Pages

Ahad, Mei 02, 2010

Mama Kata..

Assalamualaikum...

emm.. aku mengimbau kenangan silam..
Mama kata,
dlm 6 adik beradik
aku paling pelik..

Masa kecik-kecik perangai macam lelaki
Saat knk2 perempuan lain sibuk dgn anak2 patung dan main masak2,
aku pulak sibuk merengek nak mainan lori dgn bajak,
Aku sibuk main pasir dgn simen.. huhuhu
Panjat pokok..

Masuk tadika,
Aku meraung-raung tak mau pakai baju kurung yg tadika bg..
Aku nk baju seluar.. padahal aku perempuan..
Balik rumah,mama bulat mata pandang aku..
Malu jugak bila masuk sekolah rendah,
ada kawan lelaki yg mengungkit.. hehehe

Mama kata aku paling pelik..
Sebab aku paling degil
Masa mama suruh aku belajar masak,
Aku lagi rela duduk bawah lori tolong abah,
Aku bukak filter lori,tukar minyak silinder,check tayar lori..
Aku lagi suka belek basikal 4 roda aku..

Mama kata aku paling pelik..
Sebab aku bebeza dari yg lain..
Aku tak minat segala macam aksesori perempuan..
Gelang,rantai emas,baju kurung.. Huhuhu..
Apa yg aku minat??
Standard..
T-shirt,seluar track,selipar,sandal..
Bila keluar pergi mana2,
Aku cuma pakai t-shirt lengan panjang dgn track or jeans n selipar..
Akak ckp aku selekeh pakai mcm tu..
Aku peduli apa..
Akak selalu nasihat,
kau ni cuba jadi perempuan sikit..
Aku teringin nk tengok kau pakai blouse,pakai kasut tumit..
Aku cakap,sory,not my taste.. wawawagelakguling

Akak aku pernah tny,
Kau tak teringin ke wan pakai makeup,bedak compact,gincu..
Aku balas,rasa mcm chewing gum lekat kt mukalah pakai benda alah tu..
huahuahua9gelakguling

Mama kata aku pelik..
Sebab aku paling tak banyak cakap..
Sedangkan,famili aku semuanya meriah2 belaka
Masa aku dihabiskan dalam bilik,
Aku boleh duduk memerap dalam bilik,
sehari suntuk tak keluar2..
Bila orang lain sibuk berbual,
Aku boleh senyap sunyi macam tak ada kt situ..

Mama kata aku pelik..
Sebab Aku tak campur orang..
Lebih suka duduk rumah drpd keluar merayau..
Sampaikan ada yg tak sedar kewujudan aku dlm keluarga ni
Sedangkan kakak2 aku pantang ada peluang,
mesti keluar jumpa kawan..
Jiran sebelah kawen pun aku tak pergi..
Mama kata nanti aku kawen tak ada orang nak datang.. hahaha

Mama kata aku pelik..
Sebab dah besar panjang,
Tapi kerjanya asik tengok cartoon..
Baca komik doraemon..
mengadap tv,
doraemon,shin chan,spongebob,pokemon..
digimon,Astro boy,danny phantom..
Mama cakap aku memang kanak2 riang..hua100

Mama kata aku pelik..
Sebab hobi aku baca buku,
Duit gaji banyak habis dekat novel je,
adik beradik aku yg lain suruh baca buku sekeping pn payah..
Tp aku,
Boleh duduk tak bergerak-gerak selama 24 jam
kalau dah jumpa novel..
Yg ini,mama kata aku saket kronik..
Gila novel.. hahahasengihnampakgigi

Dan mama kata aku paling pelik..
Sebab aku paling manja..
Dari kecik smpai sekarang.
Dah 20 tahun..
Aku tak pernah keluar dari kepompong keluarga..
Sedangkan kakak aku,lepas je SPM,
Terus keluar cari kerja..
Merantau sampai KL..
Tapi aku,
Lepas SPM,aku kerja dengan Abah..
Ekot abah masuk kebun sawet.. mcm jantan..
Dah 20 tahun jugak,
Aku ke mana-mana pn,
Mama mesti kena ikut,
Mama jugak yg aku ajak..
Walaupn langkah kaki aku dah semakin panjang,
sebab dh ada lesen n kereta sendiri..
Aku lagi suka keluar dgn mama dari dgn kawan2..
Dah 20 tahun jugak,
Aku tak pernah tinggalkan bumi johor ni..


Ehm.. korang rasa pelik sangat ke perangai aku ni??
huhuhu..
K.. Adios.. Wassalam..
lovelovelove

Tiada ulasan:

Catat Ulasan