Pages

Sabtu, Jun 05, 2010

WASILAH CINTA WEERA....





Assalamualaikum..

Tak taula dah berapa lama aku tak jenguk rumahku yg satu ni.. semak samun agaknya mcm bilik aku ni hah.. huhuhu.. tongkang pecah..

Wasilah Cinta Weera ni sebenarnya tajuk novel karya Rose Harissa.. novel beliau dgn PTS Litera..inilah 1-1nya novel yg bkn dari Alaf 21 yg aku beli.. Aku beli lepas tertarik dgn komen2 yg mengatakn novel ni sgt best utk dibaca and lepas aku baca cebisan plotnya dekat blog penulisnya sendiri.. memang terbukti sgt menarik..

Wasilah Cinta Weera.. novel ni telah membuka minda aku tentang kemesraan antara seorang lelaki dgn lelaki lain.. seringkali kemesraan antara lelaki ini kita salah tafsir dan melabel mereka sbg GAY.. aku sendiri pernah melihat kemesraan antara lelaki yang aku pandang agak janggal.. dekat kilang aku mat2 bangla kat situ berjalan sambil berpimpin tgn atau berpeluk pinggang adalah perkara biasa cz diorang kata kawan2 tak ape.. huhuhu.. mula2 aku seram jugak tengok tp bila aku fikir2 balik perempuan pn ada yg buat macam tu so,x jd masalahla kn...

Wasilah Cinta Weera.. kisah persahabatan yg sering disalah ertikn oleh orang sekeliling.. masa aku baca novel ni,aku perlu membuka minda aku seluas-luasnya tentang erti persahabatan.. novel ni penuh dgn nilai2 murni yg aku percaya tidak ramai manusia didunia ni yg mampu or sanggup buat.. dan novel ini juga memaparkan bagaimana dlm masyarakat yg serba moden ni masih ada lg manusia yg bersifat dengki meggunakan ilmu hitam ke atas org lain..

Pendek kata novel ni memaparkan tentang cinta yg tidak terbatas hnya utk lelaki dan perempuan tetapi juga cinta antara lelaki yg berkasih syg krn Allah dan juga membawa pembaca utk memahami erti cinta yg luas perspektifnya.. seperti kata seorang penulis novel yg dipaparkan di kulit novel ini...

-Wasilah Cinta Weera adalah naskhah yg sgt telus,jujur lg berani dr Rose Harissa.Menghadamkan karya ini sebenarnya mengajak kita memahami erti kata cinta yg maha luas-Lily Haslina Nasir-

So,kpd sapa2 yg minat baca novel or gila novel mcm aku ni,aku cadangkn bacalah WCW ni.. korang pasti akan teruja.. hehehe.. Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan