Pages

Ahad, Oktober 31, 2010

Prince Of Tennis..


Tezuka Kunimitsu the Captain
Fuji Yg Genius
Momoshiro Yg Baran
Inui Sadaharu Yg Pelik
Takashi Kawamura Yg Semangat
Oishi Yg Sentimental
Kikumaru Eiji Yg Ceria
Kaidoh Kouru Yg Dingin
Ryoma Echizen Yg Cool and Cute
Ryoma yg Cool

Prince Of Tennis

The National Tournament


Assalamualaikum...

Halluu!!! Hehehe.. Dikala minggu peperiksaan bermula,aku meroyan seketika.. Wawawa.. Well,sekarang ni aku tgh berehat sementara menunggu kertas seterusnya pada hari Selasa nih.. Fundamental Business.. Nak baca buku memang tak ada mood dah.. Sekarang aku tgh gila layan anime.. Prince Of Tennis.. Anime ni dulu ada siar kat NTV7.. Tp dh lama dah.. Masa aku tingkatan 3 kot.. tapi aku tak dapat tengok sampai habis.. Hari tu aku jumpa DVD dia masa National Tournament.. Wah!! Teruja sugguh aku.. Tanpa melihat harga,aku terus membeli.. Hahaha.. Begitulah aku.. Kalau dah suka harga tolak tepi.. Anime ni pasal org main tennis je.. Aku tengok sebab Hero dia Hensem Habes.. Tu yg pertama.. Yg kedua sebab watak2 anime ni cool je.. lg2 si kecik Ryoma Echizen.. Muka tenang tapi pantang dicabar.. Sikap yg aku tgh cuba tanam dalam diri aku and aku hampir berjaya.. Hahaha.. Muka Cool.. Okela,layanla sekejap gambar and lagu nih.. Hehehe.. Wassalam..


Jumaat, Oktober 08, 2010

Cinta Kampus : Matlamat Halalkan Cara..


Assalamualaikum..

Artikel ni aku Paste sekadar untuk renungan kita bersam,especially utk semua kawan-kawan yg sedang bergelumang dgn buku sekarang ni.. Hehehe..

Matlamat salah cuba menghalalkan cara.

Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan daripada ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga.

Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri.

Kehidupan di kampus yang jauh daripada pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.

Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk.

Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku.

Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri.

Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.

Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh daripada penghayatan Islam sebenar.

Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan daripada kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.

Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif.

Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu 'keperluan' untuk rasa sempurna.

Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.

Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri.

Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik.

Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.

Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud.

Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?

Matlamat Menghalalkan Cara

Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.

Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, emel dengan luahan perasaan cinta masing-masing.

Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.

Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan.

Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.

Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.

Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber'couple' atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala.

Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.

Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan?

Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.

Muhasabahlah kalian.

Hayati Ajaran Islam Sebenar

Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia.

Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.

Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang.

Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.

Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan.

Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud:

"Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" - Al-Ankabut (29:69)

Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.

Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata.

Perintah itu wajib.

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan.

Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin.

Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.

Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya, jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Mua'dz ra berdoa sebelum kematiaannya: "Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama".

Carilah kesibukkan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, daripada sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala, Ameen.

Sesi Brainstorming pun Bermula....

Assalamualaikum..

Hi guys!!! Hmm.. 2 weeks more before I face the final examination.. Minus 1 week for a study week.. 1 week left then.. Meaning here,I got only half a month here at Puncak Alam before I set up for my Semester Break.. And right now,is the brainstorming session.. Tension,stress,headache,migrain.. That is what I'm facing right now.. Quizzes and test running around me.. So much fact and info to be process.. My mind tired and today broke down.. Hehehe..

I got a test today.. Office Procedure For Administrative Professional 1.. What ever I read I was forgot during the test.. As the result,I don't know what I've write on the paper.. Oh God!! I badly feel that I'll fail for this test.. Adeh! So scary! Tomorrow I'll have Economics Quiz.. Next week,on Monday,I have replacement class at 8.30 a.m until 10.30 a.m for Office Procedure continue with Office Automation class until 12.30 and Quiz 3 for Office Communications For Administrative Professional at 2 p.m until 4 p.m.. God! What a day???!! Then I have a Office Automation Quiz on Wednesday, and bla,bla,bla.. Until Friday I have 2 test before my study week.. Early in the morning,Economics test and Language Enrichment test at 10.30 a.m... Wow! What a great schedule right?? Huhuhu..

This Saturday,I'll rent a car to go around to find house for a rent with my friend.. Trying to find a house that affordable for us to pay.. Around RM400 with fully finish I still can count it.. But if RM600-Rm800 a month,it's to much for us because we need to pay for the bill also.. Why can't the owner consider us as a student? Such a sucks!!! I hate people like this.. Never think about others,all they know is money.. Hello! Money is cannot make sure your life happily ever after okey!! Just look at Late Dato' Sosilawati.. Because of money,she was murdered... Bear that in mind!!! Angry? Yes I am!! Huhuhu...

At this busy time I also remember him.. Hmm.. Miss him so much! Aiyoo!! Still guessing why he suddenly appeared?? Am I doing wrong?? Okey,Nur Safwanah! Drop the topic! Ehehehe... Back to the topic.. This week is brainstorming week.. So,maybe I'll not update this house until I finish my final examination on 10 November 2010.. Wow! So Long.. Huhuhu.. Never mind right?? Hehehe..

All of you must be feel strange why I'm speaking today right?? Nothing actually,it just that I feel like to write in English after so much entry I write in Malay.. hehehe.. Just one way to improve My speaking language because I'm facing problem that I know how write and spell and even I'm so good in composition,comprehension and etc. But I fail when I have to speak.. Huhuhu.. It not that I don't how to pronounce it,but I feel shy and I got what Malay call 'darah gemuruh'.. hahaha.. Funny?? Yeah.. But that is reality.. Okey then.. I'll stop here before all of you feel boring and vomited all over.. Ahaks! Until then,Adios! Wassalam...

Selasa, Oktober 05, 2010

Bermulanya Sebuah Kisah...

Assalamualaikum...

hallu! I'm back.. Hehehe.. Gambar kt atas nih Hadiah Besday aku.. Adik a.k.a Nur Hanim Binti Md. Yusof yg bagi.. Comel kan adik aku?? Ehehehehe... Okeh.. Back too the topic.. Aku janji nk cerita pasal camping kan...

Okey,bermulanya sebuah kisah.. Aku perlu mengikuti Camping Ikhtiar Hidup anjuran Badan Beruniform KESATRIA NEGARA untuk memudahkan aku lulus kokurikulum.. join camping dpt 30%.. Okeyla tu kan.. So,pagi Sabtu yang yg cerah.. Aku and members KESATRIA berkumpul di padang Kawad.. Sementara menunggu bas masa diisi dgn game.. Aku pggl tu game mengarut yg di panggil Granite.. KESATRIA ni sebenarnya unit Ala-ala tentera.. Granite tu maksudnya,kitorang kena meniarap kt tar padang kawad tu.. Lepas tu diorang suruh golek2 kt situ kiranya buat mcm aksi tengah berperangla.. Hampeh sungguh komander sekalian itu.. Huhuhu.. Bas sampai,bertolak pergi Hutan Simpan/Rekreasi (aku tak ingt) Komanwel,Rawang,Selangor...

Sampai situ,kitorang berkumpul ikot kumpulan.. Lepas tu masuk kt tapak perkhemahan.. Sesi Ice breaking.. Perkenalkan diri.. Lps tu,ada game Bom-bom.. Penat aku.. Sehari bermain dgn pelbagai game yg mostly aku masukkan dekat kategori nk mengenakn kitorang sebagai pelatih.. And again,Hampeh sungguh..

Then,malam.. Ada ceramah.. Lepas tu ada Malam Kebudayaan.. Persembahan,agak membosankan sebab lagu2 yg group aku nk nyanyi kumpulan laen dh nyanyi.. Geram sungguh aku.. Lepas,tu,ada plak sesi laen.. Sesi yg buat aku nak menangis.. Huhuhu..

Cikgu Nizam punya sesi.. Dia kata dia dapat aduan dari komander yang mengatakan ada pelatih maki komander.. Aku and pelatih laen masa tu dh mula sok sek sok sek dh.. Sapala yg berani buat mcm tu?? Then,Cikgu kata dia dh dapat nama2nya.. Tup2 "Nur Safwanah Binti Ramli" Adoi! Blurr aku sekejap.. Apa pasal nama aku pulak yang naek?? Aku x berkata apa2 pun.. Tapi,dh kena panggil tu aku bangun jela.. Pulak tu,aku sorang je yang kena plak tu.. Malu bkn maen...... Cikgu kata dia dapat aduan bla,bla,bla... Aku tak mengaku.. Lepas tu,Mejar Noraida pulak cakap aku buat bla,bla,bla.. Ayat.. Perghh!!! Memang berapi.. Aku cuma tahan diri je masa tu.. Tangan masuk poket,kalau tak memang tangan aku dah jalan cz masa tu aku dah geram sgt.. Dituduh buat benda yg aku tak buat.. Sapa tak geram? Masa tu aku rasa mcm nk melempang orang je.. Aku diam,tak cakap apa2 pun.. Dalam Hati Allah je tau.. Lepas tu Mejar serah balek kt Cikgu.. Cikgu kata kalau saya telefon mak awak suruh dtg sini masa awak kena tindakan tatatertib boley?? Aku dh nak nangis dh masa nih.. Sabar3.. Lpeas tu,ntah apa lg Cikgu membebel aku pn dh x dgr dh.. Aku cuma dgr ayat last.. Dia suruh aku pusing belakang.. Aku pusing.. Blurr sekejap bila nampak kek kt tgn Komander Arifah.. Lastnye,aku menjerit... Wawawawawa... memang hampehla diorang tu.. Rupa-rupanya tu cuma gimik nak sambut besday aku.. Sadis betol gimik diorang.. Sampai nak meleleh aer mata aku dibuatnye.. Naseb baek aku kuat.. Chewah!!! Wink* Wink*

Esoknya... Hari paling best best.. Ada explorace.. Ada maen perang2.. Aku x puas ati betol dgn komander masa maen perang2 tu.. Diorang maen ngelat.. Abes semua tentera aku diorang matikan.. Tak aci betol.. Explorace tu aktiviti paling last.. Best.. Berendam dalam sungai.. Wawawawa.. Nak cerita detail nanti panjang berjela,korang menyampah pulak nak baca.. Aku cerita ringkas2 jela ea.. hehehe..

Okelah,aku nak siap2 nak pergi tengok movie Cuti-cuti Cinta featuring Farid Kamil and Nora Danish kt Fakulti Farmasi.. Adios! Wassalam...

Ahad, Oktober 03, 2010

Aku yang Semakin.... Jeng,jeng,jeng....

Assalamualaikum..

Hallu!!! Huhuhu.. Dah agak lama aku tinggalkan rumah aku yang satu nih.. Lepas cuti mid-sem aku busy dgn assignment yang due datenye dh dekat.. Hehehe.. Last minutes assignment.. Biasala tu kan.. Tido pukul 2,3 pagi siapkan assignment,and ada 1 assignment yg aku buat aku cuma tido 2 jam.. Wawawa.. Cukup seksa.. Habis semua assignment.. Semalam aku ada camping Kesatria Negara sampai hari ni.. Petang tadi dlm pukul 6.30 baru aku sampai kolej balek.. Penat.. Sangat penat....... Kasut sukan aku hancus... Waaaa~~~~ Terpaksa beli kasut baru.. nangih

Okey,lepas semua assignment and camping,minggu test dan Quiz pun bermula.. Esok aku ada quiz Office Automation.. Lepas tu,quiz Office Procedure,test business,test Office Automation and bla,bla,bla... Minggu serabut bermula esok.. Tinggal 3 minggu before final exam.. 2 minggu utk kuliah,n seminggu utk study weeks.. Cepat je masa berlalu kan.. Sedar x sedar aku dah nak abes pun 1 sem.. Sekarang aku tengah gila nk cari rumah sewa pulak.. Aku rasa sure sem depan aku x dapat kolej.. huhuhu..

Masa terus berlalu.. Hari ini.. Genaplah umur aku 20 tahun.. Macam tak percaya pulak rasanya.. Huhuhu.. Terima kaseh pada kawan2 yang wish melalui FB dan juga SMS.. Aku sangat menghargainya.. Thank you so much..

Hehehe.. Panjang aku nak cerita sebenarnya.. Especially pasal camping aku.. Tapi aku cerita next entry jelah ea.. Sekarang aku nk study dulu.. Esok ada quiz.. Wassalam...