Pages

Sabtu, Julai 10, 2010

Salahkah aku......???

Assalamualaikum...

Hmm... Semalam,kali ke2 aku menangis di Puncak Alam ni.. Selepas kali pertama aku menangis masa tengok ibu pergi tinggalkan aku kat sini.. Semalam aku menangis lagi.. Bukan pasal ibu tp pasal kawan.. Satu pembaziran yang aku kira tak sepatutnya berlaku.. Kenapa? Mengapa?

Aku sangka bila dah meningkat dewasa,aku takkan hadapi lagi masalah2 remeh begini,tapi ia berlaku juga.. Niat aku sekali lagi di salah ertikan.. Maybe cara aku approach orang lain dari orang lain.. Aku bila berkawan aku x pernah ambil kisah pasal ape2 pun.. Kalau aku ada rezeki lebih,aku akan kongsi.. Tanpa niat apa2 pun.. Mungkin ini yang orang jadi salah anggap..

Ingat lagi 2 orang member yang sesat masa berjalan dgn aku tu.. Yg sorang nama Lia,and seorang lagi nama Atul.. Diorang ni housemate aku.. Si Lia ni,pada penilaian pertama aku bila mula berkawan dgn dia,aku dpt agak yg dia ni orang ada angin.. Kalau time angin baik,dia okela,time angin dia tak baik.. Hmm.. Faham2 jela.. Yg Atul pulak,dia jenis lembut tp mcm cerewet sikit..

One day.. Aku x pasti apa sebabnye,Lia nampak moody.. Muka x yah cakaplah,aku nk buat lawak bodoh pun jadi takut.. Tapi,aku cukup x senang hati tengok muka dia mcm tu.. Aku try2la korek2 tny dia,dia kata dia penat,penat mental.. Hmm.. Aku agak mayb dia rindu kat mak dia kot.. Oke,aku dah x mau kacau dia.. Tapi sebelum tidur,aku sempatla bagi msj tazkirah kat dia minta dia berzikir banyak2 untuk kurangkan resah hati.. E2la kerja aku kalau aku rasa kawan aku ada masalah.. Msj tazkirah je aku mampu bagi.. Esoknye aku ingatkan dia okey,but,surprisingly.. Dia bertindak dgn buat2 tak kenal aku.. Selisih dgn aku pun dia ley buat bodo2.. Saketnya hati aku.. Dan keadaan tu berlanjutan sehingga beberapa hari.. Sampai aku pun dah naik malas nak tegur dia.. Biar lantak dialah.. Sedih,tapi,aku xda pilihan..

Kemuncaknya,semalam... Aku mintak tolong Shana belikan KFC cz dia keluar beli tiket nk balik kmpg.. Lepas maghrib,masa aku tengah tekun cari info utk buat assignment Pn.Bashirah and menikmati ayam KFC idaman,budak berdua dtg bagi aku duit.. Aku tny duit apa ni.. Diorang kata bayar hutang.. Berkerut dahi aku sekajap.. Hutang apa?? Rupan2nya,hutang aku belanja kat Cafe Anggerik tu.. Aku x faham,itukan aku belanja,knp hutang pulak?? Atau diorang dah salah anggap dgn niat aku.. Apa diorang ingt aku harapkan ape2 ke bila belanja diorang tu? Ya Allah.. Tolonglah.. Itu adalah cara aku.. Aku belanja tanpa niat minta apa2 pun.. Memang aku teringin nak rasa makanan kat Cafe yang bertaraf hotel tu,so,aku ajakla diorang.. Takkan aku pergi sorang2,seganlah aku.. Selera aku patah lps tu.. Aku tulis nota kecil,and bersama-sama duit tu aku masukkan balik di bawah pintu bilik diorang cz masa tu diorang takda dlm bilik,lps bg aku duit diorang terus turun.. Lepas tu,aku siap2 turun.. Aku bgtau Suha,aku nak turun cari angin.. Dibawah,air mataku mengalir tanpa dipinta.. Salahkah Aku??

Allah Huakbar! This my way.. Kawan2 aku,Zura,Hanim,Anis,Aiza pun dah selalu aku belanja.. Salah ke kalau aku belanja korang pulak? Hanim tu lgla.,kitorang dah biasa berkongsi.. Kdg2 Hanim belanja,kdg2 aku belanja.. Tak timbul lansung isu hutang piutang nih.. Dan aku tak sangka pulak timbul isu ni pada fikiran diorang.. Tolongla.. AKu belanja ikhlas.. Aku tau ikhlas tak boley ckp,tp kalau mcm ni jadinya,TERPAKSALAH aku ckp.. Aku x harap apa2 pun dr korang.. Kalau korang tak mau kwn dgn aku just bgtau,aku tak kesah.. Sikit pun aku tak kisah sbb bumi Allah ni Maha Luas.. Manusia memenuhinya.. Tapi jgn sekali-kali salah anggap dgn niat aku.. Aku belanja mkn sbg tanda terjalinnya ikatan ukhwwah yg menjadi Sunnah Rasulullah.. Salahkah aku??

Wahai teman.. Seandainya kalian mengerti hatiku ini.. Seandainya dapat kalian telusuri jiwa temanmu.. Belum tentu kalian mengerti apa yang tersimpan jauh disudut hatiku ini.. Kerana rasa hati ini telah aku simpan jauh di lubuk hati yg paling dalam hingga kalian tidak akan dapat mengesan walau segaris luka yang telah kalian goreskan di hati ini.. Seandainya,hari ini kalian melihat aku tersenyum.. Ketahuilah bahwa apa yg trpamer diwajahku tidak akan pernah sama dgn apa yg tersirat dihati kerana aku.. Temanmu.. Telah berjanji pada diri sendiri.. Aku tidak akan sekali-kali menunjukkan kesedihanku pada kalian selain hanya kegembiraanku yg akan menjadi tatapan kalian,kerana aku tidak mahu kalian merasa susah utk menjadi teman kepada seorang Nur Safwanah.. Salahkah Aku??? Ketahuilah wahai teman.. Sesungguhnya,beban perasaan temanmu ini lebih berat dari apa yg kalian mampu lihat.. Hati ini,jiwa ini.. Hanya Allah yang tau,betapa selama ini aku telah cukup menanggung beban perasaan yang maha hebat.. .. Salahkah aku... Seandainya aku hanya mengharap sedikit kasih sayang dari seorang teman yg dapat menjadi tempat aku berkongsi air mata dan berkongsi gelak ketawa? Keterlaluankah harapanku ini?

Wahai teman.. Seandainya permintaanku ini keterlaluan,maafkan aku.. Seandainya kalian merasa aku adalah teman yg menyusahkan,maafkan aku.. Seandainya kalian merasa aku terlalu banyak kekurangan maafkan aku.. Seandainya kalian merasa aku tidak seperti yang kalian harapkan sekali lagi maafkan aku.. Maafkan aku untuk segalanya....................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan