Pages

Ahad, Julai 04, 2010

Sesat Dalam Terang... Huhuhu..

Assalamualaikum..

Hai.. Hehehe.. Jgn salah sangka dengan tajuk entry tu ye.. Aku bukan nak berbicara soal agama,coz aku bukanlah orang yang arif tentang itu.. Masih lagi mencari ilmu untuk memenuhi dada.. Hehehe.. Well,aku bukanlah kategori wanita idaman lelaki.. Ekekeke..

Okey,entry ni aku buat tajuk mcm ni coz semalam aku tersesat di kala panas terik dan cuaca terang benderang.. Bukan cuaca gelap or waktu malam.. So,sesat dalam teranglah tu kan.. Huahuahua.. Ceritanya mcm nih.. Di sebabkan kebosanan duduk dalam rumah aku and 2 orang member aku Si Atul and Lia (housemate aku) buat keputusan untuk keluar.. Siap2 pkul 11.50 kitorang dah terpacak kat tempat tggu bas tu.. Dalam pukul 11.10 gitu bas sampai,RapidKL U90.. Bas ni bawak pergi Klang Central and Shah Alam.. Konon2nya,kitorang nih nak pergi Shah Alam nak shopping.. Lepas tny kat sorang budak kalo nak p Shah Alam kena bayar berapa kitorang pun naikla bas dgn confidentnye dgn tambang rm2.00.. Bas penuh,terpaksa berdiri.. Hampeh betol.. Lelaki-lelaki dalam bas tu tersangatla hampeh.. Diorang boley tengok je budak2 perempuan berdiri.. And diorang sedap2 tido! Cisss! Cancel nak buat calon.. Ekekeke.. Gatal!!malu Dekat 1 jam berdiri bas tu berhenti dekat 1 bus stand.. Aku and member blurr sekejap bila tengok budak2 ni semua keluar 'kena keluar ke' aku tanya kat Lia,Lia kata keluar jela,yg lain keluar.. So,kitorang pun kelua.. Aku belek2 kawasan sekitar,dpn bus stand tu rupanya pasar seni Seksyen 2.. Hampeh! Then ada sorang budak yg x diketahui namanya tp yg pasti 1 kampus dgn aku berkata 'kita pergi KL central la.. Kat situ bnyk sikit tempat boley pergi..' and dia ajak kitorang skali.. Okey,aku and memberku masukla pulak bas U80 yang akan bawak kitorang pergi KL central dgn tambang Rm2.50..

Bas tu berhenti dekat 1 kompleks membeli belah.. Bila tengok budak tadi keluar,kitorang pun ikutla dia keluar.. Aku tanya dia ni tempat apa ni dia kata kompleks.. Aku blurr sekejap.. Kata nak pergi KL central? Aku tanya dia bayar tambang berapa tadi nak pergi sini,dia kata rm1.00.. Huh! Aku rasa mcm nak menangis tergolek-golek kat situ jugak.. Hampeh betul!!!! Member aku muka dah lain mcm dah.. Masuk situ,kitorang blurr.. Tak tau nak buat apa and nak pergi mana.. Aku tengok kat banyak booth2 buku.. Bila aku perhati betul2 rupa2nya tu Kompleks PKNS.. Perut lapar cz belum sarapan,cari tempat makan dulu.. Lepas brunch(breakfast + lunch) kitorang pusing2.. Bosan yang amat.. Maken bosan kitorang kat situ.. Ronda2 sekejap kat kawan pesta buku tu,sempatla aku sambar 3 novel Alaf 21 yang baru keluar tu.. Lepas tu,balik.. Naik bas U90 gak.. Punyala tensen.. Hajat nak melepaskan bosan tapi jadi maken bosan cz sesat.. Arrgghh!!! Lepas je dari Klang Central,ada budak 1 kampus naik.. Rupa2nya diorang pun sekapal je dgn kitorang.. SESAT! Diorang nak pergi Tesco tapi x tau mcm mana.. Aduhai! mmg saket jiwa aku semalam.. Blurr habis.. Memang taubat.. Lepas ni,memang aku duduk diam2 je kat Puncak Alam nih.. Sangat Sadis! Kalau sapa2 yg bace blog aku nih (Ada ke?) yang tau mcm mana aku boley keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar Puncak Alam ni or ke Shah Alam tolongla beritahu.. Tolong ye.. Bgtau secara details.. huhuhu.. Sadis! Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan