Pages

Rabu, November 10, 2010

Berakhir Sudah...

Assalamualaikum..

Hello guys! Huhuhu.. I'm back.. Tak lama pun aku meninggalkan blog nih.. Aku rasa belum sempat bersawang lg kan.. Kan? Kan? Huhu..

Hari ini dengan rasminya aku telah menamatkan Semester Pertama aku UiTM Puncak Alam ini.. Alangkah bahagianya.. Huhuhu.. Hari ni,paper last Communication Administrative Professionals 1.. Aku target aku kena repeat subject nih sem 2 nanti.. huhuhu.. Hampeh betul aku ni kan.. Hehe..

Setelah hamper 6 bulan aku berhempas pulas.. Bergelumang dgn segala fakta,nota and assignment,akhirnya,semester 1 berakhir tidak seperti yg di harapakan.. Huhu.. Pelbagai peristiwa yg berlaku di sini memberi banyak pengajaran pada aku.. Aku perlu belajar mementingkan diri sndri terlebih dahulu!! Yeah.. Sebab dekat sini aku dah puas di tipu,dipermainkan.. di kikis.. Sangatla malang bagi aku bertemu manusia2 begini.. Langsung tak ada perasaan malu agaknye.. Mulai saat ini Aku Nur Safwanah Binti Ramli akan menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri!!! Harus!!!

6 bulan ini juga memberi peluang pada aku utk mengenali org disekeliling aku.. Siapa kwn and siapa lawan.. Yang pernah berkwn kini jadi lawan,yang pernah menjadi lawan kini menjadi kawan.. Bukanlah aku berpaling tadah begitu sahaja,tapi beberapa peristiwa yg mengguris hati aku berlaku menyebabkan lawan menjadi kawan.. Bukan juga krn lawan menghasut,tidak sama sekali,tetapi aku belajar melalui pemerhatian.. Apabila usaha kita tidak dihargai,percakapan kita tidak diambil peduli,segala idea menjadi sia2,bila senang ditolak ketepi,bila sedih tercari-cari bukankah sudah jelas lagi nyata bahawa kita sudah tidak diperlukan.. Dan aku.. Aku tak mahu menjadi manusia yang tidak tahu malu.. Walaupun tahu diri tidak diperlukan tetapi masih tersua-sua.. Aku tidak mahu begitu.. Aku tidak mahu terus dipergunakan.. Mungkin inilah nasib bila menjadi manusia yang terlalu lurus dan telus.. Hati dan perasaan menjadi bahan mainan.. Segala percakapan menjadi bulan-bulanan.. Ah! Hati.. Bertahanlah.. Sabarlah berhadapan dgn manusia2 yg sebegini.. Manusia yang cuma baik di Mulut tapi di hati penuh dgn ulat nangka.. Dan aku sangat bersyukur.. Akhirnya,pengakhiran dari segala derita hatiku ini menjelma jua.. Aku kini Bebas!!! Syukur Ya Allah.........

Back to the Mood.. jelir

Semalam aku study macam org biol.. Dari pukul 8 sampai pukul 9.30 aku study lps tu aku tido.. Pukul 12 lebey aku bangun study lagi.. Pukul 1 lebey aku nak tido balek tapi mata tak mau pejam.. Golek2 tak boley tido,aku bangun balek sambung study.. Sampai pukul 2 lebey,otak aku dah stuck! Huwaaaaa~~~ nangihPerut lapar,capai megi.. Kita showru dulu! Huhuhu.. Dah sudah makan,aku mengacau si Badar kat bilik dia.. Hehehe.. Aku bukak lagu lepas tu aku nyanyi kuat.. Wawawa~~ Jahat kan aku?? hehe..gelakguling Si Mas roomate Badar tension je tengok aku.. Hahaha.. setan Penat aku kacau orang,aku balek bilik sambung study.. sampai pukul 3.. Aku tido.. Pukul 6 bangun solat sambung study lagi.. Pukul 7.10 aku tido balek sampai pukul 7.40.. Siap2,pukul 8.15 turun Fakulti.. Huhuhu.. Muka confident je..

Masa nak jawab hampeh.. Sebab soalan yg masuk ialah soalan yg aku kurang bagi penekanan.. Huwaaaaa~~ aku rasa mcm nak menangis guling2 kat lantai.. Huhuhu... Lastnya,aku jawab apa adanya.. Yang mana aku ingt aku jawab.. Yang tak ingat aku tinggal poyo2 je.. Huhu.. Memang peningla Lecturer menanda kertas aku.. Hehehe..

Abes periksa,aku naik bilik.. Kemas segala barang sampai bersih licin bilik aku nih.. Yeah!! Aku dah tak sabar nak balek Johor.. Huhu.. Siap kemas,baring2 kejap,online.. lps tu siap2 aku kena pergi parti BBQ si Shahrol buat.. Dah bayar,wajib pergi.. Kalau tak rugi.. Wawawa.. Bukan parti actually.. ni lebih mcm house warmingla.. Si Shahrol nih dh dpt kunci rumah sewa.. so,dia nak raikan dgn buat BBQ.. House Warmingla tu kan?? Kan?? Kan??? Huhu.. Dah puas makan asap,merah plus pedih mata dgn asap and sebab tak cukup tido lps maghrib dpt jugak makan.. Huhu.. Bahagianya.. Sebab perut aku dah masuk angen.. Sebu.. Hahaha.. Lapar yang amat.. Lepas makan.. Balek.. Huhu.. Nak tido tak boley tido plak.. so,aku merewang-rewang lah seketika saat ini sambil2 bermuka buku.. Hahaha..

Sepupu aku yg bernama Faiq Izzat Amir tu sgtlah hampeh.. Ada ke dia surih aku tulis blog yg panjangnye 1500 words.. Dia ingt karangan budak tingkatan 6 ke ape.. Hampehla ko Faiq!!! Huhuhu.. okela,aku dah penat,mata pun dh merah mcm biji saga.. Esok nak balek Johor.. Tak sabar rasanya.. Huhuhu.. Until then,Adios and Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan