Pages

Jumaat, Ogos 20, 2010

Aku Yang.....

Assalamualaikum...

Hemm... Aku tengah mereleasekan tensen aku.. Tadi baru lepas 1 test.. Office Automation.. Bagai nak gila aku menjawab.. Bila nampak soalan,aku rasa macam aku tak baca buku langsung.. Blurr... Lastnye,aku reda jela.. Jawab apa yang aku ingat..

1 test dah selesai,next week ada kuiz pulak.. Sebelum balek raya ada test ECO and Lang Enrich.. Alahai.. Hidup aku bergelumang dengan segala macam nota and teori jela sekarang ni.. Serabut aku jadinya.. Assignment pun tengah melambak.. Dgn group project,interview,presentation,mock meeting and bla,bla,bla... Arrrggghhhh!!!!tensiontensiontension Interview,aku tak tau nak interview syarikat mana cz yang pasti bukan senang nak dapatkan permission untuk interview sesebuah syarikat.. Huhuhu.. Presentation,group aku belum buat apa2 research pun.. Aku pun tak taula bila nak mula.. Group project,aku tak tau jenis syarikat apa yg kitorang nak buat and nak repot.. Mock meeting,mana pulakla aku nak cari Office attire yang siap dgn blazer,kot and segala macam tu.. Aduhai.. Saket kepala aku memikir segala benda ni and semuanya menggunakan duit.. Waaaa~~~nangihnangihnangih

By the way,entry lepas aku ada janji nak masukkan novel aku kan? Aku dah try masukkan,tapi bila aku nak publish,google kata RALAT HTML.. Knp eak? Dah banyak kali aku cuba,tu jugak yang dia tulis.. Lastnye,aku dah malas.. Kalau aku terus buat and dapat jawapan yang sama ada pulak orang nampak laptop terbang nanti.. Hehehe..

Sekarang aku dalam mood yang sangat tidak bagus.. Semalam ada pulak nombor yang tak dikenali masuk fon aku.. Masa aku tengah kelas manusia tu call.. Aku reject,bg SMS tny siapa and nak apa? Rupanya salah nombor.. Dia cari Sofia,aku pun say bye2la.. Tak faham bahasa punya manusia,dia call lg 2 kali.. 2-2 aku reject.. Tadi pg,dalam pukul 4 gitu,dia misscall.. Aku tengah study terus naek angen.. Aku tanya dia sapa and nak apa? Dia kata Nak kenal.. Wah2! Jawapan yg sgt bagus.. Aku balas Wrong number and wrong person.. Bye2.. lps tu dia bls ckp aku sombong.. Mangkuk betul.. Aku tak balas dah mesej dia.. Lantakla.. Huhuhu.. Persoalannya,perlukah aku layan sekiranya nombor yang tidak dikenali SMS or call cakap nak kenal?? Jawapannya,Tidak Sama Sekali!! Aku takkan layan org mcm ni.. Buang masa aku jerk.. Huhuhu..

Okela,tangan aku dah penat.. Badan aku asik saket-saket je lately ni.. Aku pun tak tau knp.. Mcm simpton nak demam pun ada jugak ni.. Jgnla demam lg.. Aku dah penat nak batuk.. Hahaha.. Boleh ke macam tu? Okei,until then.. Adios! Wassalam..

Isnin, Ogos 16, 2010

Skrip Yang Masih Tergantung...

Assalamualaikum...

Hurmm... Aku baru habis kelas Office Automation.. First and last class for today.. Aku tengah bengong,blurr,confuse and mcm2 rasa yang membuatkan kepala aku saket..

Kelas dari 6-8/9 tak confirm ada ke tidak.. Sedangkan aku dah beli tiket balek 6/9 cz 3-5/9 tu aku stay kat rumah Ucu dulu.. Dah janji nak shopping baju raya sesama.. Huhuhu... Bateri lappy aku rosak,aku tak tau bila nak beli cz aku takut kalau pakai charger lama2 nanti meletop plak charger aku nih (Ada member kpd member aku charger dia meletop cz lama sgt guna) and yang paling pening sekali.. Aku sebenarnya dalam proses menulis.. Mana2 member yang kenal aku dari Form 1 mmg dah tau aku suka menulis.. But aku tak pernah publish pun.. Ada 7 cerpen dlm simpanan aku yang still aku baca sampai sekarang.. Hahaha.. Kenangan tu..

Sekarang nih,aku tengah berangan nak buat novel pulak.. Hahaha.. Macam lawak pulak aku rasa.. Aku baru dapat buat sikit.. Epilog and Bab 1.. Still tergantung.. Idea banyak tapi aku blurr nak mulakan ayat mcm mana.. And aku takut cerita aku ni x cukup muka surat and tak menarik utk di publish.. Huhuhu.. Sekarang aku tengah fikir,sama ada nak teruskan skrip tu or delete je? Korang nak baca tak? Hehehe.. Kalau aku bagi baca,lps tu korang komen boley?? Boleyla ea.. Huhuhu.. Aku masukkan dlm entry lagi satu.. Tapi aku tak bagi Full.. Tebuk2 je.. hehehe.. Okela,kepala aku dah pening yang amat nih.. Aku undur diri dulu yee.. Adios! Wassalam..

Sabtu, Ogos 14, 2010

Lappyku Yang ...





Assalamualaikum...

Hai.... Aku tengah meroyan sekarang nih.. Huhuhu.. Semalam Lappy aku tiba2 tak boley hidup.. Lepas pasang charger baru boley hidup,aku lega sekejap.. Tapi tiba2 keyboard pulak buat hal.. Tkean2 tak keluar huruf.. Waaaaaa~~~ Menjerit aku di buatnya.. Kenapa Lappy nih? nangihnangih

Lepas tu aku teringat ada kedai HP kat Plaza Alam Sentral.. Secara drastik aku buat keputusan nak pergi situ.. Ajak Lia,and dia pun On je.. Dlm pukul 2 lebih kurang kitorang pun keluar.. Sampai Alam Sentral lebih kurang pukul 3 lebih,terus pergi kedai HP tu.. Check punya check,rupa2nya,bateri lappy aku rosak.. Kalau nak ganti RM350 satu bateri..adusAdus! Tak tertelan aer liur aku dibuatnye.. Mana nak cari duit banyak tu? Huhuhu.. Terpaksa tangguh dulu.. Tunggula duit PTPTN aku masuk baru aku beli..Naseb baek still boley pakai charger.. Kalau tak berabadla aku tak dapat online.. Alahai.. Then,aku ingatkan nak format sekali lappyku ini,sekali dia kata Windows 7 Starter RM199.. Wawawawa.. Terima Kasih jelah.. Lagi bagus aku format kt Plaza Satelit B (PSB) Student Package.. Kenapa aku nak format sebab program Windos Vista ni tak sesuai dgn memory lappy aku yg cuma 1 GB menyebabkan lappy aku menjadi antara lappy yang paling lembab di dunia.. Hahaha.. Ayat tak boleh bla.. But,seriously,lappy aku sgt lambat.. Member2 aku pun complaint lappy aku lembab.. Dahla lembab lepas tu asik sikit2 hang,sikit2 not respoding sampai aku rasa mcm nak campak lappy ni kat laut.. Tapi sayang woo.. Hehehe..Kesian lappy aku nih asyik kena kutuk jerk.. Huhuhu..

Kat kedai HP tu tak lama pun sekejap je,lepas tu aku merayau sementara nak tunggu waktu berbuka puasa tu aku merayau-rayau dgn Lia.. Kitorang rancang nak buka puasa kat luar cz ingtkan nak betolkan lappy aku makan masa rupa2nya tak sampai setengah jam pun.. Pukul 4 dah settle dah.. ada lagi 3 jam sebelum masuk buka puasa.. Apa nak buat? Kitorang merayau pusing2 kat PAS tu.. Lepas tu,pergi ke SACC Mall pulak.. Merayau kat situ.. MPH Bookstore aku serbu dulu.. Sempatlah aku capai 3 novel.. Sepupuku Suamiku and Antara Benci Dan Rindu from Kaki Novel and novel Alaf 21 Tanpamu Aku Rindu.. Wawawa.. Merayau kat SACC sampai pukul 6,then kitorang pergi PKNS plak.. Nak makan McD.. Hehehe.. Aku dah lepak habis dah bila sampai kat McD tu penat Jadinya,aku suruh Lia yg beli makan.. Hehehe..

Masa kitorang tengah menunggu waktu berbuka puasa tu,ada 1 couple nih datang and duduk dekat meja berhadapan dgn kitorang kitorang.. Kitorang buat tak taula walaupun pada pandangan aku diorang sepatutnya hormat bulan puasa.. Lantak diorangla,dosa masing-masing tanggung.. But,ada something yang buat aku and Lia tak selesa.. Aku tak tau apa masalah mamat tu,dia asik pandang kitorang je.. Sekajap2 pandang,sekejap pandang.. Bila dah macam tu,aku mulala nak marah,mulut aku pun spontan je cakap "Jaga pandangan bulan2 puasa nih,elak zina mata' Wah! Bisa sunggu ayat aku.. Lepas tu aku ternampak pulak dia ngn makwe dia tu maen pegang2 tgn,cubit2.. Lagila mulut aku keluarkan tazkirah percuma.. Aku ckp dgn Lia tapi tujukan pada budak 2 org tula.. Kiranya,aku sindir secara haluslah.. Hehehe.. Jahatkan aku.. Lepas 2,3 kali kena sindir mamat tu dh tak pandang kitorang dah.. Lega.. Huhuhu...

Masuk waktu,kitorang buka puasa,then terus turun ke Bus Stand depan PKNS.. Dari pukul 8 tunggu,pukul 9 baru ada bas.. Aku rasa macam nak menjerit sampai runtuh bus stand tu.. Geram aku.. Sampai kolej,pukul 10 lebih kurang.. Aduhai,penat yang amat.. Ni,kalau mama tau aku keluar sampai lewat mcm tu sure kena sesi tazkirah 2 jam.. Huhuhu..bising Dah penat,masuk bilik,baca novel kejap,dekat kul 1 baru aku tido.. Huhuhu.. Hasilnya tadi pagi,aku bangun lambat.. Dekat pukul 5.30 baru aku bangun.. kelma kabut aku sahur,maen sumbat je and akibatnya,aku menanggung saket perut sampai sekarang.. Huhuhu..

Esok,aku nak pergi Klang Sentral,aku nak ubah tarikh tiket balek kampung aku dari 8/9 ke 3/9.. Hehehe.. Aku nak balek awal.. AKu tak kira.. Kalau ada kelas,aku ponteng.. Jahatkan aku.. Muahahahaha...setansetansetan Tu dia,tanduk setan dah keluar.. Hehehe.. Okela,aku dah tak ada idea nak tulis apa.. Cukup dulu oke.. Nanti aku update lg.. Adios! Wassalam...



sukegolek2

Selasa, Ogos 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..











Assalamualaikum..

Hallu! Jgn tanya knp aku tak pergi terawih malam nih.. Aku tengah menanggung saket peyot yang maha hebat.. Dah 2 hari.. Tak taula apa yg silapnya pada benda yg aku makan tu.. Tak pasal-pasal hari ni,aku dah membazir RM2 naek bas rapid balek kolej cz tak larat nak daki tangga.. Huhuhu..

Esok dah puasa.. Sedar tak sedar dah dekat 20 tahun aku lalui bulan penuh Barakah ni.. Dan.. Aku mengharapkan semoga bulan Ramadhan tahun ni dapat memberi sinar baru dalam hidup aku.. Insya-Allah.. Tahun ni,tahun pertama aku berpuasa tanpa keluarga.. Independent life now.. Sahur esok,for sure maggi.. Huhuhu.. Aku dah memborong stock maggi utk sebulan puasa and my mama membebel panjang bila aku cakap aku puasa sahur makan maggi sebulan.. Hehehe.. Well,apa nak buat.. This is student life.. Semua kena jimat beb.. Lagi pulak kat tempat aku.. Barang2nya agak mahal.. So,nak tak nak terpaksala.. Maggi pun maggila.. Yang penting aku sahur.. Alah.. Sebulan je.. Bukan 1 tahun.. Hehehe..

Esok dah puasa.. Tiket bas balek raya aku dah beli siap-siap dah.. Huhuhu.. Hari Rabu,8/9 lepas kelas Human Comm pagi tu,aku terus cabut balek kampung.. Chantekk tak planning aku? Hehehe.. Sebut pasal chantekk.. Hehehe.. Aku nak bercerita pasal Sukan Antara Fakulti (SAF) yang di aku join baru-baru ni.. Hari Jumaat lepas.. Kami,budak-budak semester 1 Fakulti Office Management,membawa nama fakulti ke Perbarisan kat Stadium UiTM Shah Alam.. And.. Tanpa-tanpa disangka Fakulti kami dapat Naib Johan.. Wah! memang tersangatlah bangga.. Huhuhu.. Pertama kali sertai,lepas tu terus dapat Naib Johan pulak.. Walaweh! Hehehe.. OM! OM! CHANTEKK!!! This is our trademark.. Hehehe

Gambar-ga,bar kat atas tu semua gambar masa kitorang kat stadium tulah.. Ehem,ehem.. Nampak tak gambar couple tu.. Hehehe.. Tusebenarnya bukan couple ya.. Yang perempuan tu kawan aku.. Yang lelaki tu pulak.. Err.. Nama dia,Ahmad Fadlullah a.k.a Amat.. Ingat tak? Nama dia ada dalam entry aku sebelum2 ni.. Hehehe.. Pandai2la cari kalau nak tau ye.. Ekekeke.. Okelah,peyot aku dah kritikal caket yg amat.. Minta diri dulu yerk.. Adios!

Wassalam..

Selasa, Ogos 03, 2010

Siri Hilang Handphone...

Assalamualaikum...

Hallu! Ehmm.. Tengah di landa kebosanan tahap melampau.. Kelas Lang Enrich cancel,so sekarang ni aku free... Banyak benda berlaku lately nih sampai aku pening kepala.. Mostly,aku memang busy yang amat this week.. Macam benda nak kena settle..

Rasanya,its about 2 weeks hari minggu aku dicuri.. Minggu lepas,aku ada Kemahiran Insaniah (KI) 2 hari,Sabtu and Ahad.. Sabtu baru ni aku ada KOKO,lepas tu hari Ahadnya pulak aku ada program lebih kurang mcm Junior meets Senior anjuran Office Management Student Association (OMSA).. Macam2 ada dr pg sampai ptg.. But mostly,semua aktiviti sangat best,aku yang awalnya dtg dgn tak ikhlas,terus rasa enjoy.. Huhuhu.. Sangat best,especially eksplorace dia.. huhuhu.. Menguji kesabaran aku betul..

Jumaat lepas,nset aku hilang.. Redha jela.. Lepas tu,malam Ahad tu,aku sempatla menyapa si dia yang kelihatan online di Facebook.. chatbox.. Rupa-rupanya,nset dia pun hilang.. Dia tertinggal dekat mana ntah... Wah! Aku rasa macam bersiri pulak kejadian kehilangan nset nih.. Mula2 Zura,lepas tu aku and then dia.. Walaweh! Aku yang masa tu nak marah dia terus x jadi marah.. Ekekekeke.. Minta maaf ye awak cz marah2.. Huhuhu..

Semalam,OMSA punya penat tak habis lagi,Lia ajak aku keluar.. Kebetulan aku tak ada kelas.. So,aku join venture jela.. Tunggu bas kul 2,kul 3.10 baru ada bas.. Waaaaa~~~ Aku sangat saket hati.. Kitorang pergi Plaza Alam Sentral.. Lia nak betulkan nset dia yang tak boleh detect memory kad walaupun tak sampai sebulan guna.. And aku pulak,mulakan operasi cari nset baru.. Cina tu tunjuk Nokia E63 kat aku.. Wah! sungguh aku tak minat nset mcm tu cz keypad dia mcm keyboard laptop.. Tak kuasa aku.. Huhuhu.. Belek punya belek,aku jumpa yg 1jenis nih.. Nokia jugak Nokia C5-00,warna putih.. Cantek.. Tapi aku kalau boleh nak cari yang jenis slide.. Aku tanya Lia,okey tak.. Lia kata panjang.. Hua9.. Okey,aku admit memang agak panjang dr nset aku yg hilang tu.. tp ni nipisla.. Then,aku try cari yang laen,yg slide.. Jumpa 1,warna Hitam.. Memang cantek.. Tapi.. Agak berat.. Rupa2nya,housing stainless still.. Hua100.. Tak mau aku.. Lastnye,aku reda amik yang Nokia C5-00.. Memang nset baru.. Aku tak penah lagi tengok iklan pasal nset ni kat TV cz aku pun dah berzaman tak tengok TV.. Hehehe.. Now,introduce my new mobile phone.. NOKIA C5-00.. Gambar aku upload kemudian ye.. nset je aku beli,sim kad tak lagi cz aku nak guna no lama aku.. Aku x mau tukar nombor..

Nak pergi SACC Mall dah tak sempat cz dah nak pukul 6,lepas makan,kitorang terus blah pergi Bus stand.. Dari pukul 6 tunggu,pukul 7.40 baru kitorang dapat bas.. AKu rasa macam nak menjerit sampai runtuh bus stand kt PKNS tu.. Punyala saket hati.. Aku rasa mcm nak saman je Syarikat Bas tu.. Huhuhu.. Geram betul aku.. Sampai kolej,around 9 mlm.. Naik bilik,mandi2 turun balek utk latihan cheers plak.. Peh! Penat tak payah cakap.. 2 minggu straight.. Lia ckp kita ni dah mcm robot.. Wawawa.. AKu sokong lerr ckp dia tu.. But,aku sedar.. This is campus life.. Aku dah melangkah ke sini and now this is my life.. So,aku kena terima.. Ikhlas atau tidak itu belakang cerita.. Ley ke mcm tu?? Hahahaha.. Okeyla,perut pun dah lapar.. Aku nak turun cari makan.. Adios!

Wassalam.....