa sempat berfikir panjang mulut aku terus lancang bertanya "D.. Hari Tasyrik bila ye?" Dan jawapan D membuat aku terdiam.. "Hari Tasyrik tu ape?" Itu jawapan yang D berikan kepada aku.. Allah! Aku terasa nak nangis kat situ jugak.. Betapa hidup di tengah2 arus pemodenan D turut hanyut ditgh2nya..

Ya Allah bantulah temanku ini.. Hanya itu yang mampu aku ucapkan di dalam hati.. Untuk menegur aku bimbang kerana D seorang yg panas baran lebih2 lagi apabila soal berkaitan dgn gaya hidup modennya,jgn sesekali di pertikaikan.. Lantas,aku hanya mampu tersenyum dgn hati yang pilu.. Mengapa temanku ini harus hanyut?? Kenapa temanku ini semakin jauh dari agamanya?? Kenapa temanku ini semakin hilang pedoman hidupnya? Dan sebaik pulang dari pertemuan itu,aku menangis semahunya.. Hanya itu yang mampu aku lakukan...........

Okey,habis sesi syahdu.. Ehehehe.. Peristiwa ni memang sgt susah untuk aku lupakan sebab D ni salah seorang teman yg rapat dgn aku.. Aku cuma mampu mendoakan yang terbaik untuk dia sebab lps hari tu aku dh tak jumpa dia lagi.. Lost contact.. Aku pun tak tau kenapa.. Ekekeke... So,kawan2 sekalian.. Sempena tahun baru ini,ambil kesempatan untuk berubah.. Yg tidak bertudung,bertudunglah tak perlu tunggu sampai seru sebab tak ada siapa yg nk menyeru korang pakai tudung.. Yang telah hanyut tu kembalilah ke pangkal jalan.. Yang mana telah jauh dari Allah dekatkan diri dgn Penciptamu yang Satu.. Yang mana sudah berhijrah lebih awal,mantapkan Iman,lakukan yang terbaik agar kita sama2 memperoleh Kerahmatan dan Keberkatan daripada Allah S.W.T.. Insya-Allah... Ingat 1 perkara,Baik atau Buruk adalah pilihan kita sendiri sebab Allah telah berfirman "Sesungguhnya Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,melainkan mereka mengubahnya sendiri... " Jadi.. Kawan2.. Berubahla.. Berubahlah untuk Kebaikan diri kita sendiri.. Okey,tak mau bebel panjang2.. Karang korang bosan plak.. Until then,Wassalam......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan