Pages

Khamis, Mei 06, 2010

Histeria...

Assalamualaikum..

Histeria sedang melanda kilang Venture.. permulaannya.. 3 hari lepas.. 4 Mei 2010,lebih kurang pukul 4 lebih,tiba-tiba blackout.. lepas meeting,kitorang diarahkan turun dan cuma boleh naik lepas elektrik ada balik.. dlm pukul 6 lebih,elektrik ada balik.. kitorang pn masuklah.. tengah-tengah suasana yang tak berapa sibuk tu,tiba-tiba aku dengar orang menjerit.. aku ingatkan dia saja-saja jerit or ada orang gaduh.. tapi bila jeritan jadi makin panjang aku tertny-tny gak.. pergila tengok.. aku tengok ada orang meronta-ronta dan beberapa orang yang lain,cuba tenangkan.. aku ingatkan memang betullah begaduh,tapi bila aku perhatikan lama sikit,rupa-rupanya dia kena histeria.. meremang bulu tengkuk aku masa tu.. aku terus memblahkan diri.. berpura-pura macam tak ada apa yang berlaku walhal dalam hati.. Allah sahaja yang tau..

Aku nekad tak mau pergi mana-mana,nak buat kerja diam-diam,tapi budak store pulak minta tolong aku panggil Abg Lan,Utility Leader diorang.. dalam cuak tu aku pergilah jugak ke depan coz masa tu Abg Lan pn tengah berusaha untuk tenangkan budak tu.. masa aku tengah mencari-cari tu,aku nampak seorang QC tengah dipapah utk di bawak ke surau,tapi belum sempat keluar pn aku tengok akak tu dah mula membongkok ke lantai,menangis.. lepas tu dia pn menjerit.. serentak tu bulu roma aku rasa tegak berdiri semuanya.. cepat-cepat aku cari Abg Lan dan aku terus blah dari situ.. Akhirnya,hasil bantuan seorang engineer yang tinggi sikit ilmu agamanya,keadaan jadi tenang.. 2 orang kakak yang kena histeria tu di hantar balek..

Sehari reda.. tiba-tiba semalam dlm pukul 4 blackout lagi.. kerja aku dibelakang,kt belakang tu pulak tak ada lampu kecemasan,so,gelap yang amatlah jadinya,aku menjerit takut dan terus pergi ke depan.. dekat depan,aku dengar suara orang nangis,kak Angah nangis.. bulu roma aku tegak semua.. aku peluk kak Mufiah,dalam keadaan hati yang tak tetap masa tu,aku teringat balik kakak yang histeria depan mata aku kelmarin,terus aku pulak yang menangis.. Lemah betul semangat aku masa tu.. aku pn tak tau kenapa.. merah lengan kak Mufiah aku genggam.. aku kalau takut gitula rupanya.. apa aje yang ada dalam tangan,aku akan genggam kuat2.. huhuhu.. Lastnye,supervisor heret aku pergi HR dgn nasihat yang panjang berjela,yang satu pun tak masuk dalam kepala otak aku sebab jiwa aku betul-betuk kacau masa tu.. dekat HR aku ditenangkan oleh supervisor dgn line leader,diberi minum air Zam-zam dan disuruh balik.. tak dibenarkan lagi masuk ke production.. dan diberi cuti sehari.. aduhai..

Aku pun tak tau kenapa aku sampai lemah macam ni sekali.. mungkin sebab benda tu berlaku depan mata aku sendiri,dan aku pulak asyik terbayang dan teringat je peristiwa tu membuatkan semangat aku jadi rapuh.. Hmm.. Ni pengalaman pertama aku.. aku harap lepas ni aku jadi lebih kuat.. Amin.. Satu persoalan.. Adakah Histeria ni merupakan gangguan makhluk halus atau pn berlaku krn depression?? Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan