Pages

Khamis, Mei 06, 2010

Histeria...

Assalamualaikum..

Histeria sedang melanda kilang Venture.. permulaannya.. 3 hari lepas.. 4 Mei 2010,lebih kurang pukul 4 lebih,tiba-tiba blackout.. lepas meeting,kitorang diarahkan turun dan cuma boleh naik lepas elektrik ada balik.. dlm pukul 6 lebih,elektrik ada balik.. kitorang pn masuklah.. tengah-tengah suasana yang tak berapa sibuk tu,tiba-tiba aku dengar orang menjerit.. aku ingatkan dia saja-saja jerit or ada orang gaduh.. tapi bila jeritan jadi makin panjang aku tertny-tny gak.. pergila tengok.. aku tengok ada orang meronta-ronta dan beberapa orang yang lain,cuba tenangkan.. aku ingatkan memang betullah begaduh,tapi bila aku perhatikan lama sikit,rupa-rupanya dia kena histeria.. meremang bulu tengkuk aku masa tu.. aku terus memblahkan diri.. berpura-pura macam tak ada apa yang berlaku walhal dalam hati.. Allah sahaja yang tau..

Aku nekad tak mau pergi mana-mana,nak buat kerja diam-diam,tapi budak store pulak minta tolong aku panggil Abg Lan,Utility Leader diorang.. dalam cuak tu aku pergilah jugak ke depan coz masa tu Abg Lan pn tengah berusaha untuk tenangkan budak tu.. masa aku tengah mencari-cari tu,aku nampak seorang QC tengah dipapah utk di bawak ke surau,tapi belum sempat keluar pn aku tengok akak tu dah mula membongkok ke lantai,menangis.. lepas tu dia pn menjerit.. serentak tu bulu roma aku rasa tegak berdiri semuanya.. cepat-cepat aku cari Abg Lan dan aku terus blah dari situ.. Akhirnya,hasil bantuan seorang engineer yang tinggi sikit ilmu agamanya,keadaan jadi tenang.. 2 orang kakak yang kena histeria tu di hantar balek..

Sehari reda.. tiba-tiba semalam dlm pukul 4 blackout lagi.. kerja aku dibelakang,kt belakang tu pulak tak ada lampu kecemasan,so,gelap yang amatlah jadinya,aku menjerit takut dan terus pergi ke depan.. dekat depan,aku dengar suara orang nangis,kak Angah nangis.. bulu roma aku tegak semua.. aku peluk kak Mufiah,dalam keadaan hati yang tak tetap masa tu,aku teringat balik kakak yang histeria depan mata aku kelmarin,terus aku pulak yang menangis.. Lemah betul semangat aku masa tu.. aku pn tak tau kenapa.. merah lengan kak Mufiah aku genggam.. aku kalau takut gitula rupanya.. apa aje yang ada dalam tangan,aku akan genggam kuat2.. huhuhu.. Lastnye,supervisor heret aku pergi HR dgn nasihat yang panjang berjela,yang satu pun tak masuk dalam kepala otak aku sebab jiwa aku betul-betuk kacau masa tu.. dekat HR aku ditenangkan oleh supervisor dgn line leader,diberi minum air Zam-zam dan disuruh balik.. tak dibenarkan lagi masuk ke production.. dan diberi cuti sehari.. aduhai..

Aku pun tak tau kenapa aku sampai lemah macam ni sekali.. mungkin sebab benda tu berlaku depan mata aku sendiri,dan aku pulak asyik terbayang dan teringat je peristiwa tu membuatkan semangat aku jadi rapuh.. Hmm.. Ni pengalaman pertama aku.. aku harap lepas ni aku jadi lebih kuat.. Amin.. Satu persoalan.. Adakah Histeria ni merupakan gangguan makhluk halus atau pn berlaku krn depression?? Wassalam..

Ahad, Mei 02, 2010

New Collection..


Assalamualaikum...

Huhuhu.. ni la novel2 dan buku yg aku layan bulan nih.. ni ada 2 sesi nih.. Novel Kasihku Satu,Percaya Ada Cinta dgn Buku Dokumentari Alexander Adalah Zulqarnain aku beli masa jenjalan dgn mama kt Kluang Mall.. then Novel Seteguh Cinta dgn Yang Terindah,aku beli masa jalan2 dekat Angsana semalam.. beli dekat Badan Cemerlang selepas aku kecewa cz x jumpa novel Wasilah Cinta Weera kt situ.. Wasilah Cinta Weera tu aku jumpa dekat kedai yg jual majalah n buku2 biasa.. lebih kurang macam kedai seven eleven dekat Angsana tu.. Dari luar kedai aku nampak,aku hampir menjerit histeria dibuatnya.. huhuhuhu.. Akhirnya,pencarian aku berakhir.. 2 bln tau aku cari novel WCW nih.. huhuhu..
aku tgh layan semua novel nih.. 3 dh abis.. skrg aku tgh baca Yang Terindah,last baru baca WCW.. sambil2 layan FB.. huhuhu.. wassalam..

Mama Kata..

Assalamualaikum...

emm.. aku mengimbau kenangan silam..
Mama kata,
dlm 6 adik beradik
aku paling pelik..

Masa kecik-kecik perangai macam lelaki
Saat knk2 perempuan lain sibuk dgn anak2 patung dan main masak2,
aku pulak sibuk merengek nak mainan lori dgn bajak,
Aku sibuk main pasir dgn simen.. huhuhu
Panjat pokok..

Masuk tadika,
Aku meraung-raung tak mau pakai baju kurung yg tadika bg..
Aku nk baju seluar.. padahal aku perempuan..
Balik rumah,mama bulat mata pandang aku..
Malu jugak bila masuk sekolah rendah,
ada kawan lelaki yg mengungkit.. hehehe

Mama kata aku paling pelik..
Sebab aku paling degil
Masa mama suruh aku belajar masak,
Aku lagi rela duduk bawah lori tolong abah,
Aku bukak filter lori,tukar minyak silinder,check tayar lori..
Aku lagi suka belek basikal 4 roda aku..

Mama kata aku paling pelik..
Sebab aku bebeza dari yg lain..
Aku tak minat segala macam aksesori perempuan..
Gelang,rantai emas,baju kurung.. Huhuhu..
Apa yg aku minat??
Standard..
T-shirt,seluar track,selipar,sandal..
Bila keluar pergi mana2,
Aku cuma pakai t-shirt lengan panjang dgn track or jeans n selipar..
Akak ckp aku selekeh pakai mcm tu..
Aku peduli apa..
Akak selalu nasihat,
kau ni cuba jadi perempuan sikit..
Aku teringin nk tengok kau pakai blouse,pakai kasut tumit..
Aku cakap,sory,not my taste.. wawawagelakguling

Akak aku pernah tny,
Kau tak teringin ke wan pakai makeup,bedak compact,gincu..
Aku balas,rasa mcm chewing gum lekat kt mukalah pakai benda alah tu..
huahuahua9gelakguling

Mama kata aku pelik..
Sebab aku paling tak banyak cakap..
Sedangkan,famili aku semuanya meriah2 belaka
Masa aku dihabiskan dalam bilik,
Aku boleh duduk memerap dalam bilik,
sehari suntuk tak keluar2..
Bila orang lain sibuk berbual,
Aku boleh senyap sunyi macam tak ada kt situ..

Mama kata aku pelik..
Sebab Aku tak campur orang..
Lebih suka duduk rumah drpd keluar merayau..
Sampaikan ada yg tak sedar kewujudan aku dlm keluarga ni
Sedangkan kakak2 aku pantang ada peluang,
mesti keluar jumpa kawan..
Jiran sebelah kawen pun aku tak pergi..
Mama kata nanti aku kawen tak ada orang nak datang.. hahaha

Mama kata aku pelik..
Sebab dah besar panjang,
Tapi kerjanya asik tengok cartoon..
Baca komik doraemon..
mengadap tv,
doraemon,shin chan,spongebob,pokemon..
digimon,Astro boy,danny phantom..
Mama cakap aku memang kanak2 riang..hua100

Mama kata aku pelik..
Sebab hobi aku baca buku,
Duit gaji banyak habis dekat novel je,
adik beradik aku yg lain suruh baca buku sekeping pn payah..
Tp aku,
Boleh duduk tak bergerak-gerak selama 24 jam
kalau dah jumpa novel..
Yg ini,mama kata aku saket kronik..
Gila novel.. hahahasengihnampakgigi

Dan mama kata aku paling pelik..
Sebab aku paling manja..
Dari kecik smpai sekarang.
Dah 20 tahun..
Aku tak pernah keluar dari kepompong keluarga..
Sedangkan kakak aku,lepas je SPM,
Terus keluar cari kerja..
Merantau sampai KL..
Tapi aku,
Lepas SPM,aku kerja dengan Abah..
Ekot abah masuk kebun sawet.. mcm jantan..
Dah 20 tahun jugak,
Aku ke mana-mana pn,
Mama mesti kena ikut,
Mama jugak yg aku ajak..
Walaupn langkah kaki aku dah semakin panjang,
sebab dh ada lesen n kereta sendiri..
Aku lagi suka keluar dgn mama dari dgn kawan2..
Dah 20 tahun jugak,
Aku tak pernah tinggalkan bumi johor ni..


Ehm.. korang rasa pelik sangat ke perangai aku ni??
huhuhu..
K.. Adios.. Wassalam..
lovelovelove